Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, June 2, 2014

Kerana Cinta 26

"Apa salah aku? Kenapa dia begitu cepat menghukum aku tanpa tahu hal sebenar?" soal Hani.

            Atiq di sebelahnya dipandang sayu.

            "Kau tak salah apa-apa, Ni. Dia pun tak salah. Yang salah cumalah orang yang sanggup menjerat kita macamni," jawab Atiq.

            "Tapi siapa? Siapa orang tu? Dan apa tujuan dia? Selama ni aku tak pernah bermusuhan dengan sesiapa," ujar Hani.

            Air mata Hani mula bertakung.

            "Aku tak tahu, Ni. Tapi aku akan cari orang tu. Kau jangan risau. Kau jangan nangis-nangis lagi," pujuk Atiq.

            Cincin di jari manisnya dipandang lama. Walaupun dia sedar dia dah tak ada apa-apa hubungan dengan AG lagi tetapi dia masih tak mampu untuk menanggalkan cincin itu. Air mata Hani gugur.

            "Aku sayang dia, Tiq. Aku sayang dia sangat-sangat. Dari zaman remaja aku, aku cuma tahu cintakan dia. Tak ada lelaki lain yang pernah aku cintakan. Tapi kenapa dia tak percaya aku? Kenapa dia begitu mudah menghukum aku macamni?" soal Hani lagi.

            "Aku tahu kau sayang dia. Dan aku pun tahu dia sayang kau. Bagilah dia masa. Biar dia fikir sedalam-dalamnya," nasihat Atiq.

            Hani diam. Kaku dia duduk di situ. Air matanya yang mengalir laju itu dibiarkan. Betul, perasaan sedih itu sukar untuk dipadamkan. Siapa tak sedih kalau cinta hatinya melabel dia macam-macam dan memutuskan tali pertunangan macamtu sahaja tanpa mendengar apa-apa penjelasan? Arghhh, cinta boleh buat orang gila.

* * *

            "AG, dengar dulu penjelasan aku. Tolonglah dengar," rayu Hani.

            AG buat tak tahu dengan rayuan Hani tu. Dia melangkah laju meninggalkan Hani. Tapi Hani tak putus asa, dia tetap kejar AG.

            "Kau tak boleh hukum aku macamni tanpa dengar dulu penjelasan aku. Kau tak boleh, AG. Aku cintakan kau sangat-sangat," rayu Hani lagi.

            AG berhenti melangkah.

            "Apa yang kau nak jelaskan dekat aku? Apa tak cukup jelas ke lagi apa yang aku nampak haritu? Kau ditangkap dengan lelaki lain berdua-duaan! Apa itu tak jelas menunjukkan kau tu curang? Masih kau nak nafikan lagi?" marah AG.

            "Aku diperangkap. Ada orang yang perangkap kitorang," jawab Hani.

            AG gelak.

            "Kau fikir aku nak percaya dengan cakap kau tu? Ada orang perangkap konon. Kau fikir kau tu dalam drama ke ha? Hei, kau tu berada dekat dunia realiti. Bukan dunia imaginasi. Engkau yang bersalah, lepastu ada hati nak tuduh orang lain pula," sinis sahaja suara AG.

            Hani pegang tangan AG.

            "Tolonglah percaya cakap aku, AG. Aku dengan Atiq memang tak ada apa-apa. Aku dengan dia kawan. Semua ni telah dirancang. Dan aku tak tahu siapa yang rancang semua ni. Tolonglah. Aku cintakan kau sangat-sangat. Jangan buat aku macamni," rayu Hani lagi.

            AG tarik tangannya dari pegangan Hani.

            "Kau tak payah nak pegang-pegang aku. Aku rasa jijik sangat. Entah dengan jantan mana lagi kau pernah pegang, lepastu nak pegang-pegang aku pulak. Jijik, kau tahu tak?" kutuk AG.

            Hani tersentak.

            "Hei perempuan, kau dengar sini ye. Mulai hari ni, kau tak perlu nak terhegeh-hegeh datang dekat aku, merayu dekat aku. Aku takkan nak balik dekat kau. Siapa nak perempuan jalang macam kau? Tolong jauhi diri aku. Tolong pergi dari sini. Nak tengok muka kau pun aku dah jijik, inikan nak bercinta dengan kau. Aku menyesal kenal kau. Betul, aku menyesal. Anggap je lah kita tak pernah kenal," hina AG.

