Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, May 6, 2014

Kerana Cinta 22

            Natalia pandang Zizan lama. Semua kegilaan ni harus dihentikan sekarang juga. Sebelum orang lain dapat tahu, baik dia selesaikan hal ni. Dia tak nak hal ni dibesar-besarkan, diheboh-hebohkan. Dia tak nak.

            "Zizan..."

            "Natalia, saya tahu apa awak nak cakap. Awak nak suruh saya berhenti daripada  hantar hadiah dekat awak kan?"

            Belum sempat Natalia mahu berkata apa-apa, Zizan terlebih dahulu memotong. Natalia angguk kepalanya perlahan.

            "Sorry lah Natalia, saya takkan berhenti selagi awak tak bagi kata putus," ujar Zizan.

            Natalia diam.

            "Tengok, awak diam lagi. Sampai bila awak nak biarkan saya tertanya-tanya macamni, Natalia? Sampai bila awak nak buat saya tertunggu-tunggu macamni?" soal Zizan.

            Natalia diam lagi.

            "Jawapannya antara iya atau tidak. Kenapa susah sangat awak nak jawab?" soal Zizan.

            "Walaupun jawapannya ringkas tapi ia akan memberi kesan yang menyeluruh dalam  hidup saya. Saya tak nak buat keputusan yang salah," ujar Natalia akhirnya.

            "Berapa lama masa yang awak perlukan?" soal Zizan.

            Natalia angkat bahu. "Saya tak tahu."

            Zizan mengeluh.

            "Awak tak perlu tunggu saya," ujar Natalia.

            "Saya akan tunggu awak sampai awak ada jawapannya," ujar Zizan.

            "Macammana kalau jawapan itu bukan jawapan yang awak harapkan?" duga Natalia.

            "Jadi pastikanlah jawapan awak jawapan yang saya harapkan," Zizan kenyit matanya.

            Zizan bangun dan melangkah pergi daripada Natalia. Natalia pandang Zizan sehingga Zizan hilang dari pandangan matanya.

            "Zizan, kenapa mesti kau muncul sekarang? Kenapa bukan dulu lagi?"





 * * *
Dah sebulan berlalu. AG sudahpun menukar status daripada single ke engaged. Bahagia betul diorang. Walaupun diorang dah bertunang, diorang masih menggunakan kata nama aku-kau. Bila ditanya kenapa tak ditukar, kata mereka dah biasa.

            "Bila kita dah kahwin nanti, kau nak kerja lagi ke?" soal AG.

            Hani angguk.

            "Kau tak nak aku kerja ke?" soal Hani pula.

            "Eh, tak adalah. Aku tak kisah," jawab AG.

            Hani angkat kening, "habis kenapa kau tanya?"

            "Saje. Nak tahu," jawab AG.

            "Kau pula? Nak kerja lagi ke lepas kahwin?" soal Hani.

            "Aku mestilah kerja. Aku kan lelaki," jawab AG.

            "Kau lelaki ke?" usik Hani.

            "Lah, takkan kau bertunang dengan aku tapi tak tahu gender aku?" balas AG.

            Hani gelak. AG turut tergelak.

            "Hani," panggil AG lagi.

            "Apo eh?" soal Hani.

            "Nanti kau nak berapa orang anak?" soal AG.

            Pipi Hani merona merah.

            "Eh, kau blushing lagi lah!" usik AG.

            "Diamlah!" suruh Hani.

            "Aku nak 11 orang anak. Boleh buat pasukan bola nanti. Lepastu suruh Irfan jadi coach diorang," ujar AG.

            Hani melopong mendengar kata-kata AG itu. 11 orang anak? AG ingat sekarang ni zaman apa? Kalau zaman dulu-dulu bolehlah nak 11 orang anak. Tapi zaman sekarang ni? Nak dapat 3 orang anak pun susah.

            "Banyak sangat ek?" soal AG.

            "Tahu tak apa," jawab Hani.

            "Ala, tak apa. Aku yakin kau boleh," ujar AG.

            "Dahlah. Tak nak cakap pasal tu," Hani suruh ubah topik.

            "Kenapa? Malu ek?" soal AG.

            Hani bangun dan melangkah pergi dari AG. Malas nak layan si AG ni. Makin dilayan, makin mengarut.

            AG menggeleng-gelengkan kepalanya melihat langkah Hani yang semakin menjauh. Malu konon! Tak apa. Malu tandanya sayang. Hehe.

* * *

            "Alhamdulillah, kes saya dah selesai."

            Fiya tersenyum lebar. Akhirnya, kes dia selesai juga setelah sebulan berlalu. Ray sudahpun dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

            "Kau lega?" Irfan angkat kening.

            Fiya angguk, "sangat."

            Irfan tersenyum. Fiya pandang Irfan.

            "Kenapa?" soal Irfan.

            Air mata Fiya menitis setitik.

            "Kenapa kau menangis pulak ni?" soal Irfan.

            "Terima kasih. Terima kasih sebab tolong saya. Terima kasih sebab ada ketika saya perlukan awak. Terima kasih sebab bagi saya perlindungan. Terima kasih sebab selamatkan saya. Terima kasih untuk segalanya," ujar Fiya.

