Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, May 2, 2011

Mencari Cinta 37

  Syukor tersenyum puas. Lagi dua hari dia bakal bergelar seorang suami. Suami kepada wanita yang sangat dicintainya. Wanita yang bakal menjadi ibu kepada anak-anaknya nanti.

Persiapan perkahwinan semuanya sudah disediakan. Hanya tinggal hari sahaja untuk dilangsungkan. Ini pun dia asyik ulang alik dari K.L ke P.D. Nak tinggal dekat rumah Adiela, rasa macam tak manis pula dipandang orang. Jadi dia ambil keputusan untuk ulang-alik.Esok baru dia akan tempah bilik di hotel yang paling dekat dengan rumah Adiela.

Pintu biliknya diketuk dari luar.

“ Masuk!”

Pintu dibuka dan Laura melangkah masuk. Laura duduk di sofa dalam bilik Syukor tu.

“Ye, Laura. Ada apa?” soal Syukor.

“ Cepatnya abang nak kahwin dah. Tinggallah Laura sorang-sorang nanti dekat rumah ni,” keluh Laura.

Syukor melangkah ke arah Laura. Dia duduk di sebelah Laura.

“Habis Laura tak nak bagi abang kahwin ke?” soal Syukor.

“ Eh bukan macamtu. Laura gembira sebab abang kahwin. Cuma nanti Laura mesti bosan duduk rumah sorang-sorang,” jawab Laura.

“Laura cepat-cepat lah kahwin,” Syukor kenyit mata.

Laura gelak.

“Abang ni kan. Laura kan masih study lagi,” ujar Laura.

“ Abang gurau je lah. Laura habiskan dulu study tu, baru boleh kahwin. Tapi kalau nak bercinta, abang tak marah. Cuma jaga batas je lah,” pesan Syukor.

“Siapa lah yang nakkan Laura, abang? Laura ni siapa je pun.”

“Ayyad tu ade. Ayyad tu cintakan Laura, tahu tak?”

Laura gelak. Syukor angkat kening, “ kenapa gelak?”

“Abang ni kan. Laura dengan Ayyad kawan baik lah. Tak lebih dari tu. Abang jangan salah anggap,” ujar Laura.

“Iya ke?” soal Syukor.

Laura angguk. “ Lagipun, Laura masih sayangkan arwah Izad. Laura masih tak bersedia untuk bercinta lagi. Cukuplah untuk sementara waktu.”

Syukor usap kepala Laura.

“Ye lah Laura. Buatlah apa yang Laura rasa boleh membahagiakan Laura. Abang sentiasa sokong Laura. Kecuali kalau Laura buat benda yang mungkar!”

“Terima kasih abang! Laura sayang abang!”

Syukor senyum.

“Laura keluar dulu lah. Nak pergi mandi. Tata abang!”

Syukor angguk. Laura melangkah keluar dari bilik Syukor. Syukor hanya memerhatikan langkah Laura yang semakin menjauhi dirinya. Sungguh dia akan bahagia jika adiknya itu bahagia. Kerna dia hanya punya seorang sahaja adik sedarah sedaging dengan dia.

* * *

Surah Yassin ditutupnya. Kemudian dia capai jag berisi air dan mula menuangkannya ke atas tanah. Bunga-bunga ditabur di atas tanah itu.

“Mai, lagi dua hari aku dah nak bergelar seorang isteri. Isteri kepada lelaki yang pernah bertakhta di hati kau. Tapi kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. Jodoh antara kau dengan dia tak panjang. Dan Allah tetapkan jodoh antara kami berdua.”

Air matanya diseka dengan jari telunjuknya.

“Mai, aku rindu kau. Aku rindu kau sangat-sangat. Tapi aku tahu kau dah lama tak ada. Dan kau tak mungkin boleh kembali lagi. Aku doakan kau bahagia di alam sana.”  

No comments:

Post a Comment