Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, May 4, 2014

Kerana Cinta 21

            "Cantik betul kau malam ni," puji AG.

            Hani pandang AG yang sedang memandu.

            "Perli ke apa ha?" marah Hani.

            AG gelak.

            "Tak baik kau bersangka buruk dengan aku. Aku ikhlas lah puji kau," ujar AG.

            "In that case, terima kasih banyak-banyak Encik Amirul," Hani buat muka.

            AG gelak lagi. Betul. Hani memang nampak lawa harini. Elegen dengan jubah kelabu yang  dihiasi dengan manik-manik mewah. Nampak sepadan sangat dengan AG yang memakai kemeja kelabu. Dah macam couple dah diorang ni.

            Makan malam ni dibuat di cawangan mereka dekat Selangor tu. AIZ Cafe di Selangor lain dari yang lain sikit sebab ianya eksklusif. Mewah! Sengaja AG mereka kelainan reka bentuk di situ berbanding di cawangan lain yang dibuat gaya sempoi sahaja.

* * *

            Hani pandang kiri pandang kanan. Dia kurang selesa berada di situ. Menjadi tumpuan di situ. Iyalah, mesti ramai yang beranggapan dia teman wanita AG. Padahal, tidak sebenarnya.

            AG pun satu. Mana entah dia pergi. Tinggalkan dia seorang diri dekat sini. Menyesal pula dia ikut AG ni. Kalau tidak sekarang ni mesti dia sedang khusyuk menonton televisyen. Takpun sedang ralit dengan komputer ribanya. Aduh, cepatlah masa berlalu.

            "Hani?"

            Hani toleh ke arah suara itu. Dan bibirnya mengukir senyuman.

            "Kau ingat aku lagi tak?" soal lelaki itu lagi.

            "Sorry,"jawab Hani.

            Lelaki itu tersenyum, "aku lah! Atiq. Jiran kau dulu tu."

            Hani pandang Atiq dari atas ke bawah. "Atiq yang kuat makan dulu tu? Sampai makanan aku pun kau curi tu?"

            Atiq tersengih.

            "Wow! Kau dah berubah," Hani tak percaya.

            "Semua orang berubah, Ni," ujar Atiq.

            Hani masih tak percaya. Betulkah di hadapannya ini Atiq? Jiran merangkap kawan sepermainannya ketika dia masih kecil? Tapi kenapa berbeza sangat Atiq sekarang dan dulu? Kalau dulu Atiq ni berbadan besar, tapi sekarang badan Atiq fit. Berotot!

            "Macammana kau masih kenal aku lagi?" soal Hani, masih kagum dengan Atiq.

            Betul juga. Macammana Atiq boleh kenal dirinya? Last Hani jumpa Atiq waktu umur mereka 10 tahun. Selepas itu, Hani pindah ke Seremban. Atiq pula masih di Selangor. Iya, walaupun sebenarnya jarak antara Seremban dengan Selangor tu dekat, tapi dia tak pernah lagi jumpa dengan Atiq selepas itu. Dan sekarang baru mereka berjumpa.

            "Muka kau tak berubah langsung," jawab Atiq.

            Hani gelak. Iya ke muka dia tak berubah langsung? Jadi wajah dia ni wajah kanak-kanak lah. Awet muda lah. Untung.

            "Kau datang dengan siapa ni?" soal Hani.

            "Sorang je lah," jawab Atiq.

            "Tak bawa girlfriend kau?" soal Hani lagi.

            "Aku mana ada girlfriend," jawab Atiq.

            "Iyalah tu. Muka macam kau ni takkan tak ada awek kot," ujar Hani.

            "Muka macam apa aku ni?" Atiq angkat kening.

            "Macam Atiq lah," Hani gelak.

            Atiq turut tertawa. Hani ni ada-ada je lah.

            "Perhatian!"

            Tawa Hani dan Atiq berhenti. Hani pandang ke arah pentas. Dan dia nampak AG bersama dengan gitar dan juga mikrofon di atas pentas itu. Hani kerut dahi. Apalah yang nak dibuat AG tu?

            "Boss kita nak menyanyi hari ni!" ujar MC majlis itu.

            Hani gelak. AG ni pandai menyanyi ke? Karang kalau sumbang, dia juga yang malu.

            "Hani, jangan gelak," ujar AG dari atas pentas itu.

            Hani terus diam. Ada ke patut sebut nama dia dekat atas pentas tu? AG ni memang nak kena!

            "Lagu ni saya tujukan khas buat Hani," ujar AG.

