Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, August 4, 2014

Kerana Cinta 29

            "Ada orang dah bayarkan."

            Hani kerut dahi. Siapa pula yang sibuk-sibuk nak bayarkan makanan dia ni? Dia yang makan biar dialah yang bayar.

            "Siapa yang bayar?" soal Hani.

            Mak cik itu tunjuk ke arah AG yang sedang tersenyum lebar. Hani dah menyampah. Tiba-tiba akalnya mendapat satu idea. Oh, nak belanja ye. Hani tepuk tangan.

            "Perhatian semua. Harini makanan semua free of charge! Mamat yang baju hijau tu nak belanja. Jadi, makanlah sebanyak mana yang korang mahu," umum Hani.

            Semua di situ bertepuk tangan. Gembiralah sebab makan percuma. Hani pandang AG yang kerut dahi. Hani lemparkan senyuman sinis. Kemudian Hani melangkah pergi meninggalkan kedai makan itu.

            AG kemudian senyum. Oh, nak jual mahal ye Hani? Tak apa. Walau mahal macammanapun, dia akan dapatkan juga Hani. Itu tekadnya.

* * *

            Irfan pandang Fiya. Bibirnya menguntum senyuman. Dia sedikit lega melihat perubahan Fiya. Sekarang ni Fiya dah mampu berbual macam dulu lagi. Fiya dah tak menangis-menangis lagi. Walaupun Irfan perasan kadang-kadang Fiya termenung panjang tetapi Irfan tetap bersyukur sebab Fiya dah mula menjadi Fiya yang dahulu dikenalinya.

            "Kenapa awak pandang saya macamtu?" soal Fiya.

            Irfan lemparkan senyuman. "Aku gembira kau dah kembali ke Fiya yang asal."

            Irfan dah tak gunakan saya-awak lagi. Bukan apa, dia kurang selesa menggunakan kata ganti diri saya-awak tu. Nampak macam romantik sangat. Lagipun sekarang ni Fiya dah okay sikit.

            "Semua ni sebab awak juga. Terima kasih untuk awak sebab ada untuk saya," ujar Fiya.

            "Ala, small matter je tu," balas Irfan.

            Fiya tersenyum. Memang dia berubah pun disebabkan Irfan. Kalaulah Irfan tak ada, belum tentu dia dapat jadi sekuat ini. Setabah ini. Semuanya kerana Irfan.

* * *

            Natalia tergelak mendengar cerita Farzad. Farzad ni ada je modal nak buat dia gelak. Oh, sekarang ni Natalia dah bekerja jadi cikgu sekolah tadika. Kenapa tadika? Sebab tu je kerja yang ada dan dia mampu mohon. Gaji pun, Alhamdulillah. Cukuplah untuk dia makan hari-hari.

            "Esok aku dapat gaji, jom pergi bandar," ajak Natalia.

            "Kau nak belanja aku makan?" Farzad angkat kening.

            "Tak ada masalah. Esok aku kaya. Kau cakap je kau nak apa, aku belanja. Tapi semuanya bawah RM 10 lah," Natalia gelak.

            Farzad mencebik,"kedekut."

            "Guraulah. Kau nak makan apa esok?" soal Natalia.

            "Ikan bakar," jawab Farzad.

            "Ikan bakar? Jom! Lama tak makan," ujar Natalia.

            "Lama tak makan? Kelakar sangat. Baru minggu lepas kau makan ikan bakar," ujar Farzad.

            "Ye ek? Ah kira lama jugaklah tu. Kalau dekat Melaka ni memang tak sah kalau tak makan ikan bakar," ujar Natalia.

            "Iyalah Nat hoi. Jadi esok malam aku jemput kau ek? Lepas Maghrib," ujar Farzad.

            Natalia angguk. "Dahlah, aku masuk dulu. Dah nak  Maghrib ni. See you tomorrow!"

            Farzad lambai tangan dekat Natalia. Natalia sengih dan masuk ke dalam rumahnya. Sejak dia tinggal sini, Farzad lah yang sentiasa ada untuk dia. Setiap hari, Farzad mesti jumpa dia. Kadang-kadang bila waktu kerja, Farzad bawa dia pergi makan tengahhari. Sanggup Farzad yang kerja dekat bandar tu datang jemput dia dekat sini dan bawa dia makan. Sweet tak? Haha.

