Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, February 27, 2013

Kerana Cinta 5



            "Tahniah AG," Zizan bersalam dengan AG.

            "Wah! Tak sangka aku, kawan aku jadi ketua pelajar," ujar Irfan.

            AG hanya tersengih malu.

            "Tak payahlah. Segan aku," ujar AG.

            "Eh, tahu segan juga kawan kita ni, Fan," usik Zizan.

            "Tu lah. Aku fikir dia ni muka tembok," Irfan turut mengusik AG.

            "Mana ada. Aku ada perasaan jugak lah. Kalau aku muka tembok, kau muka apa?" soal AG.

            "Irfan muka besi! Berganda-ganda tak tahu malu," Zizan gelak.

            "Kurang ajar kau!" marah Irfan.

            AG dan Zizan tergelak. Irfan turut tergelak.

            "Amirul!"

            AG, Zizan dan Irfan pandang ke arah suara itu. Hani tersenyum memandang mereka.

            "Tahniah jadi ketua pelajar," ucap Hani.

            AG tersengih, "kau pun tahniah sebab dapat jadi ketua pelajar perempuan."

            "Nanti senanglah korang nak bincang kan. Korang kan skandal," usik Irfan.

            "Mana ada. Kau ni buat fitnah je. Kitorang kawan je," sangkal Hani.

            "Eleh, malu-malu pula," usik Zizan pula.

            "Mana ada malu. Dia cakap benda yang benar je," ujar AG.

            "Dahlah Zan, jom gerak. Kita ganggu diorang je," ajak Irfan.

            "Ha'ah kan. Jom Fan," balas Zizan.

            Baru dua langkah mereka bergerak, kedengaran suara Lili memanggil Irfan.

            "Fan, Lili panggil kau lah," bagitahu Zizan.

            "Kau buat-buat tak dengar je lah. Jomlah cepat," Irfan lajukan langkahnya.

            "Haa tu baru namanya skandal," Hani gelak.

            "Irfan, malu-malu pula kau," usik AG.

            Irfan buat tak tahu. Dia melangkah laju, cuba melarikan diri daripada Lili. Zizan, Hani dan AG tergelak melihat gelangat mereka.

* * *

            "Kelas, hari ini kamu semua akan dapat seorang kawan baru. Kenalkan diri kamu," arah Cikgu Azlan.

            Semua mata tertumpu pada gadis di hadapan kelas kecuali Zizan.

            "Nama saya Nur Natalia. Sila beri tunjuk ajar," ujar gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Natalia itu.

            "Natalia, duduk sebelah Zizan," arah Cikgu Azlan.

            "Yang mana satu?" soal Natalia.

            Semua pelajar menunjukkan Zizan. Natalia angguk dan melangkah mendapatkan tempat di sebelah Zizan.

            "Hai. Awak tak kisahkan kalau saya duduk sebelah awak?" tanya Natalia.

            Zizan mengangkat kepala memandang Natalia. Entah kenapa, dia rasa lain macam apabila dia terpandang wajah Natalia. Sesuatu yang dia tak pernah rasa.

            "Boleh tak?" soal Natalia lagi apabila dirasakan Zizan tidak memberi respon.

            Zizan angguk, "duduklah."

            Natalia duduk di sebelah Zizan.

            "Saya Nur Natalia. Awak Zizan kan?" Natalia memperkenalkan diri.

            Zizan angguk. Pelajar lelaki di hadapan Zizan memusingkan badannya memandang Natalia.

            "Saya Farhan," ujar pelajar itu.

            "Natalia," ujar Natalia.

            "Awak ni keturunan Mat Salleh ke?" soal Farhan.

            Natalia geleng kepala. "Taklah."

            "Tipulah. Muka awak tak macam orang Melayu tulen pun," ujar Farhan.

            Natalia gelak.

            "Farhan, saya tengah mengajar dekat depan ni. Yang awak pergi mengorat tu, kenapa?" perli Cikgu Azlan.

            Farhan tersengih. Dia pandang ke depan kembali. Natalia menggeleng.

            Tanpa Natalia sedar, sepasang mata asyik melihatnya dengan penuh perasaan cemburu.

