Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, March 18, 2013

Kerana Cinta 11

.             Zizan mengeluh kebosanan. Betul, dia memang bosan giler harini. Selalunya waktu-waktu sekarang dia lepak dengan AG dan Irfan. Walaupun kadang-kadang AG tu sibuk, tetapi Irfan memang sentiasa ada. Tapi sekarang, Irfan pergi balik kampung. AG pula tengah sibuk dengan hal peribadi dan juga hal sekolah. Tinggallah Zizan seorang diri.

            Sebab tu lah Zizan kini ada dekat kedai makan ni. Tempat di mana dia selalu beli makanan waktu malam kalau ibunya sibuk ataupun kurang sihat. Kenapa Zizan ada dekat sini? Okay good question. Manalah tahu tiba-tiba si Natalia tu pun datang makan sini waktu ni. Kan dia ada kawan juga.

            "Zizan?"

            Eh baru sebut dah muncul? Zizan pandang ke arah suara itu. Ye, Natalia di situ. Natalia tersenyum. Dia duduk di hadapan Zizan.
           
            "Tak sangka awak ada dekat sini juga. Awak tak kisah kan kalau saya join awak?" Natalia agkat kening.

            Zizan angguk, "tak kisah. Lagipun saya pun memang sorang ni."

            Pelayan datang dan Natalia memesan makanan.

            "Ketua pengawas dengan atlet tu mana?" soal Natalia.

            "Diorang tak ada. Sorang sibuk dan sorang lagi pergi balik kampung. Tinggallah saya sorang je," jawab Zizan.

            "Nasib baik saya ada kan? Tak ada lah awak bosan sangat kan?" Natalia tersenyum nakal.

            "Prasan!" balas Zizan.

            Natalia tergelak. Zizan turut tergelak.

            Makanan yang Natalia pesan sudahpun sampai.

            "Zan, awak tak ada girlfriend ke?" soal Natalia.

            "Girlfriend? Maksud awak kawan perempuan?" Zizan sengaja buat-buat tak tahu.

            "Girlfriend atau kata brutal nya awek. Awak tak ada awek ke?" soal Natalia.

            "Nak buat apa ada awek? Lagipun manalah ada orang nakkan saya," jawab Zizan.

            "Eh, saya dengar cerita awak ni ramai peminat. Takkan sorang pun awak tak tersangkut?" Natalia angkat kening.

            "Mana awak dengar cerita karut ni? Saya ada ramai peminat? Eh memang taklah," Zizan gelak.

            "Eleh, ye lah tu," duga Natalia.

            "Ye lah. Lagipun kita muda lagi lah. Belum time lagi nak bercinta pun," ujar Zizan.

            Natalia angguk-anggukkan kepalanya. "Betul. Saya sokong!"

            Memang betul pun. Umur enam belas tahun tu muda lagi tau. Tak payah nak buang masa dengan bercinta ni semua. Lagipun cinta di zaman sekolah ni jarang yang kekal. Yang kekal cuma tak sampai 10% pun. Yang lain semua hampeh.

            "Awak anak tunggal ek?" soal Zizan, ubah topik.

            Natalia gelengkan kepalanya."Saya anak keempat."

            "Dari?" soal Zizan.

            "Saya ada tujuh orang adik beradik. Abang saya yang sulung tu sekarang dekat India. Tengah sambung study," cerita Natalia.

            "Dia ambil bahagian apa?" soal Zizan berminat.

            "Perubatan," jawab Natalia.

            "Oh. Yang kedua pula?" soal Zizan.

            "Yang kedua kakak. Dia pun tengah sambung belajar dekat UM. Saya tak pasti course apa yang dia ambil. Yang ketiga pula abang. Dia baru habis SPM tahun lepas. Ada lagi dekat rumah. Tak dapat lagi mana-mana tawaran. Pelik juga saya kenapa dia tak dapat mana-mana tawaran. Ye lah, keputusan dia pun tak adalah teruk. Kira bagus juga lah. Tapi mungkin tak ada rezeki kot," cerita Natalia lagi.

            Zizan angguk-anggukkan kepalanya, "dan yang keempat awak lah kan?"

            "Saya lah yang keempat. Masih di tingkatan empat. Sama kelas dengan orang depan saya ni," Natalia gelak.

            Zizan turut tergelak.

            "Yang kelima pula lelaki. Tengah struggle untuk PMR lah dia tu. Dia pun satu sekolah dengan awak juga. Yang keenam perempuan. Dia pula tengah struggle untuk UPSR. Nanti tahun depan dia satu sekolah dengan kita lah. Yang ketujuh..."

            "Mesti lelaki kan?" teka Zizan.

            Natalia tersengih. Kemudian dia anggukkan kepalanya.

            "Yang bongsu tu manja sikit. Basuh pinggan pun dia tak reti walaupun dah darjah empat," Natalia akhirkan ceritanya.

            "Adik beradik awak gilir-gilirkan jantina dia? Lelaki perempuan lelaki perempuan," ujar Zizan.

            Natalia tersenyum, "unik kan? Awak pula macammana?"

