Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, March 13, 2013

Kerana Cinta 10


Irfan pandang ke arah ayahnya. Keningnya diangkat tinggi ingin meminta kepastian. Encik Iqram mengangguk-anggukkan kepalanya.

            "Tapi kenapa tiba-tiba je?" soal Irfan.

            "Ayah rasa dah lama kita tak pergi keluar jalan-jalan. Apa salahnya kadang-kadang kita pergi kan?" ujar Encik Iqram.

            "Bila nak balik? Isnin Irfan sekolah," ujar Irfan.

            "Hari Isnin kita baliklah. Ponteng sehari je pun, Fan," ujar Encik Iqram.

            Irfan diam.

            "Abang, jomlah kita pergi. Tisyah tak pernah  keluar dengan abang pun," ajak Tisyah.

            Irfan pandang Tisyah lama. Dia dah okay dah dengan Tisyah. Tapi bukanlah okay hundred percent sampai boleh bertepuk tampar berbual tu. Setakat tegur sapa macamtu je.

            "Kita balik kampung ayah," saran Irfan.

            Encik Iqram diam dan berfikir seketika.

            "Irfan dah lama tak jumpa dengan tok dengan wan. Irfan rindu diorang," ujar Irfan lagi.

            Encik Iqram pandang Irfan macam tak percaya. Sejak dia kahwin dengan Puan Tiara, Irfan langsung tak nak balik kampung. Puas cuba dipujuk dan puas cuba diajak tetapi Irfan langsung tak nak ikut. Kalau waktu raya, Irfan suruh Encik Iqram hantar dia dekat kampung arwah mama Irfan.

            "Betul ni?" soal Encik Iqram.

            Irfan angguk. Encik Iqram tersenyum. "Mesti tok dengan wan gembira nanti!"

            Irfan tersengih.

            "Lepas Zuhur nanti kita bertolak," ujar Encik Iqram.

            Tisyah bersorak riang. Irfan hanya tersenyum. Kampung ayah dengan rumah dia bukanlah jauh sangat. Dua jam lebih dah sampai dah. Ye, dekat Melaka je kampung ayah.

* * *

            Irfan tersenyum. Dah lama dia tak balik kampung ini. Bukan dia sengaja tak nak balik cuma dia tak nak balik dengan isteri baru ayahnya itu. Dia malu. Dia segan.

            "Dah lama tak nampak."

            Irfan pandang ke arah suara itu. Dia kenal dengan suara itu.

            "Eh Farzad! Duduklah," pelawa Irfan.

            Farzad merupakan kawan sekampung dia. Dahulu waktu dia di sekolah rendah, dia suka duduk dekat Melaka ni bila cuti sekolah. Kadang-kadang sampai sebulan dia duduk di situ. Sebab tu lah dia kenal dengan Farzad ni. Lagipun si Farzad ni sebaya je dengan dia. Tu yang boleh ngam tu.

            "Kenapa lama kau menghilang?" soal Farzad.

            Irfan tersenyum segaris ,"kau tak tahu ke?"

            Farzad kerut dahi, "tahu apa?"

            "Mama aku dah meninggal. Ayah aku dah kahwin lain," cerita Irfan.

            "Sejak tu kau langsung tak balik kampung?" soal Farzad.

            Irfan angguk.

            "Sekarang?" soal Farzad.

            "Aku dah boleh terima hakikat. Agak lama jugaklah aku ambil masa nak terima semua ni. Dalam dua tahun kot. Sekarang ni, aku rasa aku dah boleh terima hakikat ni," jawab Irfan.

            "Syukurlah" kata Farzad.

            Irfan tersenyum. Farzad turut tersenyum.

            "Habis cuti sekolah tahun ni duduk sini tak?" soal Farzad, ubah topik.

            "Insya-Allah. Apa kata hujung tahun ni kau pula yang datang rumah aku. Boleh lepak sama-sama," ajak Irfan.

            "Tak nak lah aku. Segan," balas Farzad.
           
            Irfan tepuk bahu Farzad.

            "Hek eleh nak segan-segan bagai pula. Jom lah. Nanti boleh jumpa dengan Zizan dan AG lagi," ujar Irfan lagi.

            Oh, Zizan dan AG pernah ikut Irfan balik kampung dulu. Malahan, pernah tidur dekat kampung dia seminggu lagi tu. Sebab tu lah Farzad kenal Zizan dan AG.

            "Oh. Tengoklah nanti. Zizan dengan AG apa khabar? Lama betul tak jumpa," ujar Farzad.

            "Diorang sihat je. Apapun nanti akhir tahun datang tau. Aku pun bosan dekat rumah. Tak ada benda nak buat," ajak Irfan lagi.

            "Ye. Tengoklah keadaan," jawab Farzad lagi.

            Irfan tersengih. Farzad ni memang macamtu. Bukannya dia tak pernah ajak si Farzad ni datang dekat rumah dia tapi sekali pun si Farzad ni tak pernah datang. Mungkin Farzad ni anak mak kot. Ataupun mungkin Farzad segan. Entahlah. Dia sendiri pun no comment!

* * *

            Irfan usap perutnya. Kenyang betul dia malam ni. Wan dia masak banyak lauk. Katanya istimewa untuk dia. Lepastu pula semua lauk-lauk tu memang kegemaran dia! Memang gemuk lah dia harini.

            "Kenyang?"

            Irfan kalih pandang ke arah tok yang mengambil tempat di sebelahnya. Oh ye, mereka sedang duduk di beranda.

            "Sedap wan masak. Boleh gemuk Irfan kalau tiap-tiap hari macamni," puji Irfan.

