Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, March 4, 2013

Kerana Cinta 7


Natalia duduk di sebelah Zizan. Bibirnya menguntumkan senyuman. Zizan balas senyuman itu. Entah kenapa, dia rasa dia boleh 'ngam' berkawan dengan Natalia ni. Natalia tak macam perempuan-perempuan lain. Itu yang dia rasa.

            "Lambat sampai," tegur Zizan.

            "Tu lah. Habis kena denda tulis karangan kenapa saya datang lambat tadi. Tak sangka tegas betul sekolah ni," cerita Natalia.

            Zizan gelak.

            "Pukul berapa gate tutup?" soal Natalia.

            "Pukul 7.30 pagi," jawab Zizan.

            "Awalnya," Natalia mengeluh.

            Zizan sengih, "dekat sekolah lama awak tutup gate pukul berapa?"

            "Pukul 7.40 pagi," jawab Natalia.

            "Patutlah. Lepas ni, awak kenalah bangun awal sikit," pesan Zizan.

            "Tu lah. Takpun kena kayuh basikal laju sikit," ujar Natalia.

            Zizan gelak. Dia seronok berbual dengan Natalia ni.

            "Bangun semua!"

            Perbualan mereka terhenti apabila ketua kelas memberi arahan supaya mereka semua bangun kerana cikgu sudahpun sampai. Natalia bangun. Matanya terarah ke Nasha yang sedang merenungnya. Dia pelik dan cepat-cepat pandang ke arah cikgu. Kenapa pulak dengan si Nasha tu?

* * *


            AG pandang Irfan lama. Irfan macam ada masalah je. Irfan toleh ke arah AG. Keningnya diangkat. Tidak selesa direnung AG sebegitu rupa.

            "Kau ada masalah ke?" soal AG.

            "Masalah? Kenapa pula kau tanya macamtu?" soalan dibalas soalan.

            "Muka kau dah tunjuk segalanya," jawab AG.

            Irfan meraba-raba wajahnya.

            "Apa cerita Fan?" tanya AG.

            Irfan diam.

            "Irfan, kenapa ni? Pasal family kau ek?" soal AG.

            Irfan angguk. "Entahlah AG. Aku sebenarnya malas nak fikirkan pasal ni tapi aku juga tak boleh berhenti dari memikirkan hal ni."

            Irfan mengeluh.

            "Irfan, kalau aku cakap. Kau jangan marah ek?" AG angkat kening.

            "Apa?" soal Irfan.

            "Aku rasa baik kau terima je isteri ayah kau. Lagipun dia bukannya jahat pun kan? Benda ni dah lama berlalu. Dan aku rasa kau kena terima hakikat ni. Terima qada dan qadar kau," nasihat AG.

            "Kalaulah senang, dah lama aku terima. Tapi  AG. Kau tak faham perasaan aku sebab kau bukan aku. Susah untuk aku terima segalanya. Bukan niat aku untuk tidak terima qada dan qadar aku cuma hati aku. Hati aku masih sakit. Masih pedih," keluh Irfan.

            "Sabarlah Fan. Aku doakan satu hari nanti hati kau akan terbuka juga untuk terima semua ni," kata AG.

            Irfan tersenyum tawar, "terima kasih AG."

            "Tak ada hal lah. Kata kawan!" AG tepuk bahu Irfan.

            Betul. Bukan dia tak nak terima semua ni. Dia dah cuba. Dia dah cuba untuk menerima Puan Tiara dan Tisyah dalam hidupnya. Bukan sekali tapi setiap kali dia pandang je wajah diorang hati dia akan panas. Dan terus dia mengamuk. Entahlah. Biar masa je lah yang menentukan.

*  * *

            Hani pandang AG. AG pandang Hani. Kemudian kedua-dua pandang sekumpulan pelajar lelaki di hadapan mereka.

            "Baru form two dah tunjuk belang," perli Hani.

            "Korang ingat korang cool sangat lah ek buat perangai macamni?" soal AG.

            "Entah. Kot ye pun nak mati cepat, janganlah dekat sekolah. Dahlah, sekarang ikut kitorang pergi pejabat," ujar Hani.

