Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, October 24, 2011

Cinta Lana 9


"Encik Rezal, saya harap Encik faham apa yang saya try untuk sampaikan," ujar Cinta.

Rezal angkat kening. Mengarah Cinta meneruskan bicaranya.

"Please be profesional. Soal kerja dan hati jangan dicampurkan. Bila waktu office, kita kerja. Saya tahu Encik Rezal seorang yang profesionalkan?" Cinta senyum.

Rezal sedikit hampa. Kepalanya ditundukkan.

"Okaylah Encik Rezal, saya keluar dulu," ujar Cinta.

Cinta bangun dan melangkah. Sampai di muka pintu, dia toleh ke arah Rezal yang masih tunduk.

"Rezal!" panggil Cinta.

Rezal dongak, pandang Cinta.

"Soal hati tu, aku akan cuba pertimbangkan. Kalau benar jodoh kita berdua, takkan larinya but kalau bukan jodoh kita, nak buat macammana kan?" Cinta terus keluar dari bilik itu setelah melemparkan senyuman manis kepada Rezal.

Rezal turut tersenyum.

Adakah ini bermakna aku masih punya harapan? Oh Tuhan, ku sungguh mencintai dirinya.

* * *

Hari ini, Cinta sudah berjanji dengan Hazeem untuk menemani dia ke kedai emas untuk membeli cincin.

"Cepatlah Cinta oii! Bersiap lambat macam pompuan lah!" jerit Hazeem.

"Kejap!" jerit Cinta.

Cinta tergopoh-gopoh keluar dari bilik dan mendapatkan Hazeem.

"Pembetulan, Cinta memang perempuan. Okay?" Cinta angkat kening.

Hazeem hanya tersengih. Dan terus masuk ke dalam kereta. Cinta sarung sandal ke kaki dan masuk ke dalam kereta.

Sepuluh minit perjalanan, mereka sudah sampai ke tempat yang dituju. Cinta keluar dulu diikuti Hazeem.

"Bang, cincin ni lawa," ujar Cinta teruja.

"Tengok yang ni kejap," ujar Hazeem.

Pekerja kedai emas itu mengeluarkan cincin itu dan dihulurkan ke Cinta. Cinta ambil dan dibeleknya cincin itu.

"Lawa lah bang. Berapa ni ye dik?" soal Cinta.

"350 ringgit," jawab pekerja itu.

"Mahalnya, tak boleh kurang lagi?" soal Cinta.

Senyum, "tak boleh. Harga ni dah memang tetap. Sebab yang ni last punya. Cik nak beli untuk majlis apa?"

"Tunang," jawab Hazeem ringkas.

Pekerja itu senyum. Dia keluarkan cincin yang lain. Dan dihulurkan ke Cinta.

"Yang ni 255 ringgit. Dan yang ni memang direka khas untuk majlis pertunangan," ujar pekerja itu.

Cinta hulurkan ke Hazeem. Hazeem belek cincin itu. Ada bentuk hati di tengahnya.

"Dan yang ni boleh ukir nama dekat hati tu,"ujar pekerja itu.

"Okay, saya ambil yang ni," ujar Hazeem sambil menghulurkan cincin itu kembali.

"Nama encik dan bakal tunang encik ni?" soal Pekerja itu.

"Hazeem dan Lia," ujar Hazeem.

"Okay, saya ambil huruf H dan L. Okay?" soal pekerja itu lagi.

Hazeem angguk. Cinta sengih. Dan pekerja itu pun berlalu.

"Saya keluar dulu. Kejap lagi saya datang ambil. Lagi berapa minit?"

"Dalam 30 minit," ujar pekerja itu.

Hazeem tarik tangan Cinta dan mereka keluar dari situ. Pergi makan dekat restoren terdekat.

"Abang, bila nak bawak Cinta jumpa Kak Lia abang tu?" soal Cinta.

Hazeem suap mi goreng dalam mulutnya.

"Nanti bila abang bertunang, Cinta ikutlah mak pergi meminang Lia," ujar Hazeem.

Cinta muncung dan Hazeem suakan mi gorengnya dekat Cinta.

"Ala, nanti abang bawaklah Cinta jumpa Lia. Nah, makan ni," ujar Hazeem.