            AG kemudian berlalu pergi meninggalkan Hani yang terduduk mendengar hinaan dari AG itu. AG jijik dengan dirinya? Sedikitpun AG tak nak beri ruang untuk dia lagi.

* * *

            Zizan terkejut dengan apa yang dia dengar. Natalia resign. Natalia dah letak jawatannya. Dan Natalia sudah pindah dari rumah Dira. Jadi ke mana Natalia pergi? Ke mana Natalia membawa diri?

            Lepas je peristiwa Natalia diserang, esok tu Natalia terus tak datang kerja. Dan tahu-tahu je harini Natalia dah resign. Mesti Natalia malu besar sebab hal peribadinya semua orang tahu. Kasihan Natalia.

            "Kau sedih ke?" soal Johan.

            Zizan pandang Johan, "sedih apanya?"

            "Yelah, Natalia dah tak ada," jawab Johan.

            Zizan geleng kepala, "buat apa aku nak sedih?"

            "Zan, aku tahu kau sayangkan dia. Aku tahu Natalia buat salah. Dia pilih jalan salah. Tapi sebagai seorang lelaki, kau bentuklah dia. Kau bawalah dia ke jalan yang betul. Tapi ini tidak, kau hina dia. Kau marah dia," nasihat Johan.

            Zizan terdiam.

            "Kau kawan aku. Aku ni tak adalah baik sangat. Dan aku ni tak adalah handal sangat dalam bab cinta ni. Tapi aku rasa tindakan kau tu salah. Kalau betul kau cintakan dia, sepatutnya kau bawa dia keluar dari jalan hitam tu," ujar Johan lagi.

            "Entahlah Johan. Aku pun tak tahu. Biarlah masa yang tentukan semuanya. Aku reda dengan apa yang berlaku. Kalau memang ada jodoh antara kitorang, mana jauh pun dia menghilang, pasti nanti dia akan bersama dengan aku jugak," ujar Zizan.

            Johan tidak berkata apa-apa lagi. Malas dia mahu bertekak dengan Zizan ni. Biarlah. Zizan pun dah besar. Dah reti buat keputusan sendiri. Dia sebagai seorang sahabat cuma boleh menegur. Yang buat keputusan Zizan sendiri.

            Zizan risau juga sebenarnya dengan Natalia. Tetapi untuk mencari Natalia, dia tidak mampu. Semuanya diserahkan kepada waktu. Biar masa yang tentukan segala-galanya.

* * *

            Semakin hari semakin rapat hubungan di antara Lili dengan Irfan. Macammana tak rapat kan. Lepas je mereka dikatakan bercinta, ramai yang nak gandingkan mereka dalam photoshoot. Kiranya gossip tu buat diorang ni laku lah.

            "Lili," panggil Irfan.

            Lili yang sedang mengunyah makanan pandang Irfan. Keningnya diangkat.

            "Rasa tak macam kita dah semakin rapat?" soal Irfan.

            "Semakin rapat? Maksud?" Lili angkat kening sekali lagi.

            Irfan diam sekejap. Lili pandang Irfan. Dadanya sedikit berombak. Berdebar-debar menunggu kata-kata seterusnya keluar dari mulut Irfan.

            "Ingat tak dulu I pernah cakap dekat rancangan hiburan, kalau cinta wujud di antara kita, I tak menolak. Dan I pun suruh orang ramai doakan kita kalau nak betul-betul kita bercinta. Ingat tak?" soal Irfan.

            Lili angguk.

            "I rasa doa orang ramai dah termakbul lah," bagitahu Irfan.

            Lili tersentak. Apakah maksud Irfan itu yang cinta telah wujud di hati Irfan untuknya? Apakah itu maksudnya?

            "Apa maksud you?" soal Lili setelah lima saat keadaan di antara mereka sepi.

            Irfan tersenyum. "I rasa I dah jatuh cinta dengan you lah."

            Lili diam membeku. Dia tak sangka Irfan seberani itu meluahkan perasaannya. Tengok muka Irfan. Biasa-biasa je. Tak ada pun muka cuak. Irfan ni bergurau ke apa?

            "You bergurau?" akhirnya keluar juga suara dari Lili setelah lama keadaan di antara mereka sepi.

            Irfan geleng kepalanya.

