Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, November 6, 2013

Kerana Cinta 17

"Hai Natalia."

            Zizan pandang ke arah Natalia apabila mendengar suara Johan menegur Natalia. Jantung Zizan berdegup kencang. Lima kali ganda dari biasa.

            "Awal nampak," tegur Johan lagi.

            Natalia tersenyum, "Tak seawal orang tu."

            Johan gelak. Kemudian dia pandang Zizan yang diam memerhatikan mereka.

            "Senyap nampak Zizan. Takkan cemburu kot," usik Johan.

            Natalia pandang Zizan. Bila teringat luahan hati Zizan tempoh hari, Natalia jadi malu. Dia terus melangkah ke tempat duduknya yang cuma selang beberapa meja daripada meja Zizan.

            Zizan mengeluh. Johan yang pelik menyiku Zizan.

            "Apa?" Zizan buat-buat tak tahu.

            "Kau gaduh ke dengan dia?" soal Johan.

            "Apa kau merepek ni?" Zizan pandang komputernya.

            "Habis kenapa kau tak tegur dia?" soal Johan lagi.

            "Johan, aku tak nak makan gaji buta. Berdosa," ujar Zizan tanpa menjawab soalan Johan tadi.

            "Betullah tu kau gaduh. Hai, apa nak jadilah. Baru jumpa balik dah bergaduh pula," Johan geleng-gelengkan kepalanya.

            Zizan buat-buat tak dengar. Dia pandang Natalia menggunakan ekor matanya. Dia nampak wajah Natalia yang serba-salah. Dah. Dia akan berterus terang waktu balik nanti. Muktamad.

* * *

            Natalia kemaskan barang-barangnya. Sekarang dah pukul lima setengah. Itu bermakna sudah setengah jam waktu kerjanya tamat.

            "Natalia."

            Natalia pandang ke arah suara itu. Jantungnya berdegup kencang.

            "Boleh kita cakap sekejap tak?" soal Zizan.

            "Saya kena balik awal," Natalia beri alasan.

            "Sekejap je. Bagi saya lima minit," ujar Zizan.

            Natalia akhirnya anggukkan kepala.

            "Jom," ajak Zizan.

            Natalia kerut dahi, "pergi mana?"

            "Takkan nak cakap dekat sini kot. Kita masuk kereta saya," ujar Zizan.

            Natalia menurut. Lalu mereka berdua berkemas-kemas dan pergi ke kereta Zizan.

* * *

            "Saya minta maaf," ujar Zizan.

            Natalia pandang Zizan.

            "Saya tahu mesti awak terkejut. Ye lah, tiba-tiba je saya luahkan perasaan saya. Tapi awak tak boleh buat saya macamtu. Awak tak boleh tinggalkan saya tanpa sepatah kata. Awak tak boleh buat saya tertanya-tanya macamtu. Jadi saya nak jawapan. Kalau awak tak suka saya, awak cakap dengan saya. Saya tak kisah. Saya akan terima," ujar Zizan panjang lebar.

            Natalia terdiam. Apa dia nak jawab?

            Dua minit keadaan mereka sunyi. Zizan mengeluh.

            "Susah sangat ke awak nak jawab soalan saya ni?" soal Zizan.

            Natalia diam lagi. Zizan mengeluh.

            "Awak memang nak siksa hati saya kan?  Awak memang nak buat saya tertanya-tanya kan? Natalia, tolonglah. Awak membisu macamni lebih menyakitkan saya daripada awak tolak saya," ujar Zizan lagi.

            Natalia masih diam. Zizan mengeluh untuk kesekian kalinya. Hati dia pedih sangat sekarang ni. Kenapalah Natalia tak pernah nak faham dia. Kenapa?

* * *

            Zizan baring. Sungguh. Dia rasa sangat-sangat tertekan. Betul, dia tak tipu. Mungkin macamnilah apa yang Irfan rasa dahulu waktu Lili menghilangkan diri. Sakit yang dia rasa sekarang tak sesakit dahulu. Dahulu walaupun terpaksa berjauhan dengan Natalia, dia tak rasa sakit sebegini.

            Mungkin betul cakap orang. Penyakit yang paling sakit adalah putus cinta. Tapi dia putus cinta ke? Dia hanyalah cinta tak terbalas. Tapi lebih kuranglah. Yang penting, hati dia sakit. Hati dia berkecai sebab perempuan. Itu dia pasti.

            Pintu biliknya diketuk dari luar.

            "Abang! Kawan abang datang," kata suara di sebalik pintu itu.

            Zizan bangun dari baringnya. Dia melangkah ke arah pintu dan buka pintu tersebut.

            "Siapa?" soal Zizan.