            Hani dan AG bawa kumpulan pelajar tingkatan dua itu ke pejabat. Selepas mereka uruskan hal itu, mereka pun menuju ke kelas.

            "Penat juga kan jadi ketua pengawas ni," ujar AG.

            "Memanglah. Dah nama pun ketua pengawas. Pemimpin kepada pelajar-pelajar ni semua. Silap langkah, kita yang akan dipersalahkan nanti," ujar Hani.

            "Betul tu," balas AG.

            Hani senyum. "Nanti kena buat jamuan pengawas pula. Tahun ni kita buat hi-tea je lah. Sebab tahun lepas buat makan malam macam tak sempat je nak buat show segala bagai kan."

            "Yang tu kena bincang ramai-ramai lah. Mana boleh kita buat kata putus macamni je," ujar AG.

            "Ye lah."

            Mereka ketuk pintu dan masuk ke dalam kelas yang gurunya sudah ada.

*  * *

            "Irfan."

            Irfan cepatkan langkah. Dia malas nak layan kerenah Lili. Dia tak ada mood.

            "Irfan, berhentilah," arah Lili.

            Irfan berhenti. Dia pusing pandang Lili.

            "Kau nak apa?" soal Irfan dingin.

            "Awak ada masalah ke, Irfan?" soal Lili.

            "Aku ada masalah ke tak ada ke. Apa kaitannya dengan kau?" soal Irfan kasar.

            Lili diam.

            "Dahlah Lili. Tolonglah berhenti kacau aku. Kau perempuan. Kau tak malu ke buat perangai macamni? Jagalah maruah kau tu, Lili. Aku tak nak sebab aku nanti kau dilabel perempuan tak ada maruah. Aku tak nak, Lili," ujar Irfan.

            Air mata Lili menitis. Dia rasa macam ada pisau yang menusuk hatinya. Sakit sangat.

            "Awak memang benci betul dengan saya ye?" soal Lili.

            Irfan dah rasa serba-salah. Dia sendiri tak tahu kenapa mulutnya lancang sahaja menuturkan kata-kata yang meyakitkan itu.
           
            "Lili..."

            "Maafkan saya kalau selama ni saya buat awak rasa saya perempuan tak ada maruah. Maafkan saya sebab selama ni selalu kacau hidup awak. Maafkan saya, Irfan. Tapi apa yang saya buat tu sebab saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Mungkin awak tak rasa apa yang saya rasa tapi saya rasa," Lili kesat air matanya yang mengalir.

            Irfan telan liur.

            "Tapi mungkin cinta saya kepada awak ni terlalu berlebih-lebih kan? Sampai awak rasa saya perempuan tak ada maruah. Saya tahu awak marahkan saya sebab saya serang Hanis. Saya sendiri tak tahu kenapa saya serang Hanis. Saya sendiri rasa bersalah sebab buat dia macamtu. Saya tahu tindakan saya tu melampau sehinggakan dia pindah sekolah tapi saya sendiri tak tahu kenapa saya buat macamtu. Mungkin sebab cinta saya terlalu kuat untuk awak kot? Entah, saya sendiri keliru."

            "Lili, aku tak ...."

            "Saya minta maaf Irfan. Saya tahu saya dah melampau. Saya akan hentikan sampai di sini. Obsesi saya pada awak akan berhenti di sini. Saya takkan kacau awak lagi. Walaupun susah macammanapun, saya akan cuba berhenti mencintai awak. Tapi sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih dekat awak. Terima kasih sebab bagi saya rasa perasaan ni dan terima kasih sebab sedarkan saya yang saya langsung tak layak untuk mencintai awak. Terima kasih, Irfan."

            Lili melangkah pergi daripada Irfan. Laju sahaja langkah Lili itu. Irfan hanya memandang langkah Lili yang menjauh darinya. Entah kenapa hatinya terasa sayu mendengar kata-kata Lili itu. Dan dia rasa bersalah sangat.

            Mungkin selama ini dia salah menilai Lili. Mungkin selama ni apa yang dia fikirkan tentang Lili itu salah. Mungkin.

* * *

            Zizan dan AG tidak percaya dengan apa yang diceritakan Irfan itu. Tapi takkanlah Irfan tipu diorang kot kan.

