Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, February 18, 2013

Kerana Cinta 3


            AG melangkah ke arah ibunya. Bibirnya menguntum senyuman.

            "Guess what?" soal AG.

            "What?" soalan dibalas soalan.

            AG buat muncung. "Teka lah. Tak seronok lah ibu ni."

            Puan Hanisa tersengih. Dia buat-buat fikir.

            "Tak tahulah. AG bagitahu ibu je lah," ujar Puan Hanisa.

            "AG tercalon untuk jadi ketua pengawas! Power tak?" AG angkat kening.

            Puan Hanisa tersenyum.

            "Wah, tahniah AG. Habis bila confirm?" soal Puan Hanisa.

            "Lagi dua minggu baru perlantikan," jawab AG.

            "AG bertarung dengan siapa untuk dapatkan jawatan ni?" soal Puan Hanisa lagi.

            "Bertarung? Macam ultraman pula," seloroh AG.

            Puan Hanisa tergelak.

            "Ada dua calon. Antara AG dengan  Faris," jawab AG.

            "Oh jadi siapa yang tak jadi ketua tu, jadi penolong lah kan?" soal Puan Hanisa.

            AG angguk, "pandai pun."

            "Kalau macamtu, kita celebrate nak?" ajak Puan Hanisa.

            "Celebrate dekat mana?" soal AG.

            "AG nak makan apa? Biar ibu masak," Puan Hanisa angkat kening.

            "AG nak makan. Hmm. Nak makan apa ek? Ha! AG nak makaroni keju," ujar AG.

            "Baik tuan! Nanti ibu masakkan," ujar Puan Hanisa.

            "Ibu suruh ayah balik awal tau," pesan AG.

            "Iya. Nanti ibu call ayah. Jangan risau," ujar Puan Hanisa.

            AG tersenyum. Puan Hanisa turut tersenyum.

* * *
            Ketukan pada pintunya membuatkan dia terjaga dari tidurnya. Irfan melangkah ke arah pintu biliknya. Dan kemudian dia buka.

            "Ada apa?" soal Irfan.

            "Tak nak makan ke?" soalan dibalas soalan.

            "Aku kenyang," jawab Irfan.

            "Tapi mama panggil makan," ujar Tisyah.

            "Kalau aku cakap aku kenyang, aku kenyanglah," ujar Irfan dingin.

            Tisyah angguk. Sebaik sahaja Tisyah hilang dari pandangannya, Irfan turut turun ke bawah. Dia duduk di ruang tamu. Televisyen dipasang.

            "Irfan tak nak makan ke?"

            Irfan benci dengar suara tu.

            "Kan tadi dah cakap. Berapa kali nak tanya?" dingin suara Irfan.

            "Mama masak lauk kegemaran Irfan tau," ujar suara itu lagi.

            "Orang cakap tak nak, tak naklah! Kenapa nak paksa ni?" Irfan membentak.

            "Abang, tak baiklah tinggikan suara dekat mama," sampuk Tisyah.

            Irfan pandang Tisyah. Renungannya tajam sehingga membuatkan Tisyah menyorok di belakang Puan Tiara.

            "Itu mama kau, bukan mama aku. Mama aku dah lama meninggal," ujar Irfan senada.

            "Mama Tisyah kan mama abang jugak. Kan mama dah kahwin dengan ayah," ujar Tisyah lagi.

            "Jadi kenapa? Itu tetap tak mengubah apa-apa. Mama aku dah meninggal. Dan tak ada sesiapa boleh ganti tempat mama aku! Kau faham?" Irfan bangun dari duduknya.

            Air mata Tisyah dah menitis.

            "Irfan, janganlah garang sangat dengan Tisyah. Tisyah kan kecik lagi," ujar Puan Tiara.

            "Abang, Tisyah..."

            "Jangan panggil aku abanglah. Kau bukan anak ayah aku pun," ujar Irfan.