* * *

            "Sedap lah. Kalau hari-hari makan macamni, confirm aku gemuk," ujar Natalia sambil mencapai lauk kerabu mangga.

            "Kau memang dah gemuk sikit dari dulu, aku tengok," usik Farzad.

            Natalia sengih, "tak apa. Gemuk macamni lah lawa kan?"

            "Lawa lah daripada dulu. Dulu kau tu tulang pun boleh nampak," Farzad letak sotong goreng tepung dalam pinggan Natalia.

            "Aku memang sentiasa lawa," Natalia puji diri sendiri.

            "Nat, tolong jangan buat aku muntah. Karang semua orang marah dekat aku," Farzad gelak.

            Natalia turut gelak. Farzad ni macam-macam lah. Keadaan senyap sekejap. Masing-masing makan dengan penuh berselera.

            "Nat," panggil Farzad setelah mereka habis makan.

            Natalia pandang Farzad. Keningnya diangkat.

            "Kalau aku cakap dengan kau sesuatu, agak-agak kau marah tak?" soal Farzad.

            "Terpulang pada apa yang kau cakap. Apa benda?" Natalia hirup minumannya.

            Farzad tarik nafas dalam-dalam dan kemudian hembuskan perlahan-lahan.

            "Err. Nat, aku rasa kan... Aku rasa..."

            "Rasa apa?" sergah Natalia.

            "Rasa sayang dekat kau," jawab Farzad laju.
           
            Natalia gelak. Farzad dah malu.

            "Kau ni. Aku pun sayang dekat kau jugak. Kau kawan aku dunia dan akhirat," ujar Natalia.

            "Tapi aku sayang kau lebih dari seorang kawan kepada kawannya. Aku sayang kau macam seorang lelaki sayangkan seorang perempuan," kata Farzad.

            Natalia terdiam. Maksud Farzad, dia sayangkan Natalia macam Natalia sayangkan Zizan? Macamtu?

            "Sejak bila?" soal Natalia, cuba berlagak tenang.

            "Sejak dulu lagi. Sejak pertama kali aku jumpa kau," jawab Farzad.

            Natalia terdiam. Maknanya dulu waktu dia cerita dekat Farzad pasal semua yang terjadi kepada dirinya, Farzad memang dah ada hati dengan dia. Tapi Farzad sedikitpun tak berubah perasaan hatinya walaupun dia tahu Natalia perempuan macammana.

            "Walaupun kau tahu aku ni perempuan yang macammana dan apa yang aku buat untuk berjaya?" soal Natalia.

            "Tapi kau dah berubah sekarang. Semua tu kisah lalu kau," ujar Farzad.

            Air mata Natalia menitis. Betul, dia rasa terharu sangat. Kenapa Zizan tak boleh jadi macam Farzad? Kenapa?


            "Nat, aku minta maaf kalau buat kau sedih. Tolonglah, jangan menangis," pujuk Farzad..

            Natalia kesat air matanya, "kau baik sangat, Zad. Walaupun kau tahu aku ni siapa dulu, kau masih terima aku. Aku terharu sangat."

            Farzad diam.

            "Tapi Farzad, aku minta maaf. Aku masih belum boleh lupakan Zizan," ujar Natalia.

            Farzad tersenyum tawar, "aku tahu kau masih belum boleh lupakan dia. Tapi tak salah kan kalau kita mencuba?"

            "Aku tak nak mainkan perasaan kau," ujar Natalia.

            "Apa kata kita buat macamni. Aku tolong kau lupakan dia dan kau belajar untuk sayang aku," Farzad bagi idea.

            "Farzad..."

            "Aku tahu tu idea bodoh kan. Apalah yang aku fikir agaknya. Aku minta maaf. Tapi kita akan tetap jadi kawan kan? Kawan sampai bila-bila?" soal Farzad.

            Natalia pandang Farzad. Dia tahu Farzad terluka. Sangat terluka. Dia boleh nampak dalam mata Farzad yang Farzad terluka. Farzad bangun dan membayar harga makanan. Natalia bangun dan melangkah ke arah kereta.

            Keadaan sunyi sepi sepanjang perjalanan mereka. Farzad berhenti di hadapan rumah Natalia.

            "Farzad," panggil Natalia.

            Farzad pandang Natalia.

