Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 23, 2011

Cinta Lana 8

 "Warghh!! Penat gila!" ujar Cinta.

Asyraff tersengih.
"
Hey, you kena minum kopi ni, biar bertenaga sikit!" ujar Asyraff.

Cinta geleng, "I tak suka kopi. Lain?"

"Nescafe?"

Geleng.

"Teh tarik?"

Geleng.

"Ha I tahu! Milo!"

"Okay jugak. You buatkan I milo!" ujar Cinta.

"Okay. One milo siap!" ujar Asyraff.

Asyraff bangun. Dia menuju ke arah Ariyani dan apa benda entah dia cakap. Kemudian dia hilang. Cinta malas nak ambil tahu.

Fikirannya kini melayang ke pengakuan berani Rezal. Entah kenapa, Rezal yang difikirnya.

Dia tak tahu macammana nak act nanti depan Rezal. Dia dah rasa semacam. Entah, tak tahulah!

"Milo panas dah siap!" ujar Asyraff.

Cinta senyum, senyum tawar.

"Kenapa termenung ni?" soal Asyraff sambil duduk di hadapan Cinta.

Cinta teguk air milo panas tu seteguk. Kemudian dia pandang Asyraff.

"Ada masalah ke?" soal Asyraff lagi.

Cinta geleng.

"Kalau tak ada masalah, takkanlah senyum pun palsu. Kenapa? Ada orang kacau you ye dekat tempat kerja you?" soal Asyraff pirhatin.

Cinta diam. Dia terharu dengan sikap Asyraff. Pirhatinnya Asyraff! Kalau orang lain, dia pasti akan tanya sekali je. Tapi Asyraff tak. Selagi dia tak jawab soalan tu, selagi tulah dia akan tanya.

"You nak tahu tak siapa boss I?" soal Cinta.

Angguk, "siapa?"

"Rezal. Kawan lama I or should I say, musuh. Kitorang dulu selalu sangat gaduh. You nak tahu tak? Dia pernah letak katak dalam kasut I. Lepastu I letak biawak dalam beg dia," cerita Cinta.

Asyraff gelak sekejap.

"Lepastu?" soal Asyraff.

"Bila I dah tak tahan dengan perangai dia, I mengamuk. I cakap I benci dia. Jangan ganggu I lagi dan lain-lain lah," ujar Cinta lagi.

"Jahatnya you," komen Asyraff.

Cinta gelak sekejap.

"Lepastu apa jadi?" soal Asyraff, berminat.

"Dia dah tak ganggu I lagi. And one week lepastu, dia pindah. Terkejut I dengar berita tu. And lepastu hidup I macam dah sunyi tanpa dia punya joke melampau," ujar Cinta lagi.

"And then? Apa jadi?" soal Asyraff.

"Tadi lunch dengan dia, dia ceritakan semua. Dia kata dia cintakan I," ujar Cinta.

Asyraff terdiam.

"Sekarang ni I dah tak selesa dengan dia. You know what Asyraff? I rasa macam nak quit je job tu tapi I tak boleh. Contract I one year," ujar Cinta.

"I rasa you tak payah lah quit. Just act like takde apa-apa berlaku. Cuba lah elakkan dari bersua muka dengan dia," nasihat Asyraff.

"Masalahnya, dia tu boss I," ujar Cinta.

"Dia punya syarikat ke tu?" soal Asyraff.

"Bukanlah. Tapi cawangan dekat sini, dia yang handle," jawab Cinta.

"Oh. Ala, you ikut je cakap I. Elakkan dari bertembung dengan dia if you tak perlu jumpa dia," nasihat Asyraff lagi.

Cinta angguk. Air milo yang sudah suam itu diteguknya sehingga tinggal setengah.

"I cuba," ujar Cinta.

Dan di antara mereka sunyi sekejap. Sebelum Cinta bersuara.

"You tak kerja ke?" soal Cinta.

"Mestilah I kerja. I kan dah 26 tahun," jawab Asyraff.

"You dah 26 tahun? Eii. Tua gila!" usik Cinta.

"Eleh, muda apa. You pun lebih kurang je kan?" soal Asyraff.

"I baru 22 tahun. Muda kan? Ala, I tahu you jealous kan?" usik Cinta lagi.

"4 tahun je beza. Eleh, nanti you pun akan jadi 26 jugak," ujar Asyraff.

Cinta gelak. Tidak menjawab kata-kata Asyraff lagi.

