Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, September 10, 2011

Cinta Lana 2

 Cinta dah cuak. Ke mana agaknya pergi buku hijaunya itu? Habis segala isi di dalam begnya digeledah namun buku hijaunya masih tiada.

Air mata mula bergenang. Buku itu terlalu penting baginya. Segala kenangan dia bersama Daus ada di situ.

"Daus, maafkan Lana. Lana dah hilangkan buku tu. Daus, Lana sayangkan Daus!"

Cinta mula teresak. Namun sekejap sahaja, kemudian dia bangun. Air matanya diseka. Pantas kunci kereta Myvi nya dcapai dan terus dia keluar.

Dan sekarang dia memandu. Destinasinya kaferia tadi!

* * *

Cinta berlari anak ke tempat yang tadi diduduknya. Namun buku itu tiada! Air mata Cinta mengalir lagi.

Memang Lana dah hilangkan buku tu. Lana gagal jaga buku tu. Lana memang tak guna!

"Kenapa ni cik?" pelayan yang sama melayan dia tadi menegur.

Cepat-cepat Cinta menyarungkan kaca mata hitam kembali.

"Cik cari buku cik ke?" soal pelayan itu.

Pantas Cinta mengangguk.

"Awak ada jumpa?" soal Cinta.

"Tadi saya nak ambil tapi ada seorang lelaki ni ambil pula. Saya fikir itu kawan cik. Maafkan saya ye," ujar pelayan itu.

Cinta tersentak. Dicuri? Tapi kenapa perlu curi?

"Tak apa lah. Kalau dia bagi, awak tolong simpan. Terima kasih. Saya balik dulu," Cinta melangkah keluar dari kaferia itu.

Kemudian lelaki yang 'mencuri' buku itu datang ke arah pelayan itu.

"Macammana?" soal lelaki itu.

Pelayan itu angkat ibu jari. Lelaki itu tersenyum. Dan pelayan itu turut tersenyum.

* * *

Cinta masuk ke dalam bilik Hazeem. Hazeem yang baru sahaja mahu keluar dari bilik itu duduk di atas katil kembali.

"Kenapa?" soal Hazeem.

"Cinta dah hampakan Daus," ujar Cinta.

Angkat kening, "Maksud Cinta?"

Cinta duduk di atas katil, sebelah Hazeem. Hazeem pandang Cinta.

"Buku tu dah hilang. Buku hijau dah hilang. Bang, Cinta perlukan buku tu," rengek Cinta.

"Buku hijau?" soal Hazeem.

"Daus yang bagi Cinta buku tu," jawab Cinta.

Hazeem angguk, "Hilang dekat mana?"

"Kafe," jawab Cinta.

"Tak tengok balik?" soal Hazeem.

"Dah tapi pelayan tu cakap ada orang laki ambik," ujar Cinta.

Hazeem diam. Dia tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-perlahan.

“Mungkin dah sampai masanya Cinta lupakan Daus dan teruskan hidup Cinta. Lepaskan Daus dengan rela," ujar Hazeem.

Cinta menjengilkan matanya. Lupakan Daus. Mampukah aku? Tak, aku takkan mampu!

"No abang! Cinta takkan lupakan Daus!" marah Cinta.

"Sampai bila Cinta? Cinta ingat Daus akan gembira ke kalau Cinta sedih macamni? Mana pergi Cinta yang dulu? Daus akan gembira kalau Cinta gembira," pujuk Hazeem lembut.

Cinta diam. Air matanya mengalir laju membasahi pipinya. Hazeem usap kepala Cinta.

"Tapi Cinta cintakan dia!" ujar Cinta.

"Ye, abang tahu tu. Kalau Cinta cintakan Daus, Cinta kena lah kuat. Relakan Daus pergi. Biarkan Daus tenang di sana. Sedekahkan Al-Fatihah. Tu je yang boleh buat Daus gembira," ujar Hazeem.

Cinta kesat air mata. Wajah Hazeem dipandangnya.

"Cinta cuba," ujar Cinta akhirnya.

Hazeem senyum. Cinta turut tersenyum tawar. Dalam hati, dia sendiri tidak yakin apa dia mampu atau tidak.

"Please be the old Cinta. Okay, jom kita ziarah kubur Daus," ujar Hazeem.

Cinta angguk. Dia berlalu keluar daripada bilik Hazeem dan melangkah ke biliknya untuk bersiap.

* * *
Usai membaca surah Yassin, Hazeem berlalu ke kereta. Memberi ruang kepada Cinta.