            "Abang AG," jawab Zila.

            "Abang AG? Dia datang?" soal Zizan tidak percaya.

            "Dengan abang Irfan sekali," kata Zila lagi.

            "Oh. Suruh diorang tunggu. Abang tukar baju kejap," ujar Zizan.

            Zila angguk. Zizan tutup pintu dan bersiap ringkas.

            Tiga minit kemudian, Zizan turun.

            "Mana diorang?" soal Zizan.

            "Dekat luar. Zila dah ajak diorang masuk tapi diorang yang tak nak," jawab Zila sekali dengan advance answer. Dah tahu nanti mesti Zizan nak tanya kenapa tak ajak diorang masuk.

            Zizan angguk dan melangkah keluar. Ke arah Irfan dan AG.

            "Hoi," Zizan tepuk bahu AG dan Irfan.

            AG dan Irfan pandang Zizan. Diorang senyum.

            "Jom lepak taman nak? Lama tak lepak sana. Rindu betul," ajak AG.

            Irfan angguk. Diorang bertiga berjalan ke taman sambil berborak-borak.

            "Lama tak nampak kau AG? Sibuk sangat ke?" soal Zizan.

            "Sibuk lah jugak. Ala, korang datanglah rumah aku sekali-sekala. Sejak aku pindah, korang tak pernah pun datang rumah aku. Sedih aku," AG berdrama.

            "Choii! Gaya kau cakap macam kau dah lama benar pindah. Padahal tak sampai dua bulan pun kan. Entah-entah barang pun tak complete lagi," ujar Irfan.

            AG tersengih. Memang pun. Selama ni dia asyik ulang-alik dari sini ke K.L. Ala, Seremban dengan K.L tak ada la jauh mana pun sebenarnya. Tapi mak dia yang beria-ia suruh dia beli rumah dekat KL. Jadi dia pun beli lah.

            "Datanglah rumah aku," ajak AG.

            "Raya nanti," Irfan gelak.

            "Kau tu Fan, bila ada perlawanan dekat Stadium Bukit Jalil tu, apalah salahnya kau stay rumah aku. Tidur rumah aku. Tak payah kau nak jauh-jauh balik sini," ujar AG.

            "Lah, boleh ke?" soal Irfan.

            AG ketuk kepala Irfan.
           
            "Mestilah boleh. Apa punya soalan daa?" AG geleng kepala.
           
            "Tak cakap awal-awal. Lain kali aku tidur rumah kau je lah bila ada game dekat Bukit Jalil," ujar Irfan.

            "Kedatangan anda sangat dialu-alukan. Tapi jangan lupa call dulu," ujar AG.

            Irfan angguk.

            "Zan kau kerja dekat Shah Alam kan?" soal AG.

            Zizan angguk.

            "Tak jauh ke ulang-alik?" soal AG lagi.

            "Duit minyak company yang bayar. Jadi tak kisah lah," Zizan gelak.

            "Choii!" Irfan turut tergelak.

            "Tinggallah dengan aku," ajak AG.

            "Tinggal dengan kau? Tak nak lah aku. Nanti orang fikir kita gay pulak," seloroh Zizan.

            AG tampar bahu Zizan. Siut je. Ada ke cakap macamtu?

            "Tak ada maknanya," ujar AG.

            "Aku bukan tak nak, AG. Tapi aku nak luangkan masa dengan adik-adik aku tu. Kau tahu kan, aku dengan diorang dah lama terpisah. Sekarang ni barulah kitorang nak bermesra," ujar Zizan.

            Diorang dah sampai pun dekat taman. Diornag duduk dekat tempat biasa.

            "Tapi kau jangan risau. Nanti bila si Irfan ni nak tidur sana, kau cakap dengan aku. Aku pun datang rumah kau. Tidur rumah kau. Set?" Zizan angkat kening.

            "Ye lah," jawab AG.

            "Aku rindu nak main bola dekat sini lah," Irfan tukar topik.

            "Eleh. Sekarang ni kau main dekat macam-macam padang. Sampai dekat luar negara lagi tu. Bertuah lah kau, Fan. Dapat kerjaya yang kau idam-idamkan," puji Zizan.

            "Sebab aku tak sehebat kau lah, aku dapat jadi pemain bola. Kalau aku sehebat kau, mestilah aku jadi macam kau," ujar Irfan.

            "Susah nak sampai ke tahap kau, Fan. Gaji kau je dah dua tiga kali ganda dari gaji aku. Untunglah kau pandai bersukan. Kau ada bakat dalam sukan," ujar Zizan lagi.

