Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, December 22, 2011

Cinta Lana 16

         Cinta berlari ke utara ke selatan. Namun langsung tiada jalan keluar. Ye, dia sesat di dalam hutan!

Kaki Cinta tersadung akar pokok lalu dia jatuh mencium bumi. Air mata mengalir deras dari tubir mata tanpa dapat ditahan-tahan lagi.

Dia sakit, dia haus, dia lapar, dia penat. Sudah lebih seminggu dia di sini. Siang bertukar malam, malam bertukar siang. Namun, dia masih begitu. Tidak jumpa jalan keluar.

Sesat dalam hutan tebal itu. Tiada makan dan minum tapi pelik, dia masih mampu hidup. Memang pelik!

Tiba-tiba satu cahaya memancar ke wajahnya. Cinta merangkak ke punca cahaya itu dan....

"Alhamdulillah," kedengaran orang mengucap kata syukur kepada Allah.

Perlahan mata Cinta dibuka. Dia ambil masa dua minit untuk membuat matanya selesa dengan cahaya. Wajah pertama yang dilihatnya ialah seorang lelaki tua, mungkin doktor. Kemudian dia beralih pula ke seorang wanita tua, seorang perempuan yang manis bersama seorang lelaki. Mungkin kekasihnya. Dan dua orang lelaki yang melemparkan senyuman kepada dia.

Doktor memeriksa sekejap keadaannya. Dan kemudian dia keluar. Lelaki yang bersama perempuan tadi mengekori doktor itu.

"Cinta dah sedar?" seorang perempuan tua menyoalnya.

Cinta toleh kiri dan kanan.

"Siapa Cinta?" soal Cinta.

Perempuan tua itu kelihatan sedikit terkejut. Bukan dia sorang je, semua di situ kelihatan begitu.

"Saya ada salah cakap ke?" soal Cinta.

Semua di situ diam. Dan lelaki tadi masuk ke dalam wad. Dia berbisik sesuatu kepada perempuan tua itu. Dan wajah perempuan tua tu sedikit berkerut dan ada aura seperti nak menangis.

"Cinta rehatlah dulu," ujar lelaki itu.

Mereka semua keluar dari situ. Perempuan tua itu sempat menghadiahkan satu ciuman di dahinya.

Selepas mereka semua keluar, tinggallah Cinta seorang. Cinta duduk di atas katil. Perut dia berbunyi. Lapar!

"Lapar?" soal seorang lelaki dari muka pintu.

Cinta angguk.

Lelaki itu masuk dengan tangannya menjinjing satu beg plastik. Lelaki itu kalau tak silap tadi ada datang.

"Kau bawak apa?" soal Cinta.

Lelaki itu senyum. Dia letak beg plastik itu dalam dulang. Sebungkus makanan dan sebotol air mineral diletak ke situ.

"Bubur ayam. Mak awak yang masakkan," ujar lelaki itu.

Cinta terus makan bubur itu sehingga licin dan air diteguk sehingga tinggal setengah. Cinta senyum.

"Sedap tak?" soal lelaki itu.

Angguk, "sedap gila."

Lelaki itu gelak. Bungkusan dicapai dan dibuang ke dalam tong sampah. Kemudian dia duduk di kerusi sebelah katil Cinta.

"Aku tanya sikit boleh?" soal Cinta.

"Apa?" Lelaki itu angkat kening.

"Siapa Cinta?" soal Cinta.

Lelaki itu tersenyum.

"Betul nak tahu?" soal lelaki itu.

Angguk.

"Cinta tu awaklah," ujar lelaki itu.

Cinta tersentak.

"Aku? Nama aku Cinta?" soal Cinta pelik.

Lelaki itu senyum lagi.

"Ye," jawab lelaki itu.

"Kenapa aku tak ingat nama aku heh?" soal Cinta.

"Awak kemalangan," jawab lelaki itu.

"Ohh. Nama aku Cinta je?" soal Cinta.

"Cinta Lana," jawab lelaki itu.

Cinta angguk. Sebenarnya dia sendiri pelik kenapa dia tak ingat nama dia. Dan dia tak ingat pun pasal kemalangan tu. Lelaki di hadapannya ni pun dia tak ingat.

"Kau siapa?" soal Cinta.

"Rezal," jawab Rezal.

Cinta angguk. Kemudian Rezal bangun dan meminta diri. Katanya, ada kerja nak buat. Cinta jawab okay je.

Cinta pegang kepalanya. Terasa sedikit sakit kepalanya itu. Dia seperti pernah dengar nama Rezal sebelum ni tapi bila ye?

* * *

Cinta dah dua hari di rumah. Dia dah kenal siapa ibunya, siapa abangnya dan siapa kawannya. Dia tahu ayahnya dah pergi tapi kenapa dia pergi, Cinta tak tahu.

Dia seperti budak yang baru lihat dunia. Dia langsung tak ingat kenangan lama. Sungguh!

"Cinta!" panggil Hazeem dari belakang.

Cinta senyum.

"Apa Cinta berangan ni?" soal Hazeem.

"Tak, Cinta peliklah kenapa Cinta tak ingat langsung apa yang berlaku. Abang, siapa sebenarnya Cinta?" Cinta angkat kening.

"Cinta is Cinta Lana. Cinta Lana is my only one sis," jawab Hazeem mudah.

"Apa abang ni? Orang tanya betul-betullah," Cinta muncung.

Hazeem gelak dan berlalu pergi tanpa menghiraukan Cinta. Perkara lalu tak perlu diberitahunya, biarkanlah Cinta hidup sebagai Cinta yang baru.  

No comments:

Post a Comment