Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, April 19, 2013

Kerana Cinta 14


"Harini kita ada pekerja baru."

Zizan pandang ke arah Johan. Keningnya diangkat meminta Johan mengulangi ayatnya kerana dia tidak berapa dengar.

"Harini ada budak baru masuk kerja. Katanya perempuan," ulang Johan.

Zizan tersengih. Johan ni memang macamtu. Mengorat perempuan memang hobinya. Memang padan namanya dengan kemahirannya. Johan memikat perempuan!

"Tapi aku tak sure pula dia kerja dekat tingkat mana," ujar Johan.

"Ingat sikit Dira kau tu. Karang tak pasal-pasal merajuk pula perempuan tu. Karang siapa susah? Engkau juga," pesan Zizan.

Dira tu kekasih Johan. Dah lama betul diorang couple. Hampir empat tahun. Tapi hubungan diorang tu on off on off. Kejap couple kejap break. Ye lah perempuan mana tahan dengan perangai si Johan tu kan. Tapi apapun Zizan tahu Johan ni memang sayang betul dekat Dira tu.

"Ha'ah kan. Nanti dia merajuk, susah aku," Johan angguk.

Zizan tergelak perlahan.

"Kau dengan si Dira tu bila nak kahwin?" soal Zizan.

"Kalau ikutkan aku hari ni juga aku nak kahwin tapi kau faham-fahamlah perangai si Dira tu kan. Nak stabilkan kerjaya dulu lah, apalah. Karang aku cari lain, dia jugak yang menyesal!" jawab Johan.

"Biar lah. Kau pun muda lagi. Kau pun kena stabilkan kerja kau juga. Nanti siapa nak kasi makan anak orang tu?" pujuk Zizan.

"Ye lah. Eh, kau cakap orang, kau bila lagi?" soal Johan.

Johan hairan juga. Sepanjang dia berkawan dengan Zizan ni, tak pernah pula dia dengar Zizan syok dekat mana-mana perempuan. Perempuan syok dekat dia ada lah!

"Aku muda lagi. Banyak lagi masa. Tunggulah," ujar Zizan.

"Eh budak baru tu lah!" jerit Johan tiba-tiba.

Zizan menggeleng kepala melihat perangai Johan dan dalam masa yang sama dia pandang ke arah yang dilihat Johan. Serta-merta jantungnya berdegup kencang. Wajah itu! Wajah yang sama pernah dilihatnya enam tahun lepas.

Perempuan itu berhenti di hadapan mereka. Bibirnya menguntum senyuman.

"Natalia?"

Johan pandang Zizan.

"Zizan?"

Johan pandang Zizan. Zizan tersenyum. Betul! Tidak dapat dinafikan lagi. Perempuan di hadapannya ini ialah perempuan yang rapat dengan dirinya satu tika dahulu.

"Long time no see! Tak sangka awak dah banyak sangat berubah," ujar Zizan.

Betul. Natalia dah banyak berubah. Natalia yang dahulu dengan Natalia yang sekarang agak berbeza. Natalia yang sekarang kelihatan lebih matang dari dulu. Natalia yang sekarang kelihatan lebih bergaya dari dulu.

"Ye ke? Awak pun apa kurangnya. Dah bertambah kacak," puji Natalia.

Johan angkat tangan. Natalia dan Zizan pandang ke arah Johan.

"Cop! Aku tak faham. Korang saling kenal ke?" soal Johan.

Zizan angguk, "ha'ah. Ni kawan satu sekolah aku dulu. Johan, ni Natalia. Natalia, ni Johan."

Johan dan Natalia berbalas senyuman sebagai tanda perkenalan.

"Eh saya tak boleh lama ni. Nak kena lapor diri dulu. Saya pergi dulu ek?" Natalia meminta diri.

"Eh kejap. Nanti lunch sama-sama nak?" ajak Zizan.

Natalia angguk. Zizan tersenyum. Dan kemudian Natalia melangkah pergi. Zizan hanya memerhatikan sahaja langkah Zizan yang semakin menghilang. Johan siku Zizan.

"Dia ke perempuan tu?" soal Johan.

Zizan angkat kening, "perempuan tu apa?"

"Perempuan yang dalam gambar kelas kau tu. Yang kau bulatkan tu," terang Johan.

Zizan garu kepala. Gambar kelas dia? Mana pula si Johan ni nampak? Ke Johan ni...

"Aku terjumpa dalam almari kau. Waktu tu aku nak pinjam kemeja kau tapi gambar tu pula yang jatuh. Bukan salah aku lah kan. Kau yang suruh aku ambil sendiri dalam almari kan," Johan sengih.

Zizan bulatkan matanya. Johan ni kan.

"Oh jadi si Natalia ni lah yang kau syok tu. Sampai semua perempuan yang nak ngorat kau, kau buat tak tahu je kan. Wah untung lah si Natalia ni! Dapat boyfriend setia macam kau!" usik Johan.

"Mana ada. Kau merepek apa ni Johan? Dahlah, buat kerja tu. Aku tak nak makan gaji buta je," Zizan ubah topik.

Zizan berpura-pura membuat kerja padahal tak pun. Fikirannya masih melayang ke Natalia tadi. Johan hanya tersengih sahaja melihat perangai Zizan tu. Oh baru sekarang dia tahu! Baru sekarang dia jumpa jawapan kenapa si Zizan ni buat dek je dengan perempuan-perempuan yang mengorat dia tu. Sebab si Natalia ni pun lawa orangnya. Macam mat salleh!

* * *

"Jadi apa cerita baru?" soal Zizan sebaik sahaja makanan mereka sampai.

