Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, May 7, 2011

Mencari Cinta 38

  Dengan hanya sekali akad nikah, Nur Aliya Adiela Binti Razak sudahpun bergelar isteri kepada Muhammad Arief Syukor Bin Tan Sri Halim.

Adiela salam Syukor. Saat kulit mereka bersentuh buat kali pertama, jantung Adiela berdegup kencang. Kemudian Syukor cium dahi Adiela.

Air mata Adiela mengalir saat bibir Syukor hinggap di dahinya. Sungguh dia terharu.

Adiela dan Syukor bangun. Mereka melangkah ke arah keluarga mereka yang sedang berkumpul. Syukor salam dengan Tan Sri Halim. Begitu jua Adiela.

Daddy,” sapa Syukor.

Daddy doakan Arief dengan Adiela hidup bahagia sehingga akhir hayat,” ujar Tan Sri Halim.

Mereka angguk. Kemudian Syukor salam dengan Puan Sri Salimah. Diikuti Adiela.

“Terima kasih sebab izinkan Arief kahwin dengan dengan Adiela. Arief sayang mummy!” ujar Syukor.

Mummy bahagia bila anak mummy bahagia,” ujar Puan Sri Salimah.

“Adiela minta maaf kalau Adiela bukanlah menantu pilihan mummy. Adiela minta maaf kalau Adiela tak sempurna untuk abang Syukor. Adiela minta maaf,” ujar Adiela. Air matanya menitis.

“Tak Adiela. Mummy suka Adiela. Adiela menantu mummy. Mummy tahu Arief takkan bahagia jika Adiela tak ada di sisi dia.” ujar Puan Sri Salimah.

Adiela senyum. “Terima kasih mummy!”

Kemudian Puan Sri Salimah peluk Adiela. Adiela balas pelukan Puan Sri Salimah. Selepas itu, mereka beralih pula ke Laura.

“Abang jaga Kak Adiela elok-elok tau. Kalau Kak Adiela menangis sebab abang, Laura cekik abang!” ugut Laura.

Syukor sengih. “Wah Laura ada geng baru, tak nak dengan abang dah!”

Adiela senyum sedikit. Laura gelak.

“Laura doakan yang terbaik untuk abang dengan Kak Adiela!”

“Terima kasih Laura.” Adiela peluk Laura. Laura balas pelukan Adiela.

Kemudian mereka beralih ke Razak. Adiela hulurkan tangan untuk bersalam.

“Ayah, Die minta maaf. Die tahu Die banyak buat salah dengan ayah. Die banyak susahkan ayah. Die banyak buat ayah marah. Die minta maaf. Die sayangkan ayah. Die tak pernah terniat untuk sakitkan hati ayah.”

Razak usap kepala Adiela yang dilindungi tudung putih yang dipakainya.

“Ayah pun sayangkan Die lebih dari Die sayangkan ayah. Ayah harap lepas ni, Die boleh jadi seorang isteri yang baik. Yang menghormati suami. Isteri yang solehah. Ingat, selepas Die bergelar seorang isteri, tanggungjawab ayah dah beralih ke suami Die.”

Adiela angguk. Kemudian Syukor pula bersalam dengan Razak.

“Ayah jangan risau. Syukor janji Syukor akan jaga Adiela elok-elok. Syukor janji, ayah,” ujar Syukor.

“Ayah percayakan Syukor. Ayah percaya Syukor boleh tunaikan tanggungjawab Syukor dengan baik. Tolong jagakan Adiela untuk ayah,” ujar Razak.

Syukor angguk. Ye, dia akan jaga Adiela seperti nyawanya sendiri. Sekarang Adiela adalah tanggungjawabnya!

* * *

“Selamat pengantin baru, Syukor!” ucap Acai.

Syukor senyum. Tangan Acai disambutnya.

“Semoga perkahwinan kau kekal sehingga akhir hayat. Aku doakan yang terbaik untuk kau!” ujar Acai.

Syukor angguk. Sebenarnya dia hanya menjemput Acai dan Ayyad sahaja ke majlis persandingannya. Saudara maranya semua dijemput ketika dia membuat majlis resepsi di K.L nanti.

Kebanyakan tetamu yang hadir ialah sauda-mara Adiela dan penduduk kampung. Syukor malas mahu menjemput ramai orang. Tunggulah ketika di majlis resepsi nanti.

“Aku dah. Kau bila lagi?” soal Syukor.

“Aku? Entahlah. Siapalah yang nak dekat aku kan?” Acai merendah diri.

“Hek eleh kau! Macamlah aku tak tahu perangai kau! Awek keliling pinggang!” perli Syukor.

“Tapi tak ada sorang pun yang berkenan lah. Aku kalau nak cari isteri, nak cari macam kau punya isteri tu. Sejuk je mata memandang!” balas Acai.

