Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, November 7, 2013

Kerana Cinta 18

"Lawa harini Nat," sapa Johan.

            Natalia pandang Johan. Dia tersenyum. Johan ni memang ramah betul. Setiap hari mesti nak tegur dia punya.

            "Orang tu pun apa kurangnya," balas Natalia.

            Johan hanya tersengih. Natalia pandang ke arah Zizan yang langsung tidak memandang ke arahnya. Natalia sedikit terasa tapi mungkin memang salah dia.

            Natalia melangkah ke arah tempatnya. Dia sedikit terkejut apabila melihat ada sejambak bunga ros merah di mejanya.

            "Untunglah. Baru kerja berapa hari dah dapat bunga," tegur Kak Atie, wanita berumur pertengahan 30-an yang mempunyai 3 orang anak itu.

            "Siapa bagi ni kak?" soal Natalia.

            Kak Atie angkat bahu, "entahlah Nat. Akak masuk-masuk je bunga tu memang dah ada dekat meja Nat."

            Natalia angguk. Dia duduk di kerusinya. Bunga itu dicapai dan dibau. Harum sungguh baunya! Di dalam jambangan bunga itu ada kad. Natalia tarik kad berbentuk hati itu keluar. Natalia buka dan baca isi kandungannya.

Saya akan tunggu jawapan awak.
-Zizan-

            Natalia tersentak. Perlahan-lahan dia pandang ke arah Zizan. Dan dia nampak Zizan kenyitkan matanya kepada dia. Cepat-cepat Natalia alihkan wajahnya. Terasa darah menyerbu ke wajahnya. Malu!

* * *

            "Hoi, kau apahal?" Irfan berlari ke arah seorang lelaki yang cuba memukul seorang perempuan.

            Lelaki itu pandang Irfan.
           
            "Kau yang apahal? Kau siapa nak masuk campur hal aku?" balas lelaki itu.

            Perempuan itu berselindung di belakang badan Irfan.

            "Aku memang tak suka masuk campur hal orang lain. Tapi dah kau tu yang nak pukul perempuan, tu aku terpaksa masuk campur. Tanggungjawab aku sebagai seorang lelaki untuk melindungi wanita. Kau tu bukan sahaja tak jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang lelaki malahan kau sanggup pukul seorang perempuan. Tak ada hati perut ke apa ha?!" bebel Irfan.

            "Lu bikin gua panas je lah, bro!"

            Lelaki itu cuba menumbuk Irfan tetapi Irfan pantas mengelak. Kemudian Irfan sepak alat sulit lelaki itu dan kemudian tumbuk perut lelaki itu. Lelaki itu mengaduh kesakitan.

            "Fiya, kau jangan ingat kau boleh terlepas. Kau tunggu je lah nanti!" lelaki itu beri amaran kepada perempuan di belakang Irfan itu.

            Kemudian lelaki itu pergi. Irfan pandang perempuan di belakangnya itu.

            "Lain kali, kalau lelaki nak pukul. Kau sepak je alat sulit dia. Itu je kelemahan seorang lelaki. Takkan kau langsung tak tahu nak pertahankan diri kot," ujar Irfan.

            Perempuan itu tunduk pandang lantai.

            "Tapi laki tu siapa? Kau kenal dia ke? Suka-suka hati je nak pukul kau," soal Irfan.

            Air mata yang ditahan-tahan tadi akhirnya mengalir juga. Irfan agak terkejut. Aduh, apa dia nak buat ni? Kenapalah perempuan ni menangis pula? Dia salah bagi soalan ke tadi? Aduyai.

* * *

            "Nama dia Ray," Fiya memulakan cerita.

            Irfan pandang Fiya. Entah kenapa dia berminat pula mahu mendengar cerita Fiya ni. Macam ada sesuatu yang membuatkan dia rasa dia harus tolong perempuan yang hanya dikenali sebagai Fiya ni.

            "Dia kekasih saya. Dah setahun kitorang bersama. Saya sama sekali tak sangka perangai dia macamni. Saya tak sangka dia seorang kaki pukul. Kalau saya tahu, saya takkan sesekali jatuh cinta dengan dia," air mata Fiya menitis.

            Irfan hulurkan tisu kepada Fiya. Fiya sambut tisu itu dan kesat air matanya.

            "Dua tiga minggu yang lepas, perangai dia mula lain. Dia selalu kata benda lucah dekat saya. Bila saya tegur, dia marah-marah saya. Ada tu dia ajak saya buat benda terkutuk tu, tapi saya tak nak sebab saya tahu perbuatan tu berdosa besar. Lepastu dia belasah saya cukup-cukup. Dan tadi pun sama," cerita Fiya.

