Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, May 5, 2012

Cinta Lana 21


  Cinta melihat calander. Kalau ikutkan, lagi dua bulan dia akan melahirkan anak sulungnya. Dua bulan! Masa berlalu begitu pantas bagi Cinta. Sepanjang dia menjadi isteri Rezal, dia bahagia sangat. Terlebih bahagia.

Dia bersyukur kerana mendapat suami yang baik, pirhatin dan cinta kepadanya. Tiada benda lain yang dapat menggembirakan hati seorang isteri selain cinta suaminya. Dan begitu juga Cinta. Rezal is my soulmate!

Lagu yang disetkan sebagai ringtone nya berbunyi. Segera lamunan Cinta mati. Cinta bergegas mendapatkan telefon bimbitnya. Nama 'FARID' tertera di situ. Segera Cinta menekan punat jawab.

Hello mum to be,” sapa Farid.

Hello husband to be,” balas Cinta.

“Eh bila masa I nak kahwin ni?” soal Farid.

Cinta gelak.

“Habis you call ni bukan nak undang I ke majlis perkahwinan you ke?” usik Cinta.

“Pandai je you ni. I call you ni sebenarnya nak tanya khabar,” ujar Farid.

“Ha?” Cinta tak faham.

“You macammana dengan Rezal?” soal Farid.

“I dengan Rezal okay je. Kenapa you tanya?” soal Cinta.

“Saje je,” jawab Farid.

“Eh you bila nak kahwin ha? Kesian tau Farisya. Jangan mainkan perasaan dia. Dosa tau!” Cinta tukar topik.

“Bila masa pula I mainkan perasaan dia? You ni Cinta, suka buat fitnah tau. I dengan Farisya baru je kan bertunang. Insya-Allah lagi lima bulan baru I kahwin,” ujar Farid.

“Bagus bagus! Tak sabar I nak tunggu majlis perkahwinan you tu. Nanti I datang dengan Rezal dan newborn baby. I pakai baju ikut colour baju pengantin you tau!” Cinta buat lawak.

Farid ketawa.

“Okay! Eh Cinta, ada customer ni. Bye! Selamat hari hari!” Farid terus matikan talian.

Cinta tersenyum cuma. Selamat hari hari! Banyak lah you punya selamat hari-hari Farid!

* * *

Shifa mendapatkan Asyraff yang sedang duduk di dalam office kecil kafenya.

Ada tetamu mau ketemu sama kamu,” ujar Shifa.

Asyraff kerut dahi.

“Siapa?” soal Asyraff.

Nggak salah aku, suaminya Cinta,” jawab Shifa.

Asyraff terdiam sekejap. Buat apa Rezal datang jumpa aku? Adakah semua ni pasal Cinta?

“Panggil dia masuk,” arah Asyraff.

Shifa angguk. Dia keluar. Tidak sampai dua minit, Rezal pula masuk. Asyraff bangun. Dia berjabat tangan dengan Rezal.

Have a sit,” pelawa Asyraff.

Rezal angguk. Dia duduk di hadapan Rezal.

“Aku ada benda nak cakap dengan kau. Kau free?” soal Rezal.

Angguk, “Hmm.., cakaplah.”

Asyraff hanya bersikap tenang.

It's about Cinta,” Rezal cuba menarik perhatian Asyraff.

Masih tenang, “Okay. What is it?”

Rezal tarik nafas panjang-panjang. Dia yang ambil keputusan untuk buat semua ni. Lagipun, dia dah sampai dekat sini, tak mungkin dia nak berpaling lagi.

Look, aku tau kau sangat-sangat mencintai Cinta. Kau sanggup bekorban apa sahaja demi Cinta. Cinta kau kepada dia tulus. Tapi sayang, aku terlebih dahulu memilikinya,” ujar Rezal.

Senyum segaris, “itu semua takdir. Aku redha.”

“Dan takdir juga akan menyatukan kau dengan Cinta. Aku yakin Cinta diciptakan dari rusuk kau bukan aku,” ujar Rezal lagi.

Asyraff dah rasa lain. Apa kena dengan Rezal ni?

