Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, March 7, 2013

Kerana Cinta 8


AG menggeleng kepala. Dia penat sebenarnya. Sejak dia menjadi ketua pengawas, dia agak sibuk sehinggakan kadang-kadang dia terpaksa pulang lewat. Dahlah balik lambat, kena kayuh basikal sorang-sorang pula tu. Sungguh bosan.

            "Kau apa hal?" soal Zizan.

            AG pandang Zizan. Kemudian dia mengeluh.

            "Entah. Dahlah tak nak main bola dengan kitorang. Lepastu asyik mengeluh je pula tu," ujar Irfan.

            AG pandang Irfan pula. Dan dia mengeluh lagi.

            "Tengok, mengeluh lagi," ujar Zizan.

            "Aku penat lah sejak jadi ketua pengawas ni. Aku tak sangka pula tanggungjawab aku sebesar ni," ujar AG.

            "Ha'ah. Badan kau pun dah susut sikit. Tak sampai dua bulan pun kau jadi ketua pengawas. Banyak sangat kes ke dekat sekolah?" soal Zizan.

            "Banyak. Kes budak merokok lah. Budak ponteng sekolah lah. Budak bawa benda terlarang lah. Kes buli lah. Kes vandalisme lah. Kes budak meraba-raba pun ada. Hai, entah apa lah nak jadi dengan budak-budak sekarang ni," keluh AG.

            "Biasalah AG. Dunia akhir zaman," balas Irfan.

            "Ha'ah. Lagipun kau kan dipilih untuk memimpin sekolah. Kau kena lah buat tugas kau dengan baik dan berdedikasi. Bukan senang nak ada pangkat macam kau ni tau," ujar Zizan.

            AG angguk. "Aku tahu. Aku cuma cakap aku penat je lah. Korang lah aku lambat tiga puluh minit pun korang tak nak tunggu."

            "Oh ini kes merajuk dengan kitorang lah ni?" usik Irfan.

            "Cakap je lah kau suruh kitorang tunggu kau. Kan senang cerita. Ni nak juga membebel panjang-panjang. AG-AG!" usik Zizan pula.

            AG hanya tersengih.

            "Ye lah, lain kali kitorang tunggu. Tapi kalau dua tiga jam jangan haraplah. Baik aku balik main bola," ujar Irfan.

            "Ye lah," balas AG.

            "Dah tak payah nak mengeluh-mengeluh lagi. Aku rasa nak lempang je kau kalau kau asyik-asyik mengeluh," ujar Zizan.

            "Tak guna punya kawan. Kau nak lempang aku?" AG bulatkan mata.

            Zizan dan Irfan hanya tergelak. Kemudian mereka bangun.

            "Dahlah, jom balik. Dah nak Maghrib dah ni," ujar Irfan.

            "Eh sejak bila pandai ajak kitorang balik awal ni?" Zizan angkat kening.

            Irfan tersengih. "Korang tak tahu ek?"

            AG dan Zizan bertanya hampir serentak, "tahu apa?"

            "Aku dah baik dengan ayah aku. Aku sekarang dalam proses untuk cuba menerima isteri baru ayah aku tu," cerita Irfan.

            "Oh," ujar AG dan Zizan serentak lagi.

            "Aku harap aku berjaya," ujar Irfan lagi.

            "Kau mesti berjaya. Aku akan doakan kau, ayah kau dan isteri ayah kau hidup bahagia hingga ke akhir hayat," ujar Zizan.
           
            "Amin," balas AG.

            "Thanks!" ucap Irfan.

            "Dahlah. Jom balik," ajak Zizan.

            Lalu mereka bertiga berjalan pulang ke rumah masing-masing.

* * *


            "Abang tak boleh buat Hanis macamni! Apa kurangnya Hanis? Apa lebihnya dia? Kita dah tujuh belas tahun hidup bersama. Tujuh belas tahun itu bukan satu jangka masa yang pendek."

            "Abang minta maaf, Hanis. Abang cuma nak explore something new."

            "What? Explore something new? How dare you said that to me! Abang ingat Hanis ni apa? Nak kena explore explore?"

            "Hanis..."

            "Selama ni Hanis percaya cakap abang. Percaya sangat. Tapi ini yang Hanis dapat? Abang tipu Hanis. Abang curang dengan Hanis. Betullah kata orang, lelaki yang berumur 40 tahun bagaikan hidup semula! Gatal tak ingat dunia!"

            Serentak itu pintu bilik mereka terbuka. AG melangkah masuk ke dalam bilik itu.

            "Tolong cakap apa yang AG dengar semuanya salah!" pinta AG.

            Encik Ghazali mendekati AG.