* * *

            "Kelas kau ada budak baru kan?" soal Irfan.

            Zizan angguk, "mana kau tahu?"

            "Dah heboh dah. Katanya, budak baru tu lawa giler. Betul ke?" soal AG.

            "Kalau ramai dah cakap dia lawa, lawa lah tu," jawab Zizan.

            "Tak sabar aku nak tengok macammana rupa dia," ujar Irfan.

            "Kenapa? Kau nak ngorat ke, Fan? Jangan main gila. Nanti Lili bunuh diri, baru tahu," AG gelak.

            Irfan tampar bahu AG.

            "Woi, mulut tu jaga lah sikit," marah Irfan.

            Zizan dan AG tergelak. Mereka tahu Irfan takkan marah walaupun diusik seteruk mana pun.

            "Eh, tu kan budak baru tu!" AG tunjuk ke arah seorang budak perempuan yang sedang berjalan ke arah mereka.

            "Dia datang sini lah," Irfan membetul-betulkan rambutnya.

            Zizan menggeleng-gelengkan kepala melihat perangai AG dan Irfan yang agak miang itu.

            "Hai Zizan," sapa Natalia.

            Zizan melemparkan senyuman sebagai membalas sapaan Natalia itu.

            "Awak balik naik basikal ye?" soal Natalia lagi.

            Zizan angguk.

            "Awak pun naik basikal juga ke?" sampuk Irfan.

            "Ha'ah. Awak kawan Zizan ye?" soal Natalia.

            Irfan angguk. "Saya Irfan."

            "Natalia," balas Natalia.

            "AG," sampuk AG pula.

            "Awak berdua kelas mana?" soal Natalia.

            "Sains 2. Kitorang tak pandai macam awak dengan Zizan tu," ujar AG.

            "Tak pandai tapi boleh jadi ketua pengawas. Macammana tu?" sampuk Zizan.

            "Awak ketua pengawas sekolah ni?" soal Natalia seperti tidak percaya.

            AG angguk.

            "Oh my God! Macam tak percaya je saya tengah bercakap dengan ketua pengawas!" Natalia teruja sedikit.

            "Kenapa pula?" soal AG.

            "Ketua pengawas kan selalunya dalam golongon jejaka-jejaka terhangat di pasaran," jawab Natalia.

            "Mana ada lah. Saya biasa-biasa je," ujar AG merendah diri.

            "Dan yang lagi sorang tu pula atlet sekolah ni," ujar Zizan.

            Natalia pandang Irfan. Keningnya diangkat tinggi.

            "Betul ke?" soal Natalia.

            Irfan angguk.

            "Maknanya sekarang ni saya tengah berborak dengan jejaka-jejaka pingitan lah kiranya? Wah, bertuahnya saya!" ujar Natalia.

            Irfan, Zizan dan AG gelak.

            "Baiklah Zizan, Irfan dan AG, saya balik dulu ye?" ujar Natalia.

            "Baiklah. Bye!" ujar Irfan.

            Natalia naik ke atas basikal warna hijaunya itu. Dia melambai kepada tiga jejaka itu sebelum mengayuh basikalnya meninggalkan sekolah.

            "Memang cun betullah dia tu," komen AG.

            "Macam mat salleh. Dia ada keturunan mat salleh ke, Zan?" soal Irfan.

            "Dia kata tak. Entahlah. Dia kan budak baru, memanglah korang nampak cun je," ujar Zizan.

            "Tak. Aku cakap betul, Natalia ni memang cun lah. Macam model," balas AG.

            "AG, jangan nak menggatal sangat lah. Ingat sikit Hani kau tu," tegur Irfan.

            "Eh, sejak bila Hani jadi Hani aku?" soal AG.

            "Eleh, buat-buat tak tahu pula," Zizan gelak.

            "Aku dengan dia kawan je lah. Dahlah, jom balik. Perut aku dah berbunyi minta diisi ni," ujar AG.

            "Jomlah," balas Zizan.

            Lalu mereka bertiga naik ke basikal mereka dan mengayuh keluar dari kawasan sekolah.

No comments:

Post a Comment