“Apa kau merepek ni?” soal Asyraff.

“Aku tak merepek,” jawab Rezal.

“Kau nak tinggalkan Cinta?” soal Asyraff.

“Asyraff, dah sampai masanya kau tahu segalanya,” ujar Rezal.

Asyraff diam. Lalu Rezal menceritakan segala-galanya kepada Asyraff. Pasal accident yang menimpa Cinta. Pasal cinta Cinta yang sangat mendalam untuk Asyraff. Segala-galanya lah! Tak ada satu fact pun yang tertinggal.

That's why aku nak kau dengan Cinta bersatu,” Rezal menamatkan ceritanya.

Asyraff terdiam sepuluh saat.

“Kau?” soal Asyraff.

Rezal tersenyum penuh makna.

“Kau akan faham apa yang aku cakapkan ni satu hari nanti. Dan bila kau dah faham, tolong aku jaga Cinta,” ujar Rezal tanpa menjawab soalan Asyraff.

“Kau sakit apa?” soal Asyraff.

“Aku tak sakit,” pantas Rezal menjawab.

“Rezal....”

Promise me that you will take care of Cinta. Promise me that you will marry her. Promise?” soal Rezal.

“Rezal, aku tak...”

“Hanya kau je yang mampu jaga Cinta. Please Asyraff. Aku percayakan kau. Promise?” rayu Rezal.

Asyraff pandang Rezal. Lama!

Promise,” jawab Asyraff akhirnya.

Rezal senyum. Dia bangun.

“Aku balik dulu lah,” ujar Rezal.

Asyraff angguk. Rezal keluar dari office kecil Asyraff. Asyraff hanya memerhatikan sahaja. Sungguh dia rasakan ada sesuatu yang akan berlaku. Something important!

* * *

Rezal senyum dekat Cinta. Cinta balas senyuman Rezal. Rezal duduk sebelah Cinta. Cinta pandang Rezal. Rezal pegang tangan Cinta.

“Ejal cintakan Cinta sangat-sangat,” ujar Rezal.

Cinta gelak perlahan.

“Cinta pun cintakan Ejal,” balas Cinta.

Rezal pandang Cinta lama. Cinta pelik dengan perangai Rezal.

“Kenapa dengan awak?” soal Cinta.

Rezal buka mulut nak bagitahu Cinta sesuatu. Cinta tunggu dengan dada yang berdebar-debar. Tetapi hampa, Rezal tutup kembali mulutnya.

“Ejal, ada benda ke yang sepatutnya saya tau?” soal Cinta.

Rezal gelak. Lebih kepada buat-buat gelak sebenarnya.

“Benda apa? Tak ada apa-apa lah,” jawab Rezal.

Cinta angkat kening.

“Betul. Okay now, Cinta siap. Kejap lagi kita keluar,” ujar Rezal.

“Pergi mana?” soal Cinta.

“Adalah,” Rezal melangkah ke dapur.

Cinta tak banyak songeh. Dia bangun dan melangkah ke atas untuk bersiap.

* * *

Cinta suapkan sandwich tuna ke dalam mulutnya. Dia kunyah dan telan.

“Sedap,” komen Cinta.

“Biasalah,” Rezal tersengih.

“Jangan nak prasan lebih-lebih,” usik Cinta.

Rezal gelak.

Betul Cinta tak sangka. Rezal buat sandwinch tuna dengan beli air kotak dan potato chip serta Chips more. Lepastu bawa Cinta pergi taman dekat kawasan perumahan diorang ni yang tak pernah mereka jejak. Entah dari mana dia dapat idea comel macamni.

“Kenapa awak bawa saya dekat sini?” soal Cinta.

Rezal sengih.

“Supaya saya boleh lekatkan memori indah dekat hati awak,” jawab Rezal.

Cinta senyum. Kemudian dia suakan sandwich ke Rezal. Rezal nganga dan Cinta suap. Dan begitulah seterusnya. Bahagianya hidup mereka. Tapi adakah kebahagiaan ini akan kekal?  

No comments:

Post a Comment