Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, October 1, 2011

Cinta Lana 3

 Cinta tekad. Dia harus berhadapan dengan lelaki yang bernama Asyraff itu. Apa nak jadi, jadilah!

Roti bakar sudahpun dihabiskan, namun tiada tanda lelaki itu akan datang. Cinta mengeluh sedikit. Air yang masih berbaki diteguk sehingga habis.

Ariyani dipanggil. Cinta hulur duit kertas hijau bernilai lima ringgit kepada Ariyani.

"Maaf cik, ada orang dah bayarkan untuk cik," ujar Ariyani.

Angkat kening ,"siapa?"

"Lelaki. Dia baru je keluar tadi. Tapi saya ada nampak dia dengan cik haritu," ujar Ariyani.

Cinta bangun ,"thanks Ani."

Cinta lantas keluar dari kafe itu. Cuba mencari di mana Asyraff.

"Asyraff!" laung Cinta.

Cinta berlari mendapatkan Asyraff. Asyraff senyum.

"Thanks sebab bayarkan untuk saya but saya tak boleh terima belanja daripada awak," Cinta hulurkan RM 5 kepada Asyraff.

"Saya ikhlas," ujar Asyraff.

"Maaf tapi saya tak boleh," ujar Cinta.

Asyraff tunduk. Berubah sedikit air mukanya.

"Tapi saya sukakan awak. Please lah," ujar Asyraff sedikit merayu.

"Maaf, saya tak boleh terima belanja awak sebab..."

Asyraff pandang Cinta. Renungannya mampu membuatkan sang gadis cair tetapi bukan Cinta. Nama Daus tersemat rapi di hati Cinta.

"Asyraff, saya nak berkawan dengan awak," ujar Cinta.

Asyraff senyum. Cinta turut tersenyum.

“Cinta," Cinta hulurkan tangan.

"Asyraff," Asyraff sambut tangan Cinta.

"Nice to meet you," ujar Cinta.

"Me too," balas Asyraff.

Genggaman tangam dilepaskan.

"So makan?" soal Asyraff.

Cinta geleng.

"Kenyang. Kita pergi park nak?" ajak Cinta.

Asyraff angguk. Lalu mereka berdua melangkah ke park.

* * *

"So?" Cinta angkat kening.

"So?" Asyraff angkat kening balik.

"How do you know me?" soal Cinta.

Asyraff senyum.

"Kafe. I selalu nampak you breakfast dekat kafe tu," ujar Asyraff.

"Stalker?" Cinta jungkit kening.

Asyraff ketawa.

"Stalker? Agaknya kot," jawab Asyraff selamba.

Cinta menjengilkan matanya. Asyraff ketawa sekali lagi.

"You comel sangat. Terpaksa I jadi stalker tau," usik Asyraff.

Cinta senyum.

"Aww! Kembang hidung I tau," gurau Cinta.

Asyraff ketawa lagi diikuti Cinta.

"How about you?" soal Asyraff.

"About what?" soalan dibalas soalan.

"Macammana you boleh tergerak hati nak terima persahabatan I?" soal Asyraff.

Cinta telan liur. Gulp!

"Sebab..."

Asyraff pandang Cinta tanpa kelip.

"Sebab I tak reti hampakan harapan orang," jawab Cinta.

“Dan?" soal Asyraff.

Cinta tersengih nakal. Idea sudah mari!

"Dan muka you haritu macam ayam berak kapur! Ha... Ha...."

Asyraff turut tergelak.

"So ceritakan sedikit tentang you," ujar Asyraff.

Cinta angguk.

"Hello. Nama saya Cinta. Saya dari Seremban. Jangan lupa undi saya! Tut tut," ujar Cinta.

Asyraff ketawa, "funny lah you ni."

"Iye ke? Okay, it's your turn," ujar Cinta.

"Hai. Nama saya Asyraff. Saya dari K.L. Jangan lupa undi saya! Tit tit," Asyraff meniru gaya Cinta tadi.

Cinta pula ketawa.

"Stalker!" ujar Cinta selamba.

"Miss silly!" ujar Asyraff pula.

Dan mereka berdua tertawa.

"Eh, dah lewat ni. Tadi I janji nak teman mak lunch then shopping kejap. So kita stop sampai sini dulu, okay?" ujar Cinta.

Cinta bangun diikuti Asyraff. Kemudian mereka berdua melangkah ke arah kereta Cinta.

"I enjoy keluar dengan you. You tahu tak, dah lama I tak enjoy macamni," ujar Cinta.

"So boleh kita keluar lagi?" soal Asyraff.

"Sure do," jawab Cinta.

Cinta buka pintu belah pemandu.

"Esok? Breakfast?" soal Asyraff.

Cinta angguk.

"I pergi dulu," ujar Cinta.

Asyraff tutupkan pintu untuk Cinta. Cinta turunkan tingkap.

"Memandu tu elok-elok. We meet again tomorrow!" ujar Asyraff.

"Okay," ujar Cinta.

Cinta undurkan kereta dari kotak parkir kemudian hon ditekan sekali dan kereta dipecut.

Asyraff tersenyum. Langkahnya dituju ke kafe. Ariyani lemparkan senyuman dan Asyraff balas kembali. Senyuman yang hanya mereka berdua faham dan mengerti.

* * *

Langkah Cinta berhenti di hadapan Bulan Holding's. Pintu cermin ditolak lalu dia masuk ke dalam.

"Err.. Sini ada kerja kosong tak?" soal Cinta teragak-agak kepada penyambut tetamu.

"Ada. Cik..." penyambut tetamu itu angkat kening.

"Cinta," jawab Cinta.

"Cik Cinta course apa ye?" soalnya lagi.

"Bahagian engineering," jawab Cinta.

“Kebetulan, kami sedang mencari dua orang di bahagian engineering. Cik Cinta boleh datang temuduga esok pagi. Sebelum tu, sila isi borang ni," pen dan kertas dihulurkan kepada Cinta.

Cinta sambut pemberian itu. Usai menulis borang, Cinta serahkan kembali kertas itu.

"Terima kasih," ujar Cinta.

"Welcome Cik Cinta," balas nya.

Cinta senyum. Dia melangkah keluar daripada Bulan Holding's. Dalam hati, dia berdoa agar Allah permudahkan perjalanan hidupnya.

No comments:

Post a Comment