            "Irfan, mama minta maaf kalau Tisyah menyusahkan Irfan," ujar Puan Tiara.

            Irfan buat tak peduli. Dia melangkah ke pintu rumah dan terus keluar. Dia tak suka duduk rumah. Sebab semakin lama dia di rumah, semakin panas hatinya. Argh! Kenapalah ayah kahwin dengan janda anak satu tu? Kenapalah ayah kahwin lagi selepas mama pergi? Kenapa?

* * *

            Zizan baring lama di atas sofa. Kerja rumahnya sudahpun disiapkan. Jadi sekarang dia bersantai. Dia bosan sebenarnya di rumah.

            "Zizan."

            Zizan tahu siapa yang panggil tu. Mestilah dia tahu siapa kan. Sebab dalam rumah ni hanya ada dia dan ibunya sahaja.

            "Ye bu," jawab Zizan.

            Puan Zurina duduk di sebelah Zizan.

            "Zizan bosan ke?" soal Puan Zurina.

            Zizan angguk, "sikitlah. Ibu, tak boleh ke kita ambil Zafran dengan Zila?"

            "Ibu pun kalau boleh nak ambil Zafran dengan Zila tinggal dengan kita. Ibu memang nak. Tapi Zizan tahukan?" ujar Puan Zurina.

            Zizan angguk.

            "Kenapa ayah buat kita macamni? Kenapa ayah tinggalkan kita macamni?" soal Zizan.

            "Ibu tak tahu, Zan," jawab Puan Zurina.

            "Ayah kejam, bu. Zizan janji Zizan akan belajar betul-betul. Zizan akan buktikan kepada ayah yang Zizan boleh berjaya walaupun tanpa kasih sayang seorang ayah. Zizan akan banggakan ibu. Zizan akan jadi contoh kepada Zafran dengan Zila. Zizan janji, bu," ujar Zizan.

            Puan Zurina mengusap kepala Zizan.

            "Ye sayang. Ibu tahu Zizan akan banggakan ibu. Ibu minta maaf. Mungkin semua ni salah ibu. Mungkin ibu yang tak jaga ayah betul-betul sampai ayah cari perempuan lain. Ibu minta maaf. Ibu minta maaf sebab Zizan terpaksa hilang kasih sayang ayah," ujar Puan Zurina.

            "Tak, ibu tak salah. Ayah yang salah. Ayah yang bodoh. Ibu dah jaga ayah dengan sempurna. Tapi tetap ayah nakkan perempuan tu. Ibu tak perlu minta maaf dengan Zizan. Zizan sayang ibu dan Zizan lebih rela hilang kasih sayang seorang ayah daripada Zizan hilang kasih sayang seorang ibu," balas Zizan.

            Puan Zurina peluk Zizan.

            "Ibu sayang Zizan sangat-sangat," ujar Puan Zurina.

            "Zizan pun sayangkan ibu. Dan Zizan janji, Zizan akan bawa Zila dan Zafran balik sini," ujar Zizan.

            Puan Zurina tersenyum. Sungguh dia bangga mendapat anak seperti Zizan. Zizan, anak yang tak pernah menyusahkan dia. Zizan, anak yang tabah menghadapi segalanya. Zizan, anak yang memilih seorang ibu daripada seorang ayah walaupun ibunya tiada apa-apa untuk dibanggakan.

            Zizan bertekad. Satu hari nanti dia akan bawa Zila dan Zafran kembali di sini. Zila, adik perempuannya yang baru berusia tujuh tahun manakala Zafran baru sahaja berusia enam tahun. Dan dia akan bawa balik mereka.

            Cuma masa sahaja yang akan menentukannya. Bila dia habis belajar, dia akan ambil Zila dan Zafran. Dan waktu tu, tak ada sesiapa yang dapat menghalang mereka untuk hidup sebagai sebuah keluarga. Not even ayah!

No comments:

Post a Comment