            "I tak bergurau. Kenapa? You tak rasa apa yang I rasa?" soal Irfan.

            "Tak. Bukan macamtu. I cuma speechless," ujar Lili.

            "Jadi you pun cintakan I lah?" Irfan angkat kening.

            Pipi Lili sudah bertukar rona menjadi merah. Kalah blusher yang dia selalu pakai. Perlahan-lahan Lili mengangguk. Senyuman Irfan bertambah lebar. Yes! Cinta dibalas.

            "Maknanya kita ni dah declare couple la ni?" soal Irfan nakal.
           
            Lagi sekali Lili mengangguk.

            "Eh, sejak bila sayang I ni bisu?" usik Irfan.

            Lili cubit tangan Irfan yang berada di atas meja itu. Padan muka sakit. Siapa suruh usik dia? Tapi Irfan panggi dia sayang lah. Eii so sweet!

            "Garangnya sayang ni," komen Irfan.

            "Siapa suruh cakap I bisu?" ujar Lili.

            "Tapi tak apalah. Garang-garang pun tetap I sayang. Jangan risau," lagi sekali Irfan usik Lili.

            "Irfan!!" marah Lili.

            Irfan gelak terkekeh-kekeh. Kelakar melihat keadaan Lili yang seperti udang dibakar. Merah kulitnya!

* * *

            Irfan tersenyum lebar. Media ni cepat betul dapat tahu rahsia dia. Baru semalam dia luahkan perasaan dia dekat Lili dan sekaligus declare hubungan diorang. Harini press dah serbu dia. Betul-betul tangkas wartawan-wartawan bergaji dan yang tak bergaji buat kerja.

            "Dulu kata tak bercinta tetapi sekarang ni nampak macam dah bercinta. Apa jadi bro?" soal salah satu wartawan di situ.

            "Dulu kami memang kawan. Takkan saya nak cakap bercinta kot," jawab Irfan.

            "Sekarang?" soal wartawan itu lagi.

            "Nampaknya doa peminat-peminat kami yang ingin kami bercinta sudah termakbul," jawab Irfan pendek.

            "Jadi betullah Irfan dan Lili sedang bercinta?" soal wartawan lain pula.

            "Ya. Saya mengaku kami berdua memang sedang bercinta sekarang," jawab Irfan lagi.

            "Jadi sudah sah lah berita ni? Berita ini sudah jadi benar. Bukannya gossip lagi. Betul tak?" soal wartawan lain.

            Irfan tersengih, "ya. Saya harap lepas kenyataan saya ini, semua orang akan berpuas hati. Doakan saya dengan Lili kekal hingga ke akhir hayat. Terima kasih."

            "Selalunya kalau orang lain, diorang mesti nak rahsia-rahsiakan pasal ni dulu. Macammana pula awak boleh mengaku terang-terangan macamni? Tak rasa nanti nama awak akan kurang disebut ke?" soal wartawan.

            "Kenapa perlu rahsiakan perkara yang baik? Saya bukan buat benda yang jahat pun. Saya rasa masyarakat sekarang lebih berfikiran terbuka. Takkan sebab saya ni dah berpunya, saya terus nak berhenti main bola. Kerja saya tetap kerja saya. Dan kerja Lili tetap kerja Lili. Selagi kami bekerja, selagi itulah nama kami akan disebut. Betul tak?" Irfan angkat kening.

            Para wartawan semua mengangguk.

            "Baiklah. Saya pun kejap lagi ada training lagi. Jadi, saya pergi dulu," ucap Irfan.

            Irfan melangkah pergi meninggalkan para wartawan itu. Malas dia nak layan. Lagipun kejap lagi dia ada training. Karang kalau lambat, sibuk keluar berita 'pemain bola sepak, Irfan lupa diri'. Apa yang dia nak jawab nanti? Baik dia pergi sekarang.

* * *

            Natalia pandang rumah kampung di hadapannya itu. Ya, dia pasti inilah rumah yang dicarinya itu. Walaupun sudah lebih enam tahun dia tidak datang ke sini tapi dia masih ingat lagi rumah ini.

            Natalia melangkah tiga langkah ke hadapan. Rindu betul dia dekat rumah ini. Rumah ni banyak simpan kenangan manis dan pahit dia ketika dia membesar dahulu. Rumah ni banyak simpan cerita hidupnya ketika dia kecil. Banyak sangat.

