Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, May 27, 2012

Cinta Lana 22


  Cinta terkejut dengan berita yang baru didengarnya. Telefon bimbit terjatuh dari pegangannya. Rasa seperti jantungnya gugur dari badannya. Tetapi dia kuatkan diri untuk menghadapi realiti.

Cinta terus mencapai kunci kereta dan memandu laju ke hospital. Dia terus melangkah laju ke wad yang menempatkan Rezal.

“Ejal!” ujar Cinta lemah.

Sungguh dia lemah sekarang. Lemah sangat. Melihat Rezal yang sedang terlantar di atas katil dengan macam-macam wayar yang berselirat dekat badan dia membuatkan Cinta cukup lemah. Siapa tahan bila orang yang dia sayang menderita?

Cinta cuba kuatkan semangat tapi dia tak mampu. Dan akhirnya, dia rebah di pintu wad Rezal.

* * *

Sedar-sedar je, dia nampak Asyraff dekat sebelah. Dia pusing kanan dan kiri. Tak ada Rezal!

“Kenapa ni Cinta?” soal Asyraff.

“Mana Ejal? Mana Ejal? Saya nak jumpa Ejal!”

“Bertenang Cinta. Rezal ada dalam wad. Saya bawakkan awak jumpa Rezal,” ujar Asyraff.

Cinta bangun. Dan dia melangkah laju meninggalkan Asyraff. Dia masuk wad Rezal. Dia berdiri sebelah katil Rezal. Tangan Rezal yang berselirat dengan wayar dipegang.

“Ejal, bangun,” ujar Cinta.

Air mata mengalir laju.

“Ejal, saya datang. Bangun Ejal. Jangan tinggalkan Cinta,” ujar Cinta lagi.

Asyraff perhatikan mereka dari muka pintu.

“Cinta cintakan Ejal. Jangan pernah tinggalkan Cinta,” ujar Cinta.

Dan tiba-tiba tangan Rezal bergerak. Cinta pandang Rezal.

“Ejal!” panggil Cinta.

Mata Rezal terbuka.

“Cinta,” panggil Rezal.

“Ejal!” balas Cinta.

Asyraff nak panggil doktor tapi Rezal panggil terlebih dahulu.

“Asyraff. Tak payah panggil doktor. Aku nak cakap dengan Cinta,” ujar Rezal tersekat-sekat.

“Cinta, saya cintakan awak,” ujar Rezal.

“Awak! Don't leave me. I can't live without you. Awak yang bawa saya ke kebahagiaan dan sekarang awak nak tinggalkan saya seorang diri? Sampai hati awak,” Cinta teresak-esak.

“Saya tak pernah tinggalkan awak. Walau jasad saya dah tak ada tapi dalam hati awak ada saya kan? Jangan pernah padam nama saya dalam hati awak.Dan jangan pernah seksa diri awak kerana saya,” ujar Rezal tersekat-sekat.

“Jangan tinggalkan saya dan baby kita. Dia masih belum rasakan kasih sayang seorang ayah.” Cinta genggam tangan Rezal kuat-kuat.

“Jadikanlah Asyraff sebagai suami Cinta. Dia sangat mencintai Cinta dan saya yakin dia mampu jaga awak dan baby kita,” ujar Rezal.

“Tak! Saya tak cintakan dia dan saya tak nak orang lain selain awak jadi ayah kepada baby kita. Saya nak awak!” ujar Cinta.

Asyraff yang berdiri di daun pintu tunduk. Hati dia sakit sangat dengan Cinta cakap macamtu.

“Cinta, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan. Umur saya tak panjang. Ajal saya semakin dekat. Tolong janji dengan saya, awak akan cari kebahagiaan awak yang akan datang. Jangan berhenti dari mencari,” ujar Rezal.

“Saya janji!” balas Cinta.

Rezal senyum, “Cinta, saya cintakan awak sampai bila-bila pun. Jaga baby kita dan jaga diri awak.”

Dan Rezal terasa sesak nafas. Tercungap-cungap dia cuba menyedut oksigen.

“Cinta, ajar Rezal mengucap! Saya panggil doktor,” ujar Asyraff.
Cinta menurut. Dan selepas Rezal habis mengucap, sebelum doktor sampai, Rezal menghembuskan nafasnya yang terakhir. Di sisi Cinta.  

1 comment: