Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, August 14, 2014

Kerana Cinta 31

            “Lili, dengar dulu penjelasan I,” ujar Irfan separuh merayu.

            “Apa lagi yang you nak terangkan dekat I?” soal Lili sambil melangkah laju tanpa arah.

            “Lili, I sayangkan you,” ujar Irfan.
           
            Langkah Lili semakin laju. Irfan pegang tangan Lili, menghalang Lili dari terus melangkah.

            “Lili, tolonglah dengar dulu penjelasan I. Tolonglah,” rayu Irfan.

            Lili pandang ke arah Irfan. Air matanya yang mengalir laju dibiarkan. Dia pandang jauh ke dalam mata Irfan dan akhirnya dia mengangguk tanda setuju.

* * *

            Irfan menghirup minuman di hadapannya. Dia pandang ke arah Lili yang diam seribu bahasa. Wajah Lili sedih sangat. Sedih seperti ketika dia menghamburkan kata-kata yang kesat kepada Lili ketika zaman sekolah dahulu.

            “Fiya.”

            Lili tersentak mendengar apa yang diberitahu Irfan itu. Irfan tarik nafas dalam-dalam dan kemudian menghembuskannya perlahan-lahan.

            “Nama dia Fiya. Dia tinggal dengan I dekat rumah keluarga I. Hidup dia sengsara, Lili. Dia dah banyak menderita. Dia tertekan. Semalam dia ambil keputusan nak pindah keluar dari rumah I. I tolong dia pindahkan barang masuk dalam rumah baru dia. Lepastu  I duduk sekejap dekat sofa dan entah macammana I tertidur atas sofa tu. Tiba-tiba I terjaga bila ada bunyi ketukan dekat pintu. I dengan dia kena tangkap. Lili, I dengan dia tak buat apa-apa pun. Percayalah cakap I, I tak buat apa-apa dekat dia,” terang Irfan.

            Air mata Lili menitis mendengar kata-kata Irfan itu.

            “Kenapa you tak bagitahu I awal-awal yang dia tinggal dengan you?” soal Lili.

            “I takut you marah,” jawab Irfan.

            “Ya, mungkin I akan marah kalau you bagitahu I yang you tinggal dengan perempuan tu. Mungkin juga I akan merajuk berhari-hari. Sebab apa? Sebab I cintakan you! Tapi kalau you bagitahu perkara ni awal-awal, semua ni takkan terjadi,” ujar Lili.

            “Lili, I tahu semua tu silap I. I tahu I salah sebab tak bagitahu you perkara ni. I menyesal sangat,” ujar Irfan.

            “Semua ni memang dah salah sejak mula kita jumpa lagi. Sepatutnya you dengan I tak boleh berjumpa lagi,” Lili kesat air matanya.

            “Apa maksud you?” soal Irfan.

            “Dulu I pernah tergila-gilakan you sampai you sendiri rimas. Kenapalah I tak ambil pengajaran dari perkara yang lepas? Kenapalah I jadi balik perempuan murahan sepertimana yang you pernah katakan dahulu kepada I?” soal Lili kepada dirinya sendiri.

            “Jangan cakap macamtu, Lili. Semua ni salah I bukan salah you. Tolonglah jangan salahkan diri you. Jangan salahkan takdir yang menemukan kita kembali,” pinta Irfan.

            “I sepatutnya dah tahu pada mula lagi yang you tak cintakan I. Tapi I endahkan kata hati I. Sebab apa? Sebab I cintakan you sangat-sangat! Mendengar you memanggil I sayang pun dah cukup buat I gembira walaupun I tahu you tak maksudkannya!” Lili bangun.

            “Lili, tolonglah jangan macamni. I ikhlas cintakan you,” ujar Irfan.

            “Mencintai you sangat-sangat menyakitkan hati I dari dulu lagi,” ujar Lili sebelum berlalu pergi dengan air mata yang mengalir laju.

            Irfan diam. Tidak mengejar Lili walaupun kakinya ingin sahaja melangkah laju mengejar Lili. Dia tahu hati Lili sakit sangat. Dia tahu Lili terluka sangat dengan perangai Irfan. Dia tahu dia bersalah dalam hal ni.Dia tahu tidak mungkin Lili dapat melupakan perkara ni. Dan dia tahu mustahil untuk Lili mempercayai kata-katanya lagi.

