Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, April 3, 2011

Mencari Cinta 35

  Laura lemparkan senyuman dekat Izad. Kemudian dia duduk di sebelah Izad. Malam ni dia jaga Izad lagi.

“Laura,” panggil Izad.

Laura senyum. “Apa?”

“Terima kasih,” ucap Izad.

“Tak payah ucap terima kasih lah,” balas Laura.

“Laura,” panggil Izad lagi.

“Iya?” soal Laura.

“Aku sayangkan kau,” bagitahu Izad.

“Aku pun sayangkan kau,” balas Laura.

“Laura,” lagi sekali Izad panggil.

“Hem?” Laura angkat kening.

“Kalau aku dah tak ada nanti, kau jaga diri baik-baik ye?” pinta Izad.

“Kenapa kau cakap macamtu?” Laura dah rasa lain macam.

Izad senyum, “jangan menangis sebab aku. Jangan salahkan sesiapa atas apa yang terjadi. Aku minta maaf kalau selama ni aku banyak susahkan kau. Aku tak pernah pun buat kau gembira. Aku minta maaf.”

Air mata Laura dah gugur.

“Kenapa kau cakap macamtu, Izad? Kau tak pernah susahkan aku selama ni. Kau selalu buat aku gembira. Selalu tanpa kau sedar, Izad,” balas Laura.

Izad seka air mata Laura. “Tengok, kau menangis lagi sebab aku.”

Laura cepat-cepat seka air matanya. “Mana ada.”

“Boleh aku minta dengan kau sesuatu?” soal Izad.

“Apa dia?”

“Janji dengan aku kau takkan menangis saat aku pergi tinggalkan dunia ni,” Izad hulurkan jari kelingking.

Laura geleng kepala.

“Tolong janji dengan aku Laura,” pujuk Izad.

Akhirnya Laura cantumkan jari kelingkingnya bersama jari kelingking Izad. Izad senyum.

“Nanti bagitahu mama dengan papa yang aku sayang diorang sangat-sangat. Bagitahu diorang aku minta maaf kalau aku buat salah. Dan bagitahu dekat adik-beradik aku yang lain, jaga diri diorang baik-baik,” ujar Izad.

“Dahlah. Jangan nak melalut lagi. Tidur cepat,” ujar Laura.

Sebenarnya Laura rasa lain macam sangat bila Izad cakap macamtu. Dia dapat rasa Izad semakin jauh darinya.

“Tak nak! Aku nak tengok muka kau sampai pagi,” usik Izad.

“Jangan nak mengada,” balas Laura.

Izad sengih. Begitulah keadaan mereka. Izad hanya memerhatikan Laura sehingga Laura tertidur.

* * *

Laura menggeliat sedikit apabila cahaya matahari terkena wajahnya. Laura menggosok matanya perlahan. Izad dipandangnya. Bibirnya menguntum senyuman. Kata tak nak tidur!

Laura bangun. Tiba-tiba dia terasa sesuatu yang aneh. Dia pandang Izad kembali.

“Izad, bangun,” kejut Laura.

Izad tidak menjawab.

Laura goncangkan tubuh Izad. Air matanya sudah mengalir laju.

“Izad, bangun! Jangan tinggalkan aku!”

Izad masih juga begitu. Dan ketika itu juga Datin Maznah sampai.

“Mak cik, Izad!” ujar Laura.

Datin Maznah menghampiri Laura. Badan Izad dilihatnya. Air matanya turut tumpah.

“Iqram! Panggil doktor!” arah Datin Maznah.

Tidak sampai beberapa minit, doktor sampai. Doktor memeriksa keadaan Izad. Mereka semua dikehendaki keluar dari wad Izad itu. Bila doktor tu keluar sahaja dari wad Izad, semua serbu doktor itu.

“Macammana dok?” soal Dato' Fuad.

Doktor itu menggeleng-gelengkan kepalanya. “Maaf, anak anda tidak dapat diselamatkan.”

Serentak itu, Laura jatuh terduduk. Air matanya yang deras mengalir dibiarkan. Sungguh dia tidak dapat menerima hakikat.

Patutlah semalam perangai Izad sungguh ganjil. Patutlah semalam Izad banyak berpesan kepadanya.

Izad, aku minta maaf. Aku tak dapat pegang janji aku. Macammana aku tak menangis kalau orang yang aku cinta pergi tinggalkan aku untuk selamanya?

No comments:

Post a Comment