Cinta kesat air mata yang mengalir tadi. Batu nisan yang berukirkan nama penuh Daus dan tarikh kematiannya disentuh sekejap.

"Daus, Lana sayangkan Daus. Lana minta maaf sebab selama ni Lana buat Daus sedih. Lana janji, Lana akan harungi juga hidup ni walau tanpa Daus di sisi Lana," Cinta berhenti sekejap.

Cinta tarik nafas dalam-dalam dan kemudian menghembuskannya perlahan. Cuba menenangkan diri.

"Mungkin Lana tak mampu untuk menjadi Lana yang dulu, yang gembira bersama Daus, yang happy bersama keluarga. Tapi Lana akan cuba jadi Cinta yang dulu, yang buta dalam cinta," ujar Cinta.

Cinta senyum tawar.

"Lana yang dulu dah mati apabila tercabutnya roh Daus dengan jasad Daus. Dan sekarang yang sedang bercakap di sini hanyalah Cinta yang biasa. Dan Lana hanya akan hidup apabila bersama Daus," ujar Cinta lagi.

Cinta bangun.

"Lana janji Lana takkan tinggalkan Daus. Lana akan terus menyimpan nama Daus di dalam hati Lana. Tapi Lana janji Lana akan mulakan hidup baru sebagai Cinta. Lana cintakan Daus," ujar Cinta.

Cinta melangkah pergi. Perginya dari kubur itu menandakan dia akan mulakan hidup barunya sebagai Cinta yang dahulu dan bukan Lana.

* * *
"Good morning mak!" ujar Cinta.

Rohaimah angkat muka pandang Cinta. Agak terkejut jua dengan sapaan yang agak ceria itu.

"Mak je?" soal Hazeem.

Cinta gelak. Dan sekali lagi Rohaimah terkejut. Selama hampir setengah tahun dia tidak mendengar gelak tawa Cinta. Air matanya hampir menitis namun ditahannya.

"Abang pun lah," ujar Cinta.

Cinta mencapai kunci kereta Myvi nya.

"Mak, Cinta nak keluar sekejap. Tapi Cinta janji Cinta lunch dengan mak dan abang pukul 2 ni," ujar Cinta.

Rohaimah angguk.

"Cinta keluar dulu, mak," ujar Cinta.

Cinta bersalam dengan Rohaimah. Tangan tua itu diciumnya lembut. Sebenarnya dia tahu, dia dah banyak membuat orang di sekeliling risau tentang dia.

Rohaimah senyum. Bersyukur kerana Cinta sudah berubah.

"Abang! Cinta pergi dulu," ujar Cinta.

Hazeem angguk. Cinta melangkah keluar dari rumah. Dalam hati, dia marahkan dirinya.
Ya Allah, selama ini aku dah banyak menyakitkan hati mak. Aku buat dia risau tentang aku. Kenapa aku tak sedar semua ini?

* * *

Cinta tarik kerusi. Kemudian dia duduk. Tempat yang sama saat buku pemberian Daus hilang.

"Nak makan apa cik?" soal pelayan, pelayan yang sama lagi.

"Roti bakar telur dengan teh o ais limau," ujar Cinta.

Pelayan itu mengangguk. Dia mula melangkah untuk pergi namun dipanggil Cinta.

"Ada apa cik?" soal pelayan itu sambil tersenyum.

"Nama siapa?" soal Cinta.

Senyum, "kenapa cik? Saya ada buat salah ke?"

Sengih, "tak lah. Saja nak tahu," jawab Cinta.

"Ariyani. Cik?"

Angguk, "sedap nama. Saya Cinta."

Ariyani angguk.

"Saya ke dapur dulu ye cik Cinta," ujar Ariyani.

Cinta angguk. Ariyani berlalu meninggalkan Cinta. Cinta keluarkan telefon bimbitnya. Menulis pesanan ringkas kepada abangnya.

Cinta ingat nak cari kerja. Abang rasa?

Cinta letak telefon bimbitnya di atas meja. Seminit kemudian, pesanannya dibalas.

Tak nak sambung belajar ke?

Baru sahaja Cinta mahu membalas mesej itu, makanannya sudah sampai. Cinta menguntum senyuman manis kepada Ariyani.

"Thanks," ujar Cinta.

"That's my job cik Cinta," ujar Ariyani sopan dan berlalu pergi.

Cinta dah mula makan roti telurnya. Dan baru usai sekeping, dia cepat-cepat membalas mesej abangnya

Belajar?