            "Ala, tak payahlah emo sangat," ujar Irfan.

            "Awak baik dengan saya. Saya tak tahu macammana nak balas jasa awak," ujar Fiya.

            "Kau nak tahu macammana kau boleh balas jasa aku?" Irfan angkat kening.

            "Apa dia?" soal Fiya.

            "Kau kena kuat. Kau kena kuat melalui semua dugaan yang akan datang. Jangan sesekali mengalah. Jangan sesekali takut. Jangan sesekali tewas dengan godaan lelaki yang berhati syaitan," jawab Irfan.

            Fiya terharu mendengar kata-kata Irfan itu. Irfan ni memang betul-betul seorang lelaki yang baik. Seorang lelaki yang budiman.
           
            "Janji?" soal Irfan.

            Fiya angguk, "janji."

            Irfan tersenyum.Fiya turut tersenyum.

            "Dah. Tak nak jiwang-jiwang lagi. Perut aku dah buat okestra ni. Jom makan?" ajak Irfan.

            "Jom," Fiya terima ajakan Irfan.

* * *

            "Kau dah luahkan perasaan kau dekat Natalia ke belum?"

            Zizan duduk di hadapan Johan. Mug berisi milo dikacau.

            "Kenapa kau tanya?" Zizan angkat kening.

            "Kenapa kau tak luahkan lagi?" soal Johan.

            Zizan hirup sedikit milonya.

            "Nantilah," jawab Zizan.

            Dalam hati, Zizan rasa nak gelak sahaja melihat wajah Johan yang kerisauan itu. Sekarang ni, siapa yang suka Natalia? Dia atau Johan?

            "Kau tak takut ke melepas?" soal Johan.

            "Kalau dah jodoh aku dengan dia, tak adanya aku melepas," jawab Zizan bersahaja.

            "Kau ni terlampau relaks lah," komen Johan.

            Zizan gelak. Milonya dihirup lagi.

            "Sebagai kawan kau, aku nasihatkan kau untuk cepat bertindak. Natalia bukan calang-calang orang. Dia ada rupa. Mustahil tak ada orang minat dia selain kau. Jadi, kalau kau tak nak melepas, jangan tunggu lama-lama."

            Johan bangun. Dia melangkah kembali ke arah mejanya. Zizan terdiam. Betul juga kata-kata Johan itu. Mustahil tak ada orang minat Natalia selain dia. Mustahil Natalia tidak ada kekasih. Selama ni dia hanya meluahkan perasaan dia tanpa sedikitpun dia bertanya sama ada Natalia ini masih solo ataupun sudah berpunya.

* * *

"You kenapa?"

            Natalia pandang ke arah suara itu. Suara yang cukup dikenalinya.

            "Kenapa dengan I?" Natalia buat-buat tak faham dengan soalan lelaki tersebut.

            "Sejak kebelakangan ni, you nampak lain. You ada masalah ke?" soal lelaki itu.

            "Masalah apanya pulak? Mana ada," jawab Natalia.

            "Budak tu ke yang buat you macamni?" soal lelaki itu.

            Natalia kerutkan dahinya, "budak mana?"

            "Budak satu office dengan you tu lah," jawab lelaki itu.

            "Mana ada," nafi Natalia.

            Lelaki itu pegang tangan Natalia. Natalia hanya membiarkan sahaja.

            "You jangan buat hal dengan I. Kalau I tahu you ada apa-apa dengan budak tu, siaplah you. You kena ingat kesenangan you selama ni datang dari siapa kalau bukan dari I. You kena ingat tu," ugut lelaki tersebut.

            Natalia terdiam. Betul. Semua kesenangan yang dia ada sekarang ni milik lelaki itu. Kalau bukan sebab lelaki itu, dia takkan sesenang ini. Rumah yang dia ada sekarang ni pun bukan miliknya tetapi milik lelaki ini.

            "I sayangkan you," ucap lelaki itu.

* * *

            Irfan hanya membiarkan sahaja orang itu menempel bedak ke wajahnya. Kalau ikutkan hati, memang dia tak suka tempel-tempel bedak dekat muka. Macam perempuan!

            "Siapa partner I?" soal Irfan.

            "Lili," jawab jurumekap itu.

            Irfan kerut dahi. "Lili mana?"

            "Pelakon baru. Ala, yang menang anugerah pelakon baru terbaik tu. Takkan you tak kenal kot? Dia tengah meletup sekarang ni," jurumekap itu buat muka tak percaya.

            Irfan terdiam. Ek? Dia ni ketinggalan zaman sangat ke? Telefon bimbit Blackberry nya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Irfan periksa mesej itu.

            "Haa! Tu dia," ujar jurumekap itu.
           
            Irfan buat tak peduli. Dia sibuk membalas mesej itu.

            "Hai," sapa Lili.

            "Hai," balas Irfan tanpa memandang wajah Lili.

            "Tak sangka saya dapat buat photoshoot dengan awak," ujar Lili.

