Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, March 27, 2011

Mencari Cinta 34

  “Izad, kenapa ni?” soal Laura bimbang.

Datin Maznah sudah pulang ke rumahnya malam tadi sebab dia perlu menjaga anak-anaknya yang lain. Laura yang menemani Izad malam tadi hinggalah sekarang. Tapi bangun sahaja dari tidur, Izad menjerit kesakitan.

“Izad,” panggil Laura.

Laura tekan loceng untuk memanggil nurse. Izad bangun dari katilnya. Barang-barang yang berada di atas meja dijatuhkan. Sungguh, kepalanya berasa sakit sangat.

“Kepala aku sakit sangat, Laura!” adu Izad.

Air mata Laura menitis juga. Hatinya tersentuh melihat Izad begitu.

“Izad, janganlah macamni. Janganlah terabur kan barang-barang,” pujuk Laura.

“Kau tak rasa apa yang aku rasa, Laura!” Izad campak bantal ke lantai.

Laura mendekati Izad. Tangan Izad dipegangnya, supaya Izad tidak boleh menjatuhkan barang lagi. Tapi Izad tolak dia. Habis terjatuh Laura.

Dan ketika itu nurse sampai. Mereka bawakan jarum penenang. Dicucuknya kepada Izad dan Izad sudahpun terlena di atas katil.

Laura kemaskan barang-barang yang disepahkan Izad dengan linangan air mata. Dia tahu Izad tidak berniat untuk menolaknya. Izad berbuat begitu sebab kepala Izad sakit sangat. Dia tahu.Dan dia tak menangis disebabkan itu. Dia menangis sebab dia kasihan melihat Izad.

“Kenapa ni Laura?”

Laura pandang ke arah suara itu. Entah bila orang itu masuk, Laura sendiri tak tahu. Orang itu mendekati Laura.

“Izad mengamuk,” jawab Laura.

Datin Maznah mendekati Izad. Air matanya jatuh lagi melihat keadaan anak sulungnya itu.

“Mak cik harap Laura sabar dengan Izad. Izad tak berniat nak susahkan Laura..”

“Laura faham mak cik. Laura langsung tak ambil hati dengan tindakan Izad. Laura faham Izad menanggung penderitaan yang dia langsug tidak sangka,” potong Laura.

Datin Maznah peluk Laura. Laura turut membalas pelukan Datin Maznah.

“Maafkan mak cik, Laura. Mak cik tak berniat nak susahkan Laura,” ujar Datin Maznah.

“Tak mak cik. Laura jaga Izad ikhlas. Laura sayangkan Izad,” ujar Laura.

Datin Maznah leraikan pelukan. Dia memandang Izad. Laura turut memandang Izad.

Entah bilakah penyakit Izad akan sembuh? Ataupun dia takkan pernah sembuh? Semua itu diserahkan kepada Yang Maha Kuasa di atas sana.

* * *

Adiela sedut minumannya. Sungguh dia penat berjalan pada tadi. Shopping dengan Syukor sama seperti shopping dengan lima budak kecil. Banyak sangat kerenahnya!

Contohnya ketika mereka mahu menempah kad perkahwinan mereka tadi.

“Yang ni lawa lah,” ujar Syukor.

Adiela tengok harga kad itu. Kemudian dia gelengkan kepalanya, “mahal lah Syukor.”

“Ala bukan selalu pun. Takpelah berbelanja lebih untuk kita juga,” ujar Syukor.

“Membazir lah. Allah marah,” kata Adiela.

Syukor terdiam sejenak. Kemudian dia pandang pekedai yang melayan mereka pada tadi.

“Nak design yang macamni lah,” bagitahu Syukor.

Adiela geleng kepala mengingati perangai Syukor tu. Tak makan saman langsung. Apa yang dia nak mesti dipenuhinya.

“Haa kutuk saya lah tu,” Syukor duduk di hadapan Adiela.

Adiela sengih. “Awak ni memang kaki shopping kan?”

Syukor gelak. “Mana ada lah. Saya cuma nak yang terbaik untuk hari pernikahan kita ni.”

Adiela senyum. Syukor turut tersenyum.

“Saya tak sabar tunggu tarikh tu,” bagitahu Syukor.

“Sabar lah. Sabar tu kan sebahagian dari iman,” nasihat Adiela.

Syukor gelak.

“Lepasni nak pergi mana?” Adiela tukar topik.

“Kita cari barang hantaran lah ye?” Syukor angkat kening.

Okay!” jawab Adiela.

Dan masing-masing menyedut minuman mereka. Membasahkan tekak mereka yang kering.

No comments:

Post a Comment