Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, October 27, 2011

Cinta Lana 10

 "Arghh! Ngantuk giler!" rungut Cinta.

Kepalanya dibaringkan di atas meja. Farid yang berada di sebelah Cinta menggeleng.

"Semalam you balik pukul berapa? I rasa you balik awal dari I kan," ujar Farid.

"Yeah, I singgah cafe lepastu," ujar Cinta.

"Habis balik pukul berapa?" soal Farid.

Cinta angkat kepala, pandang Farid. Farid melemparkan senyuman.

"Pukul 12," jawab Cinta.

"Lambat giler. You makan apa lama sangat?"

"Takde. I jumpa Asyraff, kawan I. Borak-borak dengan dia sampai tak sedar dah pukul 12. Tu lah ceritanya."

"Asyraff yang haritu tu?"

“Yeah! I ada sorang je kawan nama Asyraff."

"You rehatlah dulu. Minum kopi dekat pantri tu. I nak sambung balik."

Farid menumpukan kembali tumpuannya kepada kerjanya. Cinta bangun. Baru sahaja dia mahu ke pantri, suara Lia memanggilnya.

"Cinta!"

Cinta lemparkan senyuman.

"Encik Rezal panggil," ujar Lia.

"Sekarang?"

"Ye lah. Takkan esok pulak."

"Okay bakal kakak iparku," usik Cinta dan melangkah ke bilik Rezal.

Pintu bilik diketuk perlahan. Dan kemudian dia masuk. Rezal yang masih menghadap kerjanya dibiarkan. Cinta terus duduk di sofa.

"Encik panggil saya?" soal Cinta.

Rezal pandang Cinta yang selamba sahaja menyandarkan badannya di sofa yang empuk.

"Warghh!" Cinta pantas menutup mulutnya.

Rezal melangkah ke arah Cinta dan duduk berhadapan Cinta.

"Sorry Encik Rezal. Saya tahu saya kurang sopan...."

"Kenapa dengan kau? Kau demam ke?" potong Rezal.

"Taklah. Saya cuma mengantuk sangat. Saya nak rehat kejap, boleh tak Encik Rezal?" soal Cinta.

"Rehatlah. Tapi jangan lama sangat. Satu jam je tau!" ujar Rezal.

Cinta bangun.

"Thanks Encik Rezal. Saya pergi dulu," ujar Cinta.

"Kau nak rehat dekat mana?" soal Rezal.

"Dekat bilik sembahyang lah," ujar Cinta.

Rezal geleng.

"No. kau rehat lah dekat sini. Aku pun ada lunch meeting ni. Aku fikir nak ajak kau tadi. Tapi kau mengantuk sangat kan? So take your time." ujar Rezal.

"Tapi..."

"No tapi tapi. Hey Cinta, aku ni bukanlah boss yang kejam. Lagi-lagi dengan kau. Aku tak sampai hati."

Rezal bangun dan melangkah ke arah mejanya. Dikemaskan segala barangnya. Beg kerjanya dicapai.

"Encik Rezal!"

Rezal yang ketika itu baru nak memulas tombol pintu pandang Cinta.

"Sorry. Kalau bolehpun, saya nak temankan encik ke lunch meeting tu," ujar Cinta.

Senyum ,"hey, nevermind lah. Lunch meeting tu tak penting pun. Kesihatan kau lagi penting. Mungkin lain kali kau boleh ikut aku kan?"

Angguk ,"I owe you one."

Rezal sengih dan terus membuka pintu dan keluar. Cinta terus baring di atas sofa empuk itu. Senyuman terukir di bibir.

Dia sekarang ada 3 orang terpenting yang tambah dalam hidup dia. Asyraff, teman yang berkongsi suka dan duka bersamanya. Farid, teman borak yang interesting. Dan Rezal, teman A.K.A boss nya yang caring.

Mereka bertiga jika digabungkan akan menjadi separuh Daus. Hanya separuh. Sebab separuh lagi tiada siapa ada. Yeah, Daus is a perfect although he's not.

Cinta terlelap dengan ngantuknya dan fikirannya melayang terhadap Daus! It's funny bila three person pun can't be transform into one person named Daus. Oh, cinta tu memang buta!

* * *

"Cinta..."

Rezal garu kepalanya. Dia dah tak tahu macammana nak kejutkan Cinta lagi. Apa yang patut dia lakukan?

