Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, August 8, 2014

Kerana Cinta 30

Hani angkat bunga yang berada di atas mejanya. Dia hidu bunga itu. Kad yang terselit di bunga itu dikeluarkan dan kemudian bunga itu dicampakkan ke dalam tong sampah.

            “Hani, kenapa asyik buang je bunga tu? Dah berapa banyak kau buang dalam tong sampah,” soal rakan sekerjanya.

            “Malaslah nak simpan,” jawab Hani.

            “Orang dah minat tu, kita terima je lah Hani oi,” ujar rakan sekerjanya itu.

            “Nanti-nanti lah,” jawab Hani.

            Rakan sekerjanya itu tergelak dan melangkah ke arah mejanya. Hani membuka kad itu dan membacanya.

Tak kisahlah susah macammana pun, aku akan tetap cuba untuk lembutkan hati kau yang keras macam batu tu.
-AG-

            Hani senyum membaca kad itu dan kemudian masukkan kad itu ke dalam laci meja kerjanya bersama-sama dengan kad-kad lain yang diberikan AG.

* * *


            “Besar jugakkan rumah kau ni,” Irfan melabuhkan punggungnya di atas sofa.
           
            Fiya angguk. Rumahnya agak besar untuk orang bujang macam dia. Perabot-perabot yang ada juga masih elok. Fiya rasa berbaloi sangat sewa rumah ni.
           
            “Kau tak nak cari housemate ke?” soal Irfan.
           
            Fiya duduk di sebelah Irfan. Dia gelengkan kepala. “Lecehlah kalau ada housemate ni. Nanti ada je yang tak kena.”

            Irfan anggukkan kepalanya. Dia pejamkan matanya sekejap. Penat sebab dia tolong Fiya pindahkan barang-barang tadi. Fiya pandang Irfan lama. Dia terhutang budi sangat dekat Irfan. Kalau Irfan tak ada, dia tak tahu nak buat apa. Entah-entah dia dah lama bunuh diri akibat tekanan yang melampau.

            Fiya sedar hati dia dah terukir nama Irfan tapi dia juga tahu dia tak layak untuk Irfan. Dia wanita yang telah dicemari. Tidak mungkin Irfan akan jatuh hati dengannya. Dia tahu juga Irfan sudah ada teman wanita. Tapi Fiya tak mampu nak buang perasaan dia terhadap Irfan. Biarlah perasaan ni dia simpan seorang diri sampai mati.

* * *

            Zizan tersenyum melihat Wardina yang sedang menikmati makanannya dengan penuh berselera. Wardina yang sedar dirinya sedang dilihat memandang ke arah Zizan. Keningnya diangkat.

            “Kenapa? Saya comot ke?” soal Wardina.

            Zizan gelengkan kepalanya, “taklah. Maaf ya saya buat awak tak selesa.”

            Wardina senyum, “lain kali janganlah pandang saya macamtu. Saya ingatkan saya makan comot sangat sampai awak tak berkelip pandang saya,” Wardina gelak.

            Zizan malu sendiri apabila Wardina dapat tangkap apa yang dia buat.

            “Kenapa ye awak nak kawan dengan saya?” soal Wardina.

            “Kan saya cakap haritu, hati saya tiba-tiba kata nak berkawan dengan awak,” jawab Zizan.

            “Mana boleh macamtu,” ujar Wardina.

            “Kenapa tak boleh? Kena ada sebab ye kalau nak berkawan dengan awak?” soal Zizan.

            “Eh, bukanlah,” jawab Wardina.

            “Awak jangan risau, saya ikhlas nak berkawan dengan awak,” ujar Zizan.

            Wardina tersenyum manis. Jantung Zizan berdegup dua kali ganda dari biasa melihat senyuman manis Wardina itu. Oh inikah yang dinamakan cinta?

* * *

            Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu mengejutkan Irfan yang terlena. Fiya yang berada di dapur bergegas untuk membuka pintu. Irfan menggeliat sedikit. Entah bila dia terlena dia sendiri tidak sedar.

            “Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami mendapat aduan ada lelaki dalam rumah ni,” ujar lelaki yang berada di muka pintu itu setelah Fiya membuka pintu.

            Fiya tergamam. Irfan yang sedang menggeliat di atas sofa itu serta merta bangun. Mereka berdua terkejut. Ya Allah, dugaan apakah ini?

* * *

            Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam. Irfan pandang ke arah Fiya yang diam seribu bahasa pada tadi. Dia tahu Fiya rasa bersalah.

            “Fiya,” panggil Irfan.

            Fiya diam.

            “Fiya, ini semua bukan salah kau. Kau tak perlu nak rasa bersalah dalam hal ni. Aku sedikit pun tak marah dekat kau dan aku tak salahkan kau atas perkara ni,” ujar Irfan.

