Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, November 16, 2011

Cinta Lana 13

       Cinta tutup buku hijau itu. Air mata disekanya. Sekali lagi dia buka muka surat pertama. Catatan daripada Daus kepadanya dibaca sekali lagi.

Cinta Lana ku,

Hello my love. Apa khabar? Daus harap Lana Daus yang manja ni sihat. Alhamdulillah. Daus rindukan Lana!

Kalau dalam movie ataupun novel, selalunya orang akan bagi cincin, rantai, gelang ataupun yang sewaktu dengannya kepada pasangan tapi Daus pulak bagi buku hijau ni. Haha. Lana mesti cakap Daus ni tak romantik kan? Tapi bagi Daus, bagi buku ni lagi romantik. Sweet gitu.

Sebab dalam buku ni, Lana akan tulis segala kisah kita. Pada mula hingga akhir. Andainya satu hari nanti Daus terpaksa pergi meninggalkan Lana, Lana jangan risau. Buku ni akan jaga Lana. Tapi Lana janganlah terlalu bergantung dengan buku ni sebab it's an object.

Cinta Lana, Firdaus Haqeemi cintakan Cinta Lana. Muahh!

Cinta senyum.

Cinta Lana pun cintakan Firdaus Haqeemi. Muahh!

Cinta buka pula muka surat terakhir sekadar mahu melihat. Dan ada lirik lagu di situ. Cinta baca.

Di sana pungguk menanti
mengharap bulan membalas rindu di hati
Ohh di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

tanpa manis madah
janji yang puitis tuk persembahan
hanya ketulusan sekeping hati suci

aku berikan kasih
kalau itu yang kau mahu dariku
aku berikan cinta
untuk membahagiakan harimu

aku sayang dirimu
biarpun nafasku sampai terhenti

akan ku kota janji kita
mendirikan taj mahal cinta
seteguh kasih
Syah Jehan kepada Mumtaznya
ohh..

Terasa indah pabila berdua
semakin tiba
saat bahagia meraih cinta kita


Air mata Cinta mengalir lagi. Lirik lagu itu menyayat hatinya. Tapi itu dari siapa? Itu bukan tulisan Firdaus Haqeemi. Cinta ambil surat daripada Asyraff Daniel dan membandingkan tulisan Asyraff di surat dan lirik lagu tu.

Sahlah! Ini daripada Asyraff Daniel. Cinta senyum dalam tangis. Surat itu dibaca lagi, lagi dan lagi.

Deringan telefon mematikan lamunan Cinta. Segera Cinta menjawab panggilan apabila nama Farid tercatat.

"Hello," sapa Farid mesra.

"Farid, you dekat mana?" soal Cinta tersekat-sekat.

"I dekat depan rumah you. Jom keluar," ajak Farid.

"Kejap lagi I turun," ujar Cinta dan mematikan talian.

Cinta bangun. Mukanya dibasuh. Kemudian dilap. Rambutnya yang agak kusut disikat dan diikat satu. Kemudian dia keluar.

"Cinta nak pergi mana?" soal Rohaimah.

"Keluar kejap dengan kawan. Kejap je," ujar Cinta tanpa menoleh ke arah Rohaimah.

Cinta keluar. Dia tidak mahu maknya tahu yang dia menangis. Dia tak nak susahkan hati orang tua itu lagi.

Pintu kereta dibuka dan dia duduk tanpa menghiraukan pandangan Farid.

"Kita pergi park," ujar Cinta.

"Okay," ujar Farid dan memecut laju ke Lay Garden.

Tiada sepatah kata pun yang keluar daripada mulut mereka sepanjang perjanan. Mereka pilih tempat yang agak tersembunyi.

"Kenapa you menangis?" soal Farid.

Cinta hulurkan surat daripada Asyraff kepada Farid. Farid ambil dan baca surat itu.
"I keliru. I tak tahu apa yang perlu I buat. I betul-betul tak tahu," ujar Cinta.

Farid pandang Cinta. Senyuman tetap terukir di bibir Farid.

