Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, June 1, 2011

Mencari Cinta 41

Adiela mengetuk pintu bilik Laura. Setelah Laura menyuruhnya masuk, barulah dia masuk.

“Eh, kenapa tak siap lagi ni?” soal Adiela.

Laura pandang Adiela.

“Patutkah Laura pergi, kak?” soal Laura.

Adiela senyum. Dia duduk di sebelah Laura.

“Laura cintakan Ayyad kan? Jangan siksa hati Laura. Luahkan pada Ayyad harini. Sebab Laura sendiri tahu kan Ayyad cintakan Laura. Sama ada Laura bagitahu hari ni ataupun Laura akan kehilangan dia untuk selama-lamanya. Laura pilihlah.”

Adiela bangun.

“Akak tunggu dekat bawah. Siaplah cepat ye.”

Adiela melangkah keluar dari bilik Laura tanpa menunggu jawapan Laura.

* * *

Keluarganya semua sudah pulang ke rumah. Ayyad masih di situ. Menanti kehadiran Laura. Dia berharap sangat agar Laura datang. Dia hendak melihat gadis itu untuk kali terakhir.

Jam tangannya dikerling. Lagi sepuluh minit dan kemudian pintu ini akan ditutup. Ayyad bangun. Trolingnya ditolak. Tidak mungkin Laura akan datang. Untuk apa Laura datangkan? Laura bukannya cintakan dia pun.

Baru sahaja Ayyad mahu melepasi pagar itu, kedengan namanya dipanggil. Ayyad berhenti. Dia pusing belakang. Dan ada Laura, Adiela dan Syukor.

Laura pandang Adiela dan Syukor. Syukor dan Adiela melemparkan senyuman sambil mengangguk. Laura kemudian maju ke arah Ayyad.

“Ayyad.” panggil Laura.

Ayyad senyum. “Aku fikir kau tak datang.”

“Ayyad, aku cintakan kau. Aku cintakan kau sama seperti kau cintakan aku.”

Ayyad tersentak. Laura senyum.

“Inilah benda yang aku nak cakap haritu. Dan aku tipu kata aku gembira. Aku memang sedih nak lepaskan kau pergi dari aku. Tapi aku tahu kau pergi untuk belajar kan? Kau belajar lah rajin-rajin dan kemudian balik ke Malaysia. Aku akan tunggu kau di sini.”

Ayyad pandang Syukor dan Adiela di belakang. Syukor dan Adiela mengangguk mengiakan kata-kata Laura.

“Terima kasih Laura. Aku harap kau sabar tunggu aku. Aku cintakan kau.”

Laura angguk. “Dahlah cepatlah pergi. Karang kau tertinggal pulak.”

Ayyad angguk. Ayyad kemudian tolak troli dan melepasi pagar itu. Laura hanya memandang langkah Ayyad yang semakin menjauh meninggalkan dirinya.

“Laura dah rasa relieve?” soal Adiela.

Laura angguk. “Terima kasih kak.”
Adiela senyum. “Tak ada masalah lah. Dahlah jom makan. Abang Laura belanja.”

Laura angguk. Lalu mereka bertiga melangkah meninggalkan kawasan itu.

3 comments:

  1. ala... ingt Ayyad xjd p UK bila Laura dah terus terang. apapun cinta bukan penghalang cita-cita. klu betul ikhlas dgn cinta jauh camna pun dugaan dtg dtempuh dgn jayanya. adajodoh xkemana. ;D

    ReplyDelete