            "Bila dengar je Irfan nak balik, wan terus ajak tok pergi pasar beli lauk. Wan memang dah lama tunggu Irfan nak balik sini. Wan rindukan sangat dengan Irfan," cerita Tok Hassan.

            Irfan terharu dengar cerita Tok Hassan.

            "Bila ayah kamu balik sini, orang pertama yang wan kamu cari ialah kamu. Lagi-lagi waktu raya. Wan memang sedih bila kamu tak balik sini," cerita Tok Hassan lagi.

            "Tok, bukan Irfan tak nak balik sini. Irfan memang nak balik sini sebab Irfan rindukan wan dengan tok. Tapi Irfan takut tok. Irfan takut tok dengan wan marahkan Irfan sebab Irfan kurang ajar dengan ayah," ujar Irfan.

            "Tok dengan wan tak pernah marah Irfan. Kami faham perasaan Irfan. Memang anak mana yang boleh terima kan bila ayahnya ada isteri baru. Kami faham," ujar Tok Hassan.

            "Maafkan Irfan, tok. Tahun ni Irfan raya dengan tok dengan wan dekat sini ye. Tok jangan risau," janji Irfan.

            Tok Hassan tersenyum.

            "Nanti kita boleh kacau dodol sama-sama. Buat rendang sama-sama. Dengar takbir sama-sama. Macam dulu-dulu," ujar Irfan.

            Irfan peluk Tok Hassan. Sungguh dia rindukan Tok Hassan.Tok Hassan seorang yang sangat-sangat sempoi. Kadang-kadang dia tak rasa Tok Hassan tu berumur 60+ sebab toknya sangat-sagat kuat dan sihat. Lagak macam orang umur 30+ sahaja!

* * *

            "Irfan nak tidur dekat mana?" soal Wan Habsah.

            Irfan yang sedang menonton movie dekat RTM 2 berpaling ke arah Wan Habsah.

            "Irfan tidur dekat luar ni je lah," jawab Irfan.

            "Tak nak tidur dalam bilik tu?" soal Wan Habsah sambil jarinya ditunjukkan ke arah satu bilik.

            Irfan geleng, "biar Mak Cik Tiara dengan Tisyah tidur dalam bilik tu. Irfan tidur dekat sini je dengan ayah."

            Encik Iqram pandang Irfan apabila namanya disebut.

            "Ha apa?" soal Encik Iqram.

            Irfan sengih, "kita tidur dua orang dekat luar ek? Biarlah Mak Cik Tiara dengan Tisyah tidur dalam"

            Encik Iqram angguk. Ye lah, dia mana boleh tidur dengan Tisyah tu. Tisyah tu bukan anak kandungnya. Tisyah tu hanyalah anak tirinya.

            "Tok?" Tok Hassan mencelah.

            "Tok pun nak tidur dengan Irfan ye? Okaylah, kita tidur tiga orang dekat luar ni," ujar Irfan ceria.

            Wan Habsah menggelengkan kepalanya. Dia ambil bantal-bantal dan selimut lalu diberikan kepada mereka. Ubat nyamuk dipasang. Tisyah dan Puan Tiara pun sudah masuk ke dalam bilik. Sudah tidur mungkin.

            "Nanti nak tidur tutup tv. Wan masuk tidur dulu ek," ujar Wan Habsah.

            Irfan anggukkan kepalanya, "beres wan!"

            Wan Habsah masuk ke dalam biliknya. Meninggalkan tiga laki-laki itu di ruang tamu.

            "Dah lama tak tidur lambak macamni kan?" soal Encik Iqram.

            Irfan sengih.

            "Kalau waktu raya ni lagi seronok. Dengan anak Pak long, Pak cik, Pak su. Meriah!" ujar Irfan.

            "Tahun ni kita raya sini ek, Fan?" Encik Iqram angkat kening.

            "Okay!" jawab Irfan.

            Encik Iqram senyum. Dah lama dia menunggu saat keluarnya akan bersatu seperti dahulu kala. Dan Alhamdulillah, semakin hari semakin baik keadaan.

            "Esok kita nak pergi mana, tok?" soal Irfan.      

            "Kamu nak pergi mana?" soalan dibalas soalan.

            Irfan jungkit bahu. "Entahlah tok. Ni kan tempat tok. Tok lah cakap."

            Tok Hassan berfikir sejenak.

            "Haa! Apa kata esok kita mandi sungai. Nak?" ajak Encik Iqram.

            "Mandi sungai? Dah lama betul Irfan tak mandi sungai. Eii nak nak!" Irfan teruja.

            "Nak pergi pagi ke petang?" soal Tok Hassan.

            "Petang lah kot. Sebab kita buat plan tak bagitahu diorang. Nanti bising pula mak sebab tak bagitahu dia awal-awal," jawab Encik Iqram.

            Tok Hassan angguk memberi persetujuan. Irfan dah teruja sangat.

            "Kita ajak Farzad sekali lah! Eii mesti seronok. Tak sabar tunggu esok," ujar Irfan lagi.

            Tok Hassan bangun dan menutup televisyen.

            "Kalau macamtu, tidur sekarang. Nanti esok bangun lambat pula," ujar Tok Hassan.

            Irfan angguk. Dia baring. Selimut ditarik sehingga ke dada. Dekat kampung ni kalau malam-malam memang sejuk betul. Tak payah pasang aircond! Tu yang sedap tu duduk kampung. Kalau duduk bandar buka aircond sampai enam belas darjah pun tak tentu sejuk lagi tau.

            Tu lah orang cakap. Walaumacammana moden sekalipun hidup ni, yang lama tetap kekal di hati. Wah.

No comments:

Post a Comment