            "Jadi maknanya selama ni kita yang salah nilai dia?" soal AG.

            "Mungkin," jawab Irfan.

            "Daripada apa yang kau ceritakan tu, aku rasa dia mesti seorang yang ikhlas dan jujur," ujar Zizan.

            "Aku rasa bersalah dekat dia. Entah kenapa waktu tu mulut aku lancang je. Mungkin perkataan perempuan tak ada maruah tu terlalu keterlaluan. Aku betul-betul tak sengaja. Macammana ni?" Irfan buat muka kesian.

            "Jangan buat muka macamtu boleh tak? Geli aku tengok," ujar AG.

            Irfan buat muka biasa. AG ni orang tengah ada masalah dia lagi nak cakap pasal muka. Tak guna betul. Tapi betul juga. Irfan ni dahlah atlet sukan. Lepastu lagi nak buat muka gedik. Memang geli lah kan.

            "Kau minta maaf lah dekat dia," ujar Zizan.

            "Tapi kalau dia minta maaf dekat Lili. Tak ke nanti nampak macam dia sedang bagi harapan dekat Lili?" soal AG.

            "Ha'ah. Betul juga tu," balas Zizan.

            "Jadi?" soal Irfan.

            "Kau buat tak tahu je lah," suruh AG.

            "Tak boleh wei. Aku rasa bersalah," ujar Irfan.

            "Kau minta maaf je lah dekat dia," ujar Zizan.

            "Macammana kalau dia ingat aku bagi harapan dekat dia?" soal Irfan.

            "Kau terangkanlah dekat dia segalanya," jawab Zizan.

            "Macammana?" soal Irfan lagi.
           
            "Hei. Tu pun aku nak ajar ke? Buat sendiri lah," jawab Zizan.

            Irfan sengih.

            "Eh cerita-cerita ni. Aku tengok kau dengan Natalia dah rapat sekarang ni kan. Kau nak mengorat dia ke apa?" soal AG.

            "Tak de la. Aku kawan je. Aku mana ada masa nak bercinta. Kau tahukan prinsip hidup aku," ujar Zizan.

            "Tahu," jawab AG dan Irfan hampir serentak.

            "Habis, lagi mahu tanya?" Zizan angkat kening.

            "Manalah tahu. Well, cinta ni bukan boleh ditunggu-tunggu. Kalau dia nak datang, dia datang je. Tak ikut time. Tak ikut tempat," ujar AG.

            "Wah AG kita dah pandai berkata-kata! Sastera dan puitis!" perli Irfan.

            Zizan gelak.

            "Sejak bila ni AG?" soal Zizan.

            "Dahlah. Korang tak nak balik ke? Dah nak Maghrib ni," AG ubah topik.

            "Ceh ubah topik pula dia ni," perli Irfan lagi.

            AG melangkah meninggalkan Irfan dan Zizan. Malas nak layan. Irfan dan Zizan gelak. Tadi kenakan orang suka. Bila kena dekat batang hidung sendiri, tahu lari.

            "Woi! Tunggulah!" jerit Irfan.

            Irfan dan Zizan kejar AG. Dan mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

* * *

            Irfan pandang gambar ibunya lama. Dia rindu ibunya. Rindu sangat-sangat.

            "Mama, Irfan rindu sangat dekat mama. Mama, Irfan bukan nak kurang ajar dengan ayah. Tak pernah terlintas di hati Irfan ni nak jadi anak derhaka. Tapi. Entahlah ma. Bila Irfan tengok ayah, Irfan rasa dikhianati. Irfan rasa sakit sangat. Dan perasaan tu sukar untuk dibuang. Irfan tak tahu ma."

            Pintu biliknya diketuk. Irfan letakkan gambar mamanya di atas katil. Kemudian dia bangun untuk membuka pintu.

            "Ada apa?" soal Irfan.

            "Jom makan," ajak Encik Iqram.

            Irfan geleng kepala.

            "Tapi Irfan belum makan kan sejak balik dari sekolah tadi?" soal Encik Iqram.

            Irfan diam.