“Suka hati kau lah, Cai. Janji kau jangan kebas bini aku sudah!”

Acai dan Syukor gelak.

“Eh, berborak ni, mana isteri kau?” soal Acai.

Syukor pandang sekeliling. Eh, mana isteri dia? Tadi ada sebelah dia.

“Entahlah. Eh, kau tak nak balik lagi kan?” soal Syukor.

“Dah petang ni, nak balik lah,” jawab Acai.

“Tak nak jumpa isteri aku dulu ke?” soal Syukor.

“Takpelah. Lain kali je lah. Waktu majlis resepsi. Lagipun tadi aku dah tengok isteri kau waktu korang bersanding. Aku blah dulu ek,” Acai meminta diri.

Syukor angguk. Acai melangkah pergi. Syukor mencari isterinya. Dan dia nampak Adiela sedang berbual dengan seorang lelaki. Syukor mendekati Adiela.

“Sini rupanya. Puas abang cari,” ujar Syukor.

Adiela pandang Syukor.

“Abang, ni Epul.” Adiela perkenalkan Syukor dengan Epul.

“Abang kenallah. Kan pernah jumpa dulu. Eh, mana tunang?” soal Syukor.

“Dia tak dapat datang. Ada kursus dekat Johor,” jawab Epul.

Syukor angguk.

“Tadi Acai nak jumpa sayang tau. Kesian dia, tak dapat jumpa sayang,” ujar Syukor.

“Mana dia?” soal Adiela.

“Dah balik dah,” jawab Syukor.

“Lah, kenapa tak panggil Adiela?” soal Adiela.

“Tak jumpa. Sayang lah menghilang,” jawab Syukor.

Epul berdehem.

Okay lah. Saya balik dulu. Dah petang ni. Anyway, selamat pengantin baru. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Syukor, jaga Adiela elok-elok tau!” pesan Epul.

“Semestinya!” jawab Syukor.

Epul melangkah pergi meninggalkan pasangan sejoli itu. Syukor gelak selepas kelibat Epul hilang dari pandangan matanya.

“Abang cemburu dengan dia lagi ke?” soal Adiela.

“Mestilah cemburu. Siapa tak sayang bini hoii cik Adiela sayang?” jawab Syukor.

“Lah, dia dah bertunang lah bang. Abang ni. Dahlah, Adiela nak pergi jumpa Ayyad sekejap,” ujar Adiela.

Syukor sengih. Dia sengaja je buat macamtu dekat Epul tadi. Sekadar mahu menguji. Dan ternyata Epul masih ada menyimpan perasaan terhadap Adiela. Mungkin masih ada sedikit.

Adiela melangkah ke arah Ayyad yang sedang duduk di sofa. Tetamu sudahpun beransur pulang. Hanya tinggal orang yang terdekat sahaja.

“Berangan ke?”

Ayyad pandang Adiela. Ayyad tersengih. Adiela duduk di sebelah Ayyad.

“Laura mana?” soal Adiela.

Ayyad angkat bahu, “entahlah. Tadi ada, sekarang dah hilang.”

Adiela angguk. “So macammana?”

Ayyad kerut dahi, “macammana apa?”

“Eleh buat-buat tak tahu pulak. Akak dengan abang Syukor dah kahwin. Ayyad dengan Laura bila lagi? Jangan tunggu lama-lama, Ayyad,” pesan Adiela.

“Ala kak. Saya je yang cintakan dia. Dia tak pun,” Ayyad bersuara perlahan.

“Mana Ayyad tahu? Ayyad tak confess dengan dia lagi pun kan? Kenapa nak menyerah sebelum berjuang? Ayyad jangan jadi pengecut. Cuba confess dulu dengan Laura tentang hati dan perasaan Ayyad terhadap Laura,” nasihat Adiela.

Ayyad mengeluh. Tiba-tiba Syukor menghampiri mereka. Syukor duduk di sebelah Adiela.

“Borak pasal apa ni? Muka serius semacam je?” soal Syukor.

“Tak ada apa-apalah,” jawab Adiela.

“Ye ke ni?” Syukor angkat kening.

Adiela senyum, “betullah. Eh, mana mummy ek?”

“Tengah berborak dengan daddy dan ayah,” jawab Syukor.

Adiela angguk. “Semua orang dah balik ke?”

Syukor angguk, “Tinggal mummy, daddy, Laura dan Ayyad.”

“Kalau macamtu, Die sembahyang Asar dulu lah. Dah lambat dah ni,” ujar Adiela.

“Abang pun sembahyang sekali dengan Die lah. Kita jemaah,” bagitau Syukor.

Adiela angguk. “Ayyad, akak sembahyang dulu ek.”

“Okay!” jawab Ayyad.

Adiela bangun diikuti Syukor menuju masuk ke dalam bilik mereka untuk solat Asar berjemaah.

No comments:

Post a Comment