            "Natalia?"

            Air mata Natalia yang menitis setitik itu, Natalia kesat. Kemudian dia berpaling menghadap si pemanggil. Senyuman di bibir terukir.

            "Farzad?"

            Farzad turut tersenyum, "kau ke Natalia? Dah lama aku tak nampak kau. Dah besar rupanya kawan aku ni."

            Natalia tergelak. "Kalau aku dah besar, kau pun dah besarlah. Kitakan sama umur. Lupa ke?"

            Farzad garu keningnya, "ye ke kita sama umur? Kenapa aku lagi tinggi pada kau ye? Musykil musykil."

            "Oh, kau nak kutuk aku sebab aku pendek lah ye? Okay fine, tak nak kawan kau," Natalia buat-buat merajuk.

            "Eh, merajuk pulak dia ni. Iyalah. Kau tinggi. Kalah budak umur lima tahun," Farzad gelak.

            "Farzad!!"
           
            "Hehe. Eh, kau datang sini nak duduk sini ke?" soal Farzad.

            Natalia pandang beg di sebelahnya. Kemudian dia angguk.

            "Kenapa? Tak suka?" Natalia angkat kening.

            "Eh. Tak adalah. Aku suka. Nanti boleh main kejar-kejar macam dulu," ujar Farzad.

            Natalia tersenyum tawar. Main kejar-kejar macam dulu. Kalaulah dia boleh putar ke masa dulu, kan bagus. Jadi macam budak-budak balik. Main kejar-kejar dengan Farzad. Oh, betapa indahnya masa dahulu.

            "Natalia, kau berangan ke? Kenapa ni?" soal Farzad.

            Natalia tersedar dari angannya. Dia pandang Farzad.

            "Mana ada aku berangan. Kau ni suka buat fitnah dekat aku tau," jawab Natalia.

            "Petang nanti kita jumpa nak? Aku bawak kau jalan-jalan dekat kampung ni. Kau pula ceritakan dekat aku kenapa kau balik sini. Deal?" Farzad angkat keningnya.

            Natalia diam.

            "Diam tandanya deal lah kan? Bagus. Aku jumpa kau dekat tempat biasa pukul 5 nanti. Jangan lupa tau! Aku blah dulu lah," Farzad melangkah meninggalkan Natalia di situ.

            Natalia pandang rumah itu lama. Beg-beg dipegangnya kemas.

            "Natalia, kau boleh!"

            Dan Natalia melangkah masuk ke dalam rumah itu.

* * *

            "Sorry aku lambat sikit. Aku kemas rumah tadi," Natalia duduk di sebelah Farzad.

            "Aku tahu kau takkan hampakan aku punya," Farzad tersengih.      

            "Jadi kau nak bawa aku jalan dekat mana?" soal Natalia.

            "Kau nak pergi mana?" soalan dibalas soalan.

            Natalia angkat bahu.

            "Kita pergi sungai nak? Waktu-waktu sekarang ni mesti ramai budak-budak mandi sungai," ajak Farzad.

            "Sungai? Jom! Dah lama betul tak pergi," Natalia dah excited.

            "Jom!"

            Farzad dan Natalia bangun. Mereka berdua berjalan sama-sama menuju ke arah sungai.

            "Kau ingat lagi tak jalan nak pergi sungai ni?" soal Farzad.

            "Kau ingat aku makan banyak semut ke? Mestilah ingat," jawab Natalia.

            Farzad gelak.

            "Waktu kecik-kecik kita kan selalu pergi sungai sama-sama," ujar Natalia.
           
            "Kau ingat lagi?" soal Farzad.

            Natalia angguk, "gila kau tak ingat? Ada orang tu nak tunjuk hero dekat kita. Padahal dia sendiri tak reti berenang. Ada hati nak selamatkan kita."

            Natalia gelak. Farzad turut tergelak. Teringat detik tu. Waktu tu dia nak mandi sungai dengan Natalia ni. Tapi entah macammana Natalia ni boleh tergelincir. Lepastu Natalia terhanyut sedikit. Air waktu tu pun boleh tahan derasnya. Jadi si Farzad ni pun nak tolong si Natalia tapi dia terlupa dia sendiri tak reti berenang. Last-last dua-dua hanyut. Nasib baik ada Abang Mukriz dengan Abang Farid. Kalau tidak, dah arwah dah diorang ni.Oh waktu tu umur diorang baru sepuluh tahun.