Cinta senyum. Lalu dimakannya mi goreng yang disua Hazeem dan....

"Abang!!"

Cinta hampir tersedak. Hazeem pula bangun.

"Lia!"

Hazeem hulurkan air kepada Cinta dan Cinta terus menyedut minumannya hingga setengah.

"Abang buat apa? Ohh siapa perempuan ni? Siap suap-suap lagi! Baik abang bagitahu Lia!" marah Lia.

Cinta bangun dan menghadap Lia.

"Kak Lia?"

"Cinta?"

Hazeem dah pelik. Dia pandang kedua-duanya.

"Dah kenal ke? Baguslah, tak payah abang kenalkan lagi. Jom duduk Lia, Cinta!" ajak Hazeem.

Cinta duduk dan Lia turut duduk. Hazeem duduk di antara mereka.

"Dah alang-alang dua-dua ada, biar abang jelaskan satu perkara kepada Lia," ujar Hazeem.

Lia dah tak senang duduk. Dalam pada tu, Hazeem sempat beri isyarat mata kepada Cinta supaya mengikut rentaknya.

"Lia, abang harap Lia dapat terima semua ni," ujar Hazeem.

"Abang, jangan main-main dengan Lia!" marah Lia.

"Abang dah cukup serius. Sebenarnya, Cinta ni kekasih gelap abang," ujar Hazeem.

Lia dah speechless.

"Maafkan abang, Lia," ujar Hazeem lagi.

"Maafkan Cinta juga, Kak Lia. Kalau Cinta tahu abang ni bakal tunang Kak Lia, Cinta tak kacau abang," giliran Cinta pula berlakon.

"Abang ingat Lia ni apa bang? Kenapa buat Lia macamni? Lia cintakan abang. Ni ke balasan yang Lia harus dapat?" teresak-esak Lia merintih.

"Maafkan abang Lia. I'm really sorry. Abang cintakan Lia jugak," ujar Hazeem.

"Cinta tak kesiankan Kak Lia ke?" soal Lia.

"Kak Lia, maafkan Cinta," ujar Cinta.

"Tinggalkan abang, Cinta. Demi Kak Lia," rayu Lia.

"Maaf kak. Cinta takkan tinggalkan abang," ujar Cinta.

"Okay. Tapi satu soalan je Lia nak tanya abang. Siapa sebenarnya Lia di hati abang dan siapa sebenarnya Cinta?" soal Lia.

"Lia adalah cinta abang di dunia dan di akhirat. Insya-Allah. Cinta pula adik abang. Di dunia dan akhirat, yang pasti," ujar Hazeem selamba.

Lia dah berkerut dahinya.

"Adik?"

"Ye, adik!"

"Maknanya Cinta ni adik abang? Adik kandung abang?" Lia angkat kening.

"Iyelah. Cinta ni lah satu-satunya adik abang," ujar Hazeem.

Wajah Lia dah berona merah. Malulah tu. Cinta pulak dah tersengih. Dan Hazeem sedang tersenyum.

"Lia ni hanya satu-satu kekasih abang. Jika diizinkan Allah, kita berdua akan bersatu. Lia tak perlu risau ye. Insya-Allah, cinta abang kepada Lia akan kekal selamanya," ujar Hazeem.

Cinta senyum. Kemudian dia bangun.

"Eh Cinta nak pergi kedai buku jap. Nanti bila nak balik, text Cinta. Okay? Happy dating!" ujar Cinta.

Dan Cinta terus berlalu meninggalkan Hazeem dan Lia. Dia melangkah terus ke dalam kedai buku, F Book.

First, dia pergi dekat bahagian novel Melayu. Deretan novel ada. Dari Alaf 21 ke Buku Prima ke Jemari Seni ke PTS one ke Kaki Novel dan banyak lagilah.

Satu novel diambil dan dibaca sinopsisnya. Baru setengah dibacanya, satu suara menegurnya.

"Hey!"

Cinta pandang ke punca suara dan senyuman terukir di bibirnya.

"Farid!"

Farid melangkah hampir ke arahnya. Cinta letakkan kembali novel itu.

"Kenapa letak balik?" soal Farid.

"Tak best lah," ujar Cinta selamba.

Farid sengih.

"You dari mana ni? Nampak formal sangat!" ujar Cinta.