            Zizan terdiam sejenak.

            "Tak nak cerita ke?" soal Natalia lagi.

            "Saya anak sulung dari tiga beradik. Yang tengah tu perempuan. Dia kecik lagi. Baru tujuh tahun. Saya tahu beza umur kitorang sangat banyak kan? Tapi yang bongsu tu dengan yang tengah tu beza cuma setahun. Yang bongsu tu enam tahun dan dia lelaki," cerita Zizan pendek.

            Natalia angguk. "Mesti comelkan adik-adik awak tu?"

            Zizan tersenyum.

            "Kalaulah saya boleh tinggal dengan diorang," Zizan mengeluh perlahan.

            "Apa awak cakap?" soal Natalia. Dia nampak mulut Zizan terkumat-kamit bercakap sesuatu cuma dia tak dapat tangkap butir-butir nya.

            Zizan gelengkan kepalanya. "Tak ada apa-apa. Dahlah, jom balik."

            Natalia angguk. Dia sedut milo aisnya buat kali terakhir dan kemudian dia bangun. Zizan hantar Natalia balik dahulu dan kemudian barulah Zizan pulang ke rumahnya.

* * *

            Pintu biliknya diketuk. Zizan yang baru selesai menunaikan solat Isyak membuka pintu biliknya.

            "Ada apa?" soal Zizan.

            "Ayah datang," jawab Puan Zurina.

            Zizan angkat keningnya. Ayah datang? Untuk apa? Sudah lama ayahnya tidak menjenguknya? Jadi apa yang buat ayahnya ke sini?

            "Ayah nak jumpa Zizan," ujar Puan Zurina lagi.

            "Nak buat apa?" soal Zizan lagi.

            "Zizan turunlah ye," pujuk Puan Zurina.

            Zizan diam lima saat dan angguk. Puan Zurina tersenyum dan melangkah turun. Zizan ikut turun sama.

            Sampai sahaja dia di ruang tamu, dia nampak ayahnya. Tapi dia tak nampak pun adik-adiknya. Sampai hati ayahnya datang tetapi tidak membawa adik-adiknya.

            "Zizan," tegur Encik Zikri.

            Zizan bersalam dengan Encik Zikri. Kemudian dia duduk di sofa bertentangan dengan Encik Zikri.

            "Kenapa ayah nak jumpa Zizan?" soal Zizan dingin.

            Encik Zikri agak tersentak.

            "Zizan," tegur Puan Zurina.

            Zizan pandang Puan Zurina. Puan Zurina memberi isyarat supaya Zizan jangan biadab dengan Encik Zikri.

            "Zizan benci ayah?" soal Encik Zikri.

            Zizan pandang Encik Zikri kembali. Dia angkat kening.

            "Zizan memang bencikan ayah kan?" soal Encik Zikri sekali lagi.

            "Siapa Zizan untuk benci ayah? Zizan cuma seorang anak. Seorang anak yang tidak diberi perhatian oleh ayahnya sejak dua tahun lalu. Zizan cuma seorang abang yang tidak dapat berjumpa dengan adik-adiknya sejak dua tahun lalu. Jadi siapa Zizan untuk bencikan ayah?" Zizan beremosi.

            Sungguh sudah lama dia mahu meluahkan semuanya itu. Dan sekarang dia rasa sedikit lega.

            "Zizan, ayah minta maaf. Bukan niat ayah untuk mengabaikan Zizan," ujar Encik Zikri.

            "Dua tahun yah. Dua tahun Zizan tunggu ayah datang dengan Zila dan Zafran. Dua tahun yah. Dan Zizan rasa dua tahun tu bukan masa yang singkat. Kalau dulu waktu Zizan berpisah dengan Zafran, Zafran tu masih minum susu botol dan sekarang ni mungkin Zafran dah guna cawan. Sampai hati ayah pisahkan Zizan dengan Zila dan Zafran. Tergamak hati ayah pisahkan diorang dari Zizan dan ibu," luah Zizan lagi.

            Encik Zikri terdiam.

            "Zizan, dah lah tu," pujuk Puan Zurina.

            Zizan pandang Puan Zurina.

            "Tapi sampai bila bu? Sampai bila ibu nak bertahan? Sampai bila ibu nak sorokkan perasaan ibu? Sampai bila ibu nak menangis sorang-sorang sebab rindukan Zila dan Zafran? Sampai bila bu?" soal Zizan.

            Puan Zurina pula yang terdiam.

            "Kalau ibu nak bertahan, ibu bertahanlah. Tapi Zizan tak boleh. I'm not strong as you! And I just can't take it anymore!" ujar Zizan.

            "Zizan," panggil Encik Zikri.

            Zizan pandang Encik Zikri kembali.

            "Ayah minta maaf. Ayah minta maaf sebab abaikan Zizan selama tempoh dua tahun tu. Ayah minta maaf sebab buat Zizan terluka. Bagitahu ayah apa sahaja cara untuk ayah tebus kembali silap ayah," ujar Encik Zikri.