            "Mungkin aku pandai sukan. Tapi kau pula pandai dari segi akademik. Dan AG pula, jangan cakap lah. Dah ada 3 cafe," ujar Irfan.

            "Lain orang lain bakatnya. Yang penting usaha. Sebab di mana ada jalan, di situ ada highway!" ujar AG.

            Irfan dan Zizan angguk setuju.

            "Nanti kan ada friendly match dengan Man Utd., Chelsea, Arsenal, dengan Liverpool. Korang datanglah. Tak payah beli tiket. Aku kasi V.I.P  pass punya. Nak?" ajak Irfan.

            "Serious?" soal AG dan Zizan hampir serentak.

            "Double serious! Nak tak?" soal Irfan.

            "Mestilah nak. Rugi tak nak. Tapi bila? Tak ada pun keluar berita?" soal AG.

            "Minggu depan kot keluar berita. Match tu lambat lagi. Dua bulan lagi. Tapi aku mestilah tahu awal kan. Tapi korang jangan bagitahu orang lain pula. Ni rahsia kita-kita je," ujar Irfan.

            "Ye lah Irfan hoi," ujar Zizan.

            "Eh Fan, nanti dapat tak tandatangan Drogba?" soal AG.

            "Entah. Tengok keadaan lah. Kalau diorang tak sibuk, kau boleh lah jumpa dia," ujar Irfan.

            "Kau tak teruja ke nak lawan dengan diorang? Antarabangsa tu wei," tanya Zizan.

            "Teruja? Mestilah. Gila kau tak teruja. Tapi apapun, aku takut juga. Aku kena pastikan Malaysia jaringkan gol. Mungkin untuk kalahkan diorang tu macam mustahil. Tapi at least, kitorang kena jaringkan gol. Untuk buktikan Malaysia juga mampu. Tapi kalau dapat kalahkan diorang, itu satu perkara yang amat dibanggakan!" ujar Irfan panjang lebar.

            Zizan dan AG anggukkan kepala diorang. Si Irfan ni kalau cakap pasal bola semangat betul.

            "Eh Zan, kau dengan Natalia macammana?" soal Irfan tiba-tiba.

            "Kau dengan Natalia?" AG blur.

            "Tu lah kau AG. Asyik sibuk je kerja sampai tak tahu hal semasa," perli Irfan.

            "Ceritalah. Macammana kau jumpa dengan Natalia balik?" soal AG tanpa mempedulikan perlian Irfan tu.

            "Irfan, kau ceritalah," suruh Zizan.

            Irfan angguk.

            "Macamni ceritanya. Si Natalia tu satu tempat kerja dengan Zizan. Dan Zizan luahkan perasaan dia dekat si Natalia tu. Tapi si Natalia tak kasi apa-apa respon. Tak tolak dan tak juga terima. Dia cuma mendiamkan diri," cerita Irfan.

            "Oh. Habistu apa jadi?" soal AG.

            "Aku suruh lah dia ni pergi minta kepastian. Jadi Zan, dia cakap apa?" soal Irfan.

            Zizan mengeluh. "Aku tanya dia tadi. Dia diam. Dia tak jawab apa-apa."

            "Diam lagi? Bisu ke apa si Natalia tu?" Irfan gelengkan kepalanya.

            Zizan pandang Irfan. Irfan ni memang pada dulu lagi tak reti nak serious! Benci betul.

            "Aku gurau je lah. Janganlah marah," ujar Irfan.

            "Kau bagilah dia masa," ujar AG.

            "Berapa lama? Dah lama sangat aku tunggu dia, AG. Lama sangat," Zizan mengeluh lagi.

            "Aku tahu dia suka kau juga. Nampak sangat kot waktu sekolah dulu. Kau jangan risau," AG bagi kata semangat.
           
            "Kan? Nampak sangat si Natalia tu suka Zizan dulu," sampuk Irfan.

            "Kalau betul apa yang korang cakap pun, itu dulu. Tujuh tahun yang lepas. Dan dalam masa tujuh tahun macam-macam boleh jadi. Orang pun boleh berubah. Inikan lagi perasaan," ujar Zizan.

            "Tapi perasaan kau pada dia tak berubah kan?" duga AG.

            Zizan angguk. "Tapi Natalia kita tak tahu."

            "Sebab kau tak tahulah, kau kena cari sampai tahu. Kau jangan menyerah. Kau cuba dan cuba sampai dia sendiri yang akan meluahkan perasaan dia kepada kau," ujar AG.

            Zizan angguk, "tapi macammana?"


            AG tersenyum pandang Zizan. Zizan dengan Irfan saling berpandangan dan kemudian pandang AG kembali. Agak-agak apa yang bermain di fikiran AG ye?

No comments:

Post a Comment