Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, June 8, 2014

Kerana Cinta 27

            "Kau biar betul, Hani? Kau dah fikir masak-masak ke perkara ni?" soal Atiq.

            Hani pandang Atiq. Dia angguk.

            "AG dah tak nak aku. AG dah buang aku jauh dari hidup dia. Dia betul-betul dah singkirkan aku dari hidup dia," luah Hani.

            "Itu sebab AG tak tahu perkara sebenar lagi. Kau janganlah buat keputusan terburu-buru macamni," pujuk Atiq.

            "Aku dah bagitahu dia, Atiq. Cuma dia je yang tak nak percaya cakap aku.Untuk apa aku terus bertahan jika dia dah tak percayakan aku? Untuk apa, Atiq?" soal Hani.

            Atiq terdiam. Air mata Hani mula mengalir.

            "Atiq, aku tak sekuat tu untuk hadapi segala hinaan yang dilemparkan oleh AG. Aku tak sekuat tu. Hati aku hancur bila dia hina aku," luah Hani lagi.

            "Tapi melarikan diri dari hal ini bukanlah keputusan yang baik. Kau kenalah buat AG tahu kebenaran tu. Takkan kau nak biarkan AG terus anggap kau macamtu?" soal Atiq.

            "Biarlah, Tiq. Aku dah tak peduli lagi. Aku nak pergi sana. Aku nak tenangkan fikiran aku. Aku nak lupakan AG. Aku nak mulakan hidup baru dekat sana," jawab Hani.

            "Hani..."

            "Atiq, keputusan aku muktamad. Aku dah siap kemas barang semua dah. Aku bagitahu ni pun dekat kau je. Tolong jangan bagitahu sesiapa hal ni. Biarlah ini menjadi rahsia antara kau dan aku. Kau janji ek?" Hani kesat air matanya.

            "Aku..."

            "Tolong janji dengan aku yang kau takkan bagitahu sesiapa pasal aku," potong Hani.

            Atiq menghela nafas berat, "janji."

            Hani senyum. Kemudian dia pandang jari manisnya. Cincin itu ditarik keluar dari jari itu dan dihulurkan kepada Atiq. Atiq tak sambut cincin itu.

            "Tolong serahkan dekat AG nanti," ujar Hani.

            "Kenapa kau tak serahkan sendiri?" soal Atiq.

            "Aku tak mampu untuk tengok muka dia. Aku tak mampu, Tiq. Kau tolonglah bagi dekat dia. Aku tak rasa aku boleh simpan benda ni lagi," jawab Hani.

            Akhirnya Atiq sambut juga cincin itu. Hani senyum.

            "Atiq, terima kasih," ucap Hani.

            Atiq angkat kening, "untuk apa?"

            "Untuk ada dengan aku bila aku perlukan kau. Dan maaf sebab heret kau dalam masalah aku," ujar Hani.

            "Aku kawan kau dulu, Hani. Dan sampai bila-bila pun aku akan jadi kawan kau," ujar Atiq.

            Hani tersenyum. Atiq turut balas senyuman Hani. Hani bersyukur dapat kawan macam Atiq. Biarlah dia hilang tunang, asalkan dia ada kawan yang sentiasa percayakan dia. Biarlah AG pergi, asalkan Atiq ada bila dia perlukan.

* * *

            "Oh, bercinta dengan Lili ye?"

            Irfan gelak mendengar kata-kata Zizan itu.

            "Tahniah lah bro! Aku doakan kau dengan dia bertunang, lepastu kahwin dan kemudian dapat anak dan cucu dan kalau sempat dapat cicit sekali. Okay?" ucap Zizan.

            "Terima kasih. Kau doakanlah aku, nanti aku doakan kau pulak. Eh, sebut pasal cintan cintun ni kan, Natalia macammana?" soal Irfan.

            "Natalia dah berhenti kerja," jawab Zizan.

            "Haa? Berhenti kerja?" nampak sangat Irfan terkejut.

            Zizan angguk, "haritu isteri Dato' yang si Natalia ada affair tu serang dia. Habis satu pejabat dah tahu pasal Natalia. Agaknya Natalia malu lah tu."

            "Serang dekat pejabat? Sangat tak profesional," komen Irfan.

            "Profesional tak profesional. Kalau laki dah kena rampas, apapun dia sanggup buat asalkan perempuan yang rampas tu dapat balasan," ujar Zizan.

            Irfan tarik sengih, "betul cakap kau. Siapa tahan kalau orang yang kita cinta kena rampas kan? Sakit hati tu woo."

            "Tahu tak apa. Kau tu jaga lah si Lili tu elok-elok. Jangan sampai dia kena rampas dan jangan buat diri kau kena rampas," pesan Zizan.

            Irfan angguk. "Aku tak habis tanya lagi lah pasal Natalia ni."

            Zizan angkat kening, "kau nak tanya pasal apa lagi? Aku bukannya laki dia pun."

            "Tapi kau tahu pasal dia. Jadi dia dekat mana sekarang?" soal Irfan.

            Zizan geleng kepala, "aku pun tak tahu dia dekat mana. Dia menghilang macamtu je. Haritu aku ada dengar cerita dia lari dari rumah. Lepastu dia duduk rumah awek budak office aku. Sekarang ni dia hilang pula. Sorang pun tak tahu mana dia menghilang."

            "Dia lari dari rumah?" Irfan kerut dahi.

            Zizan angguk.

            "Dia kena halau atau dia yang tinggalkan rumah tu?" soal Irfan.

            "Entah. Manalah aku tahu," jawab Zizan.

            "Habis, kau tak nak cari dia ke?" duga Irfan.

            Zizan geleng kepala.

            "Kenapa?" Irfan nak tahu.

            "Entah," pendek sahaja jawapan Zizan.

            "Kalau kau cintakan dia, sekarang ni peluang kau. Carilah dia," ujar Irfan.

            Zizan geleng kepala, "aku tak nak."

            "Suka hati kau lah, Zizan. Tapi nanti kau jangan menyesal pulak," ujar Irfan.

            "Insya-Allah," jawab Zizan.

            Ya. Dia takkan menyesal. Semuanya ini dia serahkan kepada Yang Maha Esa. Jika memang Natalia tercipta untuknya, pasti Dia akan menemukan mereka dalam apa jua keadaan. Jika tidak, tidaklah. Zizan pasrah.

No comments:

Post a Comment