Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, May 9, 2014

Kerana Cinta 23

"Hani."

            Hani yang sedang enak menikmati makan tengah harinya pandang ke arah pemilik suara itu. Serta-merta senyuman terukir di bibirnya.

            "Atiq, duduklah," pelawa Hani.

            Atiq duduk di hadapan Hani.

            "Kau sorang je? Mana tunang kau?" soal Atiq.

            "Tunang? Mana kau tahu aku dah tunang ni?" soalan dibalas soalan.

            "Bukan boss aku dah buat pengumuman terang-terangan ke haritu?" perli Atiq.

            Hani sengih.

            "Mana dia?"soal Atiq lagi.

            "Dia ada meeting. Lagipun, takkan kalau aku dah bertunang, aku kena berkepit dengan dia dua puluh empat jam," jawab Hani.

            Seorang pelayan datang ke arah mereka dan mengambil pesanan Atiq.

            "Kau tu bila nak bertunang?" soal Hani setelah pelayan itu pergi.

            "Aku masih muda. Banyak lagi masa," jawab Atiq.

            "Muda lah sangat. Aku lagi muda pada kau," ujar Hani.

            "Perempuan senanglah. Tak payah fikir macammana nak tanggung keluarga. Aku lelaki, Ni," ujar Atiq.

            "Lah, kau lelaki ke? Aku fikir kau perempuan?" usik Hani.

            Hani gelak. Atiq turut tergelak.

            "Tapi takkan kau tak ada awek kot?" soal Hani apabila tawanya reda.

            Atiq geleng kepala, "kenapa kau tak percaya?"

            Hani angguk, "siapa yang akan percaya?"

            "Orang yang aku minat dah bertunang dengan orang lain," ujar Atiq.

            Hani kerut dahi, "ha? Siapa?"

            Atiq sengih, "kau lah."

            Atiq gelak. Hani tepuk dahi. Aduh, terkena pulak. Macammanalah dia boleh lupa dia ni tunang orang sekarang? Kalaulah AG tahu, mesti merajuk mamat tu.

* * *

            "Kenapa muka sedih semacam?"

            Irfan duduk di sebelah Fiya yang sedang termenung jauh itu. Fiya pandang Irfan.

            "Kenapa ni? Kan kes kau dah selesai. Kau ada masalah lagi ke?" soal Irfan.

            Fiya menggeleng.

            "Habis?" Irfan angkat kening.

            "Tak ada apa-apa lah," jawab Fiya.

            "Fiya," panggil Irfan.

            Fiya pandang Irfan.

            "Kenapa ni? Cakaplah dekat aku," desak Irfan.

            Fiya diam enam saat.

            "Awak," panggil Fiya.

            "Iya?" Irfan angkat kening.

            "Esok saya nak pindah," bagitahu Fiya.

            "Dekat mana?" soal Irfan.

            "Dekat rumah lama saya balik," jawab Fiya.

            "Oh," ujar Irfan.

            Fiya mengeluh.

            "Habistu? Apa masalahnya?" soal Irfan.

            "Saya...."

            "Fiya, kau dah janjikan untuk jadi kuat?" potong Irfan.

            Fiya angguk.

            "Then? Fiya, kau tak perlu takut. Aku ada dengan kau. Kalau kau perlukan apa-apa, kau telefon aku. Aku akan tolong kau. Aku akan lindungi kau," ujar Irfan.

            Fiya terdiam.

            "Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Aku janji, Fiya. Aku akan lindungi kau. Aku akan jaga kau," ujar Irfan lagi.

            Fiya terharu mendengar kata-kata Irfan itu. Irfan senyum, memberi kekuatan kepada Fiya. Betul, dia memang akan lindungi Fiya. Dia akan jaga Fiya.

* * *

            "I nak pergi toilet sekejap. Sayang tunggu dekat sini dulu ek."

            Natalia pandang langkah Dato' Farizal yang semakin menjauh darinya. Ya. Dato' Farizal tu lelaki yang menaja hidupnya. Lepas je dia habis belajar dulu, hidup dia agak susah. Bukan senang untuk dia mencari kerja memandangkan zaman sekarang ni ramai sangat lepasan universiti. Jadi dia menganggur untuk jangka masa yang agak panjang.

            Kemudian dia bertemu pula dengan Dato' Farizal, suami dan bapa kepada dua orang anak. Dato' Farizal hulurkan bantuan kepada dia. Rumah yang dia tinggal sekarang ni pun milik Dato' Farizal. Kehidupan dia yang agak mewah juga semuanya datang dari Dato' Farizal. Kalau tidak, mana mampu dia tinggal di rumah dia sekarang ni yang harga bulanannya sama dengan gaji sebulannya.