* * *

            Hani pandang kiri dan kanan. Dia nampak AG yang sedang menikmati angin petang pantai itu. Hani segera mendapatkan AG.

            “AG!” panggil Hani.

            AG yang sedang berpeluk tubuh pandang Hani. Dia sedikit terkejut melihat kehadiran Hani. Mungkinkah Hani mahu berbaik dengannya kembali?

            “Hani, kau…”

            “Apa kes dengan Irfan? Macammana boleh jadi macamni, AG?” potong Hani.

            AG bulatkan mata pandang Hani. Hani letak tepi kemarahan dia terhadap dirinya semata-mata sebab nak tanya pasal Irfan. Biar betul?

            “Irfan bukan orang jenis macamtu. Tak mungkin dia buat benda tu. Jadi apa sebenarnya yang berlaku?” soal Hani.

            “Semua tu salah faham. Irfan tak buat pun semua tu. Ada orang perangkap dia,” jawab AG.

            Hani mengeluh. “Kenapalah manusia zaman sekarang suka perangkap orang lain?”

            “Hani,” panggil AG.

            Hani pandang AG, “apa?”

            “Aku minta maaf sebab tak percayakan kau. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku rasa malu sangat dengan diri aku. Kau yang tak berapa kenal Irfan pun percaya dia tak lakukan semua tu. Aku yang dah kenal kau dari zaman sekolah dan tunang kau tak boleh nak percayakan kau dulu yang kau tak buat semua tu. Aku minta maaf sangat-sangat,” ujar AG panjang lebar.

            Hani alih matanya pandang ke arah laut, “aku nak buat macammana, kau yang tak percayakan aku.”

            “Hani, aku janji aku akan percayakan kau lepas ni. Aku janji aku takkan percayakan apa-apa selagi aku belum dapat kepastian dari kau,” janji AG.

            “AG…”

            “Aku cintakan kau, Hani. Aku cintakan kau sangat-sangat. Aku perlukan kau,” potong AG.

            AG berlutut di hadapan Hani. Hani pandang AG. Matanya membulat sebab tak percaya AG akan berbuat begitu.

            “AG…”

            “Hani, sudi tak kau terima aku kembali jadi tunang kau?” soal AG.

            AG keluarkan cincin dari poketnya. Cincin sama yang pernah tersarung di jari manis Hani. Cincin sama yang pernah dia tanggalkan dahulu.

            “Tolonglah bagi aku peluang kedua,” rayu AG.

            Hani pandang AG lama. Patutkah dia beri peluang kedua untuk lelaki itu? Lelaki yang pernah menghinanya. Tetapi lelaki itu juga yang mencintai dia dan lelaki itu juga yang dia cintai sepenuh hatinya. Jadi, apakah keputusan yang perlu Hani buat?

 * * *

            “Cerita tadi tu kelakar betul kan?” soal Wardina.

            Zizan angguk, “tahu takpe. Nak pecah perut saya gelak.”

            “Tahu. Saya dengar awak gelak. Gembira betul awak. Awak memang suka ke cerita macamtu?” Wardina angkat kening.

            “Saya jaranglah tengok wayang ni sebab tak ada sesiapa nak teman saya. Kawan-kawan saya semua dah ada pasangan masing-masing. Saya je yang masih menyindiri,” Zizan buat muka sedih.

            Wardina gelak, “takpe. Mulai harini, awak boleh lantik saya jadi movie buddy awak.”

            Zizan angkat kening pandang Wardina. Wardina anggukkan kepalanya.

            “Okay. Awak dilantik,” Zizan anggukkan kepalanya.

            Wardina gelak. Zizan senyum.

            “Awak memang suka tengok wayang ke?” soal Zizan.

            Wardina angguk, “hobi saya.”

            “Selalunya awak tengok dengan siapa?” Zizan sedut minuman yang dibeli tadi untuk dibawa dalam panggung wayang.

            “Dengan kawan-kawan. Tapi saya pun alami nasib macam awak. Semua movie buddy saya dah ada hal masing-masing,” jawab Wardina.

            “Tak tengok dengan teman lelaki ke?” soal Zizan.

            “Teman lelaki? Kalaulah saya ada, dah lama saya seret dia setiap minggu tengok wayang dengan saya,” Wardina gelak.

