Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, October 3, 2011

Cinta Lana 4

 Wajah Hazeem direnungnya sekejap. Kemudian dia tersengih.

"Serius?" soal Hazeem.

Angguk, "double serius!"

"Mana?" soal Hazeem.

"Bulan Holding's," jawab Cinta.

"As a?" soal Hazeem lagi.

"Engineer lah," jawab Cinta.

"So dah sedia belum?" soal Hazeem.

Angguk ,"sebelum Daus meninggal lagi, bang. Kan Cinta dengan Daus nak cari kerja tempat yang sama."

"Cinta," panggil Hazeem.

Cinta pandang Hazeem. Senyuman terukir di bibirnya yang disapu lipgloss.

"Don't worry bang. Cinta akan fight for the right! Cinta akan pastikan Cinta dapat job ni. Demi Daus."

Hazeem sengih ,"Baguslah. Good luck yeah Cinta Lana!"

Cinta high five dengan Hazeem.

"Okaylah, Cinta nak mandi ni," ujar Cinta.

Hazeem angguk. Cinta berlalu naik ke atas. 
* * *


Cinta mencapai kunci kereta. Penampilannya diperhatikan sekilas. Cukup profesional tetapi ringkas!

Kemeja putih yang lengannya dilipat sehingga siku digayakan bersama vest hitam. Seluar slack warna hitam, kasut warna hitam, jam tangan warna silver, rantai loket LOVE pemberian Daus, dan getah rambut putih.

Kereta dihidupkan lalu dipecut laju ke kafe. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Usai memarkir kereta, Cinta terus keluar dan masuk ke kafe.

Cinta duduk di hadapan Asyraff.

"I lambat or you cepat?" soal Cinta.

Senyum, "Dua-dua kot."

Ariyani datang ke meja mereka, mengambil pesanan dan pergi.

"Pergi mana?" soal Asyraff.

"Interview," jawab Cinta.

"Kat mana?"

"Bulan Holding's."

"Pukul berapa?"

"8.30 kot."

"Kot?"

"Yeah."

"Kenapa kot?"

"Dia kata pagi. No specific time!"

"Oh. Good luck silly!"

"Thanks stalker!"

Mereka berdua gelak.

Ariyani datang membawa makanan yang dipesan. Dan sebelum dia berlalu, dia lemparkan senyuman penuh makna kepada Asyraff.

"Sedap!" komen Cinta.

"Rasa boleh?" pinta Asyraff.

Cinta angguk. Asyraff nganga.

"Suapkan arr," pinta Asyraff lagi.

Cinta geleng.

"Ada tangan, suap sendiri ye stalker!" usik Cinta.

Asyraff muncung. Cinta gelak.

* * *

Pintu kaca ditolak lalu Cinta masuk. Senyuman dilemparkan kepada penyambut tetamu yang tersenyum.

"Cik Cinta kan?" soal dia.

"Yeah," jawab Cinta.

"Cik duduk sini dulu. Kejap lagi nama cik akan dipanggil," ujar dia lagi.

"Okay. By the way, nama you siapa ye?" soal Cinta.

"Lia," jawab dia.

"Oh okay. Lia, wish me luck!" ujar Cinta.

Angguk, " good luck!"

Cinta senyum. Kemudian dia duduk di sofa bersebelahan dengan seorang lelaki.

"Hey," tegur lelaki itu.

Cinta senyum sedikit.

"Hey," balas Cinta.

"Farid," lelaki itu menghulurkan tangan.

"Cinta," tangan itu disambut.

Mereka berbalas senyuman dan tangan dilepaskan.

Interview?" soal Farid.

Angguk, "and you too right?"

Angguk juga.

Dan nama Farid dipanggil. Farid senyum dekat Cinta. Cinta angkat thumbs up.

"Good luck!" ujar Cinta.

Farid angguk dan berlalu masuk ke dalam. Cinta sendirian kini. Telefon bimbit dikeluarkan dan ada satu mesej. Cinta segera buka mesej itu. Daripada Hazeem!

Good luck Cinta. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Smile:)

Cinta tersenyum. Mesej itu dibalas.

Thanks!

Dan satu lagi mesej masuk ketika Cinta mahu mengunci telefon bimbitnya yang di mode kan silent.

Daripada nombor yang tidak dikenalinya!

Hey Cinta, do the best yeah? I doakan yang terbaik untuk you - Asyraff

Cinta senyum. Nombor itu disave ke dalam contacts nya. Kemudian, mesej itu dibalas.

Thanks Asyraff. I will do the best and fight the rest :) - Cinta si comel :))

Telefon bimbit diletak di dalam beg tangannya. Kemudian, pintu bilik terbuka dan keluar Farid dari situ.

"So?" soal Cinta apabila Farid duduk di sebelahnya.

"I never think it was so fast!" komen Farid.

Gelak, "You menyanyi ke kat dalam tu?"

Farid gelak.

"Tak, I menari," jawab Farid.

"Dangdut ke boria?"

"Salsa."

"Haha. You're funny!"

"Thanks. First time orang kata I funny."

Belum sempat Cinta balas, namanya dipanggil. Cinta bangun dan Farid turut bangun.

"Good luck there," ujar Farid.

Cinta angguk dan melangkah masuk ke dalam bilik interview.

* * *
Sudah masuk tiga hari selepas interview haritu, namun Cinta masih belum dapat apa-apa phonecall yang mengatakan dia dapat jawatan tu.

Cinta mengeluh.

"Hai kenapa mengeluh ni?" soal Asyraff.

Cinta baru tersedar yang dia sedang breakfast bersama Asyraff.

"Cinta?" soal Asyraff.

Cinta pandang Asyraff. Kepalanya digelengkan.

"Eleh nak berahsia pulak. Bagitahu je lah Cinta," desak Asyraff.

"I tak terima lagi phonecall dari Bulan holding's yang kata I dapat kerja tu," ujar Cinta

Asyraff angguk. Cinta sedut air milo ais limau, kata Asyraff milo ais limau tu favourite dia! Hai, peliknya. Tapi sedap jugak.

"Ala you tak perlu risau lah. Esok lusa you dapat lah phonecall tu. Lagipun tempoh dia 1 week kan? sekarang baru 3 hari. Sabar okay?" nasihat Asyraff.

Cinta angguk. Dia senang bila dekat dengan Asyraff. Asyraff yang menghiburkan dan memahami. Hai Asyraf, kenapa kau baik sangat?

No comments:

Post a Comment