"Macammana okay tak tinggal dekat rumah aku?" soal Irfan.
Fiya
pandang Irfan. Bibirnya menguntum senyuman.
"Okay. Keluarga awak layan saya baik.
Saya betul-betul terharu," jawab Fiya.
Irfan
tersenyum.
"Dah
siap belum?" soal Irfan.
Fiya
zip begnya. Dia anggukkan kepala.
"Dah.
Jom?" ajak Fiya.
Irfan
angguk. Lalu mereka berdua melangkah keluar dari apartmen Fiya.
Tadi
diorang pergi balai polis untuk kes si Fiya ni. Lepastu diorang singgah
apartmen Fiya nak ambil barang-barang keperluan Fiya.
Irfan
hidupkan enjin kereta. Tali pinggang keledar dipakai dan dia mula memandu.
"Nak
singgah mana-mana?" soal Irfan.
Fiya
geleng kepalanya.
"Kau
ni masih study lagi ke?" soal Irfan.
"Tak.
Baru habis," jawab Fiya.
Irfan
angguk.
"Kau
ambil jurusan apa dulu?" soal Irfan lagi.
"Secretary," jawab Fiya.
"Wah.
Boleh jadi P.A aku ni," seloroh
Irfan.
Fiya
tergelak.
"Tapi
tu kalau aku jadi artis lah," tambah Irfan.
"Pemain
bola sepak zaman sekarang ni pun dah macam artis. Sekejap keluar berita sana
sekejap keluar tv sini," ujar Fiya.
Irfan
gelak. Betul juga. Pemain bola sepak sekarang ni tahap popular dia,
kadang-kadang melebihi tahap popular seorang penyanyi. Malatopz you all.
"Nanti
bila aku dah popular sampai tahap tu, aku panggil kau jadi P.A aku ek?" soal Irfan.
Fiya
angguk, "boleh je."
"Free tau!" ujar Irfan.
"No problem boss!" Fiya angguk.
Irfan
gelak. Dia senang berbual dengan Fiya. Fiya ni sebenarnya jenis yang senang
berbual. Cuma mungkin disebabkan kesnya, Fiya jadi murung waktu pertama kali
dia berjumpa dengan gadis itu.
*
* *
Natalia
duduk di kerusinya. Sekotak Cadbury Gold berbentuk
hati di atas mejanya dicapai. Dia tarik kad yang tertampai di atas bekas
tersebut. Kad dibuka dan dibaca.
Eat me. And you will eat my heart.
-Zizan-
Natalia
pandang Zizan. Sekali lagi Zizan kenyitkan matanya ke arah Natalia. Natalia
cepat-cepat tunduk. Malu lah!
*
* *
"Kau
buat apa dengan si Natalia tu?"
Zizan
pandang Johan. Keningnya diangkat tinggi.
"Aku
buat apa?"
"Macam
aku tak nampak apa kau buat tadi."
Zizan
gelak.
"Mata
kau ni macam mata burung hantu. Tajam betul!" usik Zizan.
"Johan
kan. Eh, kau still tak dapat lagi ke
Natalia tu?" soal Johan.
"Entahlah
Johan," jawab Zizan.
"Kau
ni kan. Lambat betul. Bro, baik kau
cepat ngorat dia. Kalau tidak, kau sendiri yang akan melepas. Aku dengar cerita
dia ada secret admire tau,"
bagitahu Johan.
"Secret admire? Siapa?" soal Zizan.
"Nama
pun secret admire. Memang secret habis lah," jawab Johan.
Zizan
tersengih. Betul jugak kan.
"Tapi
mana kau tahu?" soal Zizan.
"Lah,
kau tak nampak ke dia selalu dapat hadiah. Sekejap coklat lah, sekejap bunga
lah, sekejap teddy bear lah. Romantik
betul. Rugi kau kalau lambat, Zan. Melepas kau
nanti," ujar Johan.
Zizan
tahan gelak. Dialah secret admire tu.
Hisyh, tak ada orang lain ke yang pernah baca kad yang dia kasi tu? Kan dia ada
tulis nama dalam kad tu. Betul pandai Natalia jaga barang.
"Aku
nasihat kau tak nak dengar. Dah melepas nanti, baru padan muka," ujar
Johan.
"Ye
lah Johan. Aku dengar nasihat kau tu," balas Zizan.
"Apa
lagi kau tunggu? Pergilah bagitahu dekat dia," suruh Johan.
Zizan
kerut dahi, "bagitahu apa?"
