Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, August 1, 2014

Kerana Cinta 28

Sebulan berlalu.

            Harini Zizan cuti. Biasalah hari minggu. Jadi Zizan bawa adik-adik dia pergi taman tema air. Pergi mandi-manda. Nak bawa Irfan dengan adik dia sekali tapi Irfan ni sibuk pula nak keluar dengan Lili. Biasalah, orang tengah angau lah katakan.

            "Zila! Zafran! Jangan mandi jauh-jauh. Karang lemas pula. Abang nak pergi tandas dulu ni," pesan Zizan.

            "Abang jangan risaulah! Kitorang kan dah besar," ujar Zila.

            Zizan angguk. Dia melangkah pergi ke arah tandas.Lima minit kemudian, dia keluar. Dia singgah beli minuman dan makanan sedikit sebelum pergi ke arah mereka.

            "Abang, Zafran jatuh."

            "Ha? Jatuh? Mana dia?" soal Zizan cemas.

            Zila segera tunjuk di mana Zafran berada. Zizan ikut Zila. Kemudian dia segera mendapatkan Zafran yang sedang duduk dengan matanya yang berair. Baru lepas nangis lah tu. Kakinya habis berdarah.

            "Abang baru tinggal sekejap, dah jadi macamni? Kan abang nak pesan, mandi tu elok-elok. Ni dah berdarah, apa nak buat? Zila ni pula, kenapa tak reti nak jaga adik?" marah Zizan.

            "Dia dah okay dah. Kaki dia luka sikit je. Tadi dia panjat tu lepastu terjatuh."

            Baru Zizan sedar ada wanita di sebelahnya. Zizan pandang wanita itu. Wanita itu lemparkan senyuman.

            "Tak perlu nak marah dia. Lagipun dia cuma luka sikit je. Biasalah budak-budak kalau tengok darah mesti nak menangis. Sebenarnya luka dia tak ada apa-apa pun," ujar wanita itu lagi.

            "Terima kasih lah tolong adik saya ni. Saya minta maaf susahkan awak," ujar Zizan.

            Wanita itu tersenyum lagi, "kita manusia mestilah saling tolong-menolong. Mungkin harini hari awak. Esok lusa mungkin hari saya pulak kan?"

            Dan wanita itu melangkah pergi meninggalkan Zizan yang terpaku mendengar kata-kata wanita itu.

 * * *

            Pintu pejabat AG ditolak kasar dari luar. AG yang sedang khusyuk menghadap komputer ribanya terkejut. Dia bangun. Atiq menolak kasar seorang wanita masuk ke dalam. Kemudian, pintu bilik itu ditutup.

            "Kau kenapa rempuh masuk bilik aku macamtu? Sekarang ni office hour. Dan kau tu pekerja aku. Respect sikit aku!" marah AG.

            "Dah sampai masanya untuk aku bagitahu perkara sebenar. Aku nak bersihkan nama Hani yang tercalar!" ujar Atiq.

            "Apa lagi? Aku ingat perkara ni dah settle. Kau nak tegakkan benang yang basah lagi ke? Cukuplah. Tak payah nak buang masa kau," sinis suara AG.

            "Semua tu adalah rancangan perempuan ni. Aku kena tangkap dengan Hani adalah rancangan dia. Dan kau putus tunang dengan Hani adalah mission dia yang utama. Perempuan ni yang bertanggungjawab dalam semua hal ni," terang Atiq.

            Wajah AG terus berubah. "Apa maksud kau?"

            "Sekarang kau cerita, perempuan! Kau cerita segala-galanya," suruh Atiq.

            Perempuan itu tak bersuara.

            "Apa hal ni? Atiq, apa maksud kau? Apa semua ni? Aku tak faham," ujar AG keliru.

            "Kau cerita sekarang. Kalau tidak, aku hantar kau dekat balai polis. Biar polis yang uruskan kau sebab menfitnah orang," ugut Atiq.
           