            "AG..."

            "Siapa perempuan tu?" soal AG.

            Encik Ghazali telan liur.

            "AG tanya, siapa perempuan tu? Lawa sangat ke perempuan tu?" soal AG kasar.

            "AG, ini semua jodoh," jawab Encik Ghazali.

            "Jodoh? Itu je alasan yang ayah boleh bagi?" soal AG.

            Encik Ghazali terdiam.

            "AG tahu ayah dengan ibu selalu bergaduh walaupun AG tak tahu puncanya. AG selalu dengar tapi AG buat-buat tak dengar. Dan sekarang baru AG tahu kenapa selama ni ayah sibuk. Ayah bukan sibuk bekerja tapi ayah sibuk dengan perempuan lain! Ayah kejam. Apa salah ibu sehinggakan ayah menghukum ibu begini? Apa ayah? Ayah memang tak berperikemanusiaan!" luah AG.

            AG melangkah keluar dari bilik itu. Dia masuk ke dalam biliknya walaupun dia dengar ibu dan ayahnya panggil dia. Dia buat-buat tak dengar. Sungguh hatinya terluka sangat.

            AG duduk di atas katil. Dia meraup wajahnya. Dia langsung tak sangka ayahnya sanggup melakukan perkara sebegini. Dia betul-betul tak percaya dengan apa yang didengarnya tadi. Katakanlah ini semua mimpi. Tolonglah.

* * *

            "AG," panggil Puan Hanissa.

            AG yang baru sahaja selesai memakai kasut pandang Puan Hanissa. Dia nampak wajah sembab Puan Hanissa. Ye lah, kalau hati dia sangat-sangat terluka apatah lagi hati ibunya. Ibunya yang mencintai ayahnya dengan sepenuh hati. Ibunya yang banyak berkorban demi dia dan ayahnya. Kenapalah ayahnya tega membuat ibunya begini?

            "Maafkan ibu," ujar Puan Hanissa.

            AG bangun dan memeluk Puan Hanissa.

            "Tak. Ibu tak salah. Ayah yang salah. Ibu langsung tak salah. Ayah yang tak reti menghargai kasih sayang ibu. Ayah yang tak reti bersyukur dengan apa yang dia ada. Semuanya salah ayah," ujar AG.

            AG leraikan pelukannya. Dia seka air mata ibunya.

            "Ibu jangan risau. Walau apapun berlaku, AG akan tetap berada bersama ibu. AG sayangkan ibu," ujar AG.

            "Ibu pun sayangkan AG," balas Puan Hanissa.

            AG tersenyum tawar, "dahlah ibu. AG nak pergi sekolah dulu. Nanti karang Zizan dengan Irfan bising pula AG lambat."

            Puan Hanissa angguk. AG bersalam dengan Puan Hanissa dan kemudian menuju ke basikalnya dan terus mengayuh ke rumah Zizan.

* * *

            "Kau sakit ke?"

            AG pandang Hani. Hani duduk di sebelah AG. Dia tak pernah nampak AG semuram ini.

            "Taklah. Aku okay je," jawab AG.

            "Kalau kau tak sihat, kau baliklah. Jangan risau setakat sehari tu aku boleh handle sekolah sorang-sorang," ujar Hani.

            AG geleng kepala, "takpe lah. Aku okay je."

            "Kau tak nampak macam okay pun. Kau ada masalah ek?" soal Hani lagi.

            AG diam.

            "Takpelah kalau tak nak cerita. Tapi kalau kau perlukan seorang kawan selain Zizan dan Irfan tu untuk ceritakan problem kau. Kau boleh cari aku. I will always there for you, Amirul," ujar Hani.

            Baru sahaja Hani nak bangun, AG panggil. Tak jadi Hani nak bangun.

            "Ayah aku ada perempuan lain," ujar AG sepatah.

            Hani terkejut. "Er.."

            "Aku baru tahu semalam. Aku terdengar perbualan diorang. Kau tahu tak macammana perasaan aku? Aku rasa sedih sangat," ujar AG.

            "Amirul, kau sabarlah. Allah takkan bagi dugaan yang tak termampu oleh hamba-Nya," nasihat Hani.

            "Aku tahu tu, Hani. Tapi entahlah."

            "Semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Kau sabar dan kau tunggu je," nasihat Hani lagi.

            "Aku tengah cuba bersabar lah ni. Anyway Hani, thanks tau," ucap AG.

            Hani senyum ,"tak ada hal lah. Kita kan kawan."

            AG membalas senyuman Hani. Dia rasa lega sedikit walaupun tidak banyak tetapi lega lah juga.

No comments:

Post a Comment