Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, November 8, 2013

Kerana Cinta 19

"Hani, nanti teman aku pergi dinner nak?" ajak AG.

            Hani pandang AG lima saat. Keningnya diangkat tinggi.

            "Aku?" Hani inginkan kepastian.

            "Ye lah. Aku dengan kau je dekat sini. Dan dah terang lagi bersuluh aku sebut nama kau, Hani hoi Hani," ujar AG.

            Hani tersengih.

            "Manalah tahu kan. Ada Hani lain dekat belakang aku," seloroh Hani.

            Hani suapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Sedap betul nasi goreng AIZ Cafe ni. Memang nasi goreng A1 lah.

            "Nak ikut tak?" ajak AG lagi apabila tiada respon dari Hani.

            "Ajaklah awek kau. Aku seganlah," tolak Hani.

            "Kaulah awek aku. Aku mana ada awek lain," ujar AG.

            Hani diam.

            "Ala, please lah Hani. Takkan nanti aku nak datang sorang je. Dahlah aku ni boss. Buat malu je kalau aku datang sorang. Hani, please?" AG buat muka kesian.

            "Yelah. Aku ikut," Hani bagi persetujuan.

            AG sengih. "That's great! Jom!"

            Hani kerut dahi, "pergi mana?"

            "Pergi mana kau tanya? Pergi cari baju lah apa lagi. Takkan nanti aku pakai colour lain kau pakai colour lain. Mestilah nak sedondon. Baru nampak bagai pinang dibelah dua nanti," ujar AG.

            "Membazir je kau ni. Kau cakap je lah baju colour apa kau nak pakai, nanti aku cari dekat rumah," Hani bagi alasan.

            "Dah tak payah nak mengada-ngada. Ikut je lah. Apalah salahnya aku nak belanja kau baju baru? Cepat habiskan nasi goreng tu," paksa AG.

            "Ya lah Ya lah," akhirnya Hani setuju.

            AG tersenyum lebar. Berjaya juga dia buat Hani setuju. Yes!

* * *

            Hani duduk di atas kerusi yang disediakan di shopping mall itu. Penat betul dia berjalan sana sini. AG kata nak beli baju je. Tapi ini bukan setakat baju je. Semuanya dia beli. Baju, kasut, tudung, beg tangan dan segala aksesori. Penat memang tak payah cakaplah. Empat jam dia dekat shopping mall tu. Keluar kedai sana masuk kedai sini. Penat!

            "Air?" AG hulurkan minuman kepada Hani.
           
            Hani sambut air yang dihulur AG itu. AG duduk di sebelah Hani.

            "Penat ke?" soal AG.

            "Jangan tanya soalan bodoh, boleh tak?" Hani tunjukkan wajah bengis.

            AG gelak. Hani menjeling.
           
            "Sorry. Tapi aku akan pastikan kau akan rasa berbaloi dengan penat lelah kau harini," AG kenyitkan matanya.

            Hani angkat kening, "kenapa pula aku kena rasa berbaloi? Sedap sangat ke makanan yang dia hidangkan?"

            AG gelak lagi, "makanan memang gerenti lah sedap. Dah nama pun AIZ Cafe kan?"

            "Jadi apa sebab yang aku kena rasa berbaloi? Cuba kau cerita sikit," suruh Hani.

            "Mana boleh bagitahu. Tak suprise lah nanti," ujar AG.

            "Nak main suprise suprise pulak dengan aku. Okay tak apa, kita tengok nanti berbaloi tak suprise kau dengan penat aku ni," ujar Hani.

            "We'll see about that," balas AG.

            AG tersenyum penuh makna. Haraplah suprise untuk Hani itu akan berjaya nanti. Sebab segalanya akan berubah pada hari itu. Suprise apakah itu? Jeng Jeng Jeng...

* * *

            Irfan kunci keretanya. Dia berlari naik ke apartmen Fiya. Lepas dia dapat phonecall dari Fiya mengatakan Ray datang ke rumahnya dan tengah mengamuk, terus sahaja dia bergegas ke sini. Dia tinggalkan latihan bola dia. Apapun, Fiya lebih penting. Dia tak nak apa-apa yang buruk berlaku.

            Irfan buka pintu rumah Fiya yang tidak berkunci itu. Terkejut dia melihat semua barang-barang milik Fiya berselerak. Irfan terus berlari ke arah bilik utama. Pintu ditendang sekuat hati. Dia nampak Ray cuba membuat perkara yang tidak senonoh kepada Fiya.

            Segera Irfan tarik Ray. Penumbuknya dikepal dan ditumbuknya muka Ray.

            "Kurang ajar kau!" marah Irfan.

            Pergelutan berlaku di situ. Sekejap Irfan tumbuk Ray, sekejap Ray tumbuk Irfan.