            "Ya. Aku yang rancangkan segala-galanya. Aku yang telefon Hani dan katakan kau dalam bahaya. Aku yang telefon pihak JAIS untuk tangkap diorang," perempuan itu mengaku.

            AG terkejut.

            "Sekarang kau dah dengar kan dari mulut dia sendiri?" soal Atiq.

            AG meraup wajahnya berkali-kali. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu. Jadi selama ini apa yang dia sangka itu tak benar? Apa yang Hani cakap itu benar? Ya Allah, apa yang dia dah buat?

            "Tapi kenapa?" soal AG.

            "Siapa suruh dia menggatal dengan Atiq aku padahal dia dah bertunang? Nah, sekarang rasakan. Nak sangat Atiq kan? Ambiklah. Tapi dia akan kehilangan kau!" jawab perempuan itu.

            AG nak mengamuk. Dia cekik leher perempuan tu.

            "Kurang ajar! Kau tahu tak apa yang kau dah buat? Kau hancurkan tali pertunangan aku dengan dia? Kau buat aku hina dia?" tengking AG.

            Atiq cepat-cepat selamatkan keadaan.

            "AG, sabarlah. Jangan ikut sangat kata hati tu. Biarkan dia," nasihat Atiq.

            Perempuan itu cepat-cepat meninggalkan tempat itu. AG terduduk di lantai.

            "Atiq, apa aku dah buat?" soal AG.

            Atiq ambil cincin dalam poket seluarnya dan dihulurkan kepada AG. AG sambut cincin itu. Dia kenal cincin itu. Kenal sangat.

            "Hani mana? Aku nak jumpa Hani sekarang!" ujar AG.

            "Sabar AG. Hani dah hilangkan diri. Dia tak nak kau tahu dekat mana dia berada. Hati dia sakit sangat bila kau hina dia. Dia dah tak mampu nak berhadapan dengan kau. Dia perlukan masa untuk merawat hatinya," bagitahu Atiq.

            "Dia dekat mana, Atiq? Bagitahu aku! Aku nak minta maaf dekat dia. Aku cintakan dia," ujar AG.

            "Dia tak bagi aku bagitahu sesiapa tentang lokasi dia," kata Atiq.

            "Tolonglah Atiq. Tolong bagitahu aku. Aku merayu sangat dekat kau," rayu AG.

            Atiq pandang AG. Kasihan dia melihat AG. Tapi bagaimana pula janji dia dengan Hani untuk merahsiakan lokasi Hani? Ahh, dia tersepit dalam dua keadaan sekarang. Tolong!

* * *

            Irfan dan Zizan melopong mendengar cerita AG. Biar betul si AG ni? Dia putuskan tali pertunangan dengan Hani. Dia hina Hani. Dan sekarang dia baru tahu Hani tak bersalah dalam hal ni. Is this a joke or what?

            "Jadi macammana?" soal Zizan.

            "Aku nak minta maaf dengan dia," jawab AG.

            "Kalau dia tak nak maafkan kau?" soal Irfan.

            "Kita kena fikir positif," ujar AG.

            Zizan menggeleng melihat perangai AG. Tu lah, siapa suruh buat keputusan mendadak macamtu je tanpa siasat perkara sebenar. Haa ni dah jadi macamni, siapa nak tanggung?

            "Okay katakanlah dia maafkan kau. Then, apa kau nak buat?" soal Zizan.

            "Aku nak sambung balik ikatan yang terlerai," jawab AG.

            "Boleh ke? AG, kau sedar tak kau dah hina dia? Kau sedar tak kau dah buat hati perempuan dia berkecai?" Irfan cuba bawa AG kembali ke dunia realiti. Hakikat sebenar.

            "Aku tahu. Sebab tu lah, aku sanggup tanggung segalanya. Aku akan buat apa sahaja untuk betulkan keadaan ni," ujar AG semangat.

            Zizan dan Irfan saling berpandangan sebentar.

            "Macammana?" hampir serentak Zizan dan Irfan bertanya.

            AG senyum segaris, "aku cari dia dekat sana."