Akhirnya Rezal hanya membiarkan Cinta di situ. Dia duduk di kerusi kerjanya dan terus menyambung kerja.

"Daus! Lana rindukan Daus!"

Rezal pandang Cinta. Dia lihat Cinta sudah berpeluh-peluh.

"Daus! Please jangan tinggalkan Lana lagi. Lana cintakan Daus!"

Rezal bangun dan melangkah ke Cinta.

"Daus! Daus! Daus!"

Dan Rezal terus menggoncangkan badan Cinta. Akhirnya, Cinta bangun jua.

"Daus!" terpacul nama itu lagi.

"Cinta, are you okay?" soal Rezal.

Cinta kesat peluh di dahi. Mimpi itu datang lagi! Ini semua disebabkan dia yang asyik teringatkan Daus tadi.

"Cinta?" Rezal hayunkan tangannya di hadapan mata Cinta.

"I'm okay," Cinta tersenyum tawar.

Cinta bangun apabila menyedari posisinya yang sedang baring manakala Rezal pula mencangkung di sisi Cinta.

"I'm sorry kacau Encik Rezal buat kerja. Kenapa Encik tak kejutkan saya?" Rezal turut bangun.

"Aku dah kejutkan kau tapi kau tu tidur lena sangat. Kalau bom meletup pun belum tentu kau sedar. Dah tu, kesian pulak aku tengok kau," jawab Rezal.

Cinta tersengih. Malu giler.. Dah lah, dia kejut langsung aku tak sedar. Lepastu mengigau sebut nama Daus pulak. Hai, malu-malu!

"Saya keluar dulu ye Encik Rezal. Nak sambung kerja," ujar Cinta.

"Habis kerja nanti, kita pergi makan nak? Aku belanja. Lagipun kau tak lunch pun kan?"
Cinta angguk. Ala, apa salahnya. Lepas dia makan dengan Rezal, dia balik kejap. Mandi dan solat Maghrib. Then dia keluar jumpa Asyraff kejap. Before pukul 10, dia balik. And then tidur.

Cinta dah merangka plan nya dalam kepalanya. Kemudian dia keluar dari bilik Rezal dan meneruskan kerjanya kembali.

* * *

"Kau dekat pejabat panggil aku encik Rezal, dekat luar guna aku-kau je," ujar Rezal.

"Aku profesional!" ujar Cinta.

Rezal mencebik.

"Kira bagus lah tu aku guna aku-kau, kalau aku guna gua-lu lagi parah," ujar Cinta lagi.

"Guna lah saya-awak. Kan sedap didengar," ujar Rezal.

Cinta buat sign nak muntah.

"Dekat pejabat, iye. Dekat luar, sorry sikit! Kalau aku kahwin dengan kau pun, belum tentu aku guna saya-awak," ujar Cinta.

"Iyelah. Kalau kita kahwin, kau kena panggil aku abang. Aku pulak panggil kau sayang. Romantiknya kita!"

Cinta gelak.

"Berangan ar kau! Angan-angan kau terlalu tinggi. Orang macam aku ni mana sesuai dengan kau," ujar Cinta.

"Kenapa?" Rezal agak kecewa.

"Kau boss, aku hanyalah engineer," ujar Cinta.

"Tapi kau bukan engineer biasa. Kau engineer tersayang!" Rezal kenyit mata.

"Gatal!"

Mereka berdua tertawa. Cinta menyambung kembali suapannya. Roti canai telur dicicah ke kuah kari serta sambal dan kemudian disumbat ke dalam mulut.

"Cinta, kau tahu apa?"

Cinta angkat kening.

"Aku rindu oh luangkan masa dengan kau macamni."

"Mean?"

"Aku miss kau."

"Heh, romantiklah sikit!"

"Tak cukup romantik ke tadi?"

"Tak."

"Kau nak aku romantik?"

Angguk.

"Cinta, i miss you."

"Kan aku depan kau ni. Tak puas lagi ke?"

"Hek eleh, tadi suruh aku romantik."

"Tak cukup!"

"Heisyh, nafsu kuda padi lah kau. Tak pernah puas!"

"Biarlah. Aku suka lelaki yang romantik."

"Aku pun romantik apa. Kau je yang tak nampak."

"Memanglah aku tak nampak sebab romantic is a feeling. Hai, kau ni pun satu. B.M fail!"

