Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, April 9, 2013

Kerana Cinta 12


Zizan duduk bersama dengan AG. Rasa bosan pula bila Irfan tak ada. Betul, tak tipu. Kalau salah seorang dari diorang tak ada bersama, rasa macam kosong je. Macam tak complete, bak kata omputehnya.

"Lain betul rasa bila Irfan tak ada," keluh Zizan.

"Kan? Aku pun rasa macamtu," balas AG.

Keadaan sunyi untuk beberapa minit.

"Kau macammana? Ayah kau?" soal Zizan.

"Ayah aku? Kitorang dah bagi persetujuan untuk dia kahwin. Semalam ayah aku bawa perempuan tu balik. Jumpa dengan kitorang," cerita AG.

"Macammana?" soal Zizan.

"Okay lah. Not bad. Tak lawa sangat tak buruk sangat," jawab AG.

"Mak kau okay tak bila ayah kau bawa dia jumpa korang?" soal Zizan lagi.

"Mak aku senyap je. Dia dengar je apa perempuan tu cakap dan kemudian mak aku suruh perempuan tu jaga ayah aku elok-elok. Lepastu mak aku naik. Aku rasa hati mak aku mesti pedih sangat bila berhadapan dengan perempuan tu. Pesaing mak aku!" jawab AG.

"Kau kena lah kuat ye AG? Kau kena tabah menghadapi semua ni," nasihat Zizan.

AG angguk. "Aku akan tabah demi ibu aku."

Zizan tersenyum. AG turut tersenyum.

"Macamana pula kau dengan Natalia?" soal AG tukar topik.

Zizan kerut dahi, "aku dengan Natalia?"

AG tersenyum nakal, "nampak macam kau dah terpikat dengan dia je."

Zizan gelak.

"Berapa kali aku nak cakap aku takkan lari dari prinsip hidup aku," ujar Zizan.

"Ye lah tu?" duga AG.

"Ya Allah, betul lah. Kenapa tak percaya pulak?" Zizan angkat kening.

"Just curious. Tapi jujurlah, takkan sikit pun kau tak terpikat kot dengan dia? Dia lawa kot. Perangai pun okay. Tak macam perempuan-perempuan lain,"ujar AG.

"Kalau nak terpikat pun, tunggulah habis sekolah. Aku tak ada masa nak bercinta. Kau tahu kan tu?" soal Zizan.

AG angguk. "Ye ye. Kau nak belajar betul-betul. Nak buktikan dekat ayah kau yang kau boleh dan ambil balik adik-adik kau tu. Aku tahu."

"Eh kebetulan kau cakap pasal ayah aku dengan adik-adik aku ni, aku ada benda nak cerita dekat kau," ujar Zizan semangat.

AG angkat kening, "apa dia?"

"Ayah aku datang Sabtu malam haritu. Dia akan hantar adik-adik aku hujung minggu ni. Well, tak sabar rasanya nak jumpa dengan diorang. Dua tahun kot tak jumpa diorang. Mesti dah  besar dah budak-budak tu," cerita Zizan excited.

"Ye ke? Baguslah. Aku tumpang gembira," balas AG.

"Tapi aku pula yang kena keluar dengan dia hujung minggu depan," suara Zizan mundur sikit.

"Jadi apa masalahnya? Kau kan lama tak jumpa dia," ujar AG.

Zizan mengeluh, "tu lah masalahnya. Sebab aku dah lama tak jumpa dia lah, aku akan rasa kekok. Kau tahu kan aku dah biasa hidup tanpa kasih sayang seorang lelaki dalam hidup aku selama dua tahun ni? Kau tahu kan aku dah buang jauh-jauh perasaan 'macammana hidup dengan ayah' dari hidup aku? Kau tahu kan?"

AG angguk.

"Aku tak yakin aku boleh lama-lama dengan dia. Dua tahun wei. Dua tahun aku hidup tanpa dia. Susah senang aku cuma dengan ibu aku dan korang. Dan sekarang dia tiba-tiba nak muncul dalam hidup aku balik. Nak rebut balik tanggungjawab seorang ayah. Tu pun kau tahu sebab apa?" soal Zizan.

"Sebab apa?" soalan dibalas soalan.

"Sebab isteri dia sekarang tak boleh mengandung. Sebab tu lah baru dia terhegeh-hegeh nak kutip aku balik. Aku rasa kalau isteri dia boleh mengandung, memang dia akan lupakan aku terus. Memang aku ni takkan pernah muncul lagi dalam hidup dia," jawab Zizan.

"Zan, janganlah bersangka buruk macamtu. Kau anggap je lah semua ni ketentuan Ilahi. Kau sabar dan teruskan hidup kau. Baguslah kalau ayah kau dah berubah. Sepatutnya kau bersyukur bukan bersangka buruk macamtu," nasihat AG.

