Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, February 27, 2013

Kerana Cinta 6



            Pintu biliknya diketuk. Irfan malas nak buka pintu tu. Dia tahu siapa yang ketuk pintu tu. Dia tahu sangat.

            "Irfan, bukalah pintu. Ayah nak cakap sikit dengan Irfan," laung suara di belakang pintu.

            Dengan rasa malas, Irfan melangkah ke arah pintu dan buka pintu biliknya.

            "Ada apa?" dingin sahaja Irfan.

            "Ayah ada benda nak cakap," ujar Encik Iqram.

            "Cakap lah. Irfan mengantuk ni," ujar Irfan.

            Encik Iqram mengeluh. Irfan langsung tidak bergerak dari depan pintu itu sebab dia tak nak ayahnya masuk ke dalam bilik dia.

            "Boleh ayah masuk?" soal Encik Iqram.

            Irfan geleng, "Irfan nak tidur. Kalau ayah nak cakap benda yang panjang lebar, cakap esok je lah. Esok nak sekolah."

            "Kenapa Irfan macamni? Kenapa Irfan dingin dengan ayah?" soal  Encik Iqram.

            Irfan gelak sinis.

            "Kenapa Irfan gelak?" soal Encik Iqram lagi.

            "Kenapa Irfan macamni? Rasanya soalan tu tak perlu dijawab kot. Ayah sendiri tahu kenapa Irfan macamni," jawab Irfan.

            "Irfan anak ayah. Ayah sayangkan Irfan. Tolong terima isteri ayah. Ayah harap sangat Irfan boleh terima dia," ujar Encik Iqram separuh merayu.
           
            "Dahlah ayah. Irfan mengantuk sangat ni. Goodnight!" Irfan tutup pintu.

            Encik Iqram mengeluh dengan perangai Irfan. Dia tahu dia salah. Dia kahwin dengan Puan Tiara tanpa izin Irfan. Tapi dia tak sangka kesannya seteruk ini. Sehinggakan Irfan meletakkan jurang di antara mereka. Dia tak sangka Irfan semarah ini kepadanya.

            Sekarang apa yang dia mampu lakukan hanyalah berdoa dan berharap agar hati Irfan dapat dilembutkan dan mereka boleh hidup sebagai sebuah keluarga yang bahagia kembali.

* * *

            Zizan duduk di kerusi yang disediakan. Ibunya kurang sihat hari ini. Jadi dia ambil keputusan untuk beli makanan untuk makan malam mereka. Dan sekarang ni dia sedang tunggu nasi gorengnya yang baru digoreng.

            "Zizan?"

            Zizan pandang ke arah suara yang memanggil dirinya. Kelihatan Natalia di hadapannya sedang tersenyum manis.

            "Boleh saya duduk?" soal Natalia.

            Zizan angguk. Natalia senyum.

            "Awak datang sini dengan siapa?" soal Natalia.

            "Sorang je. Awak?" Zizan angkat kening.

            "Sama lah," jawab Natalia.

            "Awak pun makan dekat kedai macamni ke?" soal Zizan pelik.

            "Kedai macamni? Maksud awak?" Natalia kurang faham.

            "Ye lah, orang macam awak selalunya tak makan dekat kedai-kedai macamni," terang Zizan.

            Natalia senyum. "Kenapa pula awak fikir macamtu?"

            Zizan angkat bahu.

            "Saya tak memilih tentang makanan. Dekat mana-mana pun saya boleh makan," ujar Natalia.

            Zizan angguk tanda faham. Dalam hati, dia sedikit kagum dengan Natalia. Selalunya perempuan macam Natalia ni tak suka makan dekat kedai-kedai makan yang tak ada bintang ni. Tapi Natalia lain.

            Seorang pelayan datang ke meja mereka dan menghulurkan plastik berisi makanan.

            "Semuanya berapa?" soal Zizan.

            "RM 5.00," jawab pelayan itu.

            Zizan hulurkan sekeping duit berwarna hijau muda kepada pelayan itu. Pelayan itu kemudian beredar.

            "Saya balik dulu lah, Natalia," ujar Zizan.

            Natalia tersenyum. Zizan bangun. Natalia turut bangun.

            "Kalau awak sudi, nanti kita makan dekat sini sama-sama ek?" ajak Natalia.

