Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, October 28, 2011

Cinta Lana 11

 Hazeem sudahpun selamat ditunangkan bersama Lia. Lagi 3 bulan, sah lah mereka berdua jadi suami isteri. Cinta sentiasa doakan kebahagiaan mereka kerana kebahagiaan mereka, kebahagiaan dia juga.

Hubungan Cinta dan Farid makin hari makin erat jadinya. Tapi mereka hanya kawan! Kawan baik lah katakan. Best friend forever! Harap begitulah kan?

Hubungan Cinta dan Rezal pun okay. Di office, mereka hanyalah pekerja dan boss tapi di luar mereka kawan. Cinta yang dihulurkan Rezal masih belum disambut. Entahlah, dia sendiri tak tahu.

Asyraff? Dia sendiri lama tak berjumpa lelaki itu. Apabila dia call ajak keluar, Asyraff akan mengelak. Lagaknya seperti merajuk tapi kenapa?

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Cinta tengok skrin telefon. Nama Asyraff tertulis di situ. Cinta senyum sendiri.

Panjang umur dia!

"Hello!" sapa Cinta ceria.

"Hello," balas Asyraff.

"Lama tak dengar khabar you," ujar Cinta.

"Sorry, I busy gila. Sekarang ni I free, jumpa kejap boleh?" soal Asyraff.

"Sure boleh. Kat kafe heh?" ujar Cinta excited.

"Ye. Dalam masa setengah jam. Jumpa nanti, okay? Bye," gagang telefon diletak.

Cinta tersengih. Dia happy sebab dia dapat jumpa Asyraff. Lantas Cinta bersiap.

* * *

Asyraff pandang Cinta. Yeah, Cinta seperti biasa, memang cantik! Blaus biru lembut digayakan bersama jean hitam. Rambutnya diikat dua, membuatkan mukanya kelihatan comel sekali!

Cinta pandang Asyraff. Asyraff memang simple dengan T-shirt hijau lembut bercorakkan abstrak dan jean biru lusuh. Rambutnya yang sudah sedikit panjang digayakan mengikut fesyen terkini.

"I ada benda penting nak cakap dengan you," ujar Asyraff.

Cinta sedut fresh apple. Kemudian dia pandang Asyraff.

"Apa?" soal Cinta.

Cinta senyum.

"I love you," ujar Asyraff.

Cinta tersentak. Asyraff tarik nafas dan hembus.

"I love you, Cinta. For the first time I saw you, my heart beats so fast and then I realise that I love you very much," ujar Asyraff ikhlas.

Cinta terdiam lagi.

"First time I nampak you dengan seorang lelaki. Daus kan? I nampak you bahagia sangat dengan dia. Then tiba-tiba you datang sendirian dengan mata yang sedih, jadi I beranikan diri untuk tegur you. Dan I berjaya. Kita jadi kawan. Tapi, mungkin I tamak sebab you dah sudi jadi kawan I, I pulak nak minta cinta you. Tapi perasaan tu makin lama makin mendalam," ujar Asyraff lagi.

Melihat Cinta terdiam, Asyraff menyambung.

"Cinta yang I hulurkan ikhlas dari hati I tapi I tak boleh nak paksa you. Terserah pada you sama ada nak sambut cinta I atau tidak. Apa-apa pun, I nak bagi you satu benda," ujar Asyraff.

Cinta pandang Asyraff. Buku warna hijau diletakkan di atas meja. Cinta melopong. Sungguh dia terkejut!

"Sorry. Sepatutnya I bagi you dah lama dulu tapi I terlalu mengharapkan you ceritakan pasal Daus pada I. I tahu I takkan pernah dan takkan boleh dapatkan you. I reda. Sekali lagi, I'm sorry," ujar Asyraff.

Asyraff bangun dan meninggalkan Cinta di situ. Cinta tahan tangis. Buku hijau yang berada di atas meja dicapai lalu dibuka. Sekeping kertas jatuh dari buku itu. Cinta kutip kertas itu. Isinya dibaca.

Dear Cinta Lana,

Maaf sebab I ambil buku ni tanpa izin you ataupun lebih tepat, MENCURI! Sorry. I dah baca segala luahan you. It's kinda sad story. Jujur I cakap, cinta you kepada Daus tersangatlah ikhlas. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Kalaulah I boleh ganti posisi Daus kan? Memang lah tersangat untung! Tapi hati you tak boleh dipass-pass macamtu je kan. Sungguh Cinta Lana, Asyraff Daniel terlalu cintakan Cinta Lana. Tapi I tahu I tak mungkin akan dapatkan cinta you walapun sedikit. I reda. I sentiasa akan doakan yang terbaik untuk you. Once again, sorry.

P/S: Asyraff Daniel love Cinta Lana.

Ada gambar hati dilukis Asyraff di bawah kertas itu. Air mata yang ditahan mengalir jua. Cinta terus peluk surat itu dan buku itu. 

No comments:

Post a Comment