"Kalaupun ayah aku tak muncul, aku tetap okay dan aku tetap teruskan hidup aku. Tapi bila dia muncul balik dalam hidup aku, memang aku rasa lain. Sakit tu datang balik. Setelah lama aku lupakan semuanya dan dia muncul. Melukakan parut lama di hati aku balik. Dan ia menyakitkan walaupun tak sesakit dahulu," ujar Zizan beremosi.

AG tepuk bahu Zizan untuk memberinya semangat.

"Sabarlah Zan," nasihat AG.

Zizan meraup wajahnya berkali-kali.

"Sastera betul aku kan? Tak sangka aku ni puitis orangnya," Zizan cuba menghidupkan suasana.

"Tu lah. Kalah aku," balas AG.

"Aku rasa kan, sekarang ni mesti tengah musim masalah keluarga. Sebab semua orang ada masalah keluarga sekarang ni. Kau, aku. Irfan je dah selesai masalah dia. Masalah aku yang dah lama ni tak selesai-selesai lagi. Untung si Irfan tu," ujar Zizan.

"Dan masalah aku baru nak bermula," ujar AG.

Zizan dan AG saling berpandangan.

"Sabar je lah!" ujar mereka berdua serentak.

Dan kemudian mereka tergelak.

"Apa gelak-gelak ni?"

Zizan dan AG berhenti gelak. Mereka pandang ke belakang, ke arah suara itu. Ada Irfan yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk! Eh bukan macam kupang busuk!

"Eh Irfan! Bila kau sampai?" soal Zizan.

Irfan duduk di sebelah Zizan. "Baru tadi. Korang mesti rindu aku kan kan?"

AG jelir lidah, "tak ada maknanya!"

Irfan gelak.

"Best tak cuti kau?" soal AG.

Irfan angguk, "seronok betul aku! Eh apapun si Farzad kirim salam dekat korang."

"Farzad?" Zizan mengerutkan dahi. Cuba mengingati siapa jejaka yang bernama Farzad itu.

"Takkan dah lupa kot. Farzad budak kampung aku tu lah!" Irfan cuba mengingatkan mereka.

"Oh Farzad tu!" Zizan dan AG jawab salam.

"Dah lama betul aku tunggu masa-masa ni dan akhirnya tiba juga. Aku rindu betul dan aku rasa sangat-sangat menyesal sebab buat hal dulu," ujar Irfan.

Zizan tepuk bahu Irfan.

"Relak lah Fan," kata Zizan.

Irfan sengih. "Eh aku balik dulu lah. Aku saje je singgah sini kejap. Jumpa esok tau! Chow!"

Irfan melangkah pulang ke rumahnya. Zizan dan AG turut sama melangkah pulang selepas bayang Irfan hilang dari pandangan mereka.

* * *

Irfan garu kepalanya yang tidak gatal. Aduh, pening betul dia. Kenapa lah si Lili tu pindah sekolah pula? Kenapa?

"Kenapa dia pindah sekolah?" soal Irfan.

Kawan Lili itu hanya mengangkat bahu sebagai jawapan.

"Takkan kau tak tahu kot? Kau kan rapat dengan dia," ujar Irfan.

"Betul, saya tak tahu. Dia pindah macamtu je. Semalam dia ambil barang-barang dia dekat sekolah ni. Bila kitorang tanya kenapa dia pindah, dia cuma menggeleng je sebagai tanda jawapan. Bukan kitorang je, cikgu sendiri pun tak tahu. Dia tak bagitahu apa-apa," cerita kawan Lili itu.

Irfan duduk di bangku itu. Dia meraup wajahnya. Aduh, bersalah betul dia ni! Kemudian dia  pandang balik ke arah kawan Lili itu.

"Kau tahu alamat rumah dia?" soal Irfan.

Kawan Lili itu angguk. "Tapi dia dah pindah. Semalam juga dia pindah."

"Nombor telefon dia?" soal Irfan lagi.

"Dia dah tukar nombor handphone," jawab kawan Lili.

Irfan garu kepala. Kawan Lili duduk di sebelah Irfan.

"Kenapa pula awak nak cari dia?" soal kawan Lili.

Irfan pandang kawan Lili itu. Dia angkat kening.

"Selama dia ada dekat sini dulu, awak tak pernah nak menghargai apa yang dia rasa. Awak tak pernah nak faham apa yang dia mahu kan. Sedikit kuman pun awak tak cuba untuk merasa cinta yang dia berikan kepada awak. Jadi kenapa sekarang bila dia dah pergi awak mula cari dia?" soal kawan Lili itu lagi.

Irfan tersentak.