            "Boleh tak kau buat aku jatuh cinta dengan kau?" soal Natalia.

            Farzad tersentak.

            "Aku akan lupakan Zizan. Dan aku akan belajar cintakan kau cuma kau tolong buat aku jatuh cinta dekat kau," ujar Natalia.

            Farzad angguk.

            Natalia senyum. Natalia kemudian keluar dari kereta Farzad dan melangkah masuk ke dalam rumah. Ya! Dia akan lupakan Zizan. Dia yakin dia akan berjaya. Bukankah kita akan melupakan orang itu hari demi hari? Sebab kita akan terbiasa hidup tanpa orang tu dan lama-kelamaan kita jadi lupa kepada dia. Kan?

* * *

            Pintu bilik yang diketuk bertalu-talu membuatkan Hani bangkit dari duduknya dan melangkah ke arah pintu. Pintu itu dibuka. Dan dia sedikit terkejut melihat empunya badan yang berdiri di hadapan pintu itu. Hani nak tutup pintu tu tapi cepat ditahan AG.

            "Hani, nanti sekejap," halang AG.

            "Kau nak apa lagi? Kau nak apa lagi dari perempuan jalang ni?" soal Hani.

            AG terpukul mendengar kata-kata Hani tu. Ya, dulu dia yang tuduh Hani ni perempuan jalang. Dia yang jahat.

            "Hani, aku minta maaf. Aku minta maaf sangat-sangat. Waktu tu, aku terlalu ikutkan perasaan sangat. Waktu tu, aku terlalu ikut api kemarahan yang membuak-buak sampai aku tak mampu berfikiran rasional," ujar AG.

            "Sampai kau buang semua kepercayaan kau dekat aku? Sampai kau lupa siapa aku? Maknanya persahabatan kita dulu waktu zaman sekolah tu tak ada apa-apa erti buat kau. Macamtu?" Hani bersuara sinis.

            AG geleng kepala, "tak. Bukan macamtu..."

            "Kalau bukan macamtu apa lagi? Sudahlah, AG. Aku dah penat sangat," ujar Hani.

            "Hani, aku minta maaf. Tolong, jangan hukum aku macamni. Kau boleh hukum aku apa aje. Kau nak suruh aku belanja kau makan setahun dekat restoren lima bintang, aku sanggup. Kau nak suruh aku melutut depan orang ramai pun aku sanggup. Tapi tolong, jangan hukum aku macamni. Aku tak boleh, Hani," AG melutut di hadapan Hani.

            Hani pandang AG. Tak, Hani kau kena kuat. Jangan mudah cair dengan kata-kata AG!

            "Kau ingat aku ni apa, AG? Kau ingat kemaafan aku ni boleh dibeli dekat restoren lima bintang? Macamtu? Aku ada harga diri. Bila harga diri aku diperkecil-kecilkan, siapa yang boleh terima? Lebih-lebih lagi orang yang memperkecil-kecilkan harga diri aku tu, orang yang aku sayang. Sakit, AG. Sakit sangat," ujar Hani tersekat-sekat.

            AG terdiam.

            "Baik kau pergi dari sini sebelum aku telefon polis. Pergilah AG. Jangan kacau aku lagi," ujar Hani.

            Hani tutup pintu. Kali ni, AG tak halang. AG hanya membiarkan sahaja. Hani sandar di pintu tu. Air mata yang ditahan-tahan akhirnya jatuh mengalir juga. Dan AG di luar rumah melutut sambil air matanya mengalir. Ya, air matanya mengalir untuk perempuan bernama Hani! Air mata penyesalan.


* * *

            Dah setengah jam menunggu tetapi kelibat orang yang ditunggu masih belum kelihatan. Di manakah dia? Nasi sudahpun habis dimakannya. Air teh tarik pun sudah masuk cawan ketiga. Zizan mengeluh.

            "Kenapa mengeluh mengeluh ni? Tak baik tau mengeluh depan rezeki."

            Zizan mendongak memandang empunya suara itu. Dan serta merta bibirnya mengukir senyuman. Dia bangun.

            "Eh, Wardina," ujar Zizan.

            Wardina senyum.

            "Duduklah," ajak Zizan.

            Wardina duduk. Zizan turut duduk. Seorang pelayan datang ke arah mereka dan mengambil pesanan Wardina.

            "Lambat awak turun makan," ujar Zizan.

