Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, May 20, 2013

Kerana Cinta 16


Irfan capai botol air mineral dari tangan Azim. Azim ni goalie untuk pasukan mereka. Sebenarnya diorang berdua ni bukanlah rapat mana pun dulu. Tapi bila Azim tahu Tisyah tu adik Irfan dan Irfan tahu Azim ni kekasih Tisyah, terus hubungan diorang makin rapat. Tapi Irfan tak kisah pun. Dia memang senang dengan Azim ni. Azim ni jenis easy going dan satu kepala dengan dia. Jadi dia tak kisahlah.

            "Ni kenapa kau tak pergi jumpa Tisyah? Selalunya bila tak ada training ataupun match, asyik berkepit je dengan Tisyah," Irfan duduk di sebelah Azim.

            "Dia sibuklah. Tu yang aku teman kau training ni. Kau tak bosan ke training setiap hari?" soal Azim.

            Pelik juga dia dengan si Irfan ni. Setiap hari mesti dia pergi training. Walaupun tak ada latihan dengan Coach, si Irfan ni buat juga latihan sendiri.

            "Mana ada bosan. Football is my passion! Sebab tu lah kau kena pilih kerjaya yang kau minat. Macam aku, aku memang pada dulu gila bola sepak," jawab Irfan.

            "Hai, kesianlah bakal bini kau. Terpaksa bermadu dengan bola sepak," Azim geleng-gelengkan kepalanya.
           
            Irfan angkat bahu, "terimalah aku seadanya."

            Azim gelak. Irfan turut tergelak. Irfan buka kasut bolanya dan masukkan ke dalam beg kecil yang dibawa. Selipar disarungkan ke kaki.

            "Dahlah, aku balik dulu. Jumpa kau lain kali," ujar Irfan.

            Azim angguk. Irfan kemudian melangkah ke arah keretanya untuk pulang ke rumahnya.

* * *

            Irfan sedut minumannya yang sudah tinggal separuh. Dia macam tak percaya je dengan cerita si Zizan ni. Takkanlah si Natalia tu tolak si Zizan. Bukan dulu, Natalia suka dengan Zizan ke?

            "Tipulah. Dia suka kau kot dulu," ujar Irfan.

            Zizan angkat kening, "suka aku?"

            "Laa, kau tak tahu ke?" Irfan kerut dahi.

            Zizan geleng kepala.

            "Nampak sangatlah Zan yang si Natalia tu suka kau dulu. Takkan kau tak sedar selama ni? Tapi sekarang aku tak tahulah sebab aku pun dah lama tak jumpa dia," ujar Irfan.

            Zizan mengeluh. Dia memang tak sedar pun selama ni sebab selama ni pun dia sukakan Natalia tu. Jadi dia tak sedar sama ada Natalia suka dia atau tidak.

            "Irfan, aku rasa aku dah silap. Sepatutnya aku tak payah luahkan perasaan aku dekat dia. Dahlah first day dia kerja haritu. Mesti dia rasa tak selesa nanti," luah Zizan.

            "Tapi mana kau tahu dia tolak kau, Zan? Dia cakap ke yang dia tak suka kau?" soal Irfan.

            Zizan geleng.

            "Habis?" Irfan angkat kening.

            "Lepas aku luahkan semuanya, dia pergi macamtu je tanpa sepatah kata. Dan itu lebih menyakitkan," jawab Zizan.

            Irfan pandang wajah Zizan yang kecewa tu. First time dia nampak wajah Zizan yang kecewa sebab percintaan. Selama ni Zizan bukannya ambil peduli pun pasal love love ni.

            "Irfan, aku tak tahu macammana nak berhadapan dengan dia lepas ni," ujar Zizan lagi.

            "Zan, dia tak cakap apa-apa pun dekat kau. Maknanya, dia tak cakap pun dia tolak kau. Jadi janganlah berfikiran negatif sangat. Mungkin dia cuma terkejut je kau luahkan perasaan kau tu," Irfan memberi semangat.

            Zizan diam.

            "Zizan, aku bukanlah pandai sangat dalam bab cintan-cintun ni tapi aku pernah rasa apa yang kau rasa. Kalau betullah dia tolak kau, aku harap kau move on. Jangan terlalu sedih. Jadi seorang yang tabah," nasihat Irfan.

            "Kau pun pernah?" soal Zizan.

            Irfan angguk.

            "Macammana kau move on?" soal Zizan.

            "Zizan, apa pun boleh tak kau pergi jumpa Natalia tu dulu. Dapatkan jawapan yang pasti. Bila kau dah pasti nanti, baru kau datang jumpa aku. Jadi kau tak perlulah nak emo sangat," Irfan tidak menjawab soalan Zizan.

            Zizan angguk. Dia tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Ya. Dia kena pastikan dulu perasaan Natalia sebelum bertindak apa-apa. Tak guna kalau dia sedih-sedih sekarang.Manalah tahu si Natalia pun suka dia juga.

            "Kau macammana sekarang?" soal Zizan.

            "Macammana apa?" soalan dibalas soalan.

            "Kau punya life lah," jawab Zizan.

            "Biasa je," ujar Irfan.

            "Aku dah lama tak nampak si AG tu. Mana entah dia menghilang," ujar Zizan.

            "Dia sibuk lah tu. Al-maklumlah pemilik AIZ Cafe," Irfan gelak.

            Zizan turut tergelak. Ye lah. Diorang tak sangka pula si AG tu pergi letak nama Cafe dia tu gabungan nama-nama depan diorang. Betul sayang kawan.

            "Sorang pemain bola sepak dan sorang lagi pemilik AIZ Cafe. Bangga betul aku dapat kawan macam korang," bagitahu Zizan.
           
            "Kau pun engineer apa. Study oversea lagi tu," balas Irfan.

            Zizan gelak. Irfan turut tergelak.

            "Aku harap kita kekal sahabat sampai bila-bila," ujar Zizan.

            Irfan angguk. "Amin."

No comments:

Post a Comment