"Sudahlah. Biarlah Lili pergi dan tenangkan fikiran dia. Biarkan Lili. Mungkin bagi awak, Lili tu cuma seorang perempuan tak matang yang tak tahu malu. Tapi bagi saya, Lili tu seorang yang berani dan pantang menyerah. Dia sanggup buat apa sahaja demi cintanya yang tulus ikhlas tu. Ye, mungkin dia cuma budak perempuan lima belas tahun tapi itu tak bermakna dia tak boleh merasakan cinta kan?" ujar kawan Lili itu.

"Tolong aku. Aku betul-betul nak minta maaf dari dia. Aku betul-betul tak maksudkan apa yang aku cakap haritu dekat dia. Tolong aku," ujar Irfan separa merayu.

Kawan Lili mengeluh, "tak guna kau nak minta tolong dari aku. Kan aku cakap aku sendiri tak tahu di mana dia berada. Dia macam nak lupakan semuanya di sini dan mula hidup baru."

Irfan diam. Dah memang tak ada cara lagikah untuk dia memohon kemaafan daripada Lili itu?

"Eh tunggu! Lili ada facebook kan?" soal Irfan tiba-tiba.

Kawan Lili angguk.

"Masih aktif?" soal Irfan lagi.

Tolonglah angguk! Tolonglah jawab ya! Tolonglah!

Kawan Lili menggeleng, "dah tak aktif lagi."

Irfan mengeluh. Memang dia da tak ada cara lagi untuk memohon kemaafan daripada Lili. Memang dia dah tak boleh buat apa-apa lagi.

* * *


Zizan dan AG tersentak mendengar cerita Irfan itu. Patutlah muka Irfan ni keruh betul sejak tengah hari tadi. Patutlah.

"Aku rasa bersalah sangat. Aku tak sempat pun nak minta maaf dengan dia. Dan sekarang dia pindah. Dia pindah sebab aku, Zan, AG. Kau tahu tak, sebab aku?" luah Irfan.

"Sabarlah Fan. Mungkin bukan sebab kau dia pindah. Mungkin dia ada sebab lain. Cuma kita sahaja yang tak tahu," Zizan cuba menyedapkan hati Irfan.

"Hai perempuan kalau dah cinta tu sanggup buat apa sahaja kan?" AG geleng-gelengkan kepalanya.

Seminit mereka diam.

"Irfan, kalau aku tanya kau jangan marah ye?" AG angkat kening.

Irfan angkat kening menyuruh AG meneruskan soalannya.

"Err.. Kau dah suka Lili ek?" soal AG.

Irfan bulatkan matanya.

"Eh, bukan apa. Aku tengok kau ni lain macam je. Kalaupun kau rasa bersalah dekat Lili sebab apa yang kau cakap tempoh hari, tapi takkanlah seteruk ni? Takkanlah sampai macamni?" soal AG lagi.

Irfan diam.

"Betul tu Irfan. Aku pun rasa macamtu. Aku rasa kau dah jatuh cinta dengan si Lili tu tanpa kau sendiri sedar. Sebab cara kau lain sangat," Zizan menyokong.

Irfan mengeluh. "Kalaupun aku sukakan dia, dia dah tak ada sekarang. Dia dah pergi."

"Tu lah dulu waktu si Lili tu tergila-gila kan kau, kau tolak. Kau jual mahal. Sekarang bila kau pula dah suka dia, si Lili tu pula menghilang. Hai, tak faham aku," ujar AG.

"Tu yang orang selalu cakap. Kita selalu tak nampak permata di hadapan kita tetapi kita mengangungkan kaca yang jauh dari kita. Sehinggalah kaca tu pecah, baru kita akan sedar tentang permata. Tapi dah terlambat, permata tu pun dah hilang," Zizan bermadah.

"Kau ni Zan! Pada semalam asyik nak jadi sasterawan je kerja!" perli AG.

Zizan tersengih. Irfan menggeleng. Nasib baiklah dia dah biasa dengan si AG dan Zizan ni. Kalau tidak, memang penumbuk lah makannya. Ye lah orang tengah serius, dia boleh lagi berlawak. Lagi-lagi si AG ni. Aduh, kawan siapa lah kan?

"Tapi apapun Fan, aku doakan yang terbaik untuk kau. Kalau jodoh kau memang dengan si Lili tu, tak kira macammanapun kau akan bersama dengan dia juga akhirnya," ujar Zizan.

Irfan angguk.

"Terima kasih Zan. Dahlah, jom balik!" ajak Irfan.

Zizan angguk. Mereka semua naik atas basikal mereka dan mula mengayuh untuk pulang ke rumah. Itulah apa yang mereka lalui setiap hari. Pergi sekolah naik basikal balik sekolah naik basikal. Tapi itu langsung tak memenatkan mereka sebab ianya menyeronokkan! Betul, tak tipu.

No comments:

Post a Comment