* * *

            Irfan berlari naik ke atas apartmen itu. Lepas je dapat panggilan mengatakan Fiya dalam bahaya, terus sahaja Irfan datang ke sini. Sebelum tu, sempat Irfan telefon pihak polis. Sampai di hadapan pintu rumah Fiya, Irfan terus merempuh masuk.

            Ketika itu, dia lihat habis barang-barang Fiya berterabur. Sama macam pertama kali dia merempuh masuk sini dulu. Habis berselerak! Irfan cari Fiya di dalam bilik. Dan di situ ada Fiya. Fiya yang sedang menangis teresak-esak di atas katil sambil badannya ditutup dengan selimut. Irfan mendekati Fiya.

            "Irfan, saya...."

            "Dah Fiya. Dah. Jangan menangis lagi. Saya ada sekarang ni," pujuk Irfan.

            "Saya... Saya..."

            "Dah Fiya. Bawak bertenang," pujuk Irfan.

            Dan pihak polis pun sampai.

* * *

            "Hani, ada orang nak jumpa kau. Katanya, emergency!" bagitahu rakan sekerjanya.

            Hani kerut dahi," siapa?"

            Orang itu angkat bahu.

            Hani bangun, "dekat mana?"

            "Lobby."

            "Thanks." Hani berlalu dari situ.

            Hani tekan lif. Kemudian dia masuk lif. Butang G ditekan. Sepuluh saat menunggu, dia sudahpun sampai di tingkat G. Cepatkan? Memanglah cepat sebab dia pun kerja dekat tingkat satu je. Tak tinggi mana pun.

            Hani melangkah ke lobi. Matanya ligat mencari manusia yang ingin berjumpa dengannya. Dan tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh seseorang. Seseorang yang sangat dikenalinya. Seseorang yang dia tak nak jumpa. And oh man, he see me!

            AG melangkah mendekati Hani.

            "Hani," panggil AG.

            Hani nak berlalu pergi tetapi cepat AG tahan.

            "Hani, janganlah macamni," pujuk AG.

            "Apa yang kau nak?" soal Hani kasar.

            Air mata Hani nak mengalir tetapi Hani tahan. Tak, dia tak boleh menangis. Dia tak nak nampak lembik di hadapan AG. Dia harus kuat. Ya, kuat!

            "I need to talk with you," ujar AG.

            "But I don't," balas Hani.

            Hani cepat-cepat melangkah pergi. Dia tak nak berdiri lama-lama dekat situ dengan AG. Dia tak nak.

            AG pandang Hani yang semakin jauh darinya. Tak, dia tak boleh berputus asa. Dia takkan mengalah. Dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan Hani kembali. Hani milik dia!

            Hani masuk ke dalam bilik air. Beg tangannya dibuka kasar. Telefon bimbit diambil dan nombor Atiq didail.Tidak  sampai lima saat, Atiq sudah menjawab panggilannya.

            "Kan aku cakap jangan bagitahu sesiapa aku dekat mana!" keras suara Hani.

            "Hani.."

            "Susah sangat ke apa yang aku minta? Kenapa kau kena bagitahu AG aku dekat mana? Kenapa?" air mata Hani mula mengalir.

            "Hani, dia merayu dekat aku tanya mana kau. Aku tak sampai hati," jawab Atiq.

            "Jadi kau sampai hati buat aku macamni?" soal Hani.

            "Hani, aku minta maaf," pohon Atiq.

            Hani diam. Air matanya yang deras mengalir dikesat.

            "Hani, aku minta maaf sangat-sangat. Dia yang merayu dekat aku. Dia dah tahu yang kita tak bersalah. Dia dah tahu," ujar Atiq.

            "Sekalipun dia dah tahu, itu takkan mengubah apa-apa," ujar Hani.

            "Hani, dia cintakan kau," ujar Atiq.

            "Tak apalah Atiq. Aku tak marahkan kau. Aku pergi dulu. Assalamualaikum," Hani mematikan talian.