            "Dahlah lepastu kena denda tak boleh pergi sungai lagi," ujar Natalia.

            "Tapi keluar jugak seminggu lepastu. Memang tak reti bahasa betul kan kita ni?" komen Farzad.

            Natalia gelak. Farzad pun sama. Kelakar betul.

            "Kau ingat tak yang waktu puasa-puasa kita pergi berendam dalam sungai tu?Last last kena marah dengan Tok Haji. Siap denda suruh kita mengaji lebih masa," Farzad cuba kembalikan kenangan masa silam.

            "Haha. Tu lah. Dah tahu puasa lagi kita berendam dalam air. Eh, Tok Haji ada lagi ke?" soal Natalia.

            "Tok Haji dah meninggal dah," jawab Farzad.

            "Haa? Bila? Sebab apa?" soal Natalia.

            "Lima bulan lepas wan kau meninggal, Tok Haji pula meninggal. Biasalah Nat, sakit orang tua," jawab Farzad.

            Natalia tersentuh mendengar nama wannya disebut. Wan! Rindunya dia kepada mak kepada emaknya itu. Sebenarnya dia ni duduk dengan wannya sejak dia kecik lagi. Sebab tu lah dia berkawan rapat dengan Farzad ni.

            Mak Natalia suruh wan jaga Natalia bukan sebab tak sayang Natalia tapi sebab waktu tu atok meninggal. Wan pula rasa sunyi. Jadi mak Natalia tinggalkan Natalia yang ketika itu berumur tiga tahun di situ untuk menemani wan. Dua minggu sekali mak dia jenguk Natalia. Kadang-kadang sebulan sekali. Ikut masa lah.

            Si Farzad ni pula tinggal dekat dengan rumah dia. Entah kenapa, tiba-tiba mereka ni rapat. Tak tahu bila. Sedar-sedar je dah rapat. Natalia dah anggap si Farzad ni macam abang walaupun diorang ni sebaya je sebenarnya. Cuma Farzad ni tua tiga bulan dari Natalia.

            Disebabkan Natalia ada wan sahaja, jadi ibu dan ayah Farzad la tempat Natalia bermanja. Kalau ibu bapa Farzad nak pergi mana-mana, mesti bawa Natalia memandangkan diorang pun cuma ada seorang je anak. Kiranya ibu dan ayah Farzad ni ibu dan ayah  Natalia nombor dua lah. Hehe.

            Natalia sekolah rendah pun dekat sini jugak. Bila cuti sekolah, mak Natalia bawa Natalia pulang ke K.L.  Sampailah Natalia pertengah tingkatan satu. Disebabkan Natalia pun dah besar waktu tu, jadi mak dan ayah Natalia pun nak bawa Natalia balik. Keadaan wan pun dah baik. Wan pun kasi. Tapi Natalia tak lupa datang singgah ketika waktu cuti.

            Tapi enam tahun lepas, kesihatan wan tiba-tiba sahaja teruk. Entah kenapa satu hari tu, Natalia terjatuhkan satu gelas. Tak sampai beberapa saat lepastu dia dapat panggilan mengatakan wan dah meninggal. Wan meninggal tanpa sempat dia melihat wan untuk kali terakhir! Sedih. Ya, itu yang dia rasa. Sejak tu, dia langsung tak balik kampung.

            "Dah sampai dah," bagitahu Farzad.

            Natalia tersentak. Semua apa yang dia fikir tadi lenyap. Keindahan sungai itu sungguh mendamaikan. Menenangkan jiwanya.

            "Jom duduk sana," Farzad tunjuk ke satu arah.

            Natalia angguk. Mereka melangkah ke arah yang ditunjuk Farzad itu. Mereka duduk sambil kaki dicelup ke dalam air sungai.

            "Kau berangan apa tadi?" soal Farzad.

            Natalia kerut dahi, "berangan apa?"

            "Kau ingat dekat wan ek?" soal Farzad.

            Natalia diam.

            "Lepas wan kau meninggal, kau langsung tak pernah datang sini lagi. Kau masih sedih pasal tu ek?" soal Farzad.