            Zizan pandang Natalia tiga saat. Kemudian dia angguk.

            "Tengok keadaanlah. Saya balik dulu ye. Bye!" ujar Zizan.

            Natalia angguk. Zizan melangkah pergi meninggalkan Natalia. Sebenarnya dia tidak sampai hati ingin meninggalkan Natalia begitu sahaja. Dahlah Natalia tu perempuan. Agak merbahaya seorang perempuan sendirian malam-malam di kedai makan begitu sebab kadang-kadang ada mat-mat rempit yang melepak di situ.

            Zizan berhenti melangkah. Dia berpatah balik ke arah Natalia. Natalia angkat kening.

            "Saya teman awak sampai makanan awak sampai lah," ujar Zizan.

            "Kenapa pulak?" soal Natalia.

            "Bahayalah perempuan macam awak dekat sini malam-malam," jawab Zizan.

            Natalia tersenyum. Hatinya sedikit berbunga dengan sikap gentleman Zizan itu.

            "Tak apa lah. Awak tak perlu risaukan saya," ujar Natalia.

            Zizan duduk di hadapan Natalia.

            "Awak datang macammana tadi?" soal Zizan.
           
            "Jalan kaki. Saya duduk dekat-dekat sini je," jawab Natalia.

            "Jalan kaki? Awak biar betul?" Zizan tak percaya.

            "Betullah," jawab Natalia.

            Makanan yang dipesan Natalia sampai. Natalia bayar harga makanan itu dan kemudian mereka keluar dari kedai makan itu.

            "Rumah awak dekat mana?" soal Zizan.

            "Dekat sana tu je," Natalia tunjuk ke arah kawasan perumahan yang berdekatan.

            "Jomlah saya hantar," ajak Zizan.
           
            "Eh tak apa lah. Saya boleh balik sendiri," Natalia cuba tolak pelawaan Zizan itu.

            "Bahayalah perempuan jalan malam-malam macamni," kata Zizan.

            "Saya dah biasalah. Lagipun saya tak nak susahkan awak," ujar Natalia.

            Zizan geleng kepala, "saya lelaki. Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk melindungi perempuan"

            "Tapi..." Natalia serba salah.

            "Tak ada tapi-tapi. Jom saya hantar awak balik," ujar Zizan.

            Natalia akhirnya bersetuju. Zizan tolak basikalnya dan berjalan bersama Natalia. Keadaan sepi untuk beberapa minit. Masing-masing tidak tahu mahu bercakap apa. Lidah semua kelu.

            "Awak memang jenis yang tak banyak cakap ek?" akhirnya Natalia memecahkan kesunyian di antara mereka.

            Zizan pandang Natalia. "Kenapa pula awak tanya macamtu?"

            "Tak adalah. Saya tengok awak ni jenis yang pendiam. Tak macam kawan-kawan awak. Awak lebih suka berdiam diri," ujar Natalia.

            "Kadang-kadang diam itu lebih baik daripada bercakap perkara-perkara yang menyakitkan hati orang lain," balas Zizan.

            Natalia tersentak sedikit dengan kata-kata Zizan itu.

            "Awak orang mana?" soal Zizan.

            "Saya orang Kuala Lumpur. Lahir dekat situ. Tapi ayah saya kena transfer kerja dekat sini pula tiba-tiba. Nak atau tidak kami semua kena pindah ke sini," jawab Natalia.

            "Mesti sedihkan? Ye lah awak dah lama tinggal dekat K.L. Tiba-tiba kena pindah sini pula," ujar Zizan.

            "Sedihlah juga. Tapi saya tak kisah sebenarnya. Negeri Sembilan dengan K.L pun tak adalah jauh sangat," ujar Natalia.

            Zizan angguk. Natalia berhenti melangkah. Zizan ikut sama.

            "Zizan, terima kasih sebab hantar saya balik. Saya harap kita boleh jadi kawan baik sebab saya suka berkawan dengan awak," ujar Natalia.

            Zizan senyum.

            "Awak masuklah," ujar Zizan.

            "Sekali lagi, terima kasih. Saya masuk dulu. Bye!" ujar Natalia.

            Zizan hanya tersenyum. Natalia melangkah masuk ke dalam rumah. Zizan pula naik ke atas basikalnya dan mula mengayuh pulang ke rumahnya.

No comments:

Post a Comment