            "Jom lah makan. Ayah tak nak Irfan sakit nanti. Kalau Irfan tak nak makan semeja dengan ayah, tak apa. Irfan makan dulu nanti baru ayah makan. Tapi yang penting Irfan turun makan," ujar Encik Iqram.

            Irfan terharu dengan kata-kata Encik Iqram itu. Dan tanpa disangka-sangka, Irfan terus peluk Encik Iqram.

            "Ayah, Irfan minta maaf. Irfan tahu Irfan dah banyak sakitkan hati ayah. Irfan tahu Irfan ni anak derhaka. Irfan minta maaf, yah," ujar Irfan.

            Encik Iqram balas pelukan anaknya itu.

            "Ayah dah lama maafkan Irfan. Ayah minta maaf juga sebab buat Irfan macamni. Ayah tahu ayah salah," ujar Encik Iqram.

            "Tapi Irfan juga tak boleh nak halang perasaan Irfan. Irfan cuma tak boleh nak berhadapan dengan ayah dan keluarga baru ayah. Irfan rasa dikhianati. Dan sukar untuk Irfan halang perasaan tu," luah Irfan.

            "Tak apa. Ayah faham. Tapi tolong bagi ayah peluang. Tolong bagi ayah peluang untuk Irfan terima semua ni," ujar Encik Iqram.

            Irfan angguk, "Irfan cuba."

            Pelukan dileraikan. Encik Iqram tersenyum Irfan turut tersenyum.

            "Dahlah, sekarang jom makan," ajak Encik Iqram.

            Irfan angguk. Lalu mereka berdua turun dan menikmati makan malam. Encik Iqram bersyukur sebab akhirnya Irfan telah memberi dia peluang untuk membuktikan bahawa ibu tiri bukan semuanya jahat. Bukan semuanya seperti sinetron-sinetron Indonesia di mana bila ada watak ibu tiri je, mesti jahat. Ya, mungkin ada. Tapi tak semua.

* * *

            Sudah puas dia mencari Lili hari ini tetapi batang hidung Lili pun Irfan tak nampak. Di mana agaknya Lili menyorok? Ataupun Lili tak hadir ke sekolah kerana tidak sihat? Ataupun Lili malu nak ke sekolah sebab dia? Ah, terlalu banyak kemungkinan dan dia malas memikirkannya. Lalu, Irfan berjumpa dengan salah seorang rakan sekelas Lili.

            "Lili tak datang ek harini?" soal Irfan.

            Rakan sekelas Lili itu mengangguk.

            "Oh okay. Thanks," ucap Irfan dan segera berlalu dari situ.

            Tetapi kenapa Lili tak datang ek? Belum sempat dia berteka-teki, bahunya ditepuk oleh seseorang. Irfan pandang ke arah orang itu. Zizan.

            "Menung panjang nampak?" soal Zizan.

            Irfan tersenyum tawar. Zizan duduk di sebelah Irfan.

            "Apa hal?" soal Zizan lagi.

            "Lili tak datang hari ni," jawab Irfan.

            "Mungkin dia tak sihat kot. Esok kan ada. Esok je lah kau minta maaf dekat dia," ujar Zizan.

            Irfan mengeluh. Hatinya penuh rasa bersalah. Dan hanya satu cara untuk dia membuang perasaan bersalah itu iaitu dengan memohon kemaafan dari Lili. Tetapi Lili pula yang menghilang hari ini.

            "Aku tak patut buat dia macamtu," keluh Irfan.

            Zizan tepuk bahu Irfan berulang kali.

            "Sabarlah Fan. Benda dah jadi pun. Bukannya kau boleh undurkan masa balik pun. Apa yang kau boleh buat adalah bersabar dan minta maaf dekat dia," ujar Zizan.

            Irfan tersenyum. Zizan membalas senyuman Irfan itu. Kemudian bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah habis berbunyi.

            "Dahlah, aku masuk kelas dulu. Kau tak payahlah nak jiwang-jiwang sangat. Masuk kelas sebelum ketua pengawas baru cari kau," pesan Zizan.

            Irfan tergelak. Zizan bangun dan melangkah masuk ke dalam kelas. Dua minit kemudian, Irfan pula bangun dan melangkah masuk ke kelasnya.

No comments:

Post a Comment