Cinta sambung makan. Dan bunyi sms dibalas menganggunya. Cepat-cepat dia membaca mesej itu.

Belajar lah. Cinta kan dah ambil 2 semester, rugi tau tak sambung. Better Cinta sambung.

Cinta cepat-cepat membalas mesej itu.

Cinta rasa macam malas lah. Lagipun Cinta kan dah ada diploma. Cukuplah tu.

Cinta letak telefon bimbitnya tepi. Baru sahaja dia mahu minum air, kerusi di hadapannya ditarik. Cinta dongak, pandang empunya diri. Lelaki!

"I think you got a wrong person," ujar Cinta.

Si lelaki sengih. Terus duduk di hadapan Cinta. Cinta hairan.

"But I think I got the right person," ujar lelaki itu.

Angkat kening, "Me?"

Angguk, "yeah, you."

Cinta lagi hairan. Bunyi mesej menganggu mereka. Cepat-cepat Cinta mencapai telefon bimbitnya.

Tak nak sambung lagi ke? Rugi tau dek.

"Selalu makan sini?" soal lelaki itu.

Cinta dongak, pandang lelaki itu.

"Yeah, why?" soal Cinta pelik. Niatnya mahu membalas mesej tergendala sebentar.

"I asyik nampak you je selalu kat sini. Makanan sini sedap heh?" soal lelaki itu.

"Sedap, murah dan layanan dia first class!" jawab Cinta.

"Yeah, i know that," ujar lelaki itu.

Cinta kembali fokus ke telefon bimbitnya. Mesej itu dibalas.

Hmm.., entahlah. Cinta tak fikir lagi. Lagipun I'm twenty three already bang. Nak sambung study lagi? Malaslah.

Cinta pandang lelaki itu kembali. Minuman diteguknya seteguk.

"You know what, I like you," ujar lelaki itu.

Cinta hampir tersedak mendengar ayat yang keluar daripada mulut lelaki yang tidak sampai sepuluh minit dikenalinya.

"What do you mean by that?" soal Cinta.

"I like your smile, i like your clothes, i like your hair, i like you," ujar lelaki itu.

"Tak faham," Cinta angkat kening.

Sengih, "I suka senyuman you, cara you berpakaian, rambut you, I suka semuanya tentang you," 
terang lelaki itu.

Cinta speechless. Tak tahu apa nak jawab.

"Sorry, i don't talk to stranger and can you," Cinta tunjuk ke arah meja sebelahnya. Sambung, "please."

Bunyi mesej membuatkan Cinta cepat-cepat menekan punat read.

Terserahlah pada Cinta. But Cinta nak kerja apa? Jawatan apa?

Lelaki itu bangun. Cinta dongak pandang lelaki itu. Lelaki itu hulur tangan kepada Cinta.

"Saya Asyraff," ujar lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Asyraff itu.

Cinta tak sambut tangan Asyraff. Dia hanya pandang sahaja.

"Hmm...," ujar Cinta sombong.

Asyraff menarik kembali tanggannya. Dia tersenyum.

"Tak apa, nanti awak akan sambut juga tangan ini. Dan saya akan sentiasa menunggu detik itu," ujar Asyraff.

Cinta tergamam. Asyraff senyum dan kemudian berlalu. Cinta masih kaku bersama telefon bimbitnya yang mesej belum dibalas.

* * *
Hazeem menggelengkan kepala melihat Cinta. Sekejap sahaja gembiranya, kemudian moody kembali.

"Kenapa?" soal Hazeem sepatah.

Cinta pusing, pandang abangnya di muka pintu. Hazeem melangkah masuk ke arah Cinta.

“Apa dah jadi ni?" soal Hazeem.

“Bila Cinta nak lupakan Daus, ada aje halangannya. Bang, apa lagi yang harus Cinta lakukan?" ujar Cinta, menahan tangisan.

"Cinta tak perlu buat apa-apa. Kalau Cinta tekad, pasti perasaan tu akan hilang. Try the best!" ujar Hazeem.

"Betul bang?" soal Cinta meminta kepastian.

Angguk, "iye."

Senyum, "Thanks bang!"

"Welcome. Okaylah, abang nak keluar kejap," ujar Hazeem.

"Awek?" soal Cinta.

Geleng ,"bakal tunang lah."

Cinta angguk.

"Turun makan. Pagi tadi dah janji dengan mak kan?" ujar Hazeem.

Cinta angguk. Hazeem melangkah turun diikuti Cinta di belakang.

No comments:

Post a Comment