Natalia pandang Zizan. Zizan senyum.

"Lepas habis sekolah, awak buat apa?" soal Zizan lagi.

"Lepas habis sekolah. Dapat result SPM semua, saya sambung belajar dekat UM (Universiti Malaya). Al-maklumlah keputusan saya tak secemerlang keputusan awak. Keputusan saya tak melayakkan diri saya untuk sambung belajar dekat luar negara," cerita Natalia.

"Tapi awak masih belajar dekat UM kan? UM bukan senang nak masuk tau. Dan sekarang awak kerja dekat Petronas. Kira awak ni pandai lah," ujar Zizan.

Natalia angkat bahu, "Alhamdulillah."

Zizan senyum.

"Awak pula macammana?" soal Natalia pula.

"Saya? Saya macamnilah. Tak ada apa-apa yang best pun pasal saya," jawab Zizan.

"Macammana awak dengan Nasha?" soal Natalia.

"Saya dengan Nasha? Kenapa pula saya dengan Nasha?" soal Zizan pelik.

"Nasha kan suka awak," jawab Natalia.

"Macammana awak tahu?" soal Zizan.

"Dulu dia ada cakap dekat saya yang dia suka awak. Merayu-rayu dia minta saya jauhkan diri dari awak," cerita Natalia.

"Oh sebab tu lah awak terus tak nak tegur saya kan?"  Zizan angkat kening.

"Saya kesiankan dia lah. Dia suka dekat awak," ujar Natalia.

"Tapi saya tak suka dia. Sekarang saya dah tahu kenapa awak jauhkan diri dari saya dulu," ujar Zizan. Nada suaranya sedikit tegas.

Natalia telan liur. Aduh, kenapalah dia buka topik pasal Nasha?

"Puas saya cari jawapan kenapa awak jauhkan diri dari saya. Puas saya cari cara nak baik dengan awak balik dulu. Tapi saya tak sangka pula punca dia sebab Nasha," ujar Zizan lagi.

"Zizan.."

Zizan diam. Hati dia sakit sangat. Punyalah risau dia dulu. Punyalah hancur hati dia dulu. Kenapa Natalia tak tahu?

"Saya minta maaf. Awak marahkan saya?" soal Natalia.

"Kalau awak jadi saya?" soalan dibalas soalan.

Natalia mengeluh. Dia tahu itu memang salah dia. Salah dia sebab buat macamtu dekat Zizan. Salah dia sebab jauhkan diri dari Zizan.

* * *

Natalia yang sedang berjalan menuju ke arah kantin dihalang langkahnya. Natalia tersenyum memandang Nasha.

"Kenapa?" soal Natalia.

"Aku ada benda nak cakap sikit," jawab Nasha.

"Cakaplah. Tapi cepat sikit ek. Aku nak makan ni," ujar Natalia sambil membelek jam tangannya.

Nasha tarik nafas dalam dalam dan kemudian hembuskannya perlahan-lahan.

"Boleh tak kau jauhkan diri dari Zizan?" soal Nasha.

Natalia tersentak. Dia pandang Nasha.

"Aku tahu aku tak ada hak untuk suruh kau jauhkan diri dari Zizan. Tapi Natalia, aku sayang dia. Aku sayang dia sangat-sangat. Dan setiap kali bila dia tersenyum dengan kau, hati aku sakit sangat. Sakit macam kena hiris," air mata Nasha tumpah.

"Nasha.."

"Mungkin kau akan cakap aku over atau apa pun tapi aku memang betul-betul dah jatuh cinta dengan dia," ujar Nasha lagi.

"Kenapa kau tak luahkan dekat dia?" soal Natalia.

"Luahkan dekat dia? Aku dah. Dia tolak aku, Natalia. Dia tak suka aku. Perasaan yang aku simpan cuma sia-sia. Tapi tetap, aku tak boleh lupakan dia," jawab Nasha.

Natalia mengeluh.

"Tolonglah Natalia. Aku sayang dia sangat-sangat. Tolonglah jauhkan diri kau dari dia," rayu Nasha lagi.

* * *

Natalia mengeluh. Macammana dia tak jauhkan diri dari Zizan bila dia tahu ada seorang perempuan yang sangat-sangat mencintai Zizan? Dan sanggup merayu kepadanya agar jauhkan diri dari Zizan. Macammana?

"Dia cintakan awak sangat-sangat. Saya tak sampai hati nak tengok dia terluka macamtu," ujar Natalia.

"Habis saya? Natalia, tak pernahkah walau sekalipun awak fikirkan tentang saya?" soal Zizan.

Natalia tersentak. Apa maksud Zizan? Zizan meraup wajahnya berulang-ulang. Dia rasa dah sampai masanya untuk dia luahkan perasaannya. Perasaan yang disimpan selama ini.

"Natalia, saya suka awak. Bukan setakat suka je, saya sayang awak. Saya cintakan awak," luah Zizan akhirnya.

Natalia tersentak lagi.

"Awak nak tahu apa perasaan saya bila awak jauhkan diri dari saya dulu? Saya rasa sangat-sangat sakit dalam hati saya ni. Saya rasa macam ada duri yang cucuk-cucuk hati saya. Sakit sangat sampaikan awak sendiri takkan boleh bayangkan," ujar Zizan lagi.

Natalia bangun dari duduknya. Tanpa sepatah kata, dia melangkah pergi meninggalkan Zizan. Zizan hanya mampu memerhatikan langkah Natalia yang semakin jauh. Tangannya ditekap ke dada. Kenapa sakit sangat? Lebih sakit dari dahulu.

No comments:

Post a Comment