            "Apa yang ayah boleh buat adalah dengan bagi kembali Zila dan Zafran kitorang! Biar ibu jaga dia!" ujar Zizan.

            Encik Zikri gelengkan kepala.

            "Kenapa tidak? Kenapa ayah tak nak kasi ibu jaga diorang? Kenapa?" soal Zizan bertalu-talu.

            "Zizan, ibu kerja. Siapa yang nak jaga Zila dan Zafran nanti?" ujar Encik Zikri.

            Zizan diam. Betul juga. Ibunya kerja dan dia sekolah. Siapa pula nak jaga Zila dan Zafran kan.

            "Macammana kalau hujung minggu Zila dan Zafran duduk dekat rumah Zizan. Dan minggu selepas tu, Zizan ikut ayah?" soal Encik Zikri.

            "Yang part Zila dan Zafran duduk sini tu boleh. Tapi kenapa pula Zizan yang kena ikut ayah? Zizan tak nak," jawab Zizan.

            Encik Zikri mengeluh, "jadi bila masa kita dapat berjumpa?"

            Zizan tersenyum sinis, "buat apa ayah nak jumpa Zizan? Selama ni tak ada pula ayah nak jumpa Zizan. Kenapa tiba-tiba aje?"
           
            Encik Zikri terdiam.

            "Zizan, ibu setuju dengan cadangan ayah tu," sampuk Puan Zurina tiba-tiba.

            Zizan berpaling ke Puan Zurina, "tapi Zizan tak nak pergi rumah ayah dengan perempuan tu! Zizan tak nak."

            "Okay kita tak pergi rumah ayah. Kita keluar jalan-jalan. Kita pergi makan ke pergi zoo ke," ujar Encik Zikri.

            Zizan pandang Puan Zurina meminta pandangan.

            "Ibu setuju kalau Zizan setuju," ujar Puan Zurina.

            "Kalau macamtu Zizan setuju," balas Zizan.

            Encik Zikri tersenyum gembira.Betul, dia menyesal sangat sebab abaikan Zizan. Dan dia menyesal sebab ceraikan Puan Zurina. Sekarang dia dah dapat balasannya. Isteri barunya sudah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan baru-baru ini dia disahkan tidak dapat hamil.

            Zizan turut gembira sebab dia dapat jumpa dengan Zila dan Zafran. Akhirnya setelah dua tahun dia tidak dapat berjumpa dengan mereka, minggu hadapan dia dapat jumpa juga. Agaknya bagaimanakah keadaan Zila dan Zafran ye? Ei tak sabarnya tunggu minggu depan! Tapi yang part keluar dengan ayahnya tu dia kurang berkenan. Bukannya sebab dia benci ke apa, cuma dia tak selesa dengan ayahnya. Tapi entahlah. Apapun dia akan cuba yang terbaik.

* * *
            AG pandang ibunya. Ibunya nampak tenang sahaja. Mungkin sudah habis air matanya untuk menangis lagi. Memang kalau difikirkan tiada guna ibunya menangis. Walau air mata darah sekalipun, ayahnya tetap akan berkahwin lain.

            "Kak Hanis, saya minta maaf sebab kacau-bilaukan rumah tangga akak," ujar perempuan di hadapan Puan Hanissa itu.

            AG pandang perempuan yang bakal dikahwini ayahnya itu, Julia.

            "Saya cintakan abang Ghazali. Saya cintakan dia sangat. Saya faham mungkin akak akan bencikan saya. Saya janji saya takkan pentingkan diri sendiri. Dalam keadaan macammanapun saya akan faham bila masa abang Ghazali pentingkan akak daripada saya," ujar Julia lagi.

            Puan Hanissa terdiam lagi.

            "Saya bersyukur sangat sebab akak mengizinkan saya untuk berkahwin dengan abang Ghazali. Saya sangat bersyukur. Cinta saya kepada abang Ghazali mungkin tak sebesar cinta akak kepada abang Ghazali. Akak memang seorang isteri yang baik," ujar Julia.

            "Akak harap Ju boleh jaga abang dengan sebaik-baiknya," ujar Puan Hanissa akhirnya.

            "Insya-Allah kak. Ju akan jaga abang dengan sebaik-baiknya," balas Julia.

            Puan Hanissa bangun dan melangkah naik ke atas. Dia tidak sanggup berlama-lama di situ. Seminit di situ dirasakan sejam. Terseksa!

            "Apa lagi? Baliklah," ujar AG.

            Julia angguk. Dia bangun dan keluar bersama dengan Encik Ghazali. Encik Ghazali yang akan menghantar Julia balik.

            AG menilai Julia. AG rasa Julia ni umurnya dalam akhir 20-an. Ni mesti kes tak laku sampai suami orang pun jadi lah. Tapi entah kenapa AG rasa Julia ni macam baik orangnya. Dari cara dia bercakap nampak macam berbudi sahaja. Dari segi penampilan pun sopan. Bertudung lagi. Tapi kenapa dia nak ayahnya? Apa pula istimewa ayahnya? Entahlah. Mungkin dah jodoh agaknya.

No comments:

Post a Comment