Johan
tepuk dahinya, "bagitahulah yang kau suka dia! Lembab lah kau ni!"
"Nantilah.
Sekarang ni waktu kerja lah. Dah, aku nak sambung kerja. Tak nak aku makan gaji
buta. Duit haram tu wei," Zizan kembali fokuskan kepada kerjanya.
Johan
mengeluh melihat Zizan. Zizan ni memang terhegeh-hegeh betul. Karang dah
melepas baru nak menyesal. Waktu tu, dah tak ada guna lagi. Bak kata pepatah,
sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak ada guna lagi. Cewah siap
berperibahasa lagi tu.
*
* *
"Abang,
Taufiq bosanlah," Taufiq duduk di sebelah Irfan yang sedang menonton
televisyen.
Irfan
pandang Taufiq, adiknya yang berumur enam tahun. Umur je enam tahun tapi cakap
mengalahkan orang dewasa.
"Macammana
abang nak hilangkan kebosanan Taufiq tu?" soal Irfan.
"Kita
pergi jalan-jalan nak?" ajak Taufiq.
Irfan
kerut dahi, "nak pergi mana?"
"Kita
pergi City Park," ajak Taufiq.
Irfan
diam.
"Ala,
jomlah bang," pujuk Taufiq.
"Okay. Taufiq pergi siap. Ajak Ina sekali
tau," ujar Irfan.
"Ina
tidurlah, bang," bagitahu Taufiq.
"Kalau
macamtu, Taufiq pergi siap cepat," suruh Irfan.
Taufiq
berlari-lari naik ke atas. Fiya yang baru sahaja sampai di ruang tamu duduk di
sofa.
"Fiya,
siaplah," suruh Irfan.
Fiya
kerut dahi, "pergi mana?"
"City
Park," jawab Irfan.
"Sekarang?"
soal Fiya.
"Taklah.
Tahun depan. Mestilah sekarang cik Fiya hoi," jawab Irfan.
Fiya
tersengih. Dia bangun dan berlalu ke biliknya untuk bersiap.
*
* *
"Taufiq
nak main dekat sini," Taufiq berlari ke arah gelongsor.
Irfan
menggeleng-gelengkan kepalanya. Kemudian dia duduk di sebuah pondok. Fiya turut
bersama Irfan.
"Awak
memang selalu ek pergi sini?" tanya Fiya.
"Dulu
tu selalulah juga. Tapi sekarang ni jarang dah," jawab Irfan.
"Yelah,
orang terkenal lah kata kan," perli Fiya.
"Terkenal
lah sangat kan?" Irfan gelak.
Fiya
turut tertawa.
"Awak
tak ada girlfriend ke?" soal
Fiya.
"Kenapa
kau tanya?" soalan dibalas soalan.
"Tak
adalah. Awak keluar dengan saya ni, takut pula saya nanti girlfriend awak marah," jawab Fiya.
"Tak
adalah. Aku mana ada girlfriend. Aku
tak handsome macam Remy Ishak.
Siapalah nak dekat aku kan?" ujar Irfan.
Fiya
gelak.
"Saya
rasa awak lagi handsome pada Remy
Ishak," ujar Fiya.
"Ni
puji saya ni ada apa-apa ke? Nak bodek ek?" soal Irfan.
Fiya
gelak. Irfan turut tertawa. Tiba-tiba Taufiq datang sambil menangis. Irfan
segera mendapatkan Taufiq.
"Kenapa
ni?" soal Irfan.
"Ada
orang pukul Taufiq," adu Taufiq.
"Kenapa
Taufiq tak balas?" soal Irfan.
"Taufiq
takut. Dia besar. Taufiq kecik," jawab Taufiq.
Irfan
geleng-gelengkan kepalanya. Dia dukung Taufiq.
"Lain
kali bila ada orang pukul Taufiq, Taufiq balas. Jangan menangis macamni. Taufiq
kan lelaki. Kena pandai lindungi diri. Faham?" nasihat Irfan.
Taufiq
angguk-anggukkan kepalanya, "faham."
"Dah,
jom kita makan aiskrim. Nak?" Irfan letakkan Taufiq ke bawah.
"Nak!"
jawab Taufiq.
Fiya
pandang Irfan. Sungguh dia kagum dengan Irfan. Irfan memang betul-betul seorang
manusia yang penyayang dan bertanggungjawab.
"Fiya,
jom?" ajak Irfan.
Fiya
angguk-anggukkan kepalanya. Mereka bertiga pun berjalan menuju ke motor yang
menjual aiskrim.
No comments:
Post a Comment