"I jumpa client lah," ujar Farid.

"Jumpa client?" soal Cinta pelik.

Setahu Cinta, dia, Farid dan Rezal kena jumpa client minggu hadapan hari Jumaat malam. Ni client apa pulak ye?

Takkanlah Farid ni... Eh takkanlah! Cinta pandang wajah Farid lagi. Dan digeleng-gelengkan kepalanya.

Tak mungkinlah. Tapi, kalau betul macammana? Eh, seram aku dee!

"Taklah. I bukan bapak ayam. You jangan nak buat andaian sendiri ye," ujar Farid.

Cinta tersengih. Kantoi lah pulak!

"Kedai buku ni family I yang punya. Mari lah masuk office I dekat atas. Kita boleh borak lagi," ujar Farid.

Cinta angguk. Mereka melangkah ke arah office Farid yang berada di tingkat atas. Cinta duduk di sofa berhadapan Farid apabila Farid mempersilakannya.

"F book ni family you punya?" soal Cinta.

"Yeah," jawab Farid pendek.

"F stand for Farid?" Cinta gelak sikit.

"Farid, Fahim, Farina, Fuad, Faridah and Fahmi," ujar Farid.

"Wah, semua huruf F kan? Mean wife you pun mestilah start huruf F kan? So Fatimah? Felina or Fiona?" usik Cinta.

"How about Cinta?"

"Eh mana boleh. I kena tukar nama lah. So kalau I wife you, nama I akan jadi Finta," Cinta gelak.

Farid turut gelak.

"Tapi kan, kenapa you perlu cari kerja kalau you dah ada F book?" soal Cinta.

"F book ni abang I si kembar berdua tu yang jaga. I tak masuk campur," ujar Farid.

"You ada abang kembar? Wow!" Cinta dah teruja.

"Ye. Si Fahim and si Fahmi. Diorang tua two years dari I. Lagipun diorang lebih berhak untuk F book. I kena lah cari kerja," ujar Farid.

"Then, why are you here?" soal Cinta.

"Oh, si Fahim and Fahmi tak sihat. Biasalah kembar kan katakan. Sorang sakit sorang lagi pun sure lah ada rasa. Jadi I sebagai adik yang baik, tolonglah diorang," jawab Farid panjang lebar.

Cinta angguk.

"Farina?" soal Cinta.

"My little and only sister tu. Dia sekarang futher study dekat U.K. Tahun depan baru dia habis study," ujar Farid.

"What course she is taking?" soal Cinta.

"Business," jawab Farid.

"Daddy you ada syarikat sendiri ye?" soal Cinta.

"Ye. Macammana you tahu?"

"Agak je. So cerita lah."

"Daddy I own a lighting shop. F lighting. Nama kedai tu. Dan sekarang, Alhamdulillah dah ada 5 cawangan dekat Malaysia and 1 cawangan dekat Indonesia. F Lighting tu I lah yang ambil alih. But not now lah. Daddy I cakap, 2 years more."

"And mummy you own?"

"She own a cosmetic shop. You tak minat make-up ye? My mum dah keluarkan syarikat cosmetic. Ada dah barangan jenama F cosmetic. Ada lipstick, lipgloss, compact-powder, mascara, eyeliner, eye shadow and so on lah. Tu my adik, Farina bakal ambik alih."

"Oh yeah. I notice that jenama. Family you ni memang berada kan. Ayah you pangkat apa?"

"Tak ada pangkat pun."

"Nama penuh you apa?"

"Farid bin Fuad."

"Pendeknya."

"Short is simple."

Dan telefon Cinta berbunyi. Segera Cinta menekan punat hijau dan ditekapkan ke telinganya.

"Hello... Dah sudah?... Abang dekat mana?.... Okay, Cinta pergi situ sekarang..... Iye, sekarang!.... Okay, bye!"

Farid angkat kening.

"Okaylah Farid, I kena pergi dulu. My abang yang tersayang tu dah tunggu. Anyway, best lah borak dengan you. Next time, I cerita pasal family I pulak. Bye," ujar Cinta.

Belum sempat Farid mahu membalas, Cinta sudah melangkah pergi. Farid hanya menggeleng dan dalam hati dia tersenyum dan terhibur.

No comments:

Post a Comment