Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, April 10, 2013

Kerana Cinta 13



TUJUH TAHUN KEMUDIAN...

Walapun penat, bibirnya tetap mengukir senyuman. Dia gembira. Dan dia bersyukur. Setelah bertungkus-lumus selama ini, akhirnya dia berjaya juga. Dua tiga bulan selepas dapat keputusan SPM, dia dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Texas dengan bantuan Petronas. Dan kini dia bekerja di Petronas dengan gaji yang cukup lumayan.

"Zizan!"

Zizan berpaling menghadap ke arah suara itu.

"Dah nak balik dah? Awal pula kau balik," tegur Johan, rakan sekerjanya.

Zizan angguk. "Aku ambil half day harini."

Johan angkat kening, "kenapa?"

"Dah janji dengan adik-adik aku tu haa. Nak bawa diorang pergi Genting," ujar Zizan.

"Untung adik-adik kau dapat abang punyalah baik macam kau. Apapun have fun ye!" ujar Johan.

Oh ye, Zila dan Zafran (adik-adik Zizan) kini sudahpun tinggal tetap dengan mereka. Ibu Zizan sudah tidak bekerja lagi. Sejak daripada waktu yang Encik Zikri datang ke rumah mereka dan membuat perjanjian itu, Encik Zikri akan masukkan sejumlah wang yang cukup buat mereka. Sekarang pun Encik Zikri masih memberi mereka wang tetapi Zizan turut membantu.

"Thanks. Okay bye!" Zizan melambaikan tangannya.

* * *

"Tahniah semua. Satu kerja yang sangat bagus. Untuk pengetahuan awak semua, satu lagi cawangan AIZ Cafe akan dibuka di Selangor. Setakat ni dah tiga buah cawangan yang kita buka. Dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Oleh sebab itu, akhir tahun ini semua orang akan memperolehi bonus jikalau cawangan di Selangor itu berjalan lancar."

Semua orang bertepuk tangan. Gembira dengan berita yang didengarnya. Siapa tak gembira kalau dapat bonus?

"Berapa peratus boss?" soal salah seorang pekerjanya.

"Yang tu tengoklah. Tapi jangan risau tak kurang daripada 50 peratus gaji kamu semua," jawab boss.

Semua pekerja mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Mesyuarat bersurai."

Pekerja-pekerjanya semua meninggalkan bilik boss nya itu. AG tersenyum. Ye, dia lah boss yang dimaksudkan itu. Dan ya sekali lagi. Dia kini bergelar seorang usahawan yang berjaya. Membuka tiga cawangan restoren dalam masa dua tahun. Satu pencapaian yang sungguh hebat.

Lepas dapat keputusan SPM, dia sambung belajar dalam jurusan perniagaan dekat Universiti tempatan. Tamat sahaja belajar, dia gunakan wang simpanannya untuk buka perniagaan AIZ Cafe ni. Dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tidak sia-sia usaha dia selama ini. Oh ye, mesti ramai tertanya-tanya kenapa nama Cafe itu AIZ Cafe?

Sebenarnya AG letak nama AIZ Cafe sempena nama Amirul, Irfan dan Zizan. Sebab apa tau. Sebab dioranglah yang banyak tolong dia hingga berjaya begini. Diorang banyak membantu dia ketika tahun yang pertama tu. Sebab tu AG bagi letak nama AIZ Cafe.

Oh pasal keluarga AG. Dia dah ada seorang adik. Adik sebapa lain ibu. Namanya Aida. Sekarang ni baru berumur empat tahun. Comel sangat. AG sayang juga dekat adiknya tu walaupun tak berapa ditunjuknya. Ye lah, hati ibunya harus dijaga juga.

Encik Ghazali pun tak adalah bersikap tak adil. Semuanya sama sahaja. Sebab tu lah dia dan  Puan Hanissa tak terasa sangat. Tak makan dalam sangat. Nasib baiklah kan.

* * *

"Tahniah semua! Pasukan kita menang lagi kali ini. Korang semua main memang mantap. Tak sia-sia apa yang saya ajar. Kapten pasukan kita pun sangat-sangat pandai mengatur permainan. Saya nak kita menang lagi minggu hadapan! Faham?" ujar Coach Fizz.

"Faham!" jerit pemain-pemain itu semua.

Coach Fizz kemudian melangkah meninggalkan mereka. Pemain-pemain yang lain turut beredar dari situ.

Irfan tersenyum lebar. Gembira dengan pencapaian yang dia sampai setakat ini. Bergelar kapten pasukan bola Malaysia dalam Sukan Olimpik memanglah tersangat membanggakan. Teringat bagaimana dia dapat sampai ke peringkat sekarang.

Lepas SPM je, dia ditawarkan untuk menjadi pemain bola peringkat Sukan Olimpik bawah 18 tahun. Dia terima dan bermain bersungguh-sungguh. Sambil-sambil tu dia belajar juga. Dia ambil jurusan engineering. Dan lepastu dia ditawarkan pula untuk menjadi kapten Sukan Olimpik kategori bola sepak. Sungguh dia gembira.

Selain dari pemain Sukan Olimpik, dia turut ditawarkan menjadi pemain bola sepak untuk pasukan Negeri Sembilan. Dia terima. Gaji yang diterimanya cukup lumayan. Alhamdulillah.

Pasal keluarga dia pula, dia memang dah fully dapat terima Puan Tiara dan Tisyah. Oh ye, ahli keluarnya pun dah tambah dua orang. Sorang namanya Taufiq baru berumur 6 tahun dan seorang lagi namanya Izlina berumur 4 tahun. Mereka sangat comel. Sukar untuk dipercayai tapi memang benar. Mereka mampu menghilang penat lelahnya apabila penat bermain bola.

No comments:

Post a Comment