            Air mata Fiya gugur juga. “Awak baik sangat dengan saya, Irfan. Saya selalu susahkan awak tapi awak tak marah langsung dekat saya. Irfan, saya minta maaf. Saya minta maaf sangat-sangat.”

            Irfan senyum, “kan aku kata kau tak buat salah pun dekat aku. Lagipun Fiya, perkara dah berlaku pun. Tak guna kita nak saling menyalahi sesama kita.”

            Fiya kesat air matanya, “Irfan…”

            “Kan aku kata, aku akan sentiasa bersama dengan kau. Dah, kau jangan risau. Kau masuk dulu ye. Nanti aku telefon kau,” ujar Irfan.

            Fiya pandang Irfan. Bibirnya menguntum senyuman.

            “Terima kasih Irfan,” Fiya buka pintu kereta dan keluar dari kereta itu.

            Irfan pandang Fiya sehingga Fiya betul-betul masuk ke dalam rumahnya. Irfan mengeluh dan kemudian memecut keretanya.



* * *

            Zizan tersentak apabila membaca muka hadapan akhbar tempatan itu. Berulang kali dia membaca berita itu tetapi dia masih tidak percaya. Tidak mungkin! Telefon bimbit Zizan berbunyi. Zizan segera menjawab panggilan itu apabila tertera nama AG di skrin telefonnya.

            “Kau dah baca surat khabar?” soal AG tanpa memberi salam.
           
            Zizan angguk, “dah. Apa semua ni, AG?”

            “Aku tak tahu. Macammana Irfan boleh kena tangkap dengan budak tu? Bukan ke budak tu yang tinggal dengan Irfan dekat rumah keluarga Irfan?” soal AG bertalu-talu.

            “Budak tu lah. Mesti ada sebab sampai Irfan kena macamni. Tak mungkin dia sanggup buat perkara terkutuk ni,” ujar Zizan.

            “Zaman sekarang ni makin menjadi-jadi hasad dengki orang lain. Aku harap Lili dapat berfikir dengan waras. Jangan menyesal macam aku sudahlah,” ujar AG.

            “Kau bila nak balik sini?” soal Zizan, mengubah topik.

            “Selagi Hani tak terima aku, selagi tu aku takkan balik. Kau doakanlah hati Hani lembut untuk terima aku kembali,” jawab AG.

            “Aku sentiasa doakan untuk kau. Dahlah AG, aku nak telefon Irfan kejap. Kau jaga diri elok-elok dekat sana,” ujar Zizan sebelum mematikan talian.

            Zizan kemudian mendail nombor Irfan tetapi Irfan tidak menjawabnya. Akhirnya, Zizan mengambil keputusan untuk menghantar pesanan ringkas sahaja kepada Irfan. Setelah menghantar pesanan ringkas itu, Zizan meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia mengeluh.

            “Kenapa mengeluh ni?” Wardina duduk di hadapan Zizan.

            Zizan pandang Wardina. Wardina lemparkan senyuman manis kepada Zizan. Zizan lemparkan senyuman kembali kepada Wardina.

            “Ada masalah besar ke?” soal Wardina.

            “Saya risau pasal kawan saya,” jawab Zizan sambil matanya memandang ke arah surat khabar.

            Wardina turut pandang ke arah surat khabar. Jelas terpampang ayat ‘Pemain Bola Sepak Terkenal Ditangkap Bersama Seorang Wanita’

            “Kita ni manusia cepat sangat menghukum seseorang tanpa tahu cerita sebenar. Mungkin memang benar dia kena tangkap tapi mungkin dia tak buat apa-apa terhadap wanita tu. Mungkin dia cuma ada di situ pada waktu yang salah. Mungkin dia memang melakukan perkara terkutuk tu. Terlalu banyak kemungkinan yang mungkin berlaku. Jadi manusia mengambil mungkin yang paling negatif. Tetapi itu semua kemungkinan. Cerita yang sebenarnya hanya tuan badan sahaja yang tahu,” ujar Wardina panjang lebar.

            Zizan anggukkan kepalanya, “tak mungkin dia buat perkara tu. Saya yakin seratus peratus yang dia tak melakukan perkara yang ramai orang fikir dia buat tu.”

            Tiba-tiba Zizan teringat Natalia. Mungkinkah dia yang cepat sangat menghukum Natalia tanpa dia mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Mungkinkah Natalia tidak seperti yang disangkakan? Tapi bukti jelas menunjukkan yang Natalia seperti apa yang dia fikirkan.

            “Dah lama ke awak kenal Irfan ni?” soal Wardina, mematikan lamunan Zizan.

            Zizan angguk, “sejak kecil lagi.”

            “Mesti dia sekarang tengah tertekan dengan semua ni,” ujar Wardina.


            Zizan angguk mengiakan kata-kata Wardina. Memang Irfan tertekan tapi Zizan percaya Irfan mampu menghadapinya. 

No comments:

Post a Comment