            Jadi maknanya sekarang ni AG datang untuk minta maaf dengannya. Tapi apa maknanya? Semua tu dah terlambat. Hati dia dah terkunci rapat. Betul-betul terkunci.

* * *

            Irfan ketuk pintu bilik Fiya. Semenjak dia bawa Fiya pulang ke rumahnya hinggalah sekarang, Fiya langsung tak keluar dari bilik. Kalau ikut jam, dah lebih kurang 25 jam Fiya mengurung diri di dalam bilik itu.

            "Fiya, buka pintu ni. Saya tahu awak sedih tapi awak kena makan. Bukalah," pujuk Irfan.

            Fiya masih membatu di dalam bilik itu.

            "Fiya. Bukalah pintu ni. Tolong," pujuk Irfan lagi.

            Kedengaran tapak kaki berjalan. Pintu bilik dibuka. Fiya teresak-esak menangis. Wajahnya begitu sembab. Nampak sangat pada semalam Fiya tak berhenti-henti menangis.

            "Fiya, dah lah. Saya tahu awak sedih tapi please, jangan menangis lagi," ujar Irfan.

            Fiya tidak membalas kata-kata Irfan. Dia hanya menangis dan menangis sahaja. Irfan mengeluh. Bagaimana harus dia memberhentikan tangisan Fiya ini?

            "Ikut saya," ajak Irfan.

            Irfan tarik tangan Fiya agar Fiya mengikutnya. Sewaktu dia melintasi ruang tamu, Encik Iqram menegurnya.
           
            "Nak pergi mana?" soal Encik Iqram.

            "Jalan-jalan kejap," jawab Irfan.

            Irfan keluar dari rumah bersama Fiya. Dia bawa Fiya ke taman. Taman tempat dia, Zizan dan AG selalu lepak. Dekat situ tenang sikit. Malam-malam ni sejuk. Boleh tengok bulan dengan bintang sekali. Irfan duduk. Fiya turut duduk.

            "Fiya, saya tahu awak sedih. Luahkan perasaan awak sekarang. Saya akan dengar segala-galanya," ujar Irfan.

            Esakan Fiya bertambah kuat. Air matanya semakin laju mengalir. Irfan sabar menunggu Fiya bersuara. Dua minit menunggu, akhirnya Fiya bersuara juga.

            "Saya benci dia. Sanggup dia buat saya macamni. Saya tak kisah kalau dia nak pukul saya, kalau dia nak hina saya. Tapi kenapa dia rogol saya?" luah Fiya.

            "Semua ni dugaan Allah, Fiya," pujuk Irfan.

            "Saya kotor, awak. Saya dah tak suci. Saya rasa macam nak mati je. Kenapa dia tak bunuh je saya terus?" luah Fiya lagi.

            Irfan bersitighfar. "Fiya, jangan cakap macamtu. Semua yang terjadi ni bukan awak yang minta. Ini semua dugaan Allah. Allah takkan menguji hamba-Nya dengan perkara yang hamba-Nya tidak mampu. Jangan salahkan semua ni."

            "Saya tak kuat, awak. Saya tak mampu untuk harungi semua ni sorang-sorang," ujar Fiya.

            "Siapa cakap awak akan harungi semua ni sorang-sorang? Saya ada. Saya akan ada dengan awak," kata Irfan.

            Fiya diam. Irfan senyum segaris.

            "Fiya, saya janji dengan awak saya akan ada bila awak perlukan saya. Saya akan jaga awak. Saya takkan biarkan orang lain buat awak sedih. Awak cuba tengok langit tu," Irfan tunjuk ke arah langit.

            Fiya pandang langit.

            "Bintang-bintang sentiasa ada untuk menemani sang bulan. Dan saya juga akan sentiasa ada untuk menjaga awak," ujar Irfan.

            Fiya kesat air matanya. "Awak janji?"

            Irfan senyum dan angguk.

            "Dah, jangan menangis lagi. Cuba senyum sikit," pujuk Irfan.

