Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, March 9, 2013

Kerana Cinta 9


Irfan mengeluh. Harini Lili tak datang lagi. Dia memang dah rasa bersalah sangat. Aduh. Apalah yang dia nak buat ni?

            "Hoi, kenapa dengan kau ni? Sikit-sikit mengeluh je?" Zizan tepuk bahu Irfan sambil duduk di sebelah Irfan.

            Irfan pandang Zizan. "Lili tak datang lagi. Sumpah aku rasa bersalah sangat wei."

            Zizan menggeleng kepalanya.

            "Ala mungkin sebab harini hari Jumaat kot. Sekolah pun sampai pukul 12 je. Jadi dia fikir baik dia cuti terus hingga Ahad," Zizan cuba menenangkan Irfan.

            "Betul juga cakap kau," Irfan angguk-anggukkan kepalanya.

            "Eh Fan, kau tak rasa ke AG lain macam harini?" soal Zizan.

            Irfan angguk, "takkan dia merajuk lagi kot."

            "Aku tak rasa. Dia macam ada masalah. Muka dia sedih sangat aku tengok. Entah apalah masalah dia tu," Zizan gelengkan kepalanya.

            "Haa tu dia. Jom kita tanya dia!" Irfan tunjuk ke arah AG yang sedang melangkah ke arahnya.

            Sampai sahaja AG pada mereka, terus Zizan tarik AG agar duduk bersama mereka.

            "Kenapa? Tak nak balik ke? Kejap lagi nak pergi solat Jumaat lagi," AG kerut dahi.

            "Kau ada masalah apa?" soal Irfan.

            "Masalah? Apa yang korang cakap ni?" AG buat-buat tak tahu.

            "Eleh, jangan buat-buat tak tahu lah. Aku dah kenal kau lama lah wei. Baik kau bagitahu apa masalah kau cepat," ugut Zizan.

            AG mengeluh. Zizan dan Irfan saling berpandangan dan kemudian mereka pandang AG kembali.

            "Ayah aku," ujar AG sepatah.

            "Kenapa dengan ayah kau?" soal Zizan cepat-cepat.
           
            "Ayah aku ada perempuan lain," jawab AG.

            Zizan dan Irfan tersentak.

            "Ayah aku ada perempuan lain, wei. Ayah aku ada perempuan lain," ujar AG lagi.

            "Mana kau tahu?" soal Zizan.

            "Aku dengar dengan telinga aku sendiri. Aku dengar segalanya. Aku benci ayah aku tak reti menghargai kasih sayang dan pengorbanan ibu aku. Aku benci ayah aku pentingkan diri sendiri. Aku benci," ujar AG.

            "AG, kau sabarlah. Mungkin semua ni ada hikmahnya," ujar Zizan.

            "Sekarang ni aku faham perasaan kau Irfan. Aku faham macammana kau rasa. Mungkin aku cakap dulu macam senang tapi bila kena dekat batang hidung aku sendiri, baru padan dengan muka aku," ujar AG lagi.

            "AG, sabarlah. Dulu kau pernah cakap dengan aku yang aku kena terima qada dan qadar. Jadi aku harap kau pun akan terima qada dan qadar kau. Setiap apa yang diuji-Nya pasti ada hikmah yang tersembunyi," nasihat Irfan.

            AG tersenyum nipis.

            "Aku terima, Fan. Aku terima kalau ayah aku nak kahwin lain. Dan aku terima kalau ayah aku nak ceraikan mak aku. Aku terima sangat. Dan aku pun takkan pernah benci ayah aku. Sebab tanpa dia siapalah aku. Cuma aku benci bila aku harus terima hakikat yang dia dah khianati mak aku. Yang tu je aku benci, Fan, Zan," ujar AG sedih.

