Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, October 12, 2011

Cinta Lana 6

 "Good morning Lia!" sapa Cinta.

Lia angkat muka, pandang Cinta. Senyum terukir.

"Good morning Cik Cinta!" balas Lia.

"Hey, tak payah lah panggil I cik Cinta. Panggil Cinta je lah," ujar Cinta.

"Okay," ujar Lia.

Cinta senyum.

"By the way, jom ikut saya. Kita jumpa manager," ajak Lia.

Cinta angguk lalu dia mengekori Lia ke bilik manager. Lia masuk dalam bilik manager tu dalam seminit dan kemudian dia keluar mendapatkan Cinta kembali.

"Cinta, masuklah. Manager dah panggil tu," ujar Lia.

Cinta angguk. Dia tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Langkah diatur masuk ke dalam bilik pengurusnya.

"Assalamualaikum," sapa Cinta.

"Waalaikumussalam," balas pengurusnya.

Jantung Cinta terasa berdebar lima kali ganda dari biasa. Darah terasa berhenti mengalir.

Suara itu?

Managernya pandang Cinta. Serta-merta Cinta rasa seperti nak lari je dari situ.

"Rezal?" Cinta tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Cintaa?"

Rezal bangkit. Cinta hanya kaku di situ.

"Long time no see. So sihat?" Rezal senyum.

Cinta masih speechless. Tak tahu apa nak dikatanya.

"Hello Cinta! Are you there?" soal Rezal.

"Kau dah berubah," ujar Cinta perlahan tetapi cukup untuk Rezal dengar.

"Semua orang berubah. Kau pun dah berubah," ujar Rezal selamba.

"Aku still tak percaya yang di hadapan aku ni Ahmad Rezal," ujar Cinta lagi.

"But kau kena percaya jugak," ujar Rezal.

Cinta masih begitu. Cuma jantungnya sudah berdegup normal. Darah sudah mengalir di seluruh tubuh.

"Have a sit," ujar Rezal.

Cinta akur.

"Wei, janganlah pandang aku macamtu!" ujar Rezal.

Sengih, "So tell me the whole story. Macammana kau boleh berubah? Kenapa kau menghilang? And all lah."

"Okay but not now. Maybe we can talk about it later. Hmm.., lunch nanti okay?" ajak Rezal.

Cinta angguk. Pintu diketuk dari luar. Lia muncul.

"Encik Rezal, lagi satu engineer sudah sampai," ujar Lia.

Rezal angguk.

"Suruh dia masuk ye, Lia," ujar Rezal.

Lia angguk. Dia keluar dan lepastu Farid masuk.

"Hello," ujar Farid sambil melangkah ke Rezal.

Farid hulurkan tangan dekat Rezal dan kemudian disambut Rezal.

"I'm Farid," ujar Farid.

Angguk, "have a sit."

Farid duduk di sebelah Cinta. Rezal lemparkan senyuman.

"Tak perlu lah formal sangat ye. So sebelum you two mulakan kerja, you two kena tahu beberapa perkara dan peraturan," ujar Rezal.

Cinta dan Farid angguk.

"So here are your contract. Please read it carefully," ujar Rezal sambil menghulurkan dua fail kepada mereka.

Cinta capai satu fail dan Farid capai satu fail. Kemudian mereka baca segala isi. Dan selepas lima minit, mereka serahkan kembali fail itu dengan terteranya tandatangan mereka.

"So for today, nothing much you have to do. Just berkenalan dengan semua staff. When I said semua staff, it means semua! Termasuklah officeboy ke receptionist ke. Even mak cik cleaner pun. We're here as one family," ujar Rezal.

"Of course," ujar Cinta.

"And for that task, Lia will help you. She will be your pemandu pelancong, okay? And she will show your place.," ujar Rezal.

Cinta dan Farid angguk.

"And then, please set up your own e-mail for this company. You can ask Lia for that too," ujar Rezal.

"Baik boss!" ujar Cinta.

Rezal senyum. Dia dail ke meja Lia dan mengarahkan dia masuk. Tidak sampai seminit, Lia dah sampai.

"So good luck, okay guys?" ujar Rezal.

Cinta dan Farid salam dengan Rezal lagi. Dan mereka bertiga keluar dari bilik Rezal. Ya, bertiga. Farid, Cinta dan Lia.