            "Aku bukan tak nak datang. Aku cuma tak cukup kuat untuk datang dekat sini. Kau tahu tak Zad? Kampung ni simpan banyak kenangan aku dengan wan. Banyak sangat. Aku terkilan bila wan pergi macamtu je tanpa sempat aku balas jasa dia yang terlalu banyak untuk aku," luah Natalia.

            "Sekarang ni kau dah cukup kuat?" soal Farzad.

            Natalia diam.

            "Nat, aku kenal kau dah lama. Sejak dari kita kecik lagi. Walaupun kita dah lama tak jumpa. Tapi aku masih kenal kau. Engkau tetap Natalia yang aku kenal. Jadi apa masalah kau?" soal Farzad lagi.

            "Kalau aku cerita dekat kau, mesti kau tak nak kawan dengan aku lagi," ujar Natalia.

            "Nat, aku kawan dengan kau ikhlas. Walau macammanapun engkau, aku tetap akan berkawan dengan kau. Kau jangan risau pasal tu," Farzad meyakinkan Natalia.

            Natalia masih keberatan untuk bercerita.

            "Aku tak paksa kau. Kalau kau nak ceritakan dekat aku, aku sedia mendengar. Kalau tidak, tak apalah," ujar Farzad apabila melihat Natalia masih lagi membisu.

            "Aku bukan perempuan baik," Natalia memulakan cerita.

            Farzad angkat kening, "maksud kau?"

            Lalu Natalia menceritakan segalanya. Daripada macammana dia boleh kenal Dato' Farizal hinggalah dia boleh terjumpa Zizan dan kenapa Datin Farida serangnya dan apa yang membuatkan dia nak tinggalkan semua itu.

            "Kau mesti dah tak nak kawan aku lagi kan?" Natalia mengakhirkan ceritanya yang panjang lebar itu.

            "Siapa cakap? Nat, manusia ni semua pernah buat salah. Semua pernah buat silap," ujar Farzad.
           
            "Tapi silap aku silap besar," ujar Natalia.

            "Manusia ni tak sempurna, Nat. Semua pernah buat salah. Sebab tu lah wujudnya peluang kedua. Sekarang ni kau dah nak berubah kan? Kau nak tinggalkan semua tu kan? Jadi teruskan. Tapi jangan lari dari keadaan. Jangan lari dari masalah. Cuba berhadapan dengan masalah itu. Selesaikan," nasihat Farzad.

            "Entahlah Farzad. Mungkin aku belum cukup kuat. Biarlah aku duduk sini. Aku nak cari kekuatan. Aku tak mampu nak berhadapan dengan Zizan. Aku tak larat nak berhadapan dengan orang sekeliling. Semua orang dah tahu pasal aku. Aku malu, Zad! Aku malu," luah Natalia.

            "Kau carilah kekuatan tu, Nat. Kau ambillah masa untuk pulihkan emosi kau. Tak ada siapa nak menghalang. Tapi kau kena ingat Nat. Masa tak tunggu kita. Kita yang kena kejar masa," ujar Farzad penuh makna.

            Natalia terdiam. Cuba memproses kata-kata Farzad itu. Kita kejar masa. Bukan masa kejar kita.

            "Tapi kenapa kau pilih rumah wan kau? Kenapa bukan tempat lain?" soal Farzad.

            "Aku cuma dapat ketenangan di sini. Di rumah ini. Di kampung ini. Jadi biarlah aku dekat sini. Orang takkan tahu aku dekat sini," jawab Natalia.

            "Jadi maknanya kau nak tinggal lama lah dekat sini?" soal Farzad.

            "Mungkin aku nak tinggal terus dekat sini," jawab Natalia.

            "Maknanya aku ada geng balik lah ni! Yay! Seronoknya aku," Farzad buat muka excited.

            Natalia sengih. Farzad ni memang lah.

            "Nanti esok kita sarapan sama-sama dekat warung Mak Cik Kiah ek?" ajak Farzad.

            "Boleh juga. Aku rindu betul dekat nasi lemak Mak Cik Kiah. Memang terbaik lah," Natalia setuju.


            Natalia senyum. Farzad turut tersenyum. Biarlah kalau Natalia nak cari kekuatan di sini. Dia akan ada untuk Natalia. Sebab dia kawan Natalia. Dia akan cari kekuatan itu untuk Natalia juga. Kerana Natalia kawan dunia akhirat dia.

No comments:

Post a Comment