"Hey, you tak nak jawab soalan I dulu?" soal Asyraff tiba-tiba.

Angkat kening, "soalan apa?"

"About Daus tu," ujar Asyraff.

Serta-merta senyuman di bibir layu.

"Wajib ke?" soal Cinta perlahan.

Asyraff angguk.

"I tak nak lah cakap pasal orang yang dah lama tak ada. I nak Daus tenang dekat sana. Please Asyraff," ujar Cinta.

"Tapi...."

"At least for now," ujar Cinta.

Dengan lemah, Asyraff mengangguk.

"Eh dah lewat ni you. Dah pukul 7.15 ni. I balik dulu ye," ujar Cinta.

Air milo yang masih berbaki diteguknya sedikit. Kemudian dia bangun.

"Esok kita lunch sama-sama ye?" ajak Asyraff.

"Tengoklah dulu. Nanti I text you esok. Bye!" Cinta terus melangkah keluar dari kafe itu.

Asyraff senyum sedikit. Sungguh dia benar-benar yakin, Cinta ialah cinta yang dicarinya selama ini.

* * *

"Cinta, Encik Rezal panggil," ujar Lia.

Cinta senyum. Kemudian dia angguk.

"Dan Farid, please masuk bilik Encik Rezal," ujar Lia dan berlalu.

"Cinta, let's go," ajak Farid.

"Okay," ujar Cinta.

Dengan hati yang separuh rela, Cinta masuk ke bilik Encik Rezal bersama Farid.

"Encik Rezal," sapa Farid.

Rezal senyum.

"Please have a sit," ujar Rezal.

Farid dan Cinta duduk.

"Okay, let's go to the main point yeah?" Rezal angkat kening.

"Okay," jawab Farid.

"Here, saya perlukan kamu berdua terlibat dalam projek baru kita. Take it as your first project. And ini juga ujian untuk kamu berdua. Okay?" ujar Rezal.

"Okay, dekat mana?" soal Farid.

"Dekat sini je lah. Nanti saya emailkan alamat dia dekat your email. Okay guys?" ujar Rezal.

Cinta dan Farid angguk.

"Okay, you may left now. But Cinta, I need to talk with you. Wait here," ujar Rezal.

Farid dah keluar dan tinggallah Cinta di situ.

"Cinta, pandang aku," ujar Rezal.

"Maaf Encik Rezal, kalau tak ada apa-apa yang penting, saya keluar dulu," ujar Cinta.

"Cinta, do you love me?" soal Rezal.

Cinta dah bangun.

"Encik Rezal, saya hormatkan Encik Rezal sebagai majikan saya tapi jangan buat saya  tak hormatkan Encik lagi," ugut Cinta.

Cinta terus melangkah. Sampai di muka pintu, suara Rezal memanggilnya kedengaran. Cinta berpaling, pandang Rezal.

"I will wait until that time," ujar Rezal.

Cinta tak menjawab. Pantas dipulasnya tombol. Dan melangkah keluar tanpa berpaling lagi.

Cinta duduk di tempatnya. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 petang. Pantas dia keluarkan telefon bimbitnya.

Kita lunch dekat kafe pukul 1.30 ye.

Cinta hantar pesanan ringkas itu kepada Asyraff. Tidak sampai seminit, mesejnya dibalas.

Okay. Nak I jemput you?

Dan Cinta balas.

Tak payahlah. Kita jumpa kat kafe je.

Dan mesej itu dibalas oleh Asyraff.

Kk.

Cinta letak telefon bimbit Nokia E71 yang dihadiahkan Daus sebagai tanda percintaan mereka di atas meja. Ahh, Daus! Sungguh baik dia.

Cinta klik mouse computer LCD itu dan terus membuka e-mail yahoo nya. Sejak kematian Daus, baru kali ini dia buka. Bayangkan, 6 bulan!

Ada 3 unread e-mail. Cinta klik yang pertama daripada Daus? Tarikhnya 2 minggu sebelum dia pergi. Bukankah saat itu sepatutnya Daus rehat?

Cinta terus baca e-mail Daus.

Dear Cinta Lana,
Lana apa khabar? Daus harap Lana sihat-sihat je. By the time you read my e-mail, Daus dah lama pergi. Tapi Daus tau, nama Daus still ada dalam hati Lana kan?

Hmm.., Daus minta maaf kalau Daus buat Lana menangis. Daus tak berniat pun. Daus nak Lana janji dengan Daus satu perkara, boleh? Promise me, you won't cry because of me. Daus tak sanggup tengok Lana menangis.