"Demi kau Cinta, apa-apa pun sanggup aku lakukan."

Angkat kening, "betul?"

"Tak."

"Ala, baru nak suruh kau terjun dari tingkat 26."

"Aku dah agak dah, mesti kau nak mintak bukan-bukan."

Gelak lagi.

"Wei, aku gerak dulu lah. Dah pukul 7 lebih ni. Bye! Esok jumpa kau!" Cinta bangun.

Baru dua tapak melangkah, Rezal panggil dia. Cinta pandang Rezal dan keningnya diangkat.

"I love you," ujar Rezal.

Sengih, "betul lah, kau ni romantik. Biar aku balas ye."

Rezal menanti dengan penuh sabar dan..

"I hate you!"

Cinta gelak dan berlalu meninggalkan Rezal. Rezal agak hampa namun diukirnya senyuman. Tawar! Tak ada rasa.

* * *

"Sorry, I'm late!" Cinta duduk di hadapan Asyraff.

"Nevermind."

Cinta senyum.

"I tak boleh lama ni. Tadi I got an emergency call. Something happen to my friend. So I have to go to the hospital now," ujar Asyraff.

Cinta angguk.

"Takpe, you pergilah," ujar Cinta.

"You nak follow?" soal Asyraff.

Geleng, "nevermind. Lagipun I tak kenal pun your friend tu. You pergilah. I can stay here," ujar Cinta.

"Okaylah, kalau macamtu I pergi dulu. Bye-bye. Take care," ujar Asyraff.

Asyraff berlalu dan membayar bil makanannya. Cinta pula hanya duduk di situ. Tiga minit selepas Asyraff melangkah meninggalkan dia di situ, Cinta pula melangkah pergi.

Baru sahaja dia mahu membuka pintu keretanya, bahunya disentuh.

"Haaaaaaa!" jerit Cinta.

Kunci kereta terlepas dari tangannya.

"Hey hey, calm down Cinta! Ni Farid lah," ujar Farid menenangkan Cinta.

Cinta masih lagi menggigil ketakutan. Farid memusingkan Cinta supaya dia menghadap arahnya.

"Cinta, ni Farid lah! Tenang okay?"

Farid pegang bahu Cinta. Dia dah risau. Cinta masih begitu. Tidak bersuara langsung!
"Cinta, calm down. Cinta, look at me! I Farid lah," ujar Farid lagi.

"Fa... Farid.." ujar Cinta tergagap-gagap.

Farid angguk. Kunci kereta yang terjatuh dicapai dan dihulurkan ke Cinta.

"Cinta, jom I belanja you makan," ujar Farid.

Cinta tidak menjawab. Kunci kereta yang dihulurkan tidak disambut. Akhirnya, Farid kunci kereta Cinta dan bahu Cinta ditarik ke arah cafe tadi.

"Cinta, minum air ni. At least, it can make you more relax," ujar Farid.

Cinta geleng.

"I nak air mineral sejuk," ujar Cinta.

Farid menggamit seorang pelayan dam meminta air mineral sejuk. Tidak sampai tiga minit, air itu sudah sampai ke mejanya.

Cinta menyedut minuman itu menggunakan straw. Dan betul, dia berasa lebih tenang. Ketika ini, dia teringatkan Asyraff. Petua tu, Asyraff yang ajar.

"Better?" soal Farid.

Angguk.

"You ada trauma ke?" soal Farid.

Cinta diam seketika dan kemudian dia angguk.

"Dulu I keluar dengan ayah I pergi kedai. Then bila kitorang nak naik je kereta, satu kumpulan perompak datang dan ugut ayah I supaya serahkan kunci kereta," cerita Cinta.

"Then?" soal Farid.

"Ayah I tak nak. Ayah I cuba sedaya upaya pertahankan kitorang," air mata mula menitis.

Sambung ,"Salah sorang dari perompak tu pergi dekat I. Dia nak.... Dia nak I tapi ayah I cepat halang. Ayah I hentak dia. Tapi kawan perompak tu pulak hentak ayah I. And kepala I berdarah. Perompak tu larikan diri. Tinggalkan I dan ayah I dekat situ."

Kini Cinta sudah teresak-esak menangis. Farid mengusap lembut tangan Cinta. Cuba menenangkan gadis itu.

