Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, June 12, 2011

Mencari Cinta 43

  Laura mengerling jam tangannya. Mengikut perkiraannya, sepatutnya Ayyad sudah sampai di sini. Tapi kelibat Ayyad pun dia tak nampak. Mungkin penerbangan Ayyad terpaksa ditunda untuk beberapa minit.

Laura mengeluarkan telefon bimbitnya apabila kedengaran bunyi mesej. Mesej itu daripada Adiela. Dia lantas membuka mesej itu dan membacanya.

Ayyad dah sampai belum?

Laura segera menakan punat call. Dia malah untuk menaip mesej. Tiga saat menanti, Adiela menjawab telefom.

“Ayyad dah sampai belum?” soal Adiela setelah mereka berbalas salam.

“Belum lagilah, kak. Laura risau juga ni. Manalah Ayyad ni,” ujar Laura.

“Mungkin kapal terbang dia delayed kot. Kejap lagi sampai lah tu. Laura sabar je lah,” ujar Adiela.

“Laura pun fikir macamtu jugak. Insya-Allah tak ada apa-apa akan berlaku, kan kak?”

“Ye. Baiklah Laura. Si Alisya dengan Afif ni dah merengek minta susu. Akak letak telefon dulu ye. Assalamualaikum.”

Talian sudahpun diputuskan. Laura menjawab salam di dalam hati dan kemudian memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya.

Laura bangun dan melangkah ke orang ramai. Nampaknya salah satu kapal terbang sudah mendarat kerana ramai orang sudah keluar. Mungkinkah itu kapal terbang Ayyad?

Laura mencari-cari kelibat Ayyad tapi hampa. Tiada langsung bayang-bayang Ayyad. Laura mengeluh. Dia duduk di kerusi kembali. Tiba-tiba seseorang duduk di sebelahnya. Laura menoleh ke orang itu.

“Ayyad!”

Ayyad melemparkan senyuman kepada Laura. Laura membalas senyuman itu.

“Hampir tak kenal kau tadi. Kau nampak cantik sangat bila pakai tudung,” puji Ayyad.

Laura tersipu-sipu malu.

“Eh kau blushing lah Laura!”

Laura bangun dan melangkah laju meninggalkan Ayyad. Dia malu untuk berhadapan dengan Ayyad. Ayyad mengejarnya.

“La, jangan lah marah. Aku gurau je. Kau tak rindu aku ke?” soal Ayyad.

Laura berhenti melangkah. “Ayyad! Janganlah usik aku lagi.”

Ayyad gelak.

“Ye lah. Dahlah jom kita pergi makan nak? Aku rindu lah nak makan nasi lemak, roti canai, sambal belacan dan teh tarik,” ajak Ayyad.

“Ye lah, jom!” balas Laura.

Lalu mereka berdua melangkah keluar dari lapangan terbang itu.


* * *

Laura geleng kepala melihat gelojohnya Ayyad makan. Tak pernah dia tengok Ayyad segelojoh ini.

“Dekat Australia memang tak ada nasi lemak ek?” soal Laura.

Ayyad pandang Laura. Bibirnya menguntum senyuman. Mungkin untuk mengawal rasa malu kerana diperli sebegitu rupa.

“Ada. Tapi tak sama dengan dekat Malaysia punya. Malaysia the best!” ujar Ayyad.

“Ye lah. Makanlah. Aku tak nak kacau kau,” ujar Laura.

Ayyad tiba-tiba suakan sudu yang diisi dengan nasi lemak kepada Laura. Laura angkat kening.

“Meh aku suapkan kau,” ujar Ayyad.

“Eh tak payahlah,” tolak Laura.

“Kau sayang aku tak?” soal Ayyad.

“Sayanglah,” jawab Laura.

“Kalau sayang, makanlah cepat,” ujar Ayyad.

Laura pandang sekeliling. Ada dua tiga mata yang memerhatikan mereka.

“Kau tak sayang aku, tak apa lah,” Ayyad tarik balik sudunya.

“Eh, janganlah merajuk. Ye ye aku makan,” ujar Laura.

Ayyad tersenyum penuh makna. Dia makan nasi yang disuapkan Ayyad itu.

“Ni lah buat aku sayang kau lebih. Kau tahu tak Laura, setiap hari aku asyik nak balik Malaysia je bila aku teringatkan kau. Tapi sebab duit tak cukup nak beli tiket balik Malaysia, aku tangguhkan niat aku. Sekarang ni kau dekat depan aku, aku rasa macam tak percaya je,” ujar Ayyad.

“Tak apa lah Ayyad. Aku faham. Lagipun kau ke sana untuk belajar kan? Kau tak ada perempuan lain kan dekat sana?” soal Laura.

“Mestilah tak ada. Entah-entah kau yang ada lelaki lain dekat sini. Maklumlah, lelaki dekat Malaysia sekarang ni semuanya handsome-handsome. Manalah tahu kau terpikat ke?” uji Ayyad.

“Aku perempuan. Perempuan hanya mampu mencintai seorang lelaki dalam satu masa.”

“Aku tahu kau sayang aku. Aku tahu kau takkan duakan aku.”

Laura sengih. Tiba-tiba dia rasa macam nak kacau Ayyad.

“Tapi aku tak cakap pun lelaki tu siapa,” ujar Laura.

Ayyad bulatkan matanya kepada Laura. Laura gelak terkekeh-kekeh.

“Gurau je lah. Mestilah lelaki tu kau. Kalau tidak takkan aku sanggup tunggu kau dekat airport. Aku cintakan kau, Ayyad. Hanya kau seorang.”

“Aku pun cintakan kau. Semalam, hari ini dan untuk selamanya.”

TAMAT

4 comments:

  1. haha...smpt lg nk main tu...da tamat?ala kak..i bet bukn sy sorg je nk spesel edition ayyad n laura...hee

    ReplyDelete
  2. betul2x setuju sama u CO. he...:D

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah. Kalau ada masa, cikbuwlan akan buat. Wookay?

    ReplyDelete
  4. nak SE..SE..SE...NAK SE!!!! hahahha ;p

    ReplyDelete