            Irfan pandang Lili. Terkejut dia apabila melihat wajah di hadapannya itu. Betulkah apa yang dia nampak? Lili di hadapannya ini ialah Lili yang sama tergila-gilakan dia dahulu? Lili yang menghilang ketika dia mahu memohon kemaafan darinya?

            "Lili?" Irfan minta kepastian.

            Lili tersenyum dan angguk.

            "Tahniah Irfan. Cita-cita you akhirnya menjadi kenyataan juga," ujar Lili.

            "Terima kasih," ucap Irfan.

            Jurumekap itu kemudian pergi meninggalkan Lili dan Irfan di situ. Memberi privasi untuk mereka berbual.

            "Lili," panggil Irfan.

            Lili pandang Irfan. Keningnya diangkat.

            "Nanti lepas photoshoot, you ada hal tak?" soal Irfan.

            Lili gelengkan kepala. "Tak ada. Kenapa?"

            "Great! Jom makan? I belanja," ajak Irfan.

            "Oh my! Betul ke Irfan yang ajak I keluar makan ni? Macam tak percaya je," usik Lili.

            "Kenapa pula tak percaya?" soal Irfan.

            "Bukan selama ni I yang tergila-gilakan you ke? Dah ni you ajak I pergi makan. Rasa macam mimpi pulak," seloroh Lili.

            Irfan gelak. "Sudi tak?"

            Lili angguk. Irfan senyum. Kemudian mereka dipanggil untuk mulakan photoshoot pada hari itu.

* * *

            "So apa cerita sekarang?" soal Irfan selepas pelayan mengambil pesanan makanan mereka.

            Lili pandang Irfan. "Cerita apa?"

            "Macammana boleh jadi artis pula?" soal Irfan.

            "Ada orang offer I berlakon, takkan I nak tolak kot," jawab Lili.

            "Kenapa pula dia offer you?" soal Irfan lagi.

            "Waktu I belajar dulu, I jadi model sambilan. Dari situlah, tiba-tiba ada orang tawarkan I berlakon," jawab Lili.

            "Macammana you boleh jadi model sambilan?" soal Irfan.

            Lili gelak. Irfan kerut dahi.

            "Kenapa you gelak?" soal Irfan.

            "You ni banyak sangat soalannya," komen Lili.

            Irfan tersengih. Pelayan menghantar minuman yang dipesan mereka.

            "I jadi model sambilan dulu sebab nak duit poket. Iyalah, keluarga I pun bukannya orang berada. Duduk dekat K.L pula kos sangat tinggi," cerita Lili.

            Lili sedut minumannya.

            "Lili," panggil Irfan.

            Lili pandang Irfan. Keningnya diangkat tinggi.

            "Kenapa you hilang dulu?" soal Irfan.

            Belum sempat Lili nak menjawab soalan Irfan, makanan mereka sudahpun sampai. Sekejap, mereka senyap menikmati makanan masing-masing.

            "Lili, you tak jawab lagi soalan I," ujar Irfan.

            Lili pandang Irfan. Sudu dan garfunya diletakkan di pinggan.

            "Sebab I nak tamatkan semuanya. I tak nak dilabel sebagai perempuan yang tak ada maruah lagi. I tak nak dilabel sebagai perempuan yang terhegeh-hegeh nakkan you lagi. I tak nak orang lain pandang rendah dekat I," jawab Lili.

            "You masih marahkan I?" soal Irfan lagi.

            Lili tersenyum tawar.

            "I tak ada hak nak marah you," jawab Lili.

            Irfan mengeluh. "Lili."

            "Hmm?"

            "I minta maaf."

            "You tak ada buat salah pun dengan I."

            "Lili..."

            "Boleh tak kita jangan cakap pasal tu lagi?" pinta Lili.

            "Tak. Walaupun hal ni dah lama berlaku, tapi I kena juga cakap benda ni. I nak pulihkan balik keadaan. I nak betulkan balik semua yang salah," ujar Irfan.

            Lili terdiam.

            "Lili, tolong lupakan apa yang I cakap haritu. I tak bermaksud pun nak cakap benda tu. Betul. Waktu tu I ada family problem dan I sangat stress. I salah sebab lepaskan kemarahan I dekat you. I salah sebab buat macamtu dekat you," terang Irfan.

            "Irfan, I dah lupakan semuanya," ujar Lili.

            "Bila you pergi macamtu je tanpa sempat I mohon kemaafan dari you, I rasa bersalah sangat. I rasa macam berdosa sangat," ujar Irfan.

            "Sekarang you dah lega?" soal Lili.

            "Kalau you maafkan I, I lega sangat," jawab Irfan.

            "You jangan risau, I dah lama maafkan you walaupun you tak ada buat apa-apa salah dengan I," ujar Lili.

            Irfan tersenyum. "Kita kawankan?"

            Lili balas senyuman Irfan. "Of course."

            "Dah, jom sambung makan," ajak Irfan.

            Lili angguk. Lalu mereka berdua sambung makan makanan yang mereka pesan tadi.


No comments:

Post a Comment