Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, May 17, 2013

Kerana Cinta 15


Roti canai itu dicicah ke dalam kari dan kemudian dimasukkan ke dalam mulutnya. Fuh, sedap betul roti canai mamak ni buat!

            "Kau tak makan ke petang tadi?"

            AG pandang ke arah suara itu. Dia tersengih. Dia lupa di hadapannya kini ada Hani. Jatuh saham!

            "Ha'ah," jawab AG.

            Hani menggeleng-gelengkan kepalanya.

            "Kau ni kot ye pun sibuk, janganlah lupa makan. Nanti kau sakit, siapa yang susah? Kau jugak. Hai, dah banyak kali aku pesan. Takkan lupa kot," bebel Hani.

            "Ala Hani. Petang tadi bukan aku tak makan langsung. Aku ada alas perut dengan roti," AG membela dirinya.

            "Ni cukup ke roti canai je?" soal Hani.

            "Cukuplah," jawab AG.

            "Sepatutnya kau kena gemuk," ujar Hani.

            AG kerut dahi, "kenapa?"

            "Kau kan pemilik AIZ Cafe," ujar Hani.

            "So?" AG masih tidak faham.

            "Tak malu ke orang tengok kau kurus kering macamni sedangkan kau ni pemilik cafe?" usik Hani.

            "Mana ada aku kurus kering. Aku fit lah," sangkal AG.

            Hani gelak. "Fit? Badan macam cicak kubing, ada hati nak cakap fit. Tolonglah."

            "Kau samakan aku dengan cicak kubing, Hani?" AG bulatkan matanya.

            "Memang betul pun," jawab Hani.

            "Sampai hati kau. Ni buat aku merajuk ni," AG buat-buat merajuk.

            Hani gelak.

            "Merajuk konon. Pirahhh!" ujar Hani.

            "Pujuklah aku," pinta AG.

            "Amirul sayang berlian busuk intan payung, tak nak lah merajuk-merajuk," pujuk Hani.

            AG gelak. Hani turut tergelak.

            "Cair aku, Hani," ujar AG.

            "Cair? Masuk lah dalam peti ais. Beku kan balik," seloroh Hani.

            AG gelak lagi.

            "Kau ni kan. Ada-ada je lah," AG geleng-gelengkan kepalanya.

            Hani sengih.

            "Eh, kau bila nak ada boyfriend?" soal AG tiba-tiba.

            "Boyfriend?Macammanalah aku nak ada boyfriend kalau kau asyik berkepit 24 jam dengan aku. Lelaki pun tak berani nak dekat dengan aku," jawab Hani.

            AG tersengih. Memang betul pun. Lepas habis SPM, kebetulan diorang berdua dapat tawaran dekat UiTM. Dan kebetulan lagi, diorang ambil course yang sama. Tu lah diorang rapat sangat. Tapi sebenarnya bukan tak ada orang yang nak dekat Hani, malahan kawan baik dia sendiri minta dia kenen-kenenkan Hani. Tapi sengaja AG tak nak bagitahu Hani. Mana boleh. Hani tu milik dia. Err?

            "Kau?" soal Hani.

            "Kau lah girlfriend aku," jawab AG.

            "Banyaklah kau," ujar Hani.

            "Tak sudi ke? Ala, kau single, aku pun single. Jadi apa salahnya kalau kau jadi girlfriend aku, aku jadi boyfriend kau kan?" ujar AG.

            Hani gelak.

            "Hani, aku serious ni!" bagitahu AG.

            Hani pandang wajah AG yang serious tu. Serta-merta tawanya terhenti. Eh, betulke si AG ni serious?

            "Amirul..."

            "Kita dah kenal lama dah, Hani. Takkan kau tak dapat rasa apa yang aku rasa ni? Aku betul-betul sayangkan kau," luah AG.

            Hani diam seribu bahasa.

            "Hani," panggil AG.

            Hani pandang AG.

            "Aku gurau je lah," AG tergelak.

            Hani mencebik. Hampeh punya AG! Hidup-hidup dia percaya cakap AG. Rupa-rupanya itu cuma satu propaganda. Propaganda untuk mengenakan dia.

            "Dahlah. Jom aku hantar kau balik," ajak AG.

            "Eh, kau pergi bayar dulu. Bak kunci kereta kau," Hani hulurkan tangan.

            AG bagi kunci keretanya kepada Hani.

            "Biar aku yang drive," Hani gelak jahat.

            "Aduh, habis kereta aku nanti!" AG tepuk dahi.

            Hani buat tak peduli. Dia melangkah ke arah kereta AG. Oh, siapa suruh kenakan aku tadi. Sekarang, kita buli balik!

* * *

            AG hempaskan tubuhnya ke atas sofa. Penat betul dia hari ini. Kepalanya dipicit-picit. Agak pening sedikit. Semuanya sebab Hani lah.

            Ada ke patut Hani tekan minyak kereta lepastu tekan brek. Sekejap-sekejap dia buat macamtu. Terjungkit-jungkit dia ke hadapan. Sakit kepala dia. Memanglah lepas ni, dia takkan bagi lagi kunci kereta dekat Hani tu. Tak boleh!

            AG pandang sekeliling. Aduh, sunyinya hidup dia! Tu lah nak sangat pindah kan. Kan dah sunyi duduk rumah sorang-sorang. Harap rumah je bertingkat-tingkat tapi kosong. Nak ajak mak dia tinggal sekali, mak dia tak nak. Katanya sayang nak tinggalkan rumah. Nak cari isteri, Hani tu tak kasi respon baik pula.

            Jadi macamana? Terpaksalah dia tinggal sorang-sorang. Adoi, apa malangnya nasib lah?

No comments:

Post a Comment