            Fiya tersenyum.

            "Kan comel tu. Dah, jom balik," ajak Irfan.

            Fiya angguk. Sungguh dia terharu mendengar janji-janji Irfan itu. Irfan ni ibarat cahaya yang menyuluh hidupnya yang gelap gelita. Dia rasa macam dapat satu semangat baru. Semangat untuk kembali hidup.


* * *

            "Saya bayarkan untuk dia."

            Sekeping not berwarna hijau muda dihulurkan kepada mak cik itu. Wanita yang tadinya sibuk menggeledah beg tangan pandang ke arah lelaki yang membayar makanannya tadi.

            "Tak apalah, encik," ujar wanita itu.

            Zizan senyum, "tak apa. Harini hari awak, esok lusa mungkin hari saya pulakkan?"

            Wanita itu turut tersenyum. "Terima kasih."

            Zizan angguk. Kemudian mereka berdua berjalan ke arah kereta wanita itu.

            "Ini pun beg dompet saya. Entah mana dia menyorok tadi," wanita itu mengeluarkan beg dompetnya dari beg tangannya.

            Zizan sengih. Wanita itu tergelak. Beg dompet dibuka dan sekeping not berwarna hijau muda dihulurkan kepada Zizan.

            "Eh, tak apalah. Saya ikhlas tolong awak tadi," ujar Zizan.

            "Betul ni?" soal wanita itu.

            Zizan angguk.

            "Okay then. Terima kasih tau," ucap wanita itu.

            Wanita itu masukkan kembali duit itu ke dalam beg dompetnya. Kemudian beg dompetnya itu dimasukkan ke dalam beg tangannya kembali. Kini, mereka sudahpun sampai di hadapan kereta wanita itu.

            "Saya Zizan," Zizan memperkenalkan dirinya.

            Wanita itu membuka pintu keretanya. Dia pandang Zizan. Senyuman dilemparkan kepada Zizan.

            "Dan saya Wardina," wanita itu memperkenalkan dirinya pula.

            Wardina masuk ke dalam keretanya. Enjin dihidupkan. Tingkap cermin dibuka.

            "Zizan, terima kasih sekali lagi tau. Dan nice to meet you," ujar Wardina.

            Wardina kemudian undurkan kereta dan meninggalkan kawasan itu. Zizan masih statik berdiri di situ. Entah kenapa, dia rasa Wardina seperti ada satu tarikan. Tarikan yang dia tak mampu untuk menolak.

* * *

            Lili pandang Irfan di hadapannya. Irfan kelihatan sedikit pelik harini. Nampak macam orang tengah memikirkan sesuatu.

            "Irfan," panggil Lili.

            Diam. Tiada respons.

            "Irfan," Lili panggil sekali lagi.

            Masih diam.

            "Irfan!" Lili menaikkan ton suaranya.

            Irfan tersentak. Apa yang dia fikir tadi? Dia pandang Lili.

            "You ada masalah ke?" soal Lili.

            Irfan geleng kepala, "mana ada."

            "Jangan tipu I. Pada tadi, I tengok you diam je. Fikiran you pun menerawang dekat tempat lain. Kenapa? You ada masalah apa?" soal Lili lagi.

            Irfan lemparkan satu senyuman, "Lili, betullah I cakap. I tak ada apa-apa. You jangan risau ye."

            "Betul ni?" soal Lili lagi sekali.

            Irfan angguk, "betul."

            Lili senyum. Irfan turut tersenyum. Sekarang ni dia tengah bersama Lili tetapi kenapa fikiran dia menerawang tentang keadaan Fiya dekat rumah? Ahh, Irfan kau dah gila.

* * *

            "Hoi, kau menang loteri ke apa ha?"

            Zizan pandang Johan. Apa kes Johan ni tiba-tiba kata dia menang loteri ni.

            "Apa kau ni? Haram lah main loteri tu," ujar Zizan.

            "Muka kau gembira semacam je. Ke dapat awek baru?" Johan kenyit mata.