            "Kau jangan sibuk hal aku! Hal ni langsung tak ada kena-mengena dengan kau! Ini antara aku dengan dia!" jerit Ray.

            Irfan dah geram. Dia sepak Ray sekuat-kuat hatinya seperti dia sepak bola. Mungkin dia tak hebat dalam ilmu mempertahankan diri tapi dia ni pemain bola sepak. Kaki dia kuat. Jadi kalau dia tendang, memang berbisa.

            Ray tersungkur. Irfan sepak lagi sekali Ray.

            "Engkau ni lelaki jenis apa ha?" tengking Irfan.

            Irfan tarik kolar baju Ray.

            "Kau manusia atau setan ha?" tengking Irfan lagi.

            Irfan campak Ray lagi sekali dan tendang Ray lagi. Dalam masa yang sama, polis pun tiba.

* * *

            "Kau tak apa-apa?" soal Irfan.

            Fiya kesat air matanya yang masih lagi mengalir deras. Macammana dia nak berhenti menangis apabila mahkotanya hampir sahaja dirampas tadi? Nasib baik Irfan cepat, kalau tidak entah apa yang akan terjadi pada dirinya.

            "Saya takut," balas Fiya.

            Irfan pandang Fiya sekilas. Memang dia kasihan melihat Fiya. Habis lebam-lebam wajahnya. Tak tengok lagi badannya. Entah macammana teruk Ray tak guna tu belasah Fiya ni pun, dia tak tahu.

            "Kenapa?" soal Irfan.
           
            "Saya tak nak balik rumah. Saya takut dia datang. Saya tak boleh balik rumah. Saya tak boleh," Fiya teresak-esak menangis.

            "Dia kan dah kena tangkap," pujuk Irfan.

            "Saya tak nak, Irfan. Setiap penjuru rumah tu mengingatkan saya kepada peristiwa tadi. Saya tak boleh. Saya takut," ujar Fiya.

            "Rumah sedara kau dekat mana?" soal Irfan.

            "Saya tak nak pergi rumah diorang. Diorang tak pernah pedulikan saya. Sekalipun diorang tak pernah ambil tahu pasal saya. Bagi diorang, saya ni menyusahkan," Fiya kesat air matanya lagi.

            "Habis?" soal Irfan.

            Fiya angkat bahu. Dia sendiri tak tahu mana dia harus tinggal.

            Irfan mengeluh. Nampaknya hanya satu tempat je lah yang boleh dia hantar si Fiya ni.

* * *

            "Ni bilik awak. Buat sementara waktu ni, awak tinggallah sini dulu. Saya rasa ni je tempat yang selamat untuk awak sementara kes awak tengah berlangsung," ujar Irfan.

            Fiya terharu dengan kebaikan Irfan. Tak sangka ada lagi orang sebaik Irfan pada dunia sekarang.

            "Dah, tak payah menangis lagi. Awak mandi dulu dan tenangkan fikiran awak. Nanti saya suruh Tisyah hantarkan pakaian dekat awak," ujar Irfan.

            "Awak baik sangat dengan saya. Saya tak tahu macammana nak balas budi awak," balas Fiya.

            Irfan tersenyum nipis.

            "Kita ni manusia, Fiya. Mungkin hari ni hari awak. Manalah tahu esok hari saya pulak kan?" ujar Irfan.

            Fiya angguk.

            "Dah, awak masuklah dulu. Berehat," ujar Irfan.

            Irfan berlalu meninggalkan Fiya. Irfan ke ruang tamu. Seluruh keluarganya ada di situ. Sedang duduk. Menunggu penjelasan darinya.

            "Apa dah jadi ni Irfan?" soal Encik Iqram.

            Irfan duduk di sofa.
           
            "Dia kena pukul dengan teman lelaki dia. Dan hampir dirogol. Nasib baik Irfan cepat datang, kalau tidak tak tahu apa nasib dia. Kesian dekat dia, ayah. Irfan harap ayah, mak cik, dengan Tisyah boleh terima dia," ujar Irfan.

            "Lelaki jenis apalah yang sanggup pukul perempuan sampai macamtu sekali?" Puan Tiara geleng-gelengkan kepalanya.

            "Biarlah dia tinggal dengan kita sampai kes dia selesai. Dia masih lagi trauma tu. Dia takut nak balik dekat rumah dia. Hidup dia pun sebatang kara. Dia tak ada tempat nak tuju lagi dah," ujar Irfan.

            Puan Tiara angguk-anggukkan kepalanya.

            "Tisyah, boleh tak bagi dia pinjam pakaian kau harini?" soal Irfan.

            "Mestilah boleh," jawab Tisyah.

            "Terima kasih, Tisyah," ucap Irfan.


            Irfan bersyukur sebab keluarganya terima Fiya tu. Kalau tidak, entah di mana dia nak bawa si Fiya ni nanti.

No comments:

Post a Comment