            "Kau tengok perempuan tu. Mesti anak orang kaya kan."

            "Tak pun. Dia bela bapak ikan."

            "Bapak ikan?"

            "Sugardaddy lah."

            Natalia tersentak. Dua orang gadis yang mengutuknya itu sudahpun melangkah pergi sambil ketawa.

            Tak. Apa yang dia ada sekarang ni bukan permintaan dia. Betul. Dia tak pernah minta pun apa-apa dari Dato' Farizal tetapi Dato' Farizal sendiri yang memberinya. Dahulu, ketika Dato' Farizal ingin menghadiahkan dia rumah itu, puas Natalia tolak tetapi Dato' Farizal tetap memberi juga rumah itu kepadanya.

            Bila Dato' Farizal luahkan perasaan dekat Natalia, Natalia sendiri keliru. Tak sangka. Tapi mungkin kerana ketika itu, Natalia kesunyian. Dahlah dia tak ada kawan, jauh sekali kekasih. Hanya Dato' Farizal yang sentiasa menemani hari-harinya. Mungkin ketika itu, Natalia sangka itulah dinamakan cinta.

            Tapi kalau itu dinamakan cinta, kenapa sekarang bila Zizan muncul kembali, dia ragu? Kenapa dia mula mempersoalkan semua ni? Apakah itu bukan cinta?

            "Termenung jauh nampak," tegur Dato' Farizal.
           
            Natalia lemparkan senyuman sedikit. Dato' Farizal duduk di hadapan Natalia.

            "Kenapa sayang? Sejak dua menjak ni, sayang nampak macam ada masalah," ujar Dato' Farizal.

            "Mana adalah," jawab Natalia.

            "Ada apa-apa berlaku dekat pejabat ke?" soal Dato' Farizal.

            "Biasalah. Masalah kerja tu buat I pening sikit. You tak payah risaulah," ujar Natalia.

            "Tu lah, dulu I cakap tak payah kerja, you nak juga kerja. I kan ada. I boleh tanggung you. I lebih dari mampu tau," ujar Dato' Farizal.

            "Habis you nak I duduk rumah je? I bosanlah. Takkan I nak goyang kaki je sedangkan you bertungkus-lumus cari rezeki. I tak nak kacau sumber rezeki isteri you dengan anak-anak you," Natalia sedikit memerli.

            "Kenapa you sebut pasal isteri I pulak ni?" soal Dato' Farizal.

            Natalia mengeluh.

            "You, I nak balik lah. I betul-betul penat. Hantar I balik ek?" Natalia bangun.

            Dato' Farizal turut bangun. Natalia tak nak cakap lebih-lebih. Dia dah puas dicop sebagai wanita perampas. Wanita kaki kikis. Wanita tak sedar diri. Kalau boleh, dia nak tamatkan semuanya. Kalau boleh, dia nak pergi dekat Zizan. Tapi bolehkah Zizan menerimanya lagi setelah mengetahui hal ini?

            Dia jadi takut bila membayangkan itu. Sebab itulah, dia harus fikir sedalam-dalamnya. Keputusan yang akan mengubah tiga ratus enam puluh darjah hidupnya.

            Mereka melangkah pergi meninggalkan tempat itu tanpa mereka sendiri sedar ada mata yang memerhatikan mereka. Ada orang yang sakit hati melihat adengan itu.

* * *

            Lili tergelak mendengar cerita Irfan itu. Memang kelakar betul si Irfan ni. Pertama kali dia dapat bergelak ketawa dengan Irfan. Selama ni, Irfan mana nak ketawa dengan dia. Ala, nak berborak pun tak dapat, inikan pula nak ketawa sakan. Memang tak lah. Al-maklumlah dulu kan dia yang tergila-gilakan si Irfan tu tapi Irfan langsung tak minat dekat dia. Sekarang ni apakah situasi sudah berubah?

            "Dah lama I nak berborak dengan you macamni," ujar Lili.

            Irfan angkat kening, "rasa macam impian jadi kenyataan tak?"

            "Prasan!"

            Irfan gelak. Lili turut tergelak. Dia memang terhibur berbual dengan Lili ni.

            "Nak tanya," ujar Irfan.

            "Kena minta izin ke? Macam budak-budak lah," ujar Lili.

            "Manalah tahu you tak kasi tanya ke. Al-maklumlah you kan artis. I ni pemain bola je," Irfan merendah diri.