Lana, hidup ni harus diteruskan. Tak kiralah apa pun yang berlaku. Perjalanan hidup Daus memanglah dah berakhir. Tapi Daus bersyukur coz it ends with a happy ending. Kehadiran Lana dalam hidup Daus adalah salah satu anugerah terindah. Dan Daus bertuah sebab Lana ada dengan Daus sentiasa di kala sihat dan sakit.

Dan Lana punya perjalanan masih jauh. Lana carilah kebahagiaan Lana sendiri. Tak salahkan kalau Lana buka hati Lana untuk mencintai lelaki lain. Daus tahu, ramai orang suka kan Lana. Lana cuba tanya dengan hati Lana, siapa yang Lana rasa berhak di hati Lana.

Daus tahu Lana kuat kan? Lana super kan? Then, live your life to the fullest! Find a job or continue your study, find a love and marry with the one that you love. I know, my Cinta Lana ni mampu!

Okaylah Lana, Daus kena stop dekat sini. Kalau ikutkan hati, Daus nak tulis lagi dan lagi, tapi masa tak mengizinkan. Sambutlah salam dari Daus.

Lana, I will always love you....

Air mata yang mengalir diseka sebelum orang lain sedar. Dia kemudian merenung skrin komputer itu. Email itu dibaca lagi dan lagi.

"Lana janji Daus. And, I will always love you too," ujar Cinta perlahan.

Jam di skrin dipandang sekilas. Tepat menunjukkan 1.30. Pantas Cinta log out account yahoo nya dan turn off the computer. Handphone dimasukkan dalam beg dan dia melangkah keluar dari pejabat.

Kereta dipandu laju ke kafe. Tidak sampai sepuluh minit, dia sudah sampai. Pantas dia masuk. Kelihatan Asyraff sedang duduk di salah satu sudut. Cinta berlari ke arah Asyraff.

"Hey, sorry late," ujar Cinta.

Asyraff senyum. Cinta duduk di hadapan Asyraff.

"Okay, so makan?" soal Asyraff.

Geleng ,"just minum kot."

Angkat kening, "Wait, you ada problem ke?"

Cinta mengeluh kuat.

"Wait, before you cerita, you have to drink. I tahu minuman apa yang okay dengan you sekarang. Tunggu tau," ujar Asyraff.

Asyraff bangun dan berlalu. Lebih kurang tiga minit, Asyraff datang kembali bersama gelas berisi minuman.

"Air apa ni?" soal Cinta.

"Cuba minum," ujar Asyraff.

Cinta pandang Asyraff dan Asyraff kenyit mata kepada Cinta. Tersengih Cinta dibuatnya. Kemudian, Cinta mencapai gelas itu dan minuman itu diteguk.

"Air kosong?" Cinta angkat kening.

Asyraff tersengih.

"Air kosong baik untuk kesihatan tau. Lagi satu kan, air kosong dapat meredakan tekanan dan mengurangkan stress," ujar Asyraff.

Cinta senyum. Dia teguk lagi air kosong yang dingin itu. Memang betul kata Asyraff, air kosong dapat meredakan tekanan. Buktinya, dia lebih tenang sekarang.

"Betulkan?" soal Asyraff.

"Betul lah. Awak ni doktor ye?"

"Doktor? Taklah. Kalau doktor lah, memang I busy je," ujar Asyraff.

"Asyraff, dia masih mengharapkan I. I speechless lah. I tak tahu lah nak buat macammana lagi," luah Cinta.

"Rezal?" soal Asyraff.

Angguk, "tadi pun dia kata dia cintakan I dan dia sanggup tunggu I."

Tangan Cinta yang diletakkan di atas meja dipegangnya. Cinta agak terkejut. Pantas dia tarik kembali tangannya.

"Sorry. Cinta, you have to be strong. Tanya dekat hati you siapa ada dekat dalam. I or sesiapa pun lah tak tahu apa yang ada dalam hati you," ujar Asyraff panjang lebar.

Cinta terdiam.

"Dalam hati I ada my family, Arwah Daus, dan you," ujar Cinta.

"But siapa yang teratas?" soal Asyraff.

Cinta tak jawab.

"Then, cari jawapan tu. Berikan masa dekat hati you untuk cari jawapan tu," ujar Asyraff.

Cinta terdiam lagi.

No comments:

Post a Comment