Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, December 13, 2011

Cinta Lana 15

       Cinta dah fikir masak-masak. Keputusannya muktamad! Dia tidak akan berdolak-dalih lagi.

Pintu kafe ditolak. Lalu dia melangkah masuk. Kelibat Asyraff dicarinya namun tiada. Cinta tak berputus asa. Dia melangkah ke meja yang sering dia gunakan untuk makan bersama Asyraff.

"Order cik?" soal Ariyani.

"Fresh apple satu," jawab Cinta.

"Makan?" soal Ariyani.

Geleng, "nanti."

Ariyani baru sahaja mahu melangkah, Cinta dah panggil. Ariyani pandang Cinta sambil keningnya dijungkit.

"Er.. You ada nampak Asyraff?" soal Cinta.

"Tak ada pulak. Last sekali waktu dengan Cinta lah. Tapi tak tahulah kalau dia ada waktu bukan shift saya. Kenapa ye?" soal Ariyani.

Geleng, "tak ada. I dah lama tak jumpa dia."

"Rindu?" soal Ariyani.

Cinta angguk.

"Rindu sesangat!" ujar Cinta perlahan namun masih mampu didengari Ariyani.

Ariyani senyum. Kemudian dia berlalu untuk memberikan pesanan kepada si pembuat air.

Cinta pandang ke muka pintu kafe. Menanti Asyraff. Ye, dia memang rindukan Asyraff. Terlalu rindu!

Satu pasangan Melayu masuk ke dalam kafe. Mereka duduk selang dua meja dari Cinta. Cinta perhatikan mereka.

Entah apa yang lelaki itu cakap hingga muka si perempuan yang putih melepak bertukar menjadi merah. Dan si perempuan mencubit si lelaki. Ala, cubit-cubit manja gitu.

Si lelaki tergelak. Dan kemudian mencuit hidung si perempuan itu. Mereka berdua tersenyum meleret.

Dan cukup! Cinta tak mampu lagi melihat adegan mereka. Hatinya cukup terluka melihat kemesraan mereka. Entah bila dia dapat jadi macam pasangan tu pun, dia tak tahu. Ahh, kalaulah.....

Lamunannya terhenti apabila seorang pelayan datang memberi minuman. Cinta hanya lemparkan senyuman tawar sebagai balasan kata 'enjoy your drink'.

Cinta sedut air itu hingga tinggal setengah. Ahh, nikmatnya!

Okay, back to her dream again. Mana berhenti tadi? Oh ya, kalaulah si Daus masih hidup, tentu dia bahagia. Malahan, dua kali ganda bahagia dari pasangan tu.

Cinta beristighfar. Sadar yang dia telah menyalahkan takdir. Semua itu qada' dan qadar. Dia langsung tak ada hak untuk menyalahkan. Semua itu hak Allah.

Cinta sedut lagi fresh apple nya. Memang dia rindukan Asyraff. Dia sedar, dia sudah mula jatuh cinta kepada Asyraff. Buktinya, bila Asyraff tak ada, dia dah rasa rindu dan kabut.

Perasaan ni sama macam waktu dia kehilangan Daus dulu. Mungkin kali ini tidaklah seteruk dulu sebab dia ada Farid, Hazeem, dan Rezal. Dulu dia tak ada sesiapa.

Kalaulah Asyraff ada depan ni, dia nak menjerit. Cakap dengan Asyraff. I love you too Asyraff Daniel!

Jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Cinta tahu, dia tak boleh buat apa-apa lagi. Tadi balik je dari kerja, dia terus datang sini. Ye, dia hanya ambil cuti selama 3 hari.

Cinta bangun. Langkah diaturkan ke kaunter. Wang kertas warna hijau muda dikeluarkan dan diletakkan di atas kaunter.

"Keep the change," ujar Cinta lemah.

Dia melangkah keluar dari kafe. Dia tak perlukan baki sebanyak seringgit lima. Dia cuma perlukan Asyraff.

Kereta dipandu laju Cinta. Dalam hati, dia sedikit kecewa. Mana Asyraff menghilang?

Tiba-tiba satu motosikal melintas di hadapannya. Cinta tak dapat kawal stereng. Lalu kereta dia berlanggar dengan pokok besar.

"Asyraff!" jerit Cinta.

Dan dunia dirasakan kelam. Makin lama makin kelam dan akhirnya gelap gelita.

* * *

Gelas yang dipegang Asyraff jatuh dan pecah berderai. Shifa yang sedang menonton televisyen mendapatkan Asyraff di dapur.

"Kok pecah sih?" soal Shifa.

Asyraff tersenyum tawar. Dia tunduk. Mengutip kaca-kaca yang pecah.

"Kok muka kamu pucat sih?" soal Shifa lagi.

Shifa tunduk juga. Tangannya ditekapkan ke dahi Asyraff.

"Hangat nih! Kamu demam ni Asyraff. Mari, aku hantarin kamu ke rumah sakit," ujar Shifa.

"Tak payahlah. Nanti makan panadol eloklah," ujar Asyraff.

"Kamu ini degil bangat ya? Ya udah, sana makan panadol. Rehat sana. Biar aku kemasin," badan Asyraff ditolak.

Asyraff menurut. Sememangnya pada pagi tadi lagi dia dah rasa pening. Dia makan panadol dan baring di kerusi.

Tidak lama kemudian, Shifa datang bawak tuala yang dibasahkan. Lalu diletakkan di atas dahi Asyraff.

"Kamu pusing ya? Sini aku picitin," ujar Shifa.

Asyraff tidak menjawab. Shifa duduk di lantai. Tangannya mula memicit kepala Asyraff. Lima minit dia mengurut.

"Udah ya. Bobok cepat. Aku keluar sebentar. Mahu beli barang. Harini, biar aku masakkan untuk kamu," ujar Shifa.

"Terima kasih Shifa," ujar Asyraff.

Senyum, "Udah menjadi kewajiban aku kok. Nggak perlu ucapin terima kasih."

Shifa mencapai beg tangannya dan terus melangkah keluar dari kondo Asyraff.

No comments:

Post a Comment