Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, April 29, 2011

Mencari Cinta 36

  Sudah seminggu pemergian Izad tetapi keadaan Laura tetap begitu. Macam-macam cara Syukor dan Adiela dah lakukan untuk mengembalikan Laura yang dulu tapi semuanya tidak berhasil.

Laura duduk di atas katilnya apabila pintu biliknya ditolak dari luar. Ayyad pandang Laura dari muka pintu. Dia nampak keadaan Laura sangat-sangat teruk.

“Laura,” panggil Ayyad.

Laura pandang Ayyad sekilas kemudian dia tunduk pandang tilamnya kembali. Ayyad menghampiri Laura.

Ayyad nampak gambar Izad di atas tilam yang Laura renung. Dan ketika itu, Ayyad rasa hatinya bagaikan dicucuk dengan duri yang tajam. Tapi dia kuatkan semangatnya.

Kerana untuk apa dia cemburu kepada orang yang sudah tiada?

“Laura, kau masih ingatkan Izad?” soal Ayyad.

Laura pandang Ayyad. Air matanya gugur.

“Aku akan ingat Izad sampai bila-bila. Tak mungkin aku lupakan dia. Dia terlalu utuh di hati aku!”

Ayyad duduk di hadapan Laura.

“Kau sayangkan Izad?” soal Ayyad lagi.

Laura angguk, “aku sayangkan dia sampai bila-bila!”

“Kalau kau sayang dia, tolong bangkit semula. Tolong jadi Laura yang aku kenal dulu. Tolong jangan seksa diri kau macamni.”

Laura tunduk.

“Aku yakin arwah Izad nak kau gembira. Tolonglah Laura. Sampai bila kau nak seksa diri kau?”

“Aku tak boleh, Ayyad. Aku rindukan Izad.”

“Aku faham, Laura. Kadang-kadang manusia terlalu lama merenung kepada pintu kedukaan sehinggakan tidak nampak pintu-pintu kebahagiaan yang lain sehinggalah pintu-pintu kebahagiaan itu pula tertutup.”

Laura pandang Ayyad. Ayyad bangun dan mula melangkah untuk keluar dari bilik Laura.

“Ayyad!”

Ayyad yang baru sahaja mahu memulas tombol pintu bilik Laura, pandang ke arah Laura.

“Aku perlukan kau. Jangan tinggalkan aku.”

Ayyad lemparkan senyuman dekat Laura.

“Kan aku pernah cakap dekat kau, aku takkan tinggalkan kau.”

* * *

“Terima kasih sebab buat adik kesayangan abang berubah,” ujar Syukor.

Ketika itu, Ayyad baru turun dari bercakap dengan Laura. Syukor sungguh tak sangka Ayyad boleh mengubah Laura.

“Tak ada apa-apa lah bang. Dah menjadi tanggungjawab saya kan. Takkan Laura nak macamtu je kan selamanya,” balas Ayyad.

Syukor senyum. “Ayyad cintakan Laura?”

Ayyad terkejut. Macammana Syukor boleh tahu? Takkanlah Kak Adiela yang bagitahu kot.

“Mana abang tahu?”

Syukor senyum penuh makna. Tangannya diletakkan di bahu Ayyad.

“Abang boleh nampak dari cara Ayyad layan Laura. Ada ke kawan yang sanggup buat seperti Ayyad buat dekat Laura? Walaupun Laura banyak sakitkan hati Ayyad, Ayyad tetap sabar dengan Laura.”

Ayyad diam.

“Abang percaya Ayyad boleh jaga Laura. Jangan takut untuk mengaku Ayyad cintakan Laura. Cinta bukan satu perkara yang perlu kita takut. Cinta itu satu anugerah.”

Telefon bimbit Syukor berbunyi. Syukor berlalu untuk mendapatkan telefon bimbitnya. Ayyad kaku berdiri di situ untuk seketika.

“Ayyad fikir-fikirkanlah apa yang abang cakap ni. Abang keluar dulu.”

Syukor tepuk bahu Ayyad dan kemudian berlalu meninggalkan Ayyad di situ. Ayyad diam memikirkan kata-kata Syukor.

No comments:

Post a Comment