            "Saya sibuk sangat tadi. Ni baru ada masa nak turun makan," ujar Wardina.

            "Mana boleh macamtu. Sesibuk macammana pun awak, makan tu penting. Kena ikut masa. Nanti kalau sakit, awak juga yang susah," bebel Zizan.

            Wardina gelak.

            "Kenapa awak gelak?" Zizan angkat kening.

            "Awak ni macam mak saya," jawab Wardina.

            "Macam mak awak? Saya lelaki lah," ujar Zizan.

            "Mak saya versi lelaki," Wardina gelak lagi.

            Zizan turut tergelak. Wardina ni gelak nampak comellah. Comel sangat. Eh, apa yang dia melalut ni? Zizan! Kembali kepada realiti.

            "Eh, awak memang selalu makan sini ek?" soal Wardina.

            Pelayan sampai dan hidangkan makanan Wardina. Kemudian pelayan itu pergi.

            "Selalu jugaklah. Sini makanan dia sedap dan murah. Dah bosan makan dekat kafe tu," jawab Zizan.

            "Betul. Saya sokong awak," Wardina kacau mi supnya.

            Zizan pandang Wardina. Wardina sedang menghirup sup.  Wardina yang sedar dirinya diperhatikan mendongak pandang Zizan. Cepat-cepat Zizan mengalihkan pandangan ke arah lain. Wardina gelak.
           
            “Kenapa?” soal Wardina.

            “Kenapa apa?” soal Zizan.
           
            “Zizan, saya tahu awak tunggu saya tadi,” ujar Wardina.

            Dada Zizan berdebar, “mana awak tahu?”
           
            Wardina juihkan bibirnya ke arah cawan-cawan di hadapannya, “kalau awak tak tunggu saya, kenapa awak minum air banyak sangat? Mana ada orang yang minum air bercawan-cawan macamni tanpa sebab.”

            Zizan tergelak. Memang betul kata Wardina itu.

            “Jadi, kenapa awak tunggu saya?” soal Wardina.

            “Boleh tak kita berkawan?” soal Zizan.

            “Kenapa awak nak kawan dengan saya?” Wardina angkat kening.

            Zizan angkat bahu, “masuk akal tak kalau saya cakap, hati saya tiba-tiba je nak berkawan dengan awak?”

            Wardina gelak. Zizan angkat kening.

            “Kenapa?” soal Zizan.

            Wardina buat tak tahu dengan soalan Zizan. Dia bangun. Zizan turut bangun. Wardina melangkah ke arah kaunter. Zizan ikut Wardina.

            “Saya belanja awak. Haritu awak belanja saya kan?” ujar Wardina.

            “Eh, tak apalah. Saya…”

            “Kalau tidak, tak nak kawan,” ugut Wardina.

            Hati Zizan sedikit berbunga mendengar kata-kata Wardina itu. Bibirnya menguntum senyuman. Hajat di hati tersampai juga. Gembiranya!

* * *

            Hani melangkah ke arah biliknya. Alhamdulillah, selepas peristiwa malam semalam dia langsung tidak nampak AG. Nampaknya AG dah mengalah. Hati Hani sedikit kecewa kerana begitu cepat AG mengalah. Memanglah dia yang halau AG tapi sebenarnya jauh di sudut hatinya, dia nak AG terus berada di sisi dia. Hani melepaskan keluhan berat.

            “Jangan mengeluh. Tak baik.”

            Hani tersentak mendengar suara itu. Pantas dia berpaling ke arah suara itu. AG tersenyum lebar.

            “Apa kau nak lagi?” soal Hani.

            “Kau,” jawab AG.

            “AG, kan aku dah cakap semalam…”

            “Hani, aku takkan pergi selagi kau tak maafkan aku. Aku datang sini untuk menuntut kemaafan kau dan bawa kau balik. Aku takkan balik tanpa kau,” ujar AG tegas.

            “Gila!” Hani melangkah pergi dari AG.

            “Hani, aku sayangkan kau sangat!” laung AG.

            Hani berhenti melangkah. Jantungnya berdebar. Bibirnya menguntum senyuman dan kemudian dia melangkah pergi tanpa berpaling lagi ke arah AG.

