Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, October 4, 2011

Cinta Lana 5

 Talian dimatikan. Cinta tersenyum lebar. Segera dia turun ke bawah, ke ibunya.

Badan Rohaimah dipeluknya dari belakang. Hazeem yang sedang minum teh mengangkat kening.

"Mak! Cinta dapat!" jerit Cinta gembira.

"Dapat apa?" soal Rohaimah.

Cinta lepaskan pelukan. Rohaimah pusing menghadap Cinta.

"Ha'ah, dapat apa Cinta?" soal Hazeem pula, lebih kepada menyampuk.

"K. E. R. J. A." eja Cinta satu persatu.

Cinta peluk Rohaimah lagi. Rohaimah balas pelukan Cinta.

"Wah, satu peningkatan! Tahniah wei" Hazeem menyampuk.

Cinta lepaskan pelukan. Badannya ditunduk ala-ala kumpulan koir baru lepas nyanyi.

"Ceh!" ujar Hazeem.

"Mak, ada orang cemburu!" usik Cinta.

Rohaimah duduk di kerusi dan Cinta turut duduk di hadapan Hazeem.

"Tak kuasa," ujar Hazeem.

Cinta capai cawan. Kemudian dihulurkan kepada Hazeem, minta diisi.

"Isi sendiri!" ujar Hazeem.

Cinta buat muka simpati.

"Mak, tengok abang ni! Mentang-mentang nak kahwin, adik sendiri pun dah lupa!" ujar Cinta separuh mengusik.

"Isi air adik kamu tu, Hazeem," arah Rohaimah.

Lalu Hazeem menuang air ke dalam cawan yang dihulurkan Cinta. Cinta jelir lidah.

"Terima kasih," ujar Cinta.

Hazeem hanya mencebik. Malas mahu melayan Cinta.

"Bila Cinta start kerja?" soal Rohaimah.

Cinta pandang Rohaimah.

"Isnin lah," jawab Cinta.

"Cinta dah sedia err?" soal Rohaimah.

"Insya-Allah dah. Mak, malam ni Cinta tak dinner sama-sama tau," Cinta ubah topik.

"Hai, makan sorang-sorang lah gayanya," ujar Rohaimah separuh merungut.

"Abang kan ada?" pujuk Cinta.

"Abang ada dinner date dengan Kak Lia kamu tu," ujar Rohaimah.

Angkat kening, "siapa Kak Lia?"

"My future fiancee," jawab Hazeem.

"Oh, nama dia Kak Lia. Abang bila nak bertunang sebenarnya?" soal Cinta.

"One month more," jawab Hazeem.

"Abang dah beli cincin ke?" soal Cinta.

Geleng, "mak lah. Sibuk memanjang. Kalah PM," perli Hazeem.

"Bukan mak yang nak bertunang, kamu yang bertunang. Kamu pilihlah sendiri," bebel Rohaimah.

"See. Tak ada perasaan simpati langsung!" rungut Hazeem.

Cinta gelak. Kelakar mendengar ayat Hazeem yang agak keanak-anakkan itu.

"Okay lah, biar Cinta temankan abang nak?" soal Cinta.

Laju Hazeem mengangguk.

“Nak!" jawab Hazeem.

"Next week lah kita pergi, waktu cuti ye," janji Cinta.

Hazeem angguk.

"Okay lah mak, Cinta naik dulu. Solat Asar!" ujar Cinta.

Rohaimah angguk. Cinta menghabiskan baki minumannya kemudian dia mendaki tangga ke atas.

Rohaimah memerhatikan langkah Cinta.

"Hai, berubah sudah anakku satu ini," ujarnya perlahan.

* * *
Asyraff matikan enjin. Kemudian dia keluar. Namun Cinta masih membatukan diri. Asyraff bukakan pintu untuk Cinta tapi Cinta masih tak nak keluar.

"Why?" soal Asyraff.

"Tempat lain lah. Please Asyraff," rayu Cinta.

Senyum, "sini sedap lah. I bet you like their food."

Geleng, "I tak nak masuk. You pergi lah makan, biar I dekat sini."

Cinta peluk tubuh. Pintu kereta ditariknya dan ditutup. Asyraff hela nafas. Pintu itu dibuka kembali.

"Come on lah Cinta. Okay, tell me kenapa you refuse nak makan kat sini?" soal Asyraff lembut.

Cinta pandang Asyraff. Kemudian dia tutup mukanya dengan telapak tangan. Asyraff dapat dengar esakan halus Cinta.

"Cinta? Okay, kalau you tak nak, kita pergi tempat lain," ujar Asyraff.

Baru sahaja Asyraff mahu menutup pintu Cinta, Cinta dah panggil nama dia.

"Iye?" Asyraff pandang Cinta.

Cinta cuba ukir satu senyuman. Tawar!

"Kita makan dekat sini je," ujar Cinta sambil keluar daripada kereta.

"Kalau you tak nak, kita boleh pergi tempat lain. I tak kisah," ujar Asyraff.

Cinta tutup pintu kereta.

"Tak, I okay. Kesian you dah drive jauh-jauh. Jom kita masuk," ujar Cinta.

Asyraff angguk. Pintu kereta dikunci. Tangan dihulurkan ke Cinta. Cinta tepuk tangan Asyraff.

"Jom," ujar Cinta sambil melangkah menuju ke dalam restoren itu.

Asyraff menurut langkah Cinta.

"Duduk sini lah," ujar Cinta sambil duduk.