            Hani terdiam. AG mula memetik gitar dan mula menyanyi mengikut irama lagu.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri arti hidupku
 Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Serta selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki
Di dunia rasa masih adanya kamu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri arti hidupku
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Serta selamanya

Haniku
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri arti hidupku
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Serta selamanya....

            Tepukan yang gemuruh diberikan kepada AG. Hani terpegun mendengar suara AG. Sedap juga. Tapi Hani lagi terkejut mendengar namanya disebut dalam lirik lagu itu.

            "Hani, boleh tak naik pentas kejap?" pinta AG dari atas pentas.

            Hani terkejut. Kenapa pula dia nak naik pentas? AG ni nak buat apa?

            "Hani! Hani! Hani!" sorak tetamu-tetamu.

            "Hani, pergilah naik," suruh Atiq.

            Hani telan liur. Dia melangkah ke pentas. Dia berdiri di sebelah AG. AG tersenyum pandang Hani.

            "Hani, aku tahu aku tak seromantik lelaki lain. Dan aku tahu aku tak sekacak lelaki lain. Tapi bersaksikan semua orang di sini, aku nak kau tahu aku cintakan kau," luah AG.

            Hani terkejut. Para tetamu semua bersorak.

            "Mungkin kau tak sedar perasaan aku selama ni tapi memang betul aku cintakan kau. Sejak dari sekolah dulu, aku cintakan kau. Hanya kau seorang," luah AG lagi.

            Hani tak tahu nak cakap apa. AG melutut kepada Hani. Sebentuk cincin dikeluarkan dari poket seluarnya.

            "Sudi tak kau jadi girlfriend aku?" lamar AG.

            Hani diam.

            "Kalau kau sudi, minggu depan juga aku hantar rombongan meminang kau," ujar AG lagi.

            Hani pandang AG. Tak percaya dengan kata-kata AG. Berani betul AG ni.

            "Sudi tak?" soal AG.

            Perlahan-lahan Hani anggukkan kepalanya. AG sarungkan cincin ke jari manis Hani.Hani tersenyum.

            "Wah! Boss kita dengan rasminya mengumumkan stastusnya," ujar MC majlis itu.

            AG sengih. Mereka berdua kemudian melangkah turun dari pentas.

            "Berani betul kau ni," komen Hani.

            "Kan aku cakap penat kau haritu mesti rasa berbaloi. Sekarang, berbaloi tak?" soal AG.

            Hani diam. Pipinya dah blushing. Malu lah! Si AG ni boleh pula buat selamba badak je.

            "Eh, kau blushing lah Hani," bagitahu AG.

            "Diamlah," suruh Hani.

            "Kau cintakan aku tak?" soal AG.

            Hani diam.

            "Hani, kau cintakan aku tak?" soal AG lagi.

            "Ya, aku cintakan kau," jawab Hani.

            "Apa? Tak dengar? Kau cintakan aku ke tak?" sakat AG.

            "Ye. Aku cintakan kau!" jawab Hani lagi.

            "Kuat lah sikit cakap tu. Kau cintakan aku ke tak?" soal AG lagi.

            "Dah lah, malas nak layan kau lagi," Hani cepat-cepat mendapatkan tempat duduknya.

            AG menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Hani. Akhirnya, dia dan Hani sudahpun melangkah ke fasa seterusnya. Fasa bercinta!


* * *

            "Tahniah Hani," ucap Atiq.

            Hani pandang Atiq. Bibirnya mengukir senyuman.

            "Untunglah kau dapat boss," ujar Atiq.

            "Kenapa pula?" soal Hani.

            "Dia lelaki yang baik. Betul," jawab Atiq.

            Hani tersengih, "aku tahu. Sebab tu lah aku terima dia. Aku dengan dia satu sekolah dulu."

            "Oh. Aku harap kau dengan dia berkekalan hingga bila-bila," ujar Atiq.

            "Insya-Allah. Doakan aku, alright?" Hani angkat kening.

            Atiq angguk, "aku balik dulu ye."

            Hani angguk. Atiq melangkah pergi daripada Hani. Hani pandang sehinggalah kelibat Atiq hilang dari pandangannya.

            "Borak dengan siapa?"

            Hani urut dadanya. Terkejut dengan sergahan AG itu.

            "Kau ni buat terkejut aku je," marah Hani.

            AG tersengih, "kau borak dengan siapa tadi?"

            "Atiq. Pekerja kau dan kawan childhood aku," jawab Hani.

            "Oh. Kau buat jejak kasih pula dekat sini kan?" soal AG.

            Hani gelak. Jejak kasih? Betul juga.

            "Dahlah, jom balik," ajak AG.


            Hani angguk. Lalu mereka berjalan bersama-sama menuju ke kereta AG.

No comments:

Post a Comment