            "Artis pun manusia biasa jugakkan?" Lili angkat kening.

            "Ala, manalah tahu kan. Apapun, boleh tak I tanya ni?" soal Irfan.

            Lili angguk, "tanyalah."

            "You janji you jawab," Irfan angkat kening.

            "Soalan apa you nak tanya ni sampai kena janji janji ni?" Lili pelik.

            Irfan sengih. "Janji?"

            "Ya. Janji," jawab Lili.

            Irfan tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Kemudian dia renung Lili. Terus sampai ke mata Lili. Lili jadi malu dan tunduk pandang makanannya.

            "Kenapa you suka I dulu?" soal Irfan.

            Lili terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Kenapa dia suka Irfan dulu? Entahlah. Dia rasa dia tak ada jawapan untuk itu.

            "You janji nak jawab soalan I kan. Jadi jawablah. Kenapa you suka I dulu?" soal Irfan sekali lagi.

            "I rasa I tak ada jawapan untuk tu," jawab Lili.

            "Tak ada jawapan?" Irfan kerut dahi.

            Lili pandang Irfan. "Sebab I sendiri tak tahu kenapa I suka you dulu."

            Irfan angguk.

            "Kenapa you tanya I soalan tu?" soal Lili pula.

            Irfan angkat bahu, "rasa nak tahu. Sebab I pelik. I ni bukannya handsome mana pun, belajar pun tak pandai mana. You pula lawa, belajar pun pandai. Jadi takkanlah orang macam you nakkan I kot kan?"

            "Kenapa you suka merendah diri sangat? You handsome lah. Belajar pun okay. Dah tu, atlet sukan pulak," ujar Lili.

            Irfan senyum. "Sebab I ni tinggi kot. Sebab tu I suka me'rendah' diri. Kalau I rendah, mungkin I suka me'ninggi' diri."

            Lili gelak. Irfan ni memang betul-betul sengal punya orang. Ada je idea nak buat dia ketawa. Siapa jadi girlfriend Irfan, mesti untung besar. Dahlah handsome, atlet sukan, kelakar pulak tu. Memang pakej yang sempurna. Siapa nak Irfan? Angkat tangan. Hehe.

* * *

            Natalia pandang Zizan. Kenapa Zizan nampak macam serious sangat ni? Langsung tak terukir senyuman di bibir Zizan untuk dia sejak dia masuk pejabat. Hadiah pun tak ada untuknya. Kenapa? Apa yang berlaku?

            Natalia tunduk pandang ke lantai apabila Zizan bangun. Dia tak berani pandang wajah Zizan  begitu. Sepertinya dia ada buat salah. Tapi apakah salah itu? Jangan cakap Zizan dah tahu rahsia yang selama ini dia simpan kemas itu?

            "Natalia, saya ada benda nak cakap dengan awak. Boleh kita cakap sekejap?"

            Entah bila Zizan sudah berdiri di hadapan mejanya. Natalia pandang Zizan. Langsung tiada senyuman pada wajah itu. Ton suaranya pun tegas.

            "Saya tunggu awak dekat kereta," ujar Zizan dan terus melangkah pergi.

            Natalia cepat-cepat berkemas. Tidak mahu Zizan menunggunya.

* * *

            "Siapa lelaki tu?"

            Natalia tersentak. Tanpa mukadimah atau apa, terus sahaja Zizan bertanya soalan itu selepas keretanya diberhentikan betul-betul di atas bukit.

            "Lelaki apa?" Natalia buat tak faham.

            "Saya nampak awak dengan lelaki tu semalam. Siapa dia?" soal Zizan.

            Natalia tersentak lagi. Lelaki semalam? Lelaki itu Dato' Farizal. Tidak. Zizan tak boleh tahu. Macammana Zizan boleh nampak?

            "Saya tak sangka awak macamni. Saya betul-betul tak pernah terfikir awak sanggup buat macamtu," Zizan kesal.

            Air mata Natalia dah menitis. Kalau orang lain cakap dia macamtu, dia tak kisah sangat. Dia dah lali. Tapi kalau Zizan yang cakap, memang kata-kata tu terus menusuk kalbunya. Buat dia sakit.

            "Zizan..."

            "Selama ni, saya ingat awak wanita yang baik. Saya ingat awak perempuan yang saya cari. Saya ingat awak jodoh saya. Tapi? Semua tu cuma angan-angan saya," ujar Zizan lagi.

            Natalia tersentak lagi.

