Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, February 22, 2013

Kerana Cinta 4


Irfan pandang AG di sebelah. Keningnya diangkat tinggi meminta kepastian.

            "Betul ke? Kau tak tipu?" soal Irfan.

            AG angguk berulang kali. Irfan tersenyum. Dia tepuk belakang badan AG.

            "Wah, tahniah lah! Aku yakin mesti kau punya yang jadi ketua pengawas tu," ujar Irfan.

            AG hanya tersengih.

            "Zizan dah tahu?" soal Irfan.

            AG geleng kepala, "belum lagi. Nak bagitahu dia lah."

            "Nak bagitahu aku apa?" tiba-tiba kedengaran suara Zizan.

            AG dan Irfan menoleh ke arah Zizan.

            "Kawan kita ni calon ketua pengawas," ujar Irfan bagi pihak AG.

            "Wah! Tahniah," ucap Zizan.

            "Tak payahlah tahniah-tahniah ni. Baru calon je. Belum tentu lagi pun," ujar AG.

            "Sorang lagi calon siapa?" soal Zizan.

            "Faris, budak kelas kau tu," jawab AG.

            "Eleh, setakat Faris tu kacang je lah. Antara kau dengan Faris, kau lebih layak," ujar Irfan.

            "Kau ni, tak baiklah," ujar AG.

            "Tapi betullah cakap Irfan tu. Si Faris tu gila kuasa sikit tapi dia bukannya jalankan tugas sangat aku tengok. Haritu, dia boleh tolong cover kawan dia yang bawak handphone.Macamtu ke nak jadi pemimpin sekolah kita?" ujar Zizan.

            "Biarlah. Biar pihak sekolah yang tentukan," ujar AG.

            Zizan dan Irfan anggukkan kepala mereka.

            "Malam ni ada bola kan?" soal Zizan.

            "Ha'ah. Jom lepak rumah aku nak?" ajak AG.

            "Aku on je," jawab Irfan.

            "Kau Zan?" soal AG.

            "Aku pun boleh je," jawab Zizan.

            "Datang awal sikit lah malam nanti," suruh AG.

            "Boleh tapi kau kena bagi kitorang makan malam lah kan, Zan?" Irfan cuit Zizan.

            "Ha'ah," Zizan mengiakan kata Irfan.

            "Ye ye. Nanti aku order pizza untuk korang, boleh?" AG angkat kening.

            "Pizza? Alamak, gemuk lah aku," Irfan usap perutnya.

            "Irfan gemuk? Aku harap sangat aku boleh tengok kau gemuk," Zizan gelak.

            "Aku pun harap aku boleh tengok kau gemuk," balas Irfan.

            AG hanya tergelak.

            "Dahlah, jom main bola. Tengok tu diorang dah jeling-jeling kita. Tak cukup pemain," ajak Irfan.

            "Jom!" balas Zizan dan AG hampir serentak.

            Lalu mereka bertiga berlari ke tengah padang untuk bermain bola bersama.

* * *

            "Irfan nak pergi mana tu?" soal Puan Tiara.

            Irfan tidak menjawab. Dia hanya melangkah ke pintu dan buka pintu. Puan Tiara mengekori Irfan.

            "Irfan, ayah nak balik dah. Tunggulah ayah," ujar Puan Tiara.

            Baru sahaja Irfan mahu menyarung selipar, sebuah kereta masuk ke perkarangan rumahnya. Irfan tak peduli. Dia terus sahaja berjalan ke pintu pagar.

            "Irfan," panggil Encik Iqram, ayahnya.

            Irfan menoleh ke arah Encik Iqram. Keningnya diangkat. Encik Iqram mendekati Irfan.

            "Irfan nak pergi mana? Kan ayah baru balik ni," ujar Encik Iqram.

            "Ayah balik bukan nak jumpa Irfan pun kan? Ayah balik nak jumpa isteri ayah. Jadi biarlah Irfan nak pergi mana pun," ujar Irfan senada.

            Encik Iqram menggeleng-gelengkan kepalanya.

            "Irfan, kenapa cakap macamtu? Irfan kan anak ayah," ujar Encik Iqram.

            "Memanglah Irfan anak ayah. Siapa cakap Irfan bukan anak ayah? Ke ayah dah tak nak mengaku Irfan ni anak ayah?" Irfan putar belitkan apa yang dikatakan Encik Iqram tadi.