"Okay!" balas Asyraff sambil duduk di hadapan Cinta.

Seorang waitress datang kepada mereka. Senyuman dilemparkan kepada Cinta.

"Lama tak datang sini?" soal Zu, waitress itu.

"Busy lah Zu," ujar Cinta.

"Abang Daus mana?" soal Zu lagi.

Cinta diam sekejap.

"Abang Daus dah meninggal," ujar Cinta perlahan.

Zu tersentak.

"Sorry. Zu tak tahu pun. Bila abang Daus pergi, kak?" Zu pandang Cinta.

Cinta take a deep breath and exhale slowly.

"Six months ago," jawab Cinta.

Zu angguk.

"So nak order apa?" soal Zu.

"Juice apple and beef steak," ujar Cinta.

Zu angguk. Kemudian dia pandang Asyraff.

"You nak order apa?" soal Cinta.

"Carrot juice and beef steak," jawab Asyraff.

Angguk, "That's all?"

"Yeah," jawab Cinta dan Asyraff hampir serentak.

"I repeat, one carrot juice, one apple juice and two beef steak," ujar Zu.

"Yeah," balas Cinta.

Zu capai menu dan berlalu pergi.

"You selalu pergi sini ye?" soal Asyraff.

Cinta pandang Asyraff. Kening diangkat, pinta Asyraff ulang soalannya.

"You selalu pergi sini ye?" ulang Asyraff.

"Tak lah selalu," jawab Cinta.

"Eleh, kalau tidak takkanlah boleh kenal dengan waitress tu,"ujar Asyraff.

"Ye lah, dulu tu selalu lah pergi. But bukanlah selalu. Kalau tidak, pokailah," Cinta gelak.

"Oh, Daus tu siapa?" soal Asyraff lagi.

Cinta terdiam. Tak tahu adakah dia perlu jawab ataupun berdiam. Buat-buat tak dengar. Dan dalam masa yang sama, makanan mereka sudah sampai.

"Enjoy your meal," ujar Zu sebelum berlalu.

Cinta capai pisau dan garfu. Tangannya mula memotong beef steak itu. Apabila dirasakan Asyraff sedang memerhatikan, Cinta berhenti. Muka diangkat pandang Asyraff.

"Kenapa you tak makan?" soal Cinta.

"I nak jawapan," jawab Asyraff.

"What jawapan?" Cinta buat-buat tak tahu.

"I know you know what jawapan is it," ujar Asyraff.

Cinta terus tak selera. Garfu dan pisau diletak. Wajah Asyraff dipandangnya lama. Dia ada dua pilihan sekarang.

Sama ada dia jawab je soalan Asyraff ataupun berdiam diri. Tapi dia tahu, walau apa pun yang dia pilih, at last dia kena bagitahu Asyraff!

Baru sahaja Cinta mahu membuka mulut, telefon bimbit Asyraff berbunyi. Dan Cinta kelegaan.
Asyraff mengeluh sikit dan jawab panggilan itu. Selepas berbicara selama 2 minit, Asyraff tamatkan panggilan.

"Okay, tell me now," ujar Asyraff.

"Nantilah. Kita makan dulu, okay?" ujar Cinta.

"Okay," jawab Asyraff.

Lalu mereka berdua pun makan. Dan setelah separuh makanan mereka luak, seorang lelaki datang ke mereka.

"Hey Cinta!" sapa Farid.

Cinta angkat muka. Pandang Farid. Dan serta-merta senyuman di bibir terukir.

"Hey Farid," balas Cinta.

"Am I disturbing you two?" soal Farid.

"Of course not. Come and join us!" ajak Cinta.

"Tak pe lah, I tak nak kacau you two date," ujar Farid.

"Tak de lah. Lagipun kitorang kawan je lah. Kan Asyraff?" Cinta pandang Asyraff.

Angguk, "Ha'ah. Join lah kitorang."

"Okay," ujar Farid lalu duduk di sebelah Asyraff.

Cinta senyum. Nampak gayanya, dia terlepas daripada memberi jawapan tu untuk sekarang. Tapi tak tahu lah kejap lagi.

Farid, you're my hero!!!

* * *
Asyraff pandang sebelah, ke arah Cinta. Dia tahu Cinta sengaja mahu mengelak dari menjawab soalan tu.

Pura-pura tidur konon.

Lagi sekali, Asyraff pandang Cinta sekilas. Kalau ikutkan hati, nak je dia break kereta mengejut. Biar Cinta terkejut. Dan mungkin terdorong ke hadapan. Yelah, dia tak pakai tali pinggang keselamatan.

Tapi tak mungkin dia tergamak buat macamtu. Hei, dia masih manusia yang ada perasaan belas kasihan tau!

Lagipun, someday, somehow Cinta kena jugak jawab soalan tu. And one more, jawapan tu dia dah tahu dah sikit. Cuma biar Cinta yang bagitahu dia.

Buku hijau yang Cinta tertinggal tu lah yang bagi dia jawapan. Yang buat dia berani untuk cakap dengan Cinta. Dan dia sendiri tak tahu, bilakah dia harus pulangkan buku tu.

Dia fikir lepas Cinta jawab soalan dia tadi, dia akan pulangkan buku tu. Tapi nampak gayanya lama lagilah. Selagi Cinta tak jawab soalan dia. Dan buku tu ada dekat satu beg warna hijau disimpan dalam bonet keretanya.

No comments:

Post a Comment