            "Banyaklah kau punya awek baru," Zizan gelengkan kepalanya.

            Johan tarik sengih.

            "Eleh, malu-malu pulak. Jadi, ceritalah siapa perempuan bertuah tu," Johan cuba korek rahsia.

            "Perempuan bertuah apanya? Kau ni suka buat fitnah dekat aku," Zizan masih menafikannya.

            "Kita kan kawan. Jadi bagitahulah Zizan. Cepatlah Zizan. Aku nak tahu siapa perempuan yang boleh buat kau tersenyum sampai macamni sekali," ujar Johan.

            "Dahlah Johan, aku nak sambung buat kerja. Aku tak nak makan duit haram," Zizan kembali pandang komputernya.

            "Eleh. Tu je lah modal kau kalau nak lari topikkan," perli Johan.

            Zizan buat-buat tak dengar. Malas dia nak layan Johan ni. Sibuk je nak tahu pasal orang lain. Ye ke dia harini nampak gembira? Sebab apa ek dia gembira? Takkanlah dia dah feeling dekat Wardina ni? Jangan buat gila, Zizan.

            Tapi kalau dia dah feeling macammana? Dahlah dia langsung tak kenal siapa Wardina tu. Jumpa pun baru dua kali. Sekali dekat kolam. Dan sekali lagi tadi. Kalau betul dia tak ada feeling dekat Wardina tu, kenapa dia teringat-ingat si Wardina ni?

            Oh Cik Wardina, apakah Zizan sudah jatuh cinta kepada anda?

* * *

            Hani memeluk tubuh menghadap keindahan pantai itu. Cantik sangat. Angin malam dekat tepi pantai memang sejuk. Tadi lepas habis je kerja, dia simpan barang dalam bilik dan terus keluar dekat pantai ni.

            Dia nak cari ketenangan. Kejadian semalam masih menghantui fikirannya. Dekat tempat kerja pun dia tak fokus tadi. Semuanya gara-gara AG! Kenapalah mamat tu mesti muncul sekarang?

            "Sedapkan angin malam ni?"

            Ahh, baru sebut dah sampai.

            "Hani, aku nak cakap sikit dengan kau," ujar AG.

            Hani pandang AG. Keningnya diangkat.

            "Aku tak nak cakap dengan kau," tegas suara Hani.

            Hani nak melangkah pergi tetapi AG cepat-cepat tarik tangan Hani supaya Hani tak terus melangkah.

            "Apahal dengan kau ni? Lepaslah!" Hani tarik kembali tangannya.

            "Hani, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tahu aku salah selama ni. Tolonglah Hani. Aku minta maaf. Aku tak sepatutnya meragui kau. Aku menyesal sangat," ujar AG.

            "Jadi?" soal Hani.

            "Hani, aku tahu aku sepatutnya percayakan kau dulu. Aku minta maaf sangat-sangat sebab aku hina kau," mohon AG.

            "Kau cakap senanglah. Bukan kau yang kena hina tapi aku," ujar Hani.

            "Aku sanggup buat apa sahaja Hani asalkan kau maafkan aku," kata AG.

            Hani diam.

            "Hani, tolong maafkan aku. Aku janji lepasni aku akan percayakan kau. Aku janji aku takkan sia-siakan kau lagi. Maafkan aku, Hani. Tolonglah," rayu AG.

            "Tak semudah tu, AG. Aku bukan robot. Aku manusia. Aku ada perasaan," ujar Hani.

            "Aku akan buat kau maafkan aku jugak. Walau apapun caranya, aku akan pastikan kau maafkan aku dan dapat terima aku kembali," ujar AG.

            "Gila!"


            Hani melangkah pergi meninggalkan AG di situ. Huh! Apa AG ingat dia ni apa? Senang-senang je nak minta maaf lepastu suruh terima balik? Hei, dia pun ada maruah. Dia takkan sesekali mengalah dengan AG. Apa yang dia rasa ni takkan sama dengan apa yang AG rasa.

No comments:

Post a Comment