"Luckily ada one guy ni selamatkan kitorang. Dia bawa I dan ayah I pergi hospital. Dia yang uruskan semua. Keesokannya, ayah I pergi. Pergi untuk selamanya."

Farid tergamam. Tidak tahu pula dia tentang keperitan hidup yang terpaksa dilalui Cinta.

"Cinta, I'm sorry. I tak ada niat nak membuat luka you kembali berdarah," ujar Farid bersalah.

Air mata disekanya perlahan. Kemudian dia senyum.

"Takpe. Sometimes, luka tu kenalah dilukakan kembali so that I boleh rawat luka tu and pastikan ia tak menjadi kudis buta," ujar Cinta penuh makna.

Farid angguk.

"So tell me more about you so that I boleh rawat luka you," ujar Farid.

"Dan lepas kehilangan ayah I, I hanya ada my mum and Hazeem, abang I. Mak I kerja siang malam nak sara I and abang I. Pagi, mak I jual nasi lemak dengan kuih-muih. Petang, mak I ambil upah jahit baju dan malam, mak I jual char kuay teow. Waktu tu I baru habis SPM and my abang pulak study dekat U."

Cinta tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Farid masih setia mendengar cerita hidup Cinta.

"And waktu I study dekat kolej, I jumpa Daus. The guy that tolong hantar ayah I pergi hospital. He really a good man. He teach me the meaning of Love. But sayang, he left me. Dia pergi dengan tiba-tiba. Pergi buat selama-lamanya dan tak mungkin akan kembali. Sekali lagi, I kehilangan orang yang I cinta. Dan lebih memeritkan waktu dia pergi, abang I tak ada di sisi I. I have nobody."

Air mata menitis perlahan. Farid merapatkan diri ke Cinta. Kerusi diangkat dan diletakkan di sebelah Cinta. Belakang badan Cinta diusap lembut.

"I tak mampu untuk bangkit. Berbulan-bulan I derita. Dan muncullah Asyraff dalam hidup I. He's a kind man. Hari-hari I sentiasa ditemani Asyraff. Dia buat I hidup kembali. And then I jumpa you. And Rezal, our boss tu. He's my old friend. Tapi sometimes I fikir, kenapa you, Rezal dan Asyraff tak mampu jadi seorang Daus. Kelakar kan?"

Cinta paksa dirinya gelak. Farid pegang tangan Cinta.

"I know how the feeling. Cinta you kepada Daus cinta sejati. But whatever it is, you have to live your life. You pernah dengar tak one quote ni?" Farid angkat kening.

"What? You tak bagitahu ,macammana I nak tahu," seloroh Cinta.

"Shoot for the moon, even if you miss it, you still land at the star," ujar Farid.

"Mean?" Cinta pula angkat kening.

"You have to work hard for it. Even you tak mampu nak lupakan dia sepenuhnya, at least you boleh teruskan hidup you tanpa bayangan dia lagi," ujar Farid.

Cinta terdiam. Kata-kata Farid disematkan di dalam hati. Shoot for the star, even if you miss it, you still land at the star.

"Cinta, hidup ni hanya sekejap. Sepatutnya you kena nikmati hidup ni. Have fun! Kita tak tahu bila Allah nak tarik nyawa kita. So live your life to the fullest selagi you masih bernyawa. Tapi, jangan lupa pulak cari bekalan untuk hari akhirat kelak," ujar Farid lagi.

"I faham but setiap kali wajah Daus bermain di fikiran I, I jadi lemah. Semangat I hilang," ujar Cinta, lebih kepada mengadu.

"You kena yakin. Jangan jadikan kenangan lalu menghantui hidup you. I yakin you boleh buat. You just have to think, kalau I boleh, you pun boleh!" ujar Farid memberi semangat.

Cinta angkat kening.

"You pun pernah lalui benda yang sama?" soal Cinta.

Angguk ,"Tunang I meninggal sebulan lepas kita orang bertunang. Waktu tu, I pun rasa macam you. Like that the ending of my story. I kecewa sangat-sangat. Bayangkanlah, five years I dengan dia bercinta. I hilang arah tuju. I salahkan semua orang."

Farid tarik nafas dan hembuskan perlahan. Cinta pula yang main peranan, belakang badan Farid diusap.