            Encik Iqram meraup wajahnya.

            "Irfan, kenapa Irfan jadi macamni? Irfan dah tak sayangkan ayah lagi?" soal Encik Iqram.

            Irfan angkat bahunya, "entah. Dahlah, Irfan nak tengok bola dekat rumah AG. Bye."

            Irfan melangkah keluar dari rumahnya. Dia hanya berjalan kaki sahaja untuk ke rumah AG sebab jarak rumah dia dengan rumah AG bukannya jauh mana pun.

* * *

            Zizan pandang ke arah ibunya. Bibirnya mengukirkan senyuman.

            "Zizan pergi rumah AG ek, bu?" Zizan meminta kebenaran.

            Puan Zurina anggukkan kepalanya. Dia kenal benar dengan AG tu. AG memang budak yang baik. Dan Zizan pun memang dah selalu ke rumah AG untuk tengok bola. Jadi, dia tak kisah.

            "Jangan balik lambat-lambat tau," pesan Puan Zurina.

            Zizan anggukkan kepalanya.

            "Sorry sebab Zizan tak boleh teman ibu makan malam ni," ujar Zizan.

            "Tak apa. Ibu tak kisah. Zizan pergilah tengok bola tu," ujar Puan Zurina.

            Zizan angguk. Dia salam dengan ibunya dan kemudian dia keluar dari rumah. Berjalan menuju ke rumah AG.

* * *

            "AG, panggillah Zizan dengan Irfan makan. Mama dah buat pizza untuk korang ni," ujar Puan Hanisa.

            "Ibu, kitorang nak makan sambil tengok bola lah. Jadi, boleh tak AG bawak pizza-pizza ni dekat depan?" soal AG.

            Puan Hanisa angguk, "tapi jangan bersepah ye."

            AG angguk kepala, "ha'ai captain!"

            AG pun mengambil makanan-makanan dan ditaruknya di meja hadapan sofa.

            "Zizan, Irfan makanlah ek. Mak cik naik atas dulu. Mak cik bukannya minat sangat pun dengan bola ni," ujar Puan Hanisa.

            "Okay mak cik. Terima kasih ek," ujar Zizan.

            Puan Hanisa pun melangkah naik ke atas. AG duduk di sebelah Zizan.

            "Lagi berapa minit nak mula ni?" soal AG.

            "Lagi sepuluh minit," jawab Irfan.

            AG kemudian baring. Irfan dan Zizan turut baring di sebelah AG.

            "AG," panggil Zizan.

            "Hm," jawab AG.

            "Ayah kau mana?" soal Zizan.

            "Ayah aku over-sea sekarang. Dia dekat Jepun," jawab AG.

            "Oh. Best lah kau kan. Setiap kali ayah kau over-sea, mesti kau dapat hadiah kan?" ujar Zizan.

            "Best tu best lah tapi ayah aku ni sibuk memanjang. Nak jumpa pun susah. Kecuali kalau ada apa-apa event je. Ye lah, dia pergi kerja waktu aku dekat sekolah lepastu dia balik waktu aku dah tidur. Macammana nak jumpa?" luah AG.

            "At least, kau ada ayah lagi," ujar Zizan.

            "Dan kau ada mak kandung kau lagi," sampuk Irfan yang sedari tadi hanya menjadi pendengar sahaja.

            Zizan dan AG menoleh ke arah Irfan.

            "Bertuah jadi kau, AG," ujar Irfan lagi.

            "Mana ada," nafi AG.

            "Kau kaya, ada keluarga sempurna, bakal ketua pengawas. Pendek kata, hidup kau sempurna lah. Semua orang mesti nak jadi kau," ujar Irfan.

            "Irfan, janganlah cakap macamtu. Sebenarnya hidup kita semua tak ada yang sempurna. Kita diuji untuk menguji kesabaran kita," ujar Zizan.

            Irfan tersenyum. "Dahlah, kenapa emo sangat? Bola dah mula ni."

            Zizan dan AG pandang ke skrin tv.

            "Bak pizza sikit. Lapar," ujar Irfan lagi.

            "Aku pun nak," ujar Zizan pula.

            "Ye ye. Jom makan ramai-ramai!" ujar AG.

            Lalu mereka bertiga makan sambil menonton bola sepak. Topik sedih itu sudahpun dilupakan mereka. Itulah orang cakap, bola sepak adalah ubat kepada lelaki.

No comments:

Post a Comment