Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, November 5, 2011

Cinta Lana 12

 "Assalamualaikum," sapa seorang lelaki yang tersenyum manis.

Cinta Lana angkat muka pandang lelaki itu. Salam lelaki itu dibalas. Lelaki itu duduk di hadapan Cinta yang sedang membaca buku.

"Awak yang tolong saya dulu kan?" soal Cinta Lana.

Lelaki itu tidak menjawab. Sebaliknnya, dia senyum. Manis!

"Saya Firdaus Haqeemi. Panggil Daus je," lelaki itu memperkenalkan diri.

Cinta Lana senyum. Huluran tangan lelaki itu disambut.

"Saya Cinta Lana. Panggil Lana je," ujar Cinta Lana.

Lama mereka berjabat tangan.

“Awak ambil course apa?” soal Daus.

Engineering. Awak?” Cinta Lana angkat kening.

“Sama lah kita,” Daus tersenyum lebar.

Dan mulai hari itu persahabatan mereka makin erat. Dan hinggalah waktu Daus meluahkan isi hatinya terhadap Lana.

"Lana, Daus ada benda nak cakap ni," ujar Daus.

Lana senyum.

"Daus cintakan Lana. Daus sayangkan Lana. Firdaus Haqeemi sangat-sangat mencintai Cinta Lana," ujar Daus.

Lana diam. Sungguh! Inilah detik yang ditunggu selama ini. Saat Daus luahkan cintanya kepada dia. Air mata Lana jatuh.

"Cinta Lana, do you love me, Firdaus Haqeemi?" soal Daus.

Daus kini melutut di hadapan Lana. Satu tangan dihulurkan ke Lana. Gaya seakan Romeo dan Juliet!

"Yes! Cinta Lana love Firdaus Haqeemi!" jawab Lana.

Tangan Daus disambut. Daus berdiri. Tangan kiri yang memegang buku hijau yang diikat riben dihulurkan ke Lana.

"Ambillah. Sebagai tanda cinta Daus kepada Lana," ujar Daus.

Lana ambil buku itu. Serta-merta satu kucupan hangat hinggap di tangan kanan Lana. Terasa ia mengalir di tubuh Lana. Oh bahagia sungguh!

Dan mereka pun menjalin cinta. Tiga tahun mereka bersama. Menghadapi suka dan duka. Hinggalah sampai detik itu! Detik yang memusnahkan impian Lana dan Daus.

"Daus bertahanlah!" ujar Lana.

Daus tersenyum lemah. Air mata Lana yang mengalir disekanya.

"Jangan menangis sayang. Daus tahu Daus tak mampu hidup lama. Daus dah lama tahu," ujar Daus lemah.

"Kenapa Daus tak bagitahu Lana? Daus, Lana tak mampu hidup tanpa Daus," tangan Daus digenggam erat.

"Lana boleh! Dulu waktu Daus tak ada, Lana boleh hidup kan? Lana, it's all about your life. Hidup Daus dah nak berakhir dan ending hidup Daus sangat menggembirakan. Sebab adanya Lana di sisi Daus. But Lana punya baru nak mula," ujar Daus lagi.

Lana tersedu-sedu. Tiba-tiba nafas Daus tersekat-sekat. Mesin nadi Daus berbunyi dan doktor yang merawat Daus masuk. Cuba untuk menyelamatkan Daus.

Namun Allah lebih sayangkan Daus. Daus pergi buat selama-lamanya. Meninggalkan Lana, meninggalkan keluarga, meninggalkan semua di dunia.

"Daus!!"

Tangan Daus yang lemah digenggam seakan tidak mahu melepaskan. Dahi Daus yang putih pucat itu dikucup penuh kasih. Cinta dia dan Daus berakhir sudah.

I will always love you, Firdaus Haqeemi!" ujar Lana perlahan di telinga Daus.

Wajah Daus dipandangnya lagi buat kali terakhir sebelum dia keluar dari bilik itu. Air mata yang mengalir pada tadi diseka perlahan.

Sekarang, dia harus tunggu keluarga Daus dari Brunei untuk menuntut jenazah Daus.

No comments:

Post a Comment