            “Tak apa. Dengan ini saya izinkan awak seret saya setiap minggu tengok wayang dengan awak,” Zizan kenyit mata.

            “Kalau awak tak cakap macamtu pun, saya akan seret awak juga. Dah lupa ke awak lantik saya jadi movie partner awak?” Wardina angkat kening.

            Zizan gelak. Dia pandang Wardina. Hatinya berbunga-bunga melihat Wardina yang manis tersenyum. Kalau betullah apa yang dia rasa ini cinta, betapa indahnya cinta ini! Rasa macam dalam mimpi.

* * *

            “Eh, dia lah kan perempuan yang kena tangkap dengan Irfan tu?”

            “Ha’ahlah. Eii dasar perempuan perampas. Kesian dekat Lili tu.”

            “Tu lah pasal. Si Irfan dengan Lili tu baru je nak bercinta.”

            “Kalau aku jadi perempuan tu, aku takkan berani nak tunjuk muka aku dekat orang ramai lagi.”

            “Kan? Dasar tak tahu malu!”
           
            Air mata Fiya menitis. Dia tunduk pandang kasutnya. Langkah dilajukan. Dia tak sanggup menerima pelbagai tuduhan lagi. Dia rasa malu sangat. Dia rasa dia lah wanita yang terkeji sekali. Tiba-tiba bahunya dipegang seseorang. Fiya pandang orang yang melanggarnya.

            “Fiya, kenapa ni?” soal Irfan.

            Fiya menggelengkan kepalanya. Irfan pandang ke arah dua orang perempuan yang dia dengar sedang mengumpat Fiya itu. Irfan nak melangkah ke arah mereka tetapi Fiya tahan.

            “Jangan,” larang Fiya.

            Irfan pandang Fiya, “kau tak boleh biarkan orang terus pijak kau.”

            “Tolonglah. Saya merayu dekat awak,” rayu Fiya.

            Irfan akhirnya akur. Fiya melangkah pergi. Irfan ikut langkah Fiya.

            “Jom aku hantarkan kau balik,” ujar Irfan.

            Fiya gelengkan kepalanya, “saya tak nak burukkan keadaan.”

            “Kau tak boleh balik seorang diri. Jom ikut aku,” ajak Irfan.

            Fiya gelengkan kepala.

            “Aku tak boleh biarkan kau seorang diri dalam keadaan macamni. Kan aku dah janji dengan kau untuk ada dengan kau bila kau perlukan aku,” pujuk Irfan.

            Fiya tetap gelengkan kepalanya. Irfan tarik tangan Fiya.

            “Ikut aku sekarang,” tegas Irfan.

            Fiya menurut. Dia sebenarnya agak takut melihat tahap ketegasan Irfan itu. Irfan tarik tangan Fiya ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka.

            “Masuk,” arah Irfan.

            Fiya menurut. Dia masuk ke dalam kereta itu. Irfan tutup pintu kereta. Irfan kemudian berlalu ke arah pemandu. Irfan hidupkan enjin kereta dan mula memandu keretanya.

* * *

            Lagu di radio sedikit sebanyak menghilangkan kesunyian yang bertandang di hati. Hani masih berfikir sama ada keputusan yang dia buat itu tepat atau tidak. Patutkah dia bertindak begini?

            “Hani.”

            Hani pandang AG yang sedang memandu kereta.

            “Tolong percayakan aku,” ujar AG.

            “Aku boleh percayakan kau tapi kau boleh ke percayakan aku?” soal Hani.

            “Aku akan percayakan kau lebih dari aku percaya diri aku sendiri,” jawab AG.

            Hani angkat kening, “betul?”

            AG angguk, “kau kena yakin dengan aku.”

            Hani diam.

            “Aku bersyukur sangat kau bagi aku peluang kedua. Dan aku janji, aku takkan sia-siakan peluang ni,” ujar AG bersungguh-sungguh.

            Akhirnya Hani tersenyum juga, “aku akan percayakan kau.”

            “Terima kasih Hani,” ucap AG.

            AG tersenyum. Hani pandang luar tingkap. Ya, dia akan percayakan AG untuk mempercayai dirinya. Biarlah orang kata dia bodoh sebab sanggup terima AG kembali walaupun pelbagai kata kesat dilemparkan kepadanya. Dia tidak peduli. Yang penting, dia masih cintakan AG.

No comments:

Post a Comment