            "AG, aku yakin ayah kau takkan tinggalkan kau. Ayah kau sayangkan kau dan mak kau. Tak macam ayah aku. Ayah aku dahlah tinggalkan kitorang lepastu bawa adik-adik aku bersama pulak tu. Aku yakin ayah kau tak sekejam ayah aku. Aku yakin sangat, AG," ujar Zizan.

            AG pandang Zizan.

            "Zan, maafkan aku. Bukan niat aku nak buat kau teringat pasal ayah kau," ujar AG.

            Zizan tersenyum tawar. "Tak AG. Aku dah lama terima hakikat. Aku dah lama biasakan diri aku tanpa ayah aku. Dan aku akan doakan kau AG. Aku akan doakan kau tabah menghadapi semua ni dan aku akan doakan ayah kau tak macam ayah aku."

            AG peluk Zizan.

            "Eh aku?" soal Irfan yang terasa dirinya dipinggirkan.

            AG dan Zizan pandang Irfan kemudian mereka tergelak perlahan.

            "Sini sini Irfan busuk," ujar AG.

            Lalu mereka bertiga pun berpelukan. Berpelukan seperti lelaki dengan lelaki yang memberi kekuatan satu sama lain agar terus tabah menghadapi dugaan yang akan mendatang. Insya-Allah.

* * *

            AG pandang Puan Hanissa sekejap dan kemudian dia pandang pula Encik Ghazali. Dia dah agak dah benda ni akan berlaku juga. Dia dah agak. Cuma mungkin nasib dia baik sebab ayah dia tak nak ceraikan ibunya. Ayah dia hanya nak berkahwin lagi satu. Poligami.

            "Ibu?" soal AG.

            Puan Hanissa angguk. AG mengeluh. Dia pandang Encik Ghazali.

            "Kalau ibu izinkan, apa hak AG kan untuk menghalang? Lagipun kalau AG halang pun, ayah akan berhenti dari berjumpa perempuan tu ke? AG tak rasa macamtu. Jadi daripada ayah mungkin terjebak dengan zina. Lebih baik AG izinkan," ujar AG sinis.

            "AG, ayah tahu AG bencikan ayah. AG marahkan ayah. Ayah minta maaf, AG. Tapi ayah...."

            "Ayah tak perlu cakap apa-apa lagi. AG memang marahkan ayah. Sebab ayah tak reti nak menghargai cinta yang ibu bagi dekat ayah. Ayah tak reti nak bersyukur dengan apa yang ayah ada. Tapi AG tak benci ayah. Dan tak mungkin dapat benci ayah sebab walau apapun terjadi ayah tetap ayah AG. Cuma ayah, tolong beri AG masa. AG mungkin takkan dapat layan ayah macam biasa. Well, siapa yang boleh kan bila dapat tahu ayah sendiri curang? Tapi bagi AG masa. AG akan cuba," ujar AG panjang lebar.

            Encik Ghazali peluk AG. Tapi AG cepat-cepat leraikan pelukan itu.

            "Terima kasih AG. Terima kasih," ucap Encik Ghazali.

            "Tak perlu nak ucap terima kasih dengan AG tapi ucap terima kasih dengan ibu. Sebab ibu yang akan diduakan. Bukan AG," ujar AG lagi.

            Encik Ghazali melangkah ke arah Puan Hanissa.

            "Hanis, terima kasih. Abang janji abang akan jalankan tanggungjawab abang dengan adil. Abang janji, Hanis. Terima kasih," ucap Encik Ghazali.

            "Jangan sekadar berjanji tetapi tunjukkan," sampuk AG.

            AG melangkah naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Air mata yang ditahan-tahan akhirnya keluar juga. Dia terpaksa berlakon seperti dia kuat dan tabah di hadapan ibu dan ayahnya tadi. Ye lah kalau dia menangis, nampak sangat dia lemah. Dan apakah perasaan ibunya nanti? Jadi dia akan cuba untuk menjadi seorang yang kuat di hadapan ibunya sebab dia tahu ibunya lebih terluka dari dia.

No comments:

Post a Comment