"Sebelum apa-apa, I nak tanya you sesuatu. Jawab soalan I dengan ikhlas," ujar Farid penuh makna.

"Apa?" soal Cinta.

"Janji dulu that you will answer it sincerly. Promise?" Farid angkat kening.

"Promise," jawab Cinta.

"You cintakan Asyraff?" soal Farid.

Cinta terpempam dengan soalan Farid. Tidak tahu apa yang perlu dijawabnya padahal dia hanya perlu mengatakan ya atau tidak. Lama Cinta membisu.

"Yes or no?" soal Farid.

Cinta pandang Farid. Yes or no? Nampak macam mudahkan? Tapi sebenarnya tak.

"I don't know," ujar Cinta akhirnya.

Makin mekar senyuman di bibir Farid.

"Look, sebenarnya it's a simple question. But you make it difficult. I can't help you dalam masalah ni sebab ini semua soal hati you! Hanya you dapat selesaikan masalah ni," ujar Farid.

Cinta masih membisu.

"Take a time. Think about it carefully. Tanya hati you, siapa yang bertakhta di dalam tu," ujar Farid lagi.

Cinta diam lagi. Dalam hati, dia rasa apa yang Farid cakap itu betul. Bukan rasa tapi sememangnya betul.

Tok.. Tok.. Tok.. Hati, siapa ada dekat dalam tu?

* * *

Asyraff mengemaskan beg pakaiannya. Dia dah tekad! Dia akan berpindah ke Jakarta, Indonesia untuk sementara. Merawat hatinya yang luka.

Tiket penerbangan Air Asia diletakkan di atas meja. Esok pukul 4 petang, dia akan berangkat ke sana.

Dia akan tinggal di kondo yang dibeli oleh ayahnya. Dulu, dia pernah menetap di bumi Indonesia selama dua tahun ketika dia berumur lima tahun dan Ariyani pula berumur tiga tahun. Itupun sebab kafe ayahnya dibuka dekat sana. Sebab kesiankan ayah, mak ajak tinggal dekat Indonesia. Lepas tu balik Malaysia pun sebab ada masalah.

Asyraff bangun. Telefon bimbitnya dicapai. Gambar Cinta yang telah disetkan sebagai wallpaper ditatap lama.

Cinta, Asyraff cintakan Cinta.

* * *

Sudah dua hari Asyraff berada di Jakarta. Namun Cinta langsung tidak menghubunginya. Memang dia tak mengharapkan sangat panggilan Cinta. Okay, dia tipu. Dia terlalu mengharapkan panggilan daripada Cinta.

"Pak, ini bakso nya," ujar pelayan gerai itu dan berlalu pergi.

"Kamu enggak pa pa?" gadis cantik di hadapannya bersuara.

Asyraff lemparkan senyuman tawar sambil menggeleng. Gadis itu tersenyum manis.

"Udah deh, jangan bohong! Kamu lagi ada masalah apa? Bilang aja sama aku. Aku bakal dengarin kok," ujar gadis itu lagi.

Lalu Asyraff menceritakan perihal Cinta kepada gadis itu. Gadis itu tersenyum lagi.

“Asyraff Asyraff. Kamu enggak usah khuatir deh. Pasti nanti perempuan itu akan cari kamu. Dia hanya butuhkan waktu," ujar gadis itu.

"Aku tahu," ujar Asyraff perlahan.

"Tapi aku musykil nih. Nngapain sih kamu curi diari dia? Kamu tahu nggak, perempuan tu paling enggak suka kalau privasi nya diganggu. Kamu nih gimana sih?" gadis itu tergelak.

"Aku tak tahu nak buat macammana lagi. Jadi, aku curilah diari dia. Aku menyesal," ujar Asyraff.

"Don't worry. Kalau emang dia cintakan kamu, dia enggak akan marah kok. Udah udah, makan ini bakso ya," gadis itu menyuap bakso ke dalam mulutnya.

"Thanks Syifa. Lepasni, teman aku pergi beli barang kejap ye," ujar Asyraff.

Syifa angkat ibu jari. Asyraff senyum. Bakso dimakan mereka.

No comments:

Post a Comment