            "Saya pernah dengar dulu awak ni ada sugardaddy. Hidup awak kena taja. Saya pernah dengar. Tapi saya tak percaya. Saya tak nak percaya pun sebab saya percaya awak. Tapi saya tak sangka pulak semua tu betul. Saya tak sangka pulak awak orang macamtu," luah Zizan lagi.

            Apakah sekarang ini Zizan sedang melabelnya sebagai seorang perempuan yang keji? Perempuan yang tidak ada maruah?

            "Adakah duit itu sangat penting untuk awak? Adakah duit itu lebih penting dari maruah awak? Saya tak percaya awak macamni. Saya ingat awak permata tetapi sebenarnya awak kaca," ujar Zizan lagi.

            Ya. Sekarang Zizan sedang melabelnya begitu. Natalia tak sanggup lagi mendengar hinaan dari mulut Zizan. Dari mulut lelaki yang dicintainya. Sungguh dia tak berdaya lagi mendengar semua itu.

            Natalia buka pintu kereta dan melangkah keluar. Air matanya yang deras mengalir dikesat kasar tapi tetap juga, air matanya tidak mahu berhenti. Zizan langsung tidak mengejar Natalia. Malahan hanya membiarkan sahaja Natalia berjalan kaki. Sakit hatinya ini sehinggakan dia tak mampu untuk melihat Natalia lagi.

* * *

            "Kau lagi."

            Hani pandang Atiq. Bibirnya mengukir senyuman. Atiq duduk di sebelah Hani.

            "Kau buat apa duduk dekat sini?" soal Atiq.

            "Aku tengah tunggu si AG tu. Entah apa yang dia buat dalam tandas tu pun, aku tak tahu. Lama betul," jawab Hani.

            "Oh, kau dengan tunang kau. Shopping untuk kahwin ke apa?" usik Atiq.

            Hani angguk. "Boss kau tu memang suka buat persediaan awal-awal ek?"

            Atiq angkat bahu, "mana aku tahu."

            "Kata boss kau, tapi tu pun kau tak tahu. Aduhai," Hani geleng-gelengkan kepalanya.

            Atiq gelak.

            "Borak sakan nampak? Kutuk aku lah tu," entah dari mana datangnya AG, tiba-tiba je muncul.

            "Kau ada bela saka ke apa? Tiba-tiba je muncul," kutuk Hani.

            AG hanya tersengih.

            "Saya Atiq, pekerja boss.Dan juga merangkap kawan waktu kecik-kecik Hani," Atiq memperkenalkan dirinya.

            AG sambut huluran tangan Atiq. "Tak payahlah formal sangat dekat luar ni. Tak payah nak ber'boss' dekat luar. Kita sempoi je, oraite?"

            Atiq angguk.

            "Entah kau ni Atiq. Kau panggil dia ni boss pun apa kejadahnya? Bukan dapat naik gaji pun. Ye lah, dia ni kedekut sungguh," Hani gelak.

            Atiq turut tergelak.

            "Kedekut-kedekut aku pun, kau sayang jugak kan aku?" duga AG.

            "Siapa sayang kau? Lebih baik aku sayang Atiq dari sayang kau. Kan Atiq kan?" Hani kenyit mata dekat Atiq.

            "Tak nak mengaku pulak. Atiq, maaflah. Kawan kau ni bengong sikit. Kau jangan sesekali tergoda dengan orang bengong macam dia. Karang susah hidup kau," ujar AG.

            Atiq gelak. AG gelak. Hani buat muka masam.

            "Korang ni kelakarlah. Tak nampak macam korang ni bertunang. Nampak macam korang ni kawan-kawan je," komen Atiq.

            "Inilah yang terjadi bila kawan baik bertunang. Aku sendiri tak dapat bayangkan macammana kehidupan aku bila kahwin dengan dia nanti. Nasib badanlah kan, dapat isteri tak center macam dia ni," AG gelak.

            "Eh. Aku lah sepatutnya mengeluh dapat tunang sewel macam kau. Kau tak ada hak nak mengeluh ye. Cuba ingat siapa yang menyanyi dekat atas pentas siap melamar tu? Siapa yang prasan suara dia sedap tu?" Hani angkat kening.

            "Eh, dah. Nanti bergaduh pulak. Aku nak blah dulu lah. Kalau umur panjang, kita jumpa lagi. Bye!" Atiq nak blah.

            "Bye Atiq!" Hani lambaikan tangan.


            Atiq sengih. Turut melambai tangannya kembali dan melangkah pergi meninggalkan Hani dan AG di situ.

No comments:

Post a Comment