* * *
Dan sekarang sudahpun pukul 1.20 petang. Lagi sepuluh minit time for lunch. Cinta duduk di kerusinya.

Dia dah kenal hampir seluruh staff Bulan Holding's di cawangan Seremban ni. Okay, di sebelah mejanya Farid. Lelaki yang menegurnya waktu dekat interview dulu.

Di hadapannya Shasha. Ibu muda yang berkaliber. Umur dia baru mencecah 27 tahun tapi dia dah ada 2 anak. Di belakangnya pula Syah. Orang cakap dia tu playboy. Jangan dekat dengan dia. Bagi Cinta, memang betul!

Dan lagi... Ha Lia! Setiausaha Rezal. Mula-mula Cinta fikir dia receptionist, rupa-rupanya bukan. Waktu dulu tu dia saje je lepak situ dan kebetulan Tiya, si receptionist sebenar ke tandas..

Ha! Mak cik cleaner pun Cinta kenal. Ada dua orang. Sorang nama dia Mak Cik Imah dan seorang lagi nama dia Mak Cik Tuti. Mak Cik Imah dari Melaka dan Mak Cik Tuti dari Johor.

Tengok, dia ni memang seorang yang peramah. Tak sampai tiga jam, dia dah boleh kenal hampir seluruh staff dekat sini. Betullah kata Daus, Cinta ni talkative! Dan terlebih peramah.

"Cinta, jom lunch?" ajak Farid.

Cinta pandang Farid.

"Sorry lah Farid. I can't make it," ujar Cinta lembut.

Farid angguk.

"Takpe lah. Maybe next time kita boleh lunch sama-sama. Okay, see you later," ujar Farid dan berlalu pergi lepas Cinta kata 'sure'.

Lepastu, Shasha dan Lia pula ajak dia. Dan sekali lagi, dia terpaksa hampakan orang. Dia duduk di situ until pejabat tu kosong. Dan barulah Rezal datang.

"Jom Cinta!" ajak Rezal.

"Okay, jom!" ujar Cinta.

Lalu mereka berdua melangkah seiring ke kereta Rezal. Kata Rezal, nak pergi makan dekat tempat lain. Kafe tak cukup privasi!

Dan akhirnya, sampai juga mereka. Rezal pilih kafe Rimba. Suasana kafe tu tenang! Dipenuhi dengan tumbuhan semulajadi.

"Cinta," panggil Rezal.

Cinta menghentikan suapan serta-merta. Makanan di dalam mulut dikunyah dan telan.

"I will answer all your question now," ujar Rezal.

"Okay! Tak sabar ni," ujar Cinta.

"Hmm.., Aku kenal kau waktu sekolah rendah lagi. Kalau tak silap aku, darjah tiga. Betul kan?"

"Hmm yeah."

"Dan aku pergi jauh lepas kau tengking aku kan. Waktu kita form four kan? Kau ingat tak apa yang kau cakap kat aku waktu tu?"

"Aku cakap apa ye?"

"Kau cakap dengan aku, jangan ganggu kau lagi. Kau benci aku. Dan kau suruh aku ubah perangai aku."

"Tu sebab kau kacau aku. Kau ingat tak? Kau pernah letak katak dalam kasut aku. Macammana aku tak benci kau?"

Cinta dan Rezal gelak.

"Dan ingat apa kau balas kat aku?" Rezal angkat kening.

"Biawak dalam beg," Cinta gelak lagi.

"Oh yeah dan tumpahkan air dekat baju aku. Dahlah air sirap! Susah nak hilangkan," ujar Rezal.

Gelak, "tu sebab kau jatuhkan makanan aku."

"Kau nak tahu sebab apa?" soal Rezal.

"Apa?" soal Cinta.

"Sebab aku cintakan kau," ujar Rezal.

Cinta terkejut.

"Aku try nak tarik perhatian kau. Yeah, waktu kita sekolah rendah lagi, aku dah suka kau. Tapi aku pendam je. Start sekolah menengah aku mula berani. Tapi aku tersilap langkah," ujar Rezal.

Cinta hanya terdiam. Dan Rezal terus merenung mata Cinta.

No comments:

Post a Comment