Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, December 4, 2011

Cinta Lana 14


Cinta melangkah masuk ke dalam bilik Rezal.

"Cinta, duduk," ujar Rezal tegas.

Cinta akur.

"Tahu kenapa aku panggil kau?" soal Rezal.

Cinta angguk. Sedar akan kesilapan dia.

"Jadi?"

"Saya dah minta maaf dekat Tan Sri Roslan."

Rezal ketuk mejanya kuat. Cinta agak terkejut dengan tindakan Rezal.

"Sebab kau, projek tu melepas! Itu projek besar, tahu tak? Tengok, we miss it!" tengking Rezal kuat.

Cinta tak berani pandang wajah Rezal. Dia takut. Takut untuk melihat Rezal yang sedang mengamuk.

"Aku nak kau pergi jumpa Tan Sri Roslan! Pujuk dia atau apa-apa lah. Yang aku tahu, company kita dapat project tu," ujar Rezal.

"Tapi...."

"Kau tak dengar ke apa aku cakap? Dapatkan project tu!" jerkah Rezal.

Air mata yang ditahan-tahan akhirnya keluar jua. Cinta bangun.

"Saya minta maaf Encik Rezal," ujar Cinta.

Ketika itu, Rezal bagaikan tersedar dari mimpi. Segera dia beristighfar.

"Cinta," panggil Rezal.

Cinta yang sudahpun sampai di pintu berhenti. Rezal menghampiri Cinta.

"I'm sorry," ujar Rezal.

Rezal menarik tangan Cinta supaya menghadapnya. Cinta terus menyembamkan mukanya ke dada Rezal. Esak tangisnya berpanjangan. Rezal tarik Cinta ke sofa. Rambut Cinta diusapnya.

"Sorry. I terlalu emosi. Maafkan I," ujar Rezal.

"Tak, I yang salah. I campur adukkan hal peribadi dan kerjaya," ujar Cinta tersekat-sekat.

"You ambiklah cuti, Cinta. Ambil selama mana you mahu. Tenangkan fikiran you. Then I nak Cinta yang dulu. Yang semangat dia kuat," ujar Rezal.

"Tapi..."

"Pasal kerja, you jangan risau. Janji you dapat rehat. Okay?"

Cinta angguk. Dia bangun. Mukanya diraup beberapa kali sebelum dia keluar dari bilik Rezal.

* * *

"Cinta, are you okay?" soal Hazeem.

Cinta toleh, pandang Hazeem yang berdiri di tepi katilnya.

"Apa maksud abang? I'm okay lah," ujar Cinta.

"No, you're not okay. Abang tahu Cinta ada hiding something from me. Tell me, please."

Cinta mengeluh. Memang dia akui, dia tak pandai sorokkan perasaan dia yang sebenar. Kalau dia gembira, dia akan melonjak-lonjak dan kalau dia sedih, dia akan murung. Itulah Cinta.

"Cinta, I'm your brother," ujar Hazeem.

Cinta mengeluh lagi. Berat sekali bunyinya.

"Asyraff Daniel." ujar Cinta.

Hazeem duduk di atas katil Cinta. Amat berminat untuk tahu. Lalu Cinta pun menceritakan segalanya. Tidak tertinggal walau sedikit pun.

"I think you should give him a call," ujar Hazeem selepas Cinta tamat berkata.

"Tapi dah satu minggu benda ni berlalu. Cinta malu!" ujar Cinta.

"Kenapa nak malu? Cinta, dalam hal ni Cinta tak perlu malu. Fight for your love," nasihat Hazeem.

"But what should I say then?" soal Cinta lurus.

"Tell him about your feeling," jawab Hazeem.

"Tapi Cinta tak cintakan dia!" ujar Cinta.

"Kalau tak cinta, kenapa Cinta macam kehilangan seseorang yang berharga? Abang nampak, Cinta dah macam dulu. Waktu Daus pergi dulu," ujar Hazeem.

Cinta tersentak. Betulke aku macam waktu hilang Daus dulu? Adakah ini semua bermakna aku cintakan Asyraff?

Hazeem tersengih. Dia bangun.

"Renung-renungkanlah!"

Sempat lagi Hazeem menggosok kepala Cinta sebelum dia berlalu keluar dari bilik Cinta. Well, give her some time to think about it.

* * *

Syifa tarik tangan Asyraff. Mujur dia sempat, kalau tidak pasti tubuh Asyraff tu dah dilanggar kereta.

"Kamu ni gi mana sih? Nggak lihat kiri kanan dulu ya. Mau mati cepat ya?" marah Syifa.

Asyraff tersengih.

"Sorry," mohon Asyraff.

"Ya udah. Mari lintas ini jalan. Aku udah lapar ni," ujar Syifa.

Lalu mereka berdua melintas. Mereka makan di Mc Donald.

"Kamu masih nungguin cewek itu?" soal Shifa.

Asyraff yang sedang mengunyah Fillet O'Fish menelan segera.

"Dia sentiasa ada dalam hati aku," ujar Asyraff.

Shifa menggeleng.

"Kalau dia itu bukan tercipta untukmu, gi mana? Kamu masih mahu nungguin dia?"

Asyraff terdiam.

"Asyraff, kalau kamu mahu dia. Kamu harus usaha. Gi mana sih kamu ni. Dia di Malaysia, kamu di Indonesia."

"Tak guna kalau aku paksa dia. Cinta tak boleh dipaksa. Enggak gitu Shifa?" Asyraff kenyit mata.

Shifa mengeluh.

"Ya udah. Terserah kamu deh. Aku sentiasa doakan kebahagiaan kamu," ujar Shifa.

"Terima kasih." Asyraff senyum.

Shifa turut senyum. Burger di tangan mereka dimakan sambil itu mereka usik-mengusik.

No comments:

Post a Comment