"I salahkan takdir atas kematian Rina. Hinggalah one day tu. Adik I rosakkan cd pertunangan I. Actually dia tak sengaja masukkan cd tu dalam air. I mengamuk giler. I hampir-hampir tampar dia. Nasib baik my brother, si Fahim nampak. Dia tolak I sampai I jatuh. Farina terkejut. Fahmi pulak lemparkan cd tu depan I."

Farid pejam mata. Cuba mengawal perasaan. Cinta masih setia mengusap belakang badan Farid.

"Fahmi tengking I. Dia cakap, daripada I lempang Farina, baik I lempang je dia. I macam baru sedar dari mimpi. Waktu tu baru I realize semuanya. Betapa dalamnya kasih sayang diorang pada I," Farid menghabiskan ceritanya.

"Farid, I tak sangka you punya kisah lagi menderita dari I. Sorry," ujar Cinta.

Farid senyum. Cinta turut senyum.

"You know what Farid, I tak tahu kenapa I senang berbual dengan you. I mudah je meluahkan segalanya kepada you. I tak pernah luahkan pasal Daus ataupun ayah I dekat sesiapa kecuali my abang. Kiranya, you're the second one. I pun tak tahu kenapa I begitu mudah meluahkan segalanya kepada you," ujar Cinta jujur.

Farid sengih.

"Sebab you dah anggap I macam kawan baik you even kita baru je kenal. I pun first time jumpa you, hati I macam dah berbisik yang I dan you diciptakan memang untuk menjadi kawan baik. I rasa you sama kepala dengan I," ujar Farid.

Cinta sengih. Ada aurakah dia?

"Ada aura lah kiranya I ni kan?" Cinta membangga diri.

"Kiranya macamtu lah," ujar Farid.

Cinta senyum.

"You sebenarnya seorang yang ceria, gila-gila, comel, childish and bijak tau. Cuma you lindung semua tu dengan ketegasan you. Betulkan?" Farid angkat kening.

Cinta angkat bahu.

"Eleh malu pulak. I cakap benda yang betul lah," ujar Farid.

Cinta senyum.

Memanglah aku malu!' Dah kau puji aku. Tapi betul ke aku ni seperti yang dikatakan?

"Eh you, I dah lewat lah. I balik dulu heh," ujar Cinta.

"Kejap! Biar I teman you hingga ke kereta. Biar I bayar dulu minuman ni," ujar Farid.

Cinta angguk. Farid berlalu untuk membayar bil. Cinta masih di situ memikirkan kata-kata Farid.

Shoot for the moon, even if you miss it, you still land at the star.

Ye, Cinta akan cuba shoot for the moon dan sedaya-upaya dapatkan bulan tapi jika dia tak dapat, dia masih ada bintang.

"Cinta, jom" ujar Farid seraya mematikan lamunan Cinta.

Cinta angguk. Dia lantas bangun. Dan mereka melangkah untuk mendapatkan kereta Cinta.

"Cinta, I have such a wonderful chat with you. You know what, you lah teman berbual yang paling best! Jumpa you lagi esok," ujar Farid.

Cinta senyum. Pintu kereta dibuka.

"I pun enjoy. You memang pendengar, penasihat, penghibur terbaik!" puji Cinta.

Farid senyum. Cinta masuk ke dalam kereta. Kereta diundurkan dan hon dibunyikan dua kali lalu dia memecut kereta itu.

Farid memerhatikan sehinggalah kereta Cinta hilang dari pandangan. Barulah dia melangkah ke arah keretanya.

* * *

Asyraff menghempaskan badannya ke atas katil. Perasaan kecewa, marah dan sedih menjadi satu. Tapi untuk apa?

Wajah Cinta dan Farid muncul silih berganti. Bagaikan sedang menonton layar perak, kejadian tadi berulang.

Farid yang memegang tangan Cinta. Farid yang mengusap Cinta. Dan Cinta yang mengusap Farid.

Cukup sampai situ sahaja dia memerhati. Hatinya sebal. Dia yang cepat-cepat ke hospital dan kemudian ke kafe balik semata-mata untuk Cinta tapi itu balasan yang dia dapat.

Asyraff pejamkan matanya. Menyedari yang dia tak ada hak untuk menghalang Cinta berkawan dengan Farid atau sesiapa pun. Dia bukan teman lelaki Cinta, jauh sekali tunang. Dia hanyalah kawan Cinta.

Akhirnya Asyraff terlena dengan perasaan yang susah dimengertikan itu.

No comments:

Post a Comment