            AG hanya memerhatikan langkah Hani yang semakin menjauh. Ya, itu tekad dia! Dia akan pastikan Hani balik bersamanya dan menyambung ikatan yang terlerai itu. Dia takkan sesekali mengalah dalam usaha dia untuk memujuk Hani itu.

* * *

            Irfan tersenyum pandang skrin telefonnya. Mesej yang dihantar oleh Fiya itu menggelikan hati dia. Segera dia membalas mesej itu.

            “Irfan.”

            Irfan masih leka dengan telefonnya.

            “Irfan.”

            Irfan masih lagi leka.

            “Irfan,” kali ini bersama dengan sentuhan di bahu.

            Irfan pandang ke arah orang yang memegang bahunya. “Ada apa?”

            “Kenapa ye sejak kebelakangan ni, I tengok you macam tak focus,” soal Lili.

            “Tak focus?” Irfan angkat kening.

            “Irfan, I panggil you banyak kali tadi tapi you tak jawab langsung. Kenapa Irfan? Awak fikirkan apa? Awak mesej siapa?” soal Lii lagi.

            Irfan telan liur. Macammana dia boleh lupa yang Lili berada di hadapannya?

            “Maaflah Lili. I leka tadi. Ada apa you panggil I?” soal Irfan.

            “You ada perempuan lain ke?” soalan dibalas dengan soalan.

            “Apa sayang ni cakap macamtu. Mana ada. Takkanlah I nak menduakan you pulak,” Irfan tersenyum.

            “Betul?” Lili meminta kepastian.

            “Betul. You jangan risau, Lili. I janji I akan jadikan you isteri I juga akhirnya. Tak kira apa jadi, you will be my wife. No matter what,” janji Irfan.

            Lili tersenyum. Hatiny a berbunga mendengar janji Irfan itu. Dia percayakan Irfan. Dia tahu Irfan akan pegang pada janjinya. Dia tahu Irfan bukan jenis orang yang mungkir janji.

* * *

            Irfan melemparkan badan dia di atas sofa. Kakinya sedikit lenguh. Pertandingan akan berlangsung tidak lama lagi jadi dia banyak berlatih untuk fit kan badan dia dan tingkatkan stamina.
            “Nah, minumlah air ni,” Fiya hulurkan gelas kepada Irfan.

            Irfan betulkan kedudukannya dan menyambut gelas yang dihulurkan Fiya. “Terima kasih.”

            Fiya tersenyum sambil duduk di sebelah Irfan. “Penat ke?”

            Irfan angguk, “penat juga. Kau tak tidur lagi ke? Dah pukul 11 malam ni.”
            “Saya tunggu awak,” ujar Fiya.

            “Kenapa tunggu aku?” Irfan letak gelas di atas meja.

            “Saya ada benda nak cakap dengan awak ni,” jawab Fiya.

            Irfan angkat kening, “apa dia?”
           
            “Saya dah banyak terhutang budi dengan awak, dengan keluarga awak. Saya rasa saya dah lama sangat tinggal dekat sini,” jawab Fiya.

            “Tak apa. Aku tak kisah pun,” ujar Irfan.

            “Saya rasa saya nak pindah,” ujar Fiya.

            Irfan kerut dahi, “pindah dekat mana?”

            “Duit dalam simpanan saya ada lagi, saya akan guna duit tu untuk sewa rumah,” jawab Fiya.

            “Kau dah jumpa ke rumah?” soal Irfan.

            Fiya angguk.

            “Bila kau nak pindah?” soal Irfan lagi.

            “Esok. Saya dah bayar semua sewanya. Rumah tu pun dah complete dengan perabot. Jadi saya tak payah beli apa-apa lagi. Boleh terus pindah je,” jawab Fiya.

            “Nanti aku hantar kau. Pukul berapa nak pergi?” soal Irfan lagi.

            Fiya senyum, “tak perlu lah. Saya boleh pergi sendiri. Lagipun barang saya sedikit je. Awak kan sibuk sekarang. Pertandingan pun…”

            “Tak apa. Aku boleh hantar. Lepas Zuhur kita pergi,” ujar Irfan.

            “Tapi…”

            “Tak payah nak tapi tapi. Dahlah Fiya, aku naik dulu. Kau jangan tidur lambat sangat. Ingat, esok lepas Zuhur. Goodnight,” Irfan bangun dan mula melangkah ke tingkat atas.

No comments:

Post a Comment