            Irfan menggeleng kepalanya perlahan. Apa nak jadilah dengan anak-anak remaja sekarang? Sudah rosak akhlaknya.

            "Kenapa kau tak tinggalkan dia?" soal Irfan.

            "Saya cintakan dia," jawab Fiya.

            Irfan angkat kening, "cinta? Walaupun dia pukul kau? Walaupun dia ajak kau melalukan perkara terkutuk tu? Kau masih cintakan lelaki seperti tu?"

            Fiya tunduk. Tidak menjawab soalan Irfan.

            "Jangan jadi bodohlah. Ramai lagi lelaki dekat luar sana. Tak perlu kau nak sakitkan badan kau dipukul lelaki tu," nasihat Irfan.

            "Dia ugut saya," ujar Fiya akhirnya.

            "Ugut apa?" soal Irfan.

            "Dia kata kalau saya tinggalkan dia, dia akan bunuh saya," jawab Fiya.

            Irfan menggeleng kepalanya. Apa ni? Cinta sampai nak bunuh-bunuh ni?

            "Kau report lah polis," ujar Irfan.

            "Saya takut," luah Fiya.

            "Kenapa perlu takut?" soal Irfan.

            "Saya cuma rasa takut. Saya dekat dunia ni cuma seorang diri. Ibu bapa saya dah lama meninggal. Dan saya ni anak tunggal. Yang saya ada hanyalah pak cik dan mak cik saya. Itupun mereka langsung tidak ambil peduli tentang saya," luah Fiya lagi.

            Irfan lemparkan senyuman.

            "Kau tak payah takut. Aku ada. Aku akan lindungi kau," ujar Irfan.

            Fiya pandang Irfan. Terpana dengan kata-kata Irfan itu. Irfan hanya berlagak selamba. Entah kenapa dia rasa kasihan dengan Fiya ni. Dia rasa dia patut lindungi Fiya ni. Dia rasa dia harus jaga Fiya ni.

* * *

            "Dah, kau tak payah nak risau lagi. Kita dah report polis kan. Kalau lelaki tu cuba nak apa-apakan kau, kau telefon aku. Okay?" soal Irfan setelah keretanya diberhentikan betul-betul di hadapan apartmen Fiya.

            Fiya angguk. "Terima kasih, Irfan."

            Irfan tersenyum.

            "Irfan," panggil Fiya.

            "Hmm.."

            Fiya telan liur.

            "Kenapa awak tolong saya?" soal Fiya.

            Irfan tersenyum lagi, "dah menjadi tanggungjawab aku sebagai seorang lelaki untuk melindungi seorang wanita."

            Fiya turut tersenyum.

            "Saya tak sangka pemain bola sepak terkenal macam awak sanggup tolong orang macam saya. Sanggup luangkan masa membantu saya," ujar Fiya terharu.

            "Pemain bola pun manusia biasa juga. Alhamdulillah, saya masih ada perasaan belas kasihan," balas Irfan.

            "Maaf kalau saya menyusahkan awak," ujar Fiya lagi.

            "Tak ada apa lah. Dahlah, awak tak payah nak fikir banyak-banyak. Awak rehatkan fikiran awak tu," pesan Irfan.

            Fiya angguk. "Terima kasih lagi sekali."

            Fiya buka pintu kereta dan keluar. Irfan kemudian memandu pulang apabila dipastikan Fiya sudahpun hilang dari pandangan matanya.

* * *

            Irfan baring di atas tilamnya. Penat betul dia harini. Pagi tadi dia ada latihan bola. Lepastu bila dia nak balik sahaja, dia terserempak pula dengan perempuan yang hampir dipukul. Nasib baik dia cepat. Kalau tidak, entah apalah yang akan terjadi kepada perempuan itu.

            Fiya. Entah kenapa nama itu melekat di fikirannya. Entah kenapa, dia beria-ia hendak menolong perempuan itu. Dia rasa kasihan sangat melihat perempuan itu. Lelaki jenis apakah yang sanggup memukul perempuan? Lelaki jenis apakah yang sanggup mengajak perempuan melakukan kemungkaran?

            Bukankah sepatutnya tugas seorang lelaki itu melindungi perempuan? Tetapi kenapa ada yang tega untuk memukul perempuan? Menzalimi perempuan?

            Irfan menggeleng kepalanya. Ya. Dia